Selesai sahaja sarapan, Rayyan terus masuk ke bilik. Aku hanya membiarkan. Tak akanlah hendak berkepit dengan dia 24 jam macam suami isteri lain? Lagipun kami kahwin hanya terpaksa bukan saling mencintai.
Aku meneruskan mengelap meja makan. Dari kecil ibu ayah sudah mendidik aku dan kakak untuk membuat kerja rumah jadi tidaklah kami kekok apabila sudah besar.
" Sya, mana Rayyan? Ibu tak nampak pun. " soal ibu apabila tidak melihat menantunya itu.
" Rayyan dekat bilik. Tak tahulah dia buat apa." jawabku lalu menyambung tugasku yang tergendala.
Ibu mengangguk lalu berlalu naik ke atas. Aku hanya menghantar pandangan sehingga bayangan ibu tidak kelihatan.
Selesai sahaja mengelap meja, aku terus naik atas. Aku melihat Rayyan sudah berpakaian sukan. Maybe dia mahu pergi joging. Aku duduk di birai katil sambil memerhati kelakuan Rayyan.
Tidak aku nafikan ternyata Rayyan memang handsome. Tipula kalau aku tidak tergoda dengannya sebelum kami berkahwin dan aku akui aku masih lagi tergoda dengannya. Mungkin kalau tiada Shahrul, aku pasti akan jatuh cinta pada Rayyan.
" Eh, Sya! Bila Sya masuk? Abang tak perasan pulak. " ujarnya tersengih menampakkan baris gigi yang tersusun.
" Tadi. Nak pergi joging eh? " soalku walaupun aku sudah tahu jawapannya untuk meminta kepastian.
Sudah lama pula aku tidak joging. Alang alang Rayyan mahu joging apa salahnya kalau aku ikut sekali dengannya. Rayyan menggukkan kepalanya lalu tersenyum. Rayyan merapikan rambutnya.
" Sya nak ikut. Dah lama tak pergi joging. " pinta ku sambil mendongak memandangnya.
Rayyan menoleh ke isterinya lalu menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum senang. Happy apabila isterinya mahu mengikut dia hendak joging.
" Sya tukat baju dulu, abang tunggu dekat kereta. " aku mengangguk lalu mengambil pakaian untuk menukarnya.
Rayyan tersenyum dia keluar dari bilik untuk menghidupkan enjin kereta.
____
Rayyan memberhentikan kereta ke parkir yang tersedia. Kami terus keluar dari kereta. Ramai juga yang pergi joging maklumlah hari minggu. Rayyan mengajak aku untuk ke pondok kosong aku hanya menurutnya tanpa banya soal.
" Kenapa bang? Kita tunggu orang ke? " soalku setelah duduk di pondok itu. Aku mengamati keindahan sekitar.
Rayyan menganggukkan kepalanya lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku menjarakkan sedikit bagi memberi ruang untuk Rayyan.
Kami banyak mendiamkan diri. Entah, aku pun tidak tahu kenapa. Selalunya aku banyak celoteh apabila bersama dengan Rayyan. Sekarang, sudah tidak lagi. Rasa awkward tiba tiba. Rayyan pula, selalu sahaja mengusik aku tetapi sekarang sudah berkurang. Dia pun hanya banyak mendiamkan diri.
Aku teringat dahulu, bagaimana ibu dan ayah memberitahu aku bahawa ada orang memasuk minangku. Memang aku terkejut masa itu dan bertambah terkejut setelah mengetahui orang itu adalah ummi dan walid iaitu keluarga kepada Rayyan.
Tetapi, ketika itu Rayyan tiada di Malaysia kerana ada urusan peribadi di luar negara. Kali terakhir aku jumpa Rayyan, sebelum 2 minggu Rayyan ke luar negara. Tiba tiba sahaja aku tahu ummi dan walid masuk minangku untuk Rayyan.
Aku tidak tahu bagaimana aku hendak berkata apa. Aku cuba menolak dan memujuk Rayyan untuk tidak menerima
perkahwinan ini tetapi gagal. Dan dari sejak itu, aku mula dingin dengan Rayyan sehinggalah malam semalam. Entah kenapa, aku lembut hati melihat kesungguhan Rayyan untuk berbaik semula denganku. Aku pun rindu kenangan masa kami rapat. Tapi itu tidak bererti aku mencintainya.
Aku tersentak apabila mendengar seseorang memanggil namaku.
" Mengelamun! "
Aku hanya tersengih untuk sembunyikan maluku. Malu apabila Rayyan menangkapku mengelamun.
" Kawan abang dah sampai. Sini, abang perkenalkan. " aku hanya menuruti langkah Rayyan. Kata mahu joging, ini kenapa sampai mahu kenalkan aku dekat kawannya pula.
Aku melihat Rayyan bersalaman dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya. Melihat seorang perempuan di sisi lelaki itu, kemungkinan itu isterinya.
" Ni, kenalkan isteri aku, Sya. " Rayyan memperkenalkan aku kepada kawannya itu. Aku mempamerkan senyuman pada mereka.
" Sya, ni kawan abang Ammar dan ni isteri dia Mia. " aku bersalaman dengan Mia. Kelihatan Mia ceria sahaja.
" Mia, awak ajaklah Sya joging. Saya dengan Rayyan ada benda nak diborakkan. " ujar Ammar pada isterinya. Isterinya hanya menurut.
" Jom, Sya. Kita borak hal kita jangan ganggu dia orang ni. Jumpa kawan sampai abaikan kita. " ujar Mia sengaja untuk mengenakan suaminya.
Aku tergelak melihat kelakuan Mia dan suaminya itu. Bahagia! Mesti mereka berkahwin saling mencintai. Tidak seperti aku, hanya terpaksa.
Aku dan Mia joging meninggalkan Rayyan dan Ammar di belakang.
Setelah 2 round joging, kami berdua mengambil nafas. Nafas dihela.
" Penat! " ujar Mia termengah mengah lalu mengambil tempat di sebuah kerusi. Aku tersenyum lalu melangkah ke Mia.
" Ha, Sya umur 16 kan. Akak dengar dari suami akak sebelum sampai ke sini, tadi. " aku menganggukkan kepala.
" Pelik sangat ke kak kahwin umur 16 tahun ni? " soalku setelah antara kami tidak bersuara.
Mia memandang aku lalu tersenyum.
" Bagi akak, tak pelik pun. Sebab dah jodoh kan, kita terima jela. "
Aku mendiamkan diri. Jodoh? Memang takdir sudah tertulis ke yang aku memang berkahwin dengan Rayyan? Boleh kekal ke kalau kahwin paksa ni? Tidak boleh aku bayangkan apabila aku menjadi janda muda setelah bercerai dengan Rayyan. Aku mengeluh.
" Kenapa Sya? Ada masalah ke? " soal Mia prihatin apabila melihat wajah Sya dalam kekusutan.
Aku menggeleng lemah. Tidak mungkin orang akan faham perasaan aku. Malah, akan menyalahkan aku seratus peratus.
" Cuba cerita dekat akak. Apa masalah Sya. Akak tahu Sya ada masalah, so tell me what's your problem. " Mia tidak berputus asa untuk menyuruh Sya membuka mulut.
Aku menghela nafas. Berat!
Aku menceritakan segalanya pada Mia. Mia hanya diam mendengar teliti.
Air mata yang ditahan menitis akhirnya setelah menceritakan semua pada Mia.
Mia menggosok badan Sya bagi menenangkannya. Mujur dia membawa tisu lalu diberi kepada Sya.
Aku menyambut huluran Mia. Tisu aku mengesat air mata yang tidak henti mengalir.
" Percayalah cakap akak Sya, Sya akan bahagia dengan Rayyan. Akak kenal sangat dengan Rayyan tu, dia memang tak rapat dengan perempuan. Tapi akak pelik, tiba tiba dengar yang Rayyan dah kahwin. Mungkin dia dah cintakan Sya sebab itu dia terima Sya. Yes, akak tahu cinta tak boleh dipaksa. Tapi, Sya tahu dosa apabila seorang isteri mencintai lelaki lain dari suami sendiri. Akak bukan nak takutkan, Sya tapi itulah kenyataannya. "
Aku hanya mendiamkan diri melayani perasaan. Aku tahu dosa tapi... entahlah susah untuk aku menjelaskan.
" Akak tak salahkan Sya tau, Sya jangan salah faham okay! Cukuplah Sya taat pada perintah Rayyan, layan dia. Kalau memang jodoh korang berdua, Allah akan datangkan juga perasaan cinta itu. Sya kuat okay! " Mia sedaya upaya menceriakan hati Sya. Dia tidak mahu Sya salah faham dengannya.
Aku tersenyum.
" Ha, macam ni lah, senyum. Senyuman Sya manis tau. Janganlah sedih sedih okay! "
Aku tergelak. First time orang memuji senyuman aku manis. Ada kawan, bukan hendak memuji lagi diperli ada lah. Tetapi aku bersyukur kerana jika aku memerlukan seseorang di sisi, aku ada Ainul kawanku untuk menceriakan hati.
" Kak, abang Rayyan memang tak ada girlfriend ke masa korang kenal? Macam tak percaya pula yang dia tak rapat dengan perempuan. "
" Mana taknya, setiap perempuan yang confess perasaan dekat Rayyan, mesti kena reject. Kadang orang cakap, yang Rayyan ni gay sebab tolak perempuan perempuan yang datang dekat dengan dia. " cerita Mia dengan tawanya.
Aku terikut tergelak.
" Maybe dia tunggu seseorang kut dan seseorang itu mungkin Sya. " sambung Mia.
Aku hanya tersenyum. Tidak mungkin Rayyan menyukaiku. Jarak umur kami terlalu jauh. Rayyan terlalu matang untuk aku yang berperangai seperti budak kecil.
" Tak adalah kak, kita orang memang rapat dari dulu. " aku hanya menyedapkan hati sahaja tidak mahu mengambil tahu tentang perkara itu. Impossible!
______
Rayyan dan Ammar memandang dua gadis tidak jauh dari mereka. Rayyan tersenyum senang. Ammar melihat rakan baiknya itu. Happy sahaja dari dulu. Tipulah kalau dia tidak terkejut apabila diberitahu yang Rayyan sudah kahwin. Sudahlah tidak menjemputnya. Hampeh punya kawan.
" Macam mana perasaan dah kahwin? " soal Ammar memecah kesunyian.
Rayyan tergelak. " Entahlah, aku tak tahu nak cakap macam mana. " luah Rayyan. Walaupun Sya tidak mencintainya, cukup melihat Sya gembira sudah menggembirakan hatinya. Tapi dia tidak akan berputus asa, dia akan buat isterinya jatuh cinta padanya tetapi tidaklah sampai mahu memaksa. Dia tidak sekejam itu.
Ammar mengeluh melihat rakannya yang ceria bertukar muram. Pasti, ada benda yang disembunyikan oleh Rayyan.
" Kau dah kenapa ni? Cuba kau share sikit masalah kau. Kau tahukan aku selalu dengan kau. "
Rayyan tergelak. Aduh, kenal betul perangai Ammar itu. Pasti mahu mengorek rahsia.
" Dia tak cintakan aku pun. " luah Rayyan kecewa.
Ammar terdiam. Dia diberitahu Rayyan hanya kahwin paksa. Tetapi kenapa Rayyan kecewa kalau isterinya tidak mencintainya. Setahunya, Rayyan memang tidak rapat dengan perempuan.
" Kau cintakan dia? "
Rayyan mengeluh perlahan.
" Aku memang cintakan dia sebab tu aku tak layan perempuan. " jawab Rayyan.
Rayyan mengaku dia jatuh cinta pada Sya. Dia juga tidak tahu kenapa. Mungkin kerana sikap Sya yang sentiasa ceria dan selalu ada untuknya mampu membuat dia jatuh cinta oada Sya. Dia sedar, jarak umurnya dengan Sya amatlah jauh beza tapi cinta memang tidak kenal usia.
" Apa apa, goodluck lah aku ucapkan. " ujar Ammar lalu tertawa besar. Tawa itu disambut Rayyan.
_______
MALAM,
Aku dan Rayyan masuk ke bilik setelah selesai makan malam. Aku menjenguk Rayyan di sofa sedang membaca buku. Aku menghela nafas. Bagaimana mahu aku cakap pada Rayyan bahawa esok aku mahu sekolah? Aku tidak mahulah tertinggal pelajaran walaupun aku boleh soal pada Ainul tentang kerja sekolah. Walau apa jadi sekalipun, aku mahu juga sekolah.
Aku melangkah ke arah Rayyan yang khusyuk membaca buku itu. Aku melutut padanya. Entah kenapa aku rasa terlampau over, ah aku tak kira lah over atau tidak, aku mesti bodek Rayyan untuk memberi keizinan untuk ke sekolah. Jika aku minta kebenaran pada ibu ayah, sudah tentu mereka tidak bagi, tapi kalau Rayyan boleh juga membodek.
Rayyan melihat Sya yang melutut di bawahnya. Dia memandang pelik. Pasti ada benda yang Sya mahu kalau tidak, pasti dia tidak membuat sebegini.
" Kenapa Sya? Ada benda ke yang Sya nak abang belikan? " soal Rayyan lembut. Dia menyuruh isterinya duduk di sampingnya.
Aku menurut. Aku membalas tatapan Rayyan dengan penuh berharap sebelum mengutarakan hasrat aku.
Rayyan tergelak. " Mesti ada benda ni, Sya nak sampaikan buat muka kesian ni. " usik Rayyan sambil tersengih. Comel sahaja dia melihat isterinya itu. Ish, mahu sahaja diterkam Sya ini tetapi dia tahu pasti Sya tidak suka. Lebih tepat lagi, Sya pasti akan membencikannya dan dia tidak akan berpeluang untuk mengambil hati isterinya itu.
Aku menayangkan sengihan. Tahu sahaja Rayyan tujuan aku ini.
" Okay, tell me what do you want? " soal Rayyan sambil memeluk tubuh. Buku yang dibacanya tadi, sudah ditutup dan letak ditepi.
" Err, Sya nak sekolah esok boleh? " pintaku berharap. Tangan disatukan berharap permintaan aku diterima Rayyan.
Rayyan terdiam lalu menghela nafas.
Aku kecewa melihat reaksi Rayyan. Pasti Rayyan tidak mengizinkan. Tahu benar jika Rayyan membuat reaksi begitu. Aku perlahan bangun untuk menuju ke katil. Aku terhenti apabila Rayyan memegang tanganku. Aku mahu menepis tapi Rayyan berkeras. Aku kembali duduk di sisinya tapi jauh.
Rayyan mahu tergelak melihat reaksi isterinya itu. Pasti, Sya sudah menganggap yang dia tidak memberi keizinan untuk pergi ke sekolah. Dia sengaja mahu menguji isterinya. Berharap untuk Sya merayu padanya tetapi cepat sahaja menngalah. Nasiblah dapat isteri begini.
" Siapa kata abang tak bagi? " soal Rayyan tanpa secalit senyuman di bibirnya.
Aku pantas menoleh Rayyan. Terukir senyuman di bibir hingga ke telinga. " Abang bagilah ni, Sya pergi sekolah? " soalku meminta kepastian.
" Eh, siapa kata abang bagi? Abang cuma cakap siapa kata abang tak bagi tu jer. " sengaja Rayyan mahu menarik tali dengan Sya. Melihat wajah Sya yang bertukar cemberut itu, dia tergelak.
" Abang ni kan, memain tau. " aku memuncung sedepa. Aku memeluk bahu dan memaling wajah daripadanya. Sakit hati apabila mendengar tawa Rayyan. Tak pernah tak serious!
Rayyan memberhentikan tawanya melihat kelakuan isterinya itu. Pasti merajuk. Hm, memang sudah nasib dapat isteri budak sekolah. Merajuk sahaja tahu!
" Yela, abang izinkan. Abang saje nak main dengan Sya, dah lama sangat tak sakat budak ni. " ujar Rayyan lalu mencuit pipi Sya yang tembam itu.
Aku mencebik. Lama kelamaan senyum di bibir terukir. " Thank you, abang! " tanpa sedar aku sudah memeluk tubuh Rayyan.
Rayyan terkaku. Happy? Mungkin itulah yang dia rasakan. Berharap agar isterinya akan mencintainya.
Erk! Kenapa aku peluk Rayyan pula ni?
Aku merenggangkan pelukan perlahan. Aku menggigit bibir perlahan. " Sya tidur dulu eh, esok sekolah. Goodnight, assalamualaikum. " aku terus pergi ke katil lalu menarik comforter menutup badanku hingga muka. Malu tak terkata.
Rayyan tersenyum melihat kelakuan isterinya itu. Dia tidak akan berputus asa untuk menceriakan hati Sya dan akan memastikan Sya sentiasa ada di sampingnya hingga akhir nafasnya.
Share this novel