Aku dan atuk bergegas ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital mengatakan Rayyan dalam keadaan kritikal kerana kemalangan.
Kini, Rayyan sudah ditempatkan khas di ward persendirian kerana aku memintanya. Ibu dan ayah, ummi dan walid dalam perjalanan untuk sampai di sini.
Aku bagai hilang imbangan setelah mendapat tahu Rayyan kemalangan. Namun aku gagahkan diri untuk mengajak atuk ke hospital. Sungguh aku takut akan kehilangan Rayyan.
Aku menutup mulutku menahan tangis apabila melihat Rayyan yang kaku baring di katil dengan berselirat wayar. Aku tidak ada kekuatan untuk melihat Rayyan di ward hanya maampu meninjau di luar sahaja.
Atuk mencuba menenangkan Sya yang bagai orang tidak tentu hala dan menangis itu. Sungguh kasihan melihat cucu menantunya itu. Sudahlah muda lagi sudah berkahwin. Ini diduga pula, suami dalam keadaan kritikal. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati cucunya itu.
Tiba tiba doktor dan nurse keluar dari ward. Aku dan atuk bergegas pergi ke mereka.
" Macam mana keadaan suami saya, doktor? " soalku dengan suara serak. Aku sudah lemah sekarang ini kerana menangis takut kehilangan Rayyan.
Doktor yang bernama Ariff ini memandang perempuan di hadapannya ini. Tidak akanlah isteri kut? Mukanya pun kelihatan muda seperti budak sekolah lagi.
" Alhamdulillah suami puan selamat tapi... " kelihatan doktor itu mengeluh. Aku sudah resah menunggu ayat seterusnya.
" Tapi apa doktor? " soal atuk risau. Bimbang keadaan cucunya.
" Tapi... disebabkan kemalangan itu, encik Rayyan mengalami kecederaan di saraf tulang belakang dan ini akan membuatkan suami puan lumpuh. "
Aku tidak berdaya lagi akhirnya jatuh ke bawah. Lututku terasa lemah untuk berdiri semula. Aku menangis teresak esak.
Atuk mencuba menenangkan cucunya itu. Tetapi tangisan Sya semakin lama semakin kuat. Buntu kepala dibuatnya.
Doktor Ariff memandang isteri kepada pesakitnya itu. Sungguh kasihan melihat penjaga kepada pesakitnya itu.
" Maaf tuk, saya perlu berbincang dengan atuk sekejap. " pinta Ariff kepada atuk.
Takut pula kalau dia menerangkan lebih lanjut kepada isteri pesakitnya itu akan membuatkan perempuan ini lebih teruk. Jadi dia ambil keputusan untuk berbincang sahaja dengan atuk pesakit.
Atuk mengangguk meninggalkan Sya lalu berjalan mengikuti Doktor Ariff ke biliknya. Atuk mengambil tempat duduk berhadapan dengan Doktor Ariff.
" Ada apa ye, doktor nak jumpa saya? " soal atuk sopan.
" Macam ni ye tuk, encik Rayyan mengalami kecederaan di saraf tulang belakang dan membuatkan dia lumpuh. Lumpuh yang dialaminya itu adalah lumpuh Paraplegia. " terangkan doktor Ariff satu persatu.
" Maksudnya doktor? Cucu saya boleh sembuh? "
Doktor Ariff mengambil nafas sebelum menerangkan lebih terperinci. " Lumpuh Paraplegia adalah kelumpuhan pada anggota gerak, dimulai dari panggul ke bawah. Kondisi ini disebabkan oleh hilangnya fungsi gerak (motorik) dan fungsi indera (sensorik) akibat adanya gangguan pada sistem saraf yang mengendalikan otot anggota gerak bagian bawah. Lumpuh Paraplegia yang dialami oleh encik Rayyan adalah lumpuh Paraplegia spastik, di mana otot-otot tubuh pada bagian yang mengalami kelumpuhan dalam kondisi kaku dan tegang. "
" Dengan izin Allah, in sya Allah encik Rayyan boleh sembuh tetapi amat makan masa yang lama kerana lumpuh Paraplegia ini memang susah untuk sembuh. Saya harap atuk dan sekeluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini. " sambung Ariff.
Atuk terkaku. Apalah nasib cucunya ini. Muda lagi sudah lumpuh. Dia rela menanggung sakit yang dialami cucunya itu asalkan cucunya sihat seperti dahulu.
Setelah mengucapkan terima kasih, atuk keluar dari bilik Doktor Ariff. Atuk melangkah mendaoatkan Sya cucunya itu. Apalah yang akan ditanggung lagi cucunya ini. Dia juga tersiksa melihat Rayyan yang kaku baring di katil tetapi dia juga tidak sanggup melihat Sya yang sudah seperti tidak tentu hala menangis.
" Se...semua ni sa...salah Sya, tuk. Ka..lau Sya tak halang abang Rayyan keluar ba...bawak kereta, semua ni tak akan ter...terjadi. Abang Rayyan tak a..akan accident dan lumpuh. " tidak berhenti aku menyalahkan diri sendiri. Aku memang tak layak untuk jadi isteri.
Atuk menggeleng. " Ini semua dah takdir Sya. Janganlah salahkan diri sendiri. Mungkin ada hikmah semua ni terjadi. "
" Sya tak ku..kat a..atuk. Sya tak kuat. Abang Ra...Rayyan dah terlantar dekat hos...hospital, Sya tak da..dapat buat apa apa. Sya bodoh, tuk" aku menumbuk numbuk kepalaku sendiri.
Atuk pantas mengenggam tangan cucunya itu menghalang Sya untuk menyakiti diri sendiri.
" Allah tak akan uji seseorang hamba melebihi dari kemampuannya. Allah sayangkan Sya, sebab tu Allah duga Sya. Jangan salahkan diri Sya, ni semua dah tertulis. "
Aku mendiamkan diri memikirkan apa yang atuk kata. Betul juga apa yang dikatakan atuk. Tetapi aku tak kuat. Aku penyebab semua ni terjadi.
" Sya nak tengok Rayyan, sekejap. " aku meminta diri untuk masuk ke ward yang ditempatkan Rayyan. Masa inilah yang akan aku gunakan untuk jaga Rayyan.
Atuk menganggukkan kepala.
" Sya pergilah tengok Rayyan. Atuk nak balik rumah sekejap ambil barang. Sya tidur sini kan? "
Aku menganggukkan kepala. Nasib baiklah jarak antara rumah tidak berapa jauh dengan hospital.
Aku terus masuk ke ward yang ditempatkan Rayyan. Air mata tidak mampu membendung melihat wajah pucat Rayyan dengan badannya yang berselirat wayar. Sungguh aku sanggup mengambil alih tempat Rayyan. Aku tidak mampu melihat Rayyan terseksa seperti ini.
" Abang... Sya datang ni. Maaf sebab Sya, abang kemalangan. Sya bodoh abang, Sya tak layak jadi isteri abang. Isteri apa yang sanggup buat suami dia macam ni. Tapi, Sya nak buktikan dengan abang, yang Sya mampu untuk jadi isteri abang. Sya akan jaga abang sampai abang sihat. Nanti kita boleh hidup macam dulu. Sya cintakan abang. Abang pun mesti cintakan Sya bukan? Sya yang selama ni, buta tak dapat lihat cinta abang. Bodoh kan, Sya. " luahku sambil mengenggam tangan Rayyan berharap Rayyan mendapat kekuatan untuk teruskan hidup. Dada sudah sesak menahan tangis.
Tidak lama kemudian, ibu ayah, walid dan ummi sampai ke hospital. Mereka bergegas pergi ke ward yang ditempatkan Rayyan. Mereka terus masuk ke dalam ward untuk melihat keadaan Rayyan.
Aku terus tersedar apabila merasakan pipi ku diusap. Rayyan sudah sedar?
Mataku terus tancap ke Rayyan. Melihat mata Rayyan yang masih tertutup itu membuatkan hati aku sakit. Aku melihat ibu, ayah, ummi dan walid sudah berada di ward.
Aku terus memeluk ibu erat untuk mendapatkan kekuatan.
Ibu membalas pelukan anaknya itu. Faham perasaan anaknya ini sedih melihat Rayyan sebegini.
" Se..semua sa..saah, Sya ibu. Sya ta..takut kehilanngan abang Rayyan ibu. Sya t..tak ku..kuat. " teresak esak aku menangis di pelukan ibu.
Ibu menggosok belakang anaknya. Ibu mana tidak sedih melihat anaknya ini sedih. Air mata ibu turut mengalir.
Aku merenggangkan pelukan lalu memeluk pula ummi. Aku takut ummi akan menyalahkan aku punca Rayyan jadi segini.
" Maafkan Sya, ummi. Sya bukan isteri yang baik untuk abang Rayyan. Maafkan Sya, ummi. Ummi buatlah apa yang ummi nak dekat Sya. Pukul Sya, lempang Sya. "
Ummi membalas pelukan Sya. Dia juga sedih melihat anaknya, Rayyan terbaring kaku di katil hospital. Tetapi dia tidak sesekali menyalahkan Sya. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.
" Shsh, Sya jangan kata macam tu. Ummi tak salahkan Sya pun. Jangan cakap macam tu, okay! " ummi merenggangkan pelukan. Dia mengesat air mata Sya dengan tangannya.
" Atuk mana, Sya? " soal ummi apabila tidak melihat kelibat ayahnya merangkap atuk kepada Rayyan dan Sya.
" Atuk balik rumah sekejap, ambil barang. Sya nak jaga abang Rayyan sampai abang Rayyan sedar. " jawabku mata tidak berhenti menatap wajah Rayyan.
" Baiklah, kami nak pergi solat dulu ya. Sya dah solat? "
Aku mengangguk. Aku sudah terlebih dahulu solat sebelum ummi, walid ibu dan ayah sampai.
Ibu, ayah, ummi dan walid meninggalkan aku dan Rayyan. Aku tersenyum kelat melihat Rayyan.
" Abang cepat sedar eh. Sya rindu abang. "
________
Sudah 5 hari Rayyan koma. Aku sentiasa di sisinya untuk menjaga Rayyan. Aku sentiasa berdoa agar Rayyan cepat cepat sedar dari koma. Aku amat merindukannya, gelak tawanya, suaranya ketika menyakat aku. Tetapi melihat Rayyan masih terbaring kaku ini, membuatkan hati aku menjadi sebak tiba tiba.
" Bila abang nak sedar? Sya rindukan abang. Please abang, tolong bangun. Sya sayangkan abang. " aku memeluk tubuh Rayyan.
Badan Rayyan sudah tiada wayar kerana kata doktor, Rayyan sudah semakin stabil. Cuma Rayyan sahaja tidak sedarkan diri.
" Abang kena kuat tau. Nanti Sya akan jaga abang, sampai abang sembuh. Abang jangan risau tau, Sya sentiasa di sisi abang. " tangan Rayyan aku pegang lalu dibawa ke bibir.
Tiba tiba aku merasakan pergerakan di jari Rayyan. Aku pantas memandang Rayyan. Melihat air mata Rayyan, aku pasti Rayyan sudah sedarkan diri cuma matanya sahaja terlelap. Aku terus memanggil doktor.
Doktor Ariff bergegas pergi ke ward yang ditempatkan Rayyan setelah mendapat tahu yang Rayyan sudah sedarkan diri.
Aku keluar dari ward untuk memberi ruang kepada doktor memeriksa keadaan Rayyan.
Dalam 10 minit, Ariff keluar dari ward dan mendapatkan Sya.
" Macam mana keadaan suami saya doktor? Dia dah sedar bukan? "
Ariff menganggukkan kepalanya sambik tersenyum.
Aku menutup mulutku. Bersyukur kerana Rayyan sudah sedarkan diri. Kini, aku akan berusaha untuk menjaga Rayyan sehingga dia sembuh.
" Alhamdulillah encik Rayyan sudah sedarkan diri. Puan boleh masuk tengok keadaan suami puan. "
Aku mengangguk lalu terus masuk ke dalam ward Rayyan. Aku tersenyum melihat wajah Rayyan.
" Abang dah sedar? Syukurlah, Allah masih bagi abang peluang untuk hidup. Sya akan jaga abang sampai abang sihat. " aku mengusap rambut Rayyan lembut.
Rayyan masih tidak merespon apa apa. Dia hanya memandang wajah isterinya itu. Tipulah kalau dia tidak merindui isterinya itu.
Rayyan mencuba untuk bangun tetapi tidak boleh. Dia tidak dapat merasai kakinya. Dia meraba raba ke kawasan kakinya. Masih ada! Tetapi kenapa dia tidak boleh merasakan kakinya?
" Kaki aku? Kenapa aku tak rasa kaki aku? " Rayyan masih meyentuh kakinya. Kenapa dia tidak boleh bangun? Adakah dia sudah lumpuh?
Aku terdiam. Kelu di lidah. Tidak mampu untuk aku menjawab pertanyaan Rayyan.
" A...abang "
" Kau diam! Aku tanya kau kan, kenapa aku tak boleh rasa kaki aku? Jawab!! " tengking Rayyan. Dia sudah tidak peduli akan air mata Sya yang sudah mengalir di pipi di saat kena tengking dengannya.
" Sya... "
" Kau berambus! Aku tak nak tengok kau. Berambus!! " tengking Rayyan. Merah mukanya. Urat di dahinya pun sudah timbul.
Aku menggigit bibir. Aku masih lagi berdegil tidak mahu keluar. Aku mahu menjaga Rayyan tetapi kenapa aku yang dimarahnya pula?
" Aku kata berambus!! Kau tak dengar bahasa ke? Nurse!!! "
Nurse yang kebetulan lalu di bilik Rayyan, pantas masuk ke dalam.
" Encik, jangan buat bising. Encik baru je sedar. " pujuk nurse itu untuk menenangkan Rayyan.
" Kau suruh perempuan ni berambus, sekarang!! Aku tak nak tengok muka dia pun. " arah Rayyan. Matanya mencerlung tajam pada wajah isterinya yang disayanginya dahulu.
Aku menggeleng perlahan. Tidak mahu keluar dari ward Rayyan.
" Puan tolong keluar dahulu. Pesakit akan macam ni selepas dia tahu dia lumpuh. Saya harap puan bersabar. Buat masa ni, puan keluar dahulu biarkan pesakit tenang. " pujuk nurse itu apabila melihat perempuan yang ditujukan Rayyan itu masih berdegil tidak mahu keluar.
Aku mengetap bibir. Aku mengesat air mata di pipi. " Sya keluar dulu, bang. " aku mahu ambil tangan Rayyan untuk mencium tetapi Rayyan menepis. Sikit pun tidak mahu memandang wajahku.
Aku tabahkan diri keluar dari ward Rayyan. Sungguh berat hati ini untuk meninggalkan Rayyan tapi apakan daya.
Share this novel