BAB 3

Romance Series 21475

Awal pagi lagi sudah ku bangun untuk bersiap ke sekolah. Mana tidaknya, terlampau excited sehingga aku set jam pukul 5.30 pagi. Aku menoleh melihat Rayyan di sofa masih lagi enak di buai mimpi. Aku terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Lebih kurang 20 minit kemudian, aku keluar dari bilik air dengan memakai seragam sekolah. Aku menoleh ke sofa, tiada. Mana perginya Rayyan? Aku baru hendak mengejutnya untuk solat jemaah sama sama. Walaupun aku tidak mencintai Rayyan, aku tahu banyak ganjaran diperoleh jika suami isteri solat bersama. Aku tidak mahulah menjadi isteri derhaka.

" Mana dia pergi ni? Baru nak kejut. " ngomelku sendirian.

" Cari abang ke? " ujar seseorang dari belakang.

Hampir sahaja aku mahu menumbuk muka Rayyan dek terkejut punya pasal. Nasib Rayyan cepat mengelak, kalau tidak free free sahaja ditumbuk bini.

" Hish, terkejut Sya! Ingat hantu manalah tadi. " aku mengurut dada yang sudah berdebar kencang kerana terkejut.

Rayyan hanya menayang sengihannya.

" Sya baru je nak kejutkan abang, solat. Tapi abang dah bangun sendiri, tak apalah. " ujar ku sambil menyarung telekung di tubuhku.

Rayyan mengangguk lalu menuju ke sofa semula. Aku mengangkat kening, pelik dengan reaksi Rayyan yang baring semula ke sofa.

" Dah tak reti nak ambil wudhu ke wahai encik Rayyan Irsyad? " sindirku lalu menghamparkan dua sejadah di lantai.

Melihat Rayyan sudah melelapkan mata di sofa membuatkan aku panas hati. Sudah kenapa agaknya dengan Rayyan ini? Mamai kah? Aku melangkah ke arah Rayyan.

" Bang, bangunlah. Apa ni... tadi dah bangun kan, lepastu kenapa tidur balik? Saje je kan! "

Melihat Rayyan hanya tersenyum dan membuat tidak tahu dengannya membuatkan aku naik angin. Aku memberi sebuah cubitan pada tangannya berlapik. Terjerit Rayyan dibuatnya. Aku tersenyum kemenangan apabila Rayyan sudah terduduk sambil menggosok kesan merah akibat cubitanku tadi.

" Dah bangun, yeahh!! " sorakku kemenangan. Aku menjelirkan lidah padanya. " Pergi ambil wudhu, saje je melengahkan. " arahku seperti menyuruh anak anak. Mimpilah nak ada anak. Umur baru 16 nak ada anak. Tidak terfikir pun.

Rayyan mencebik. " Sya tadi cakap nak kejutkan abang, tapi abang dah bangun. Tu abang tidur balik nak suruh Sya kejutkan. " ujar Rayyan sambil membelek belek tangannya yang masih kemerahan. Mukanya cemberut sahaja.

Aku tergelak. " Ha, Sya dah kejutkan abang so pergi ambil wudhu cepat. " aku masih lagi mentertawakannya.
" Lah, sakit sangat ke cubitan Sya ha? " soalku apabila Rayyan menggosok gosokkan tangannya pada kesan cubitan itu.

" Sakit lah, nampak masih merah lagi. Sya dari dulu tak berubah kan, masih ketam lagi. " ujar Rayyan dengan wajah masam. Aku hanya mengangkat bahu malas melayan kerenah Rayyan seperti budak kecil. Sikit je pun, tu pun nak merajuk.

Rayyan terus berlalu ke bilik air melihat Sya malas melayan kerenahnya. Selesai mengambil wudhu, dia mengambik songkok di almari lalu bersedia untuk menunaikan solat.

Allahuakbar

_______
Aku bersalam dengan Rayyan. Baru sahaja aku ingin bangun, Rayyan menyuruh aku duduk kembali. Aku hanya menurut permintaannya.

" Kenapa? " soalku pelik.

Rayyan hanya mendiamkan diri dan menatap wajah putih bersih Sya. Sungguh dia mencintai isterinya malah selepas kahwin, cintanya terhadap Sya makin menambah. Tidak dapat digambarkan, bagaimana kehiduoannya selepas ini. Adakah bahagia atau tidak? Dia hanya berserah pada takdir.

Rayyan tersenyum. " Tak ada apalah. "

Aku mengangkat kening. Pelik! Tadi, menyuruh aku duduk, sekarang cakap tak ada apa.

" Kenapa abang ni? " soalku pelik. Aku membalas tatapan suaminya.

Rayyan tersenyum senang. Gembira apabila Sya membalas tatapannya. Tatapan inilah yang sering membuat hatinya tidak tentu hala.

Aku mengalih pandangan ke tepi. Mata coklat Rayyan membuat kan aku tergoda seketika. Aku merasa lain pula. Perasaan yang selama ini tidak pernah aku rasai.

" Kalau tak ada apa, Sya nak siap dulu. " aku terus mencabut telekung di tubuhku. Aku mengambil anak tudung di almari lalu dipakai. Aku menyarung tudung hijau sekolah ke kepala. Aku pengawas perpustakaan sebab itula tudungku bewarna hijau.

Perbuatan Sya itu, dipandang Rayyan. Dia tidak lagi masuk di office kerana walid memberinya cuti. Tetapi apabila Sya hendak sekolah hari ini, dia tiada pilihan untuk ke office. Bosan pula kalau tiada siapa yang mahu dikacaunya.

Melihat Sya yang sudah bersiap itu, Rayyan bangun. Sejadahnya sudah dilipat oleh Sya. Baik isterinya itu sedangkan Rayyan boleh saja melipat sendiri.

" Abang turun dulu. Nanti Sya dah siap, Sya turun eh. " ujar Sya sambil tangannya lincah mengambil buku buku di rak untuk masuk ke begnya. Rayyan mengangguk lalu turun ke bawah.

" Morning, ibu ayah. " ucap Rayyan setelah melihat ibu dan ayah di dapur.

" Morning, Rayyan. " ucap ibu dan ayah. Ayah mencari kelibat anak bongsunya itu.

" Mana Sya, Rayyan? " soal ayah setelah mencari kelibat Sya tiada dengan Rayyan.

" Harini Sya sekolah. Dia tengah bersiap lah tu. " jawab Rayyan lalu mengambil tempat duduk di sebelah ayah.

" Baru je kahwin, nak sekolah. Bertuah betul budak ni. " ibu mengeluh mengenangkan nasib menantunya itu. Baru kahwin tidak sampai tiga hari sudah berpisah sekejap.

" Tak apalah, anak awak tu nak belajar. Nanti, cuti sekolah suruh Rayyan bawa anak kita honeymoon. "

Rayyan hanya mendiamkan diri. Honeymoon? Dia okay saja, tapi tidak tahulah Sya setuju atau tidak. Mengenangkan nasibnya yang hanya bertepuk sebelah tangan, pasti Sya tidak akan menerima. Rayyan mengeluh tanpa sedar.

" Kenapa Rayyan? Ada masalah? " soal ayah prihatin terhadap menantunya itu. Rayyan menggeleng perlahan.

" Morning ibu, ayah! " ucapku sambil menggalas beg sekolah. Aku mengambil tempat di sebelah Rayyan setelah meletakkan beg di sofa berdekatan.

" Baru kahwin tiga hari dah sekolah? Haih, Sya ni fikirlah sikit dekat Rayyan. Cutilah sekejap temankan Rayyan. Bukan tak boleh pun. " ujar ibu lalu menghidangkan mee goreng di meja makan.

Aku memandang Rayyan di sebelah. Aku mengeluh perlahan. " Alah, abang Rayyan bagila ibu, Sya pergi sekolah. "

" Macam mana dia tak bagi kalau kamu tu memaksa dia. " balas ibu. Ibu mengambil tempat di sebelah ayah berhadapan aku.

Aku mendecit. Tahu sahaja ibu ini, Rayyan bagitahu ke?

Aku hanya mendiamkan diri sambil menyuap mee goreng dalam mulut. Tiada selera pula pagi ini. Aku memaksa mulutku menerima mee goreng itu sehinggalah licin.

Aku terus bangun untuk membasuh pinggan yang telah digunakan. Aku mengambil beg lalu menggalasnya. Setelah bersalam dengan ibu ayah aku terus ke luar untuk memakai kasut.

Rayyan melihat kelakuan isterinya itu, cepat cepat menghabiskan mee goreng. Dia pantas pergi ke arah Sya yang memakai kasut sekolah itu.

Pasti Sya menyalah anggap padanya. Rayyan menghidupkan enjin keretanya sementara menunggu Sya siap memakai kasut.

Melihat Sya yang sudah siap memakai kasut, Rayyan masuk ke dalam kereta namun dia kembali keluar apabila melihat Sya tidak naik ke kereta malah berjalan keluar melintasi keretanya.
Rayyan pantas mendapatkan isterinya itu. Sudah banyak hal, hendak memujuk isterinya itu. Nasib jarak sekolah Sya dekat sahaja dengan kawasan perumahan ini. Tetapi masih lagi perlu melintas jalan raya.

" Sya! " Rayyan menyambar tangan Sya membuatkan Sya terhenti langkahnya.

Aku menepis tangan Rayyan. Sudahlah memberitahu ibu ayah aku mahu ke sekolah. Sikit pun Rayyan tidak mahu menyebelahinya malah hanya mendiamkan diri. Sakit betul hatinya.

" Abang hantar, Sya. Walaupun dekat jarak rumah dengan sekolah, tapi bahaya. Abang risau apa jadi dengan Sya. Kereta banyak lah pagi pagi ni. " ujar Rayyan tegas. Sikit pun Rayyan tidak melepaskan pegangannya.

Aku mendengus. Meluat betul apabila melihat Rayyan pura pura care tentangnya. Dasar hipokrit!

" Tak perlu nak tunjuk baik boleh tak? Meluat lah. " ujarku dingin. Aku menepis kasar tangan Rayyan lalu meninggalkan Rayyan. Aku bukan budak kecil lagi, boleh saja aku melintas jalan.

Rayyan terkedu. Sungguh dia tidak tahu apa yang membuatkan Sya marah sekali terhadapnya. Kalau kejadian di meja makan tadi, habislah. Satu hal pula mahu memujuk Sya. Rayyan meraup mukanya kasar dan berharap agar Sya selamat sampai ke sekolahnya. Bukan dia tidak mahu mengejar, tapi tahu sahaja dengan keras kepala isterinya itu.

_______
Aku menarik nafas lega setelah sampai ke kelasnya. Hampir sahaja dia tidak dapat masuk, kerana jam sudah menginjak pukul 7.30 pagi. Ini semua salah, Rayyan. Aku mendecit geram. Muka masam dipamerkan. Ainul mengambil tempat duduknya di sebelah Sya. Baru kahwin tak sampai tiga hari dah sekolah. Tak akanlah tidak cuti untuk honeymoon?

" Hui, bukan sepatutnya kau cuti ke harini? Kenapa datang? " soal Ainul pelik.

Aku mendengus. " Kenapa? Kau tak suka aku datang ke? " soalku malas. Soalan dibalas soalan. Malas mahu melayan kerenah Ainul.

Ainul mencebik. " Tak akanlah kau datang sebab aku suruh kut. Alolo sweet nya kawan aku ni..." Ainul teringat semalam dia sengaja berkata pada Sya yang dia sunyi jika Sya tiada. Tidak sangka pula, Sya memang datang sekolah betul betul.

Giliran aku mencebik. " Aku malaslah nak hadap muka dia. Sakit hati aku tau! " luahku sebal. Sakit hati pada Rayyan tidak hilang lagi.

" Dah kenapa? Muka siapa yang kau malas nak hadap? " soal Ainul polos.

Aku mendengus. Malas mahu melayan Ainul, aku melentokkan kepala di atas meja. Nasib baik perhimpunan tiada kerana cikgu cikgu perlu bermesyuarat. Aku hanya memekakkan telinga dengan suasana kelas yang bising. Mata dipejam rapat.

_______
Rayyan bersiap siap dengan pakaian office. Ayah sudah berangkat ke office nya manakala ibu sudah keluar bersama uminya. Rayyan menghidupkan enjin keretanya lalu memandu meninggalkan kawasan perumahan itu.

Rayyan mengeluh memikirkan Sya. Pasti Sya membencinya sekarang ini. Sudahlah mereka baru sahaja berbaik, apalah dugaan yang akan datang selepas ini. Rayyan meraup mukanya. Sya sudah salah faham dengannya bagaimana dia hendak membetulkan kesalahfahaman itu.

Setelah memandu lebih kurang 30 minit, akhirnya Rayyan tiba di bangunan mewah setinggi 15 tingkat itu.

Pekerja pekerja lain melihat Rayyan, tersenyum menunduk hormat. Rayyan seorang boss yang baik. Tetapi kalau anginnya datang, memang tiada siapa yang berani bertentang mata dengannya.

Rayyan duduk di kerusi empuknya. Dia menatap fail fail yang berlambak di mejanya. Rayyan mengeluh.

_______
Tidak sedar jam sudah menginjak pukul 2.00 petang. Loceng dibunyi menandakan sesi sekolah sudah tamat. Pelajar pelajar SMK HYI berkerumun untuk pulang. Sya dan Ainul terus pergi ke surau untuk menunaikan solat zuhor. Pukul 2.30 petang nanti, mereka mahu ke library untuk melakukan tugasnya.

Setelah selesai solat, aku dan Ainul pergi ke library untuk mengemas apa yang patut. Dalam perjalanan untuk ke library, kami terserempak dengan Shahrul. Shahrul tersenyum melihat Sya lalu mengatur langkah ke arah girlfriendnya. Shahrul juga salah seorang pengawas pusat sumber. Harini giliran Sya, Ainul dan Shahrul untuk bertugas.

Aku tersenyum kelat. Entah kenapa rasa bersalah menyelubungi hati. Sudahlah aku sudah kahwin, Shahrul pula tidak tahu yang aku sudah berkahwin lagi membuatkan aku diselubungi rasa bersalah.

" Lambatnya, Rul dah lama tunggu Sya. " aku hanya tersenyum.

" Jomlah, geli pulak aku tengok sandiwara korang ni. " ajak Ainul yang tidak berapa gemar dengan sikap Sya. Sudahlah baru kahwin, lepastu ada boyfriend. Haih, apa nak jadi dengan kawannya pun tidak tahu.

______
Sya duduk berseorangan di station bus untuk menunggu bas. Ainul sudah balik terlebih dahulu. Shahrul pula, naik motor sendiri. Shahrul ada juga pelawanya untuk naik dengannya tapi aku menolak. Aku masih lagi tahu hukum hakam lagi lagi aku sudah berkahwin. Hendak lintas jalan, memang taklah. Aku bukanlah jenis yang reti melintas jalan. Hampir 10 minit juga dia berjaya melintas jalan pada pagi tadi itu pun kereta itu berhenti memberi laluan padanya. Aku melihat kereta yang laju sahaja melintas ini, aku menggeleng kepala melupakan hasrat untuk melintas.

Aku mengerling phone nya yang terpegang kemas di tangannya. Jam sudah menginjak pukul 5.30 petang. Bermakna sudah satu jam dia menunggu bas, tetapi tidak berkunjung tiba.

Air mata sudah bergenang di tubir mata menunggu untuk turun sahaja. Aku menggigit bibir perlahan. Nak tak nak, aku mesti seberang juga jalan. Sampai bila aku hendak menunggu?

Ketika aku sibuk memandang ke kiri, aku tidak perasan kereta di sebelah kanan laju. Aku menutup mata seeratnya menanti ajal yang akan datang menjemputnya. Dia redha jika Allah mahu menarik nyawanya.

" Sya! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience