BAB 10

Romance Completed 11182

“Mohon dijauhkan tujuh keturunan, Nabi tak mengaku umat oi, baiklah kita teruskan dengan topik kita hari ini, apakah temanya? Mudah sahaja, apakah resolusi anda di tahun baru ini, apakah resolusi tahun lepas dah tercapai atau recycle bawak ke tahun ni? “ ujar Ryan .

“Jadi hantarkan resolusi tahun baru anda di laman Fac kami atau mention kami di Twitter, jangan lupa sertakan sekali hashtag #resolusitahunbaruku . Kita mulakan resolusi dan harapan tahun 2018 ini dengan Ryan terlebih dahulu, agak-agaknya apa yang Ryan harappan di tahun 2018?” tanya Wilkins.

“Kalau aku, harapan tak banyak sangat cukup aku bahagia dan menjadi lebih bahagia dan mendirikan rumah tangga. Tapi sebelum tu kena berhenti dari jadi jomblo happy,” ucap Ryan, membuatku sedikit tertawa kecil mendengarnya. Petang semakin larut dan malam menjelang tiba tak sedar langit semakin gelap. AKu membiarkan membiarkan program radio Ryan terus bersiaran kerana ku rasakan celotehnya dapat menemani tidurku.

Perut yang berkeroncong mengejutkan aku dari lena. Ku perhatikan setiap penjuru bilik. Aneh!

“HAH? Aku di mana ni? Aku menyedari yang aku bukan berada di bilik tidurku tapi tempat ini mirip hospital, ya tepat sekali. Dengan gaun rona hijau hospital yang ku pakai ini amat menyakinkan aku yang aku kini berada di hospital.

“Tapi kenapa aku berada di sini? Eh itukan Ryan sedang tertidur di sofa. Perlahan-lahan aku menghampirinya, lama ku renung sebelum aku mencuit tubuhnya untuk membangunkannya.

“ Ryan, Ryan bangun Ryan,” seketika kemudia Ryan terjaga, dia menggosok-gosokkn matanya seraya memeluk erat tubuhku dengan wajah yang terpamer kelegaan.

“Rania , kau okay? Kau tak apa-apa kan?? AKu risau gila kat kau ni, Ini mesti sebab kau terkena huja semalam kan? Maafkana ku ya Rania” Ujar Ryan membuat aku terpinga kehairanan.

“Eh apa ni, lepaskan aku? Kenaoa kau cemas semacam ni? Aoa jadi kat aku sebenarnya dan macam mana aku boleh berada di sini? Mana mama dan papa aku?” tanyaku bertalu-talu memohon penjelasan dan Ryan pun menjelaskan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience