BEBERAPA BULAN KEMUDIAN,
Setelah kejadian aku ternampak Shahrul dan perempuan lain, aku mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Shahrul mula mula meminta maaf pada aku dan menjelaskan bahawa itu hanyalah salah faham. Tapi, lama kemudian dia mengaku bahawa dia sudah curang di belakang aku. Memang aku terasa ingin menumbuk menyepaknya semua aku ingin buat, tetapi aku menahan diri. Aku tidak mahulah kelihatan seperti budak kecil.
FLASHBACK,
Aku beranikan diri untuk pergi ke arah pasangan itu. Sesampai sahaja di hadapan mereka aku hanya tersenyum sambil mencekak pinggang. Kelihatan Shahrul dan perempuan itu terkejut lalu Shahrul melepaskan pegangan tangan dari perempuan itu.
Aku rasa perempuan itu kemungkinan pelajar junior kerana aku tidak pernah pula melihatnya. Tapi cukup aku lihat mereka terkejut, pasti perempuan itu tahu hubungan aku dengan Shahrul.
" Wow, so sweet korang ni! " aku tersenyum sinis. Mata aku tajam menikam Shahrul.
" Err, akak. A..akak sa..salah faham ni. " jelas perempuan itu tergagap. Aku mengangkat kening pada perempuan itu.
Aku tersenyum manis padanya. " Nama awak siapa eh? " soalku lembut namun terdengar sinis pada perempuan itu.
" Err, Maya. " jawab Maya teragak agak.
Aku hanya menganggukkan kepala lalu mata aku kembali menikam wajah Shahrul yang masih terkejut dengan kehadiran aku.
" Well, korang sambung la bersweet eh. And for your information Shahrul Idham, mulai sekarang, kita putus ye. And don't you dare show your face. Mintak diri dulu ye. " ujarku. Setelah itu aku terus beredar meninggalkan mereka untuk masuk ke kelas. Lantaklah jika Ainul mencari aku. Hati aku panas tengah panas sekarang ini.
______
Tidak lama aku sampai ke kelas, kelihatan Ainul masuk ke kelas dengan wajah cemberut. Marah mungkin kerana aku meninggalkannya. Aku hanya membuat tidak tahu dengan pandangan tajam Ainul.
" Sampai hati kau kan, tinggalkan aku macam tu je. " ujar Ainul. Matanya masih tajam merenung kawannya itu yang mempamerkan wajah tidak bersalah.
Aku menoleh memandang Ainul. " Sorry lah, aku terserempak dengan Shahrul dan perempuan mana tah. " ujarku senada seperti tidak terkesan apa apa.
Membulat mata Ainul. " Kau dah tahu ke Shahrul curang dengan kau? Bila? "
Aku mengerutkan dahi. Apa maksud Ainul aku dah tahu yang Shahrul curang dengan aku? Dia dah tahu lama ke yang Shahrul curang?
" Apa maksud kau yang aku dah tahu ke belum tentang Shahrul curang? Kau memang dah tahu ke? " soalku pelik. Giliran aku pula merenung Ainul.
Ainul mengetap bibirnya. Dia sudah terlepas cakap. Dia memang sudah tahu lama bahawa Shahrul curang di belakang Sya tetapi tidak sampai hati pula hendak memberitahu Sya. Pasti, Sya tidak akan percaya padanya.
" Kalau aku bagitahu bukan kau percaya pun. Yeah, aku ngaku aku dah tahu lama tapi aku takut nak beritahu kau. " ujar Ainul perlahan. Matanya dipaling ke arah lain tidak mahu bertentang mata dengan Sya yang tajam merenungnya.
Aku mendengus. " Sampai hati kau kan. Kawan apa macam ni? Kau tak bagitahu aku langsung. Dah lah kau, malas aku nak layan kau. " ujarku perlahan. Aku kembali membuka buku.
Ainul mengeluh. Pasti Sya merajuk dengannya. Hendak dipujuk, takut pula Sya akan melenting. Bukan boleh percaya kawannya ini. Mood nya tidak boleh jangka. Akhirnya Ainul mendiamkan diri sahaja. Nanti lah dia memujuk.
END FLASHBACK.
_______
Apabila aku menceritakan kejadian itu kepada Ainul, Ainul hanya mendiamkan diri. Tidak sangka pula, Ainul sudah tahu lama yang Shahrul curang dibelakang aku. Mula mula aku memang marah pada Ainul, tetapi setelah dipujuk aku berbaik dengannya.
Namun sehingga sekarang aku tidak terkesan apa apa apabila putus dengan Shahrul. Malah aku lebih happy bersama Rayyan. Hubungan aku dengan Rayyan makin lama makin akrab. Namun ada juga pergaduhan berlaku antara kami, tetapi tidak lah serious. Kami hanya bergaduh manja sahaja.
Kini, tibalah musim cuti sekolah untuk naik ke tahun hadapan. Pejam celik perkahwinan aku dan Rayyan sudah mencecah 3 bulan. Aku lebih gembira sekarang ini. Dan aku sedar aku sudah mula suka pada Rayyan. Tapi, aku tidak tahu pula perasaan Rayyan terhadap aku. Mustahil untuk Rayyan membalas perasaan dengan aku kerana aku rasa Rayyan hanya menganggap aku sebagai adik sahaja. Kalau tidak, sudah pasti Rayyan meluahkan rasa cintanya pada aku. Tiap hari aku menunggu untuk Rayyan mengucapkan kalimat itu, tetapi tidak kesampaian. Mungkin betullah Rayyan hanya menganggap aku sebagai adik sahaja.
" Sya! "
Aku tersentak apabila seseorang memanggil nama aku. Aku menoleh ke sebelah, kelihatan Rayyan berdiri mencekak pinggang di hadapan aku.
" Mengelamun. "
Aku hanya tersengih menutup rasa malu. " Dah lama ke abang dekat sini? " soalku.
Rayyan mengambil tempat di sebelah isterinya. " Dah lama. Banyak kali abang panggil Sya, tapi Sya tak dengar. Macam abang panggil dinding pula. " sempat Rayyan menyindir isterinya itu.
Aku mencebik. Tak habis habis dengan sindiran dia itu. Aku merajuk, baru tahu.
Melihat wajah cemberut isterinya itu, Rayyan meletakkan tangannya di bahu isterinya itu.
Aku hanya membiarkan tangan Rayyan memeluk bahuku.
" Alah, abang gurau je, janganlah merajuk wahai intan payungku. " pujuk Rayyan sambil mencubit pipi isterinya itu. Geram!
Aku hanya membuat tidak tahu. Tangan Rayyan aku tepis perlahan. Nak pujuk, tapi cubit pipi aku.
" Alah, abang gurau lah Sya. Janganlah merajuk ye, sayang. " Rayyan memberanikan diri memanggil Sya dengan perkataan 'sayang.'
Pantas aku menoleh melihat wajah Rayyan. Sayang?
" Kenapa panggil Sya sayang? " soalku masih lagi dengan rajuk. Namun dalam hati, aku sudah tersenyum gembira Rayyan memanggil aku sayang.
Rayyan tersenyum. " Sebab abang kan sayangkan Sya. Sebab tu abang panggil Sya sayang. " ujar Rayyan romantis lalu mengucup pipi isterinya itu. Seusai itu, dia terus beredar. Takut pula, jika Sya tidak suka akan perbuatannya itu.
Aku memandang bayangan Rayyan yabg semakin hilang dari pandangan. Aku memegang bekas kucupan Rayyan masih terasa hangat. Tanpa sedar aku tersenyum sendiri.
______
Aku mula mengemas pakaian aku dan Rayyan kerana kami akan pergi ke kampung Rayyan. Aku tidak pernah menjejakkan kaki ke kampung, dan ini kali pertama. Setelah mengemas, aku mula bersiap. Rayyan di bawah, jadi aku hanya menukar baju di bilik sahaja. Terasa malas pula hendak pergi ke bilik air walaupun bilikku sekali dengan bilik air.
Ketika hendak menanggalkan baju, tiba tiba terdengar derap kaki menuju ke bilikku. Aku menjadi gelabah dan tidak sedar Rayyan sudah di hadapanku. Aku membuntang mata memandang Rayyan.
Rayyan terkaku melihat isterinya yang tidak pakai baju. Mukanya sudah kemerahan menahan malu. Rayyan tersedar, dia cuba untuk mengawal nafsunya lalu berpaling dari melihat isterinya. Bimbang sahaja dia tidak boleh kawal nafsunya itu.
" Sya pakai baju dulu, abang turun bawah. Nanti dah siap panggil abang. " ujar Rayyan lalu pantas menutup pintu bilik.
Aku menggigit bibir. Malu!
Tidak tahu hendak cakap bagaimana aku malu tadi mungkin lebih tinggi dari gunung Everest. Aku cepat cepat menukar baju. Aku memejam mata rapat hendak memikir bagaimana untuk aku memanggil Rayyan bahawa aku sudah siap. Argh, malunya!
Aku mundar mandir di bilik. Kejap ke kiri kejap ke kanan.
" Ish tak akanlah aku nak panggil dia kut? Aku malu lah. " ngomel aku sendiri. Kaki dihentak hentak. Akhirnya aku ambik keputusan untuk memanggil juga Rayyan. Sampai bila hendak malu, aku dengan dia sudah sah jadi suami isteri kut.
Baru aku hendak keluar, aku terlihat seseorang di hadapanku. Sikit lagi kepala aku ingin terhantuk di dada orang di hadapanku ini. Aku mendongak. Rayyan! Dada aku berdebar kencang menatap wajah Rayyan.
" Err, Sya dah siap? " soal Rayyan. Telinga Rayyan kemerahan.
Aku mengangguk.
Rayyan terus mengambil beg kami berdua turun ke bawah. Aku hanya membontoti langkah Rayyan di belakang. Rayyan memasukkan beg pakaian kami ke dalam bonet kereta. Aku menyalami ibu ayah.
" Jaga perangai dekat kampung nanti. Jangan buat benda pelik pelik. Jangan ashik gaduh je dengan suami kamu tu. Dengar cakap dia. " nasihat ibu. Berat hati rasanya hendak melepas kan anak bongsunya itu jauh darinya. Tetapi apakan daya, anaknya itu sudah berumah tangga.
Aku tersenyum mengangguk mendengar pesanan ibu. " Iye, ibu. In sya Allah Sya akan jaga perangai Sya. Tapi yang gaduh tu, abang Rayyan yang cari pasal. " aku terjerit apabila ibu terus memberi cubitan pada pinggang aku.
" Banyak lah kamu ni. Ibu tengok kamu yang cari pasal. "
Aku mencebik kemudian beralih pada ayah. Aku mencium tangan ayah.
" Dengar cakap Rayyan. Ayah tak nak Sya bergaduh lagi dengan Rayyan. Jangan buat perangai macan budak budak. " pesan ayah yang lebih kurang sama dengan ibu. Ibu tersenyum kemenangan.
Aku memuncung. " Baik ayah. "
Giliran Rayyan pula menyalami ibu dan ayah. " Ni, kalau Sya buat perangai tinggalkan dia dekat sawah tu. Biar mandi lumpur budak ni. " ujar ibu sengaja mengenakan anaknya.
Rayyan tergelak. Aku mencebik sengaja je ibu ni.
" Kita orang pergi dulu lah ibu, ayah. Nanti dah sampai, Rayyan telefon ibu ayah. " ujar Rayyan.
Aku dan Rayyan terus masuk ke dalam kereta. Rayyan terus memandu meninggalkan perkarangan rumah.
Suasana sunyi sahaja di kereta. Aku tidak tahu hendak kata apa kerana aku masih malu dengan kejadian tadi. Aku memandang Rayyan sekilas. Rayyan memakai speck hitam untuk melindungi mata dari sinaran cahaya matahari.
Handsome!
Aku merasakan dada aku berdegup kencang. Aku mengalih pandangan pada hadapan bimbang saja Rayyan perasan aku memandangnya.
Rayyan tersenyum dalam diam. Bukan dia tidak perasan Sya memandangnya tadi tapi sengaja dia senyap. Comel pula apabila melihat Sya yang malu malu itu. Hendak sahaja dia berhentikan kereta untuk mencubit pipi isterinya itu.
_______
Perjalanan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke kampung Rayyan. Jam sudah menginjak pukul 4.30 petang. Rayyan memandang isterinya yang nyenyak sahaja tidur. Dia tersenyum sendirian.
Comel!
Rayyan mengejutkan isterinya itu dengan menggerakkan bahu Sya. Kelihatan Sya beralih pula memandangnya tapi dengan mata masih terpejam.
" Sya, bangunlah. Dah sampai. " Rayyan tidak berputus asa untuk mengejutkan isterinya. Kali ini, barulah Sya membuka mata.
" Dah sampai? " soalku dengan suara serak. Aku memandang sekeliling hijau sahaja.
Rayyan menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.
" Jomlah kita masuk rumah dulu. Atuk takda, pergi sawah. Ke Sya nak pergi sawah jumpa atuk? "
Aku terdiam. Tidak pernah aku menjejakkan diri ke sawah padi. Dari dulu lagi aku teringin untuk pergi ke sawah padi, tapi ibu dan ayah tiada kampung. Setelah berkahwin dengan Rayyan, barulah hasrat aku tercapai.
Aku tersenyum lalu mengangguk. " Kita pergi sawah boleh tak, bang? Sya dah lama teringin nak pergi sawah. " ujarku teruja lalu turun dari kereta.
Aku berlari anak menuju ke sawah. Aku tidak tahu tiba tiba aku hilang keseimbangan lalu...
BUSH!
" Abang!!!!! "
Share this novel