BAB 4

Romance Series 21475

Rayyan menilik jam di tangannya sudah menginjak pukul 5.00 petang. Rayyan meraup mukanya. Dia sudah lambat 30 minit menjemput Sya. Pasti isterinya itu keseorangan. Rayyan terus keluar dari biliknya. Fail yang berselerakan di meja itu hanya dibiarkan. Sya paling utama sekarang ini. Bimbang jika ada apa apa yang berlaku pada isterinya itu nanti.

Rayyan memandu laju untuk sampai ke sekolah Sya. Setelah sampai, Rayyan melilau pandangan ke sekeliling. Kosong!

" Mana Sya ni? Abang risaulah. Ya Allah, kau selamatkan lah isteri aku. " Rayyan tidak berhenti berdoa supaya isterinya itu sentiasa dilindungi.

Rayyan ternampak guard yang sedang menutup pintu pagar sekolah. Dia bergegas pergi ke guard tersebut.

" Pak cik, tumpang tanya boleh tak? "

Guard itu tersenyum. " Ada apa ya ? "

" Hm, sebenarnya saya terlambat untuk menjemput..." Rayyan berfikir sejenak. Patutkah dia memberitahu dia mencari isterinya? Rayyan menggeleng perlahan. " jemput adik saya. "

Guard itu pelik melihat kelakuan lelaki di hadapannya ini. " Saya rasa semua pelajar sudah balik. " beritahu guard tersebut.

Rayyan mengeluh setelah itu dia mengucapkan terima kasih. Rayyan terus masuk ke dalam kereta. Hatinya dipagut rasa risau akan kehilangan isterinya itu.

" Mana Sya ni... abang risau tahu tak?! " air mata jantan Rayyan menitis. Rayyan terus memandu untuk pulang ke rumah. Kut, Sya sudah balik ke rumah.

______
" Sya! "

Rayyan pantas menarik tangan isterinya. Mereka terjatuh. Sya selamat di dakapan Rayyan. Rayyan mengucap rasa syukur kerana dia terlihat seorang budak perempuan di station bus. Mujur dia tergerak hati untuk berhenti tidak jauh dari station bus itu. Rayyan perasan akan beg perempuan itu sama dengan beg isterinya. Kelihatan perempuan itu mahu menyeberang jalan. Dan, ketika itu Rayyan tahu perempuan itu isterinya.

Aku memejam mata rapat bersyukur kerana Allah mendatangkan seseorang untuk menyelamatkannya.

" Sya okay? " soal Rayyan. Dia sudah merenggangkan pelukan. Tapi bila melihat mata isterinya masih terpejam rapat, membuatkan dia risau. Pasti Sya trauma akan kejadian tersebut.

Aku membuka mata perlahan apabila suara itu sangat familiar denganku.

Rayyan? Dia menyelamatkan aku?

Tiba tiba hatinya berasa tersentuh kerana Rayyan menyelamatkannya. Tapi, bila teringat kejadian pagi tadi membuatkan rasa itu hilang.

Aku terus berdiri untuk melibtas jalan semula. Rayyan, aku tidak hiraukan.

Rayyan memegang tangan isterinya melarang untuk isterinya melintas jalan. Baru sahaja kejadian itu berlaku, hendak juga melintas jalan. Nasib baik dia sempat menyelamatkan isterinya kalau tidak?

" Abang hantar. Bahaya tahu tak Sya nak melintas jalan ni. Tak nampak lagi ke Sya hampir kena langgar kereta? Nasib baik abang sempat selamatkan Sya. " ujar Rayyan keras melarang isterinya.

Aku hanya menjeling.

" Siapa suruh awak selamatkan saya? Saya tak suruh pun. " selamba sahaja aku berkata begitu.

Rayyan terkedu. Tidak sangka isterinya berkata begitu. Pasti isterinya membencikan dirinya sekarang ini.

Aku menjeling sekilas melihat Rayyan. Darah? Kenapa tangan Rayyan berdarah? Aku mengetap bibir. Hatiku dipagut rasa bersalah dan kasihan.

" Benci betul Sya kat abang ye? " soal Rayyan sayu. Air mata jantannya menitis. Tiba tiba dia berasa ada sesuatu mengalir pada tangannya. Darah? Rasa sakit pada tangan mula dirasai. Tapi, hatinya lagi sakit berbanding luka ini.

Aku mengetap bibir. Melihat tangan Rayyan yang berdarah itu, aku terus mengambil sapu tangan dalam beg lalu membaluti lukanya itu.

Perbuatan isterinya itu membuatkan Rayyan tergamam. Matanya tidak lepas meluhat isterinya itu membaluti tangannya yang berdarah banyak itu.

" Awak boleh drive ke ni? " soalku dengan dahi berkerut. Risau pula jika Rayyan tidak boleh drive kerana tangannya yang luka itu. Pasti sakit.

Rayyan tersenyum melihat wajah isterinya yang risau itu. Walaupun Sya masih menggunakan 'saya, awak' cukup melihat wajah Sya yang risau itu sudah dia tahu yang Sya risau akan keadaannya.

" Boleh ni. Sikit je, tak sakit sangat. " ujar Rayyan dengan bibirnya tidak lekang dek senyuman.

Sengaja aku menyentuh luka Rayyan yabg dibaluti tuala aku itu. Rayyan terjerit kesakitan. Aku tergelak.

" Kata tak sakit? Sya baru je sentuh bukan tampar. " ujarku sambil mengacah acah mahu menampar luka Rayyan.

Rayyan pantas mengelakkan tangannya dari didekati Sya. Melihat Sya hanya mengacah acah sahaja, Rayyan mengetap bibir.

" Tak baik lah Sya ni. Abang sakit tau, boleh pula main main. " ujar Rayyan perlahan. Mukanya yang tampan itu bertukar seperti budak kecil merajuk.

Aku tergelak. Kelakar melihat Rayyan. Aku tidak patut memarahinya, bukan salahnya pun sebenarnya tetapi aku. Betullah kata ibu, aku yang paksa Rayyan untuk memberi keizinan untuk ke sekolah. Melihat Rayyan sanggup menyelamatkan aku, membuat kan hati aku tersentuh.

" Ish, jomlah. Biar Sya drive sampai ke rumah. Risau pula Sya tengok abang macam ni. Nanti kalau accident, macam mana? " ujarku memberi cadangan. Aku memang tahu membawa kereta kerana aku memaksa Rayyan untuk mengajar aku dahulu semasa berada di tingkatan 3. Tetapi tidak pernah pula, aku membawa kereta di jalan raya, hanya di taman sahaja.

Rayyan pantas menggeleng. " Tak apa, abang okay. Lagi bertambah bahaya kalau Sya bawa kereta. " ujar Rayyan sempat menyindir isterinya itu.

Aku mengetap bibir geram. Sempat pula Rayyan menyindir aku.

Rayyan selamba sahaja memegang tangan isterinya lalu memimpin menuju ke kereta.

Aku terkejut dengan tindakan Rayyan. Tidak menyangka Rayyan seberani untuk memegang tanganku tapi aku hanya membiarkan sahaja.
Aku merasakan satu perasaan yang telah menjentik hatiku. Tetapi aku tidak tahu itu perasaan apa.

Rayyan memandu kereta dengan satu tangan. Tekun sahaja. Mula mula aku ingat dia mahu terus ke rumah tetapi melihat Rayyan terus sahaja dari memasuki simpang rumah membuatkan aku hairan.

" Nak pergi mana ni bang? " soalku pelik. Mataku menoleh memandang wajah Rayyan yang tampan itu.

" Klinik. Abang tiba tiba rasa pedih pulak tangan ni. " ujar Rayyan tanpa memandang isterinya. Dia tekun memandu.

Aku mengetap bibir. Perasaan bersalah semakin lama semakin menebal.
" Abang okay ke drive ni? Sya risaulah. Kita naik grab jelah eh. " cadangku. Aku risau kalau Rayyan tiba tiba hilang kawalan kerana hanya memandu sebelah tangan.

Rayyan tersenyum menoleh sekilas wajah risau isterinya itu. " Sayang juga eh Sya kat abang. "

Aku terdiam. Sayangkah aku padanya? Tipulah kalau aku tidak sayang padanya. " Kenapa? Abang ingat Sya tak sayangkan abang ke? "
Cuma aku tidak pasti adakah aku mencintai Rayyan? Habistu, bagaimana dengan Shahrul?

Rayyan hanya tersenyum.

Aku hanya terdiam kerana tidak faham apa makna senyuman Rayyan itu.

_______
Kami pulang ke rumah setelah berjumoa doktor. Sesampai sahaja di rumah, bermacam macam soalan ditanya ibu dan ayah kerana kami pulang lewat.
Setelah dijawab semua persoalan ibu dan ayah, kami terus naik ke bilik.

Aku dan Rayyan membersihkan diri sebelum solat maghrib dan isyak bersama.

Aku menyalami dan mencium tangan Rayyan. Lama! Air mata aku membasahi tangan Rayyan.

Rayyan terkejut apabila tangannya basah. Melihat Sya masih mencium tangannya dengan tersedu sedan tahu sahaja Sya menangis.

" Sya..." lembut sahaja Rayyan memanggil isterinya.

Mendengar suara Rayyan lembut sahaja memanggil namaku membuatkan tangis ku semakin menjadi jadi.

" Sya min...minta ma...maaf. Sya minta ampun dari hu...jung rambut sam....sampai hujung kaki. Sya banyak do...dosa dengan a...abang. " ujarku tersedu sedan. Aku masih lagi mencium tangan Rayyan.

Rayyan tersenyum. Dia mengusap kepala Sya yang masih dibaluti telekung perlahan.

" Sya ba...banyak ma...marah abang, lawan a...abang. Sya minta ampun. " sambungku. Aku mendongak memandang Rayyan. Mataku merah dan hidungku dipenuhi hingus. Air mata masih laju mengalir di pipi.

Rayyan mengesat air mata isterinya itu. Melihat air mata Sya membuatkan hatinya sakit. Dia tidak mahu Sya menangis.

" Sya tak ada salah pun pada abang. Kalau ada, abang dah lama maafkan. Abang tak ada hak untuk tidak maafkan Sya. Jangan nangis ye. " pujuk Rayyan lalu membawa isterinya itu dalam pelukannya.

Aku membalas pelukan Rayyan. Entah kenapa hatiku merasa senang dan nyaman dalam pelukannya. Sudah jatuh cintakah aku pada Rayyan? Cintakah Rayyan pada aku?

______
Sesampai sahaja di kelas aku melabuhkan punggungku di kerusi bersebelahan Ainul. Ainul memandang pelik rakannya itu. Pelik melihat wajah ceria Sya.

" Kau kenapa ceria semacam je ni? " soal Ainul pelik. Namun, hatinya turut senang melihat wajah ceria rakan baiknya itu.

Aku menoleh pada Ainul. " Kau rasa kenaoa aku happy? " sengaja aku bermain teka teki dengan Ainul.

Ainul mengangkat bahunya. " Teman aku pergi toilet, kejap Sya. Aku tak tahan pula nak membuang ni. " ujar Ainul berkerut dahinya

Aku mengeluh. Aku suruh dia teka kenapa aku happy, last last dia ajak aku pergi toilet pulak. Hampeh betul.

Aku dan Ainul berjalan melintasi kelas kelas untuk pergi ke tandas. Tiba di hadapan tandas, Ainul masuk dengan pantas meninggalkan aku. Tak senonoh punya kawan! Aku hanya menunggu Ainul di luar.

Aku meliar memandang sekeliling. Tiba tiba mata aku tertancap dengan seorang perempuan dan lelaki yang sedang berpengangan tangan. Aku mengecilkan mata untuk memandang wajah satu pasangan itu. Mataku membulat.

Shahrul!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience