BUSH!
" Abang!!! "
Rayyan terus ke arah isterinya apabila mendengar suara isterinya itu. Membulat mata Rayyan melihat keadaan isterinya yang bermandi lumpur itu.
" Huwaaaa, abang!!!! Tolonglah Sya abang!!! Eee Sya dah hitam!! " raungku. Mana tidaknya muka aku tersembam di lumpur itu.
Rayyan mencuba menahan tawanya tetapi mendengar raungan isterinya itu akhirnya Rayyan berdekah kuat bagai hendak tercabut anak tekaknya.
" Abang!!! Sampai hati kan, Sya nak merajuklah macam ni. " raungku sekali lagi apabila Rayyan hanya mentertawakan aku.
Rayyan menahan gelaknya. " Itula, tak tunggu abang. Kan dah tersembam kat lumpur tu. " ujar Rayyan dengan sisa tawanya.
Aku mencebik. Tangan dihulur pada Rayyan.
Rayyan menyambut tangan isterinya itu dan ingin menarik isterinya itu, tetapi tidak boleh.
" Abang, Sya tak leh gerak!!! Ada orang tarik Sya. Huwaaaa!!! " raungku. Aku mencuba untuk menarik kaki aku keluar dari lumpur tapi tidak boleh.
Meletus ketawa Rayyan. Ada pula orang menarik isterinya. Aduh, inilah tak pernah pergi kampung.
" Sya sayang, tak ada siapa nak tarik Sya. Kaki Sya tersangkut tu. Tanggalkan selipar. " arah Rayyan.
Aku memuncung. Sama je ada orang tarik juga. " Aaaa kotor lah kaki Sya!! " aku masih berdegil tidak mahu menanggalkan selipar di kaki yang sudah tergelam dengan lumpur.
" Hm kalau Sya tak nak, Sya duduk lah dalam lumpur ni sampai esok pagi. Bye, abang nak masuk rumah. " ujar Rayyan berura ura meninggalkan isterinya.
Aku yang melihat Rayyan hendak pergi meninggalkan aku, sekali lagi aku meraung kali ini lebih kuat. Lantaklah orang dengar ke apa.
" Huwaaa, sampai hati abang!!! Abang tak sayang Sya!!! "
Rayyan tersenyum. Dia kembali menoleh ke arah isterinya. " Tahu takut. Dah cepat tanggalkan selipar Sya tu. Macam mana abang nak tolong Sya. Nanti abang ambik balik selipar Sya. "
Aku hanya mengikut arahan Rayyan. Dan kali ini aku berjaya keluar dari lumpur itu. Habis baju Rayyan terkena lumpur kerana aku.
" Eee, kenapa rasa ada benda kat kaki ni? " ngomelku sendirian lalu mataku beralih pada kakiku. Membulat mataku melihat sejenis haiwan yang melekat pada kaki aku.
" Abang!!!! Huwaaa apa benda ni? Dia buat apa tu bang? Dia hisap darah Sya bang!!! Sya akan mati ke? " raungku sambil memukul mukul dada Rayyan. Sebak di dada mengenangkan riwayat hidup akan tamat.
Tergelak Rayyan melihat reaksi isterinya itu. " Shsh, Sya tak akan mati lah, sayang. Haiwan ni hisap darah kotor Sya. Tak pernah abang dengar lintah hisap darah manusia sampai boleh mati. Mana lah Sya belajar ni. " beritahu Rayyan lalu membuang lintah di kaki isterinya itu.
Aku mencebik. Tersedut sedut hingus aku. Tidak jadi pula drama sedih.
" Manalah Sya tahu. " ujarku perlahan. Malu!
Rayyan tersenyum melihat isterinya itu. Comel!
" Dah, jom! Rasanya atuk dah balik kut. " ujar Rayyan lalu memimpin tangan isterinya. Tapi melihat isterinya itu tidak berjalan sekali dengannya dia menoleh ke arah isterinya. " Kenapa Sya? "
" Kotorlah bang. Abang ambik lah selipar Sya. Macam mana nak jalan. " aku memuncung. Itu pun tidak tahu ke Rayyan ni? Sengaja mahu bermanja dengan suami.
Rayyan tersenyum. " Esok abang ambik selipar Sya. " ujar Rayyan. Dia terus mengendong isterinya dengan mengejut.
Terjerit aku dibuatnya apabila Rayyan mengendongku. Sudah seperti bayi pula. Aku hanya membiarkan perilaku Rayyan. Tangan dipaut pada leher Rayyan. Tidak peduli baju Rayyan kotor atau tidak.
________
Aku dan Rayyan terus ke belakang rumah. Tiba tiba kedengaran suara. Kami menoleh ke arah suara itu.
" Korang buat apo sampai berlumpur habis ni? " bebel atuk sambil mencekak pinggang pada kami.
Aku dan Rayyan hanya tersenyum. Aku memang kenal atuk tapi tak pernah lagi jejakkan kaki di kampung. Kami bersalaman dengan atuk. Atuk hanya menggeleng melihat aku dan Rayyan yang sudah seperti bermandi lumpur itu.
Aku dan Rayyan terus masuk ke dalam rumah. Aku terus masuk ke dalam bilik air apabila Rayyan memberi aku mandi terlebih dahulu. Maklumlah rumah kampung, bilik kami tiada bilik air jadi kami terpaksa berkongsi.
Setelah membersihkan diri, aku dan Rayyan solat asar berjemaah. Atuk sudah terlebih dahulu solat.
Selesai solat dan berdoa, aku dan Rayyan keluar dari bilik. Kelihatan atuk sedang menonton tv di ruang tamu.
Aku dan Rayyan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan atuk.
Kata Rayyan, atuk memang tidak cari pengganti wan merangkap isteri kepada atuk kerana atuk amat mencintai wan. Sungguh setia atuk pada wan.
" Atuk tengok cerita apa ni? " soalku untuk memecahkan kesunyian.
" Entahlah, atuk tengok je apa yang ditayangkan. "
Aku hanya menganggukkan kepala. Aku membiarkan saja Rayyan dan atuk berbual. Aku pun tidak berapa dengar apa yang mereka bualkan kerana leka menonton tv.
______
KEESOKAN HARINYA,
Aku mengikut Rayyan dan atuk ke sawah. Sebenarnya bukan aku tahu tujuan mereka datang ke sawah aku hanya ikut kerana Rayyan mengajakku. Aku pun tak tahu hendak buat apa di rumah, jadi tidak salah untuk aku ikut mereka.
Aku hanya duduk di tepi sahaja bimbang pula kejadian semalam berulang kembali. Aku juga yang meraung nanti.
Rayyan dan atuk sudah masuk ke lumpur. Aku hanya bermain telefon pintar sahaja. Sedang leka bermain handphone, Rayyan datang menghampiri aku.
" Buat apa? " soal Rayyan dengan senyuman sambil menyorok sesuatu di belakangnya.
Aku mengangkat kening. Dah kenapa Rayyan ni? Macam ada sesuatu je yang disembunyikan. " Tak ada apa, main phone. "
Rayyan menganggukkan kepalanya. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Aku yang tidak berasa curiga dengan Rayyan hanya membiarkan.
" Abang dengan atuk buat apa masuk lumpur tu? " soalku sambil mata melihat atuk sedang menangkap sesuatu. Aku berasa pelik dengan Rayyan lalu mata aku tertancap pada tangannya yang disorokkan di belakang badan.
" Apa abang sorokkan tu? " soalku cuba untuk melihat benda yang Rayyan sorokkan pada aku.
Rayyan tersengih. " Betul ni, Sya nak tengok? " aku menaikkan kening lalu mengangguk.
" Nah. " Rayyan menunjukkan sesuatu di belakang badannya.
Belut!
Membulat mata aku melihat sejenis haiwan yang dipegang oleh Rayyan itu.
" Eee apa abang ni... jauh. Eee geli!! " jerit aku lalu memecut meninggalkan Rayyan.
Rayyan yang melihat isterinya berlari meninggalkannnya, menorak langkah mengejar langlah isterinya yang jauh di hadapan. Dengan sekelip mata sahaja Rayyan di hadapan isterinya. Sengaja Rayyan mencampakkan belut itu pada Sya.
Atuk yang melihat adegen cucu cucunya itu hanya menggeleng. Terhibur dengan gelagat cucu cucunya itu.
" Ibu!!! " aku cuba untuk mengelak akhirnya belut itu jatuh di kaki aku. Aku terus melompat ke tepi. Entah bagaimana aku boleh mendarat di lumpur.
Aku tercengang apabila aku sudah mendarat di lumpur.
Rayyan sudah terkekek kekek mentertawakan Sya.
" Huwaaaa...!!! Abang jahat!!! Atuk!!! " raungku. Aku merasakan sesuatu di kaki aku gelabah untuk baik ke atas. " Aaa, ada benda. Abang... tolong Sya!!! "
Rayyan hanya membiarkan isterinya itu. Dia sudah sakan ketawakan Sya.
" Apo kamu ni, Rayyan. Tolonglah bini kamu tu. Sian atuk tengok dia ni. Tak habis habis kamu ni, nak sakat Sya. "
Aku menjelirkan lidah pada Rayyan apabila atuk menyebelahi aku. Aku naik ke atas dengan berhati hati. Huluran Rayyan hanya dibiarkan sepi.
" Selipar tolong ambik. And, abang tidur luar. " ujarku lalu meninggalkan Rayyan. Sempat aku memberi jelingan padanya.
Rayyan tercengang. Dia sudah hulurkan tangan tapi Sya tidak mahu sambut. Lepastu, tidur luar? No no no. Sudahlah Sya memang jadi bantal peluknya, kalau tidur luar siapa hendak dipeluknya?
" Habistu abang nak peluk siapa kalau abang tidur luar? " laung Rayyan kuat.
" Pergilah peluk pocong. " laungku lantang juga. Aku menjelirkan lidah pada Rayyan.
" Tidur luar ye? Hm, padan muka kamu. Sakat bini lagi. " atuk naik ke atas lalu meninggalkan Rayyan.
Rayyan menelan air liurnya. Habislah!
_________
Sesampai sahaja di rumah, aku terus mandi bersihkan diri. Semua punca Rayyan. Aku juga yang terjebak sekali mandi lumpur. Setelah membersihkan diri, aku pergi ke dapur.
Aku yang melihat belut di singki terus aku menggigil kegelian. Aku ni bukan boleh tengok haiwan yang lembik lembik ni, nanti mesti geli.
Atuk berjalan ke arah cucu menantunya itu apabila melihat Sya yang takut melihat belut itu. Dia tersenyum mengingatkan kenangan bersama isterinya dahulu. Isterinya dulu, sama seperti Sya cucunya itu. Tapi lama kemudian, isterinya itu dapat biasakan diri hidup di kampung dan tidak geli masuk ke lumpur untuk mencari belut serta menyiangnya.
" Meh sini atuk siangkan. " atuk tanpa takut terus mengambil pisau tajam untuk membuang isi perut belut itu.
Aku hanya tersenyum. Mataku meliar mencari kelibat Rayyan. Tiada.
" Atuk mana Rayyan? "
" Eh, dia belum balik lagi ke? " aku menggeleng. Mana perginya Rayyan ni? Aku yang merajuk dengannya, dia pula yang menghilang.
" Sya pergila cari suami kamu tu. Tak tahu pula mana perginya. Biar atuk masakkan belut ni. Nanti Sya geli pulak. "
Aku tersengih. " Tak apa ke atuk. Hm, lauk lain biar Sya masak. Atuk tunggu kejap, nanti Sya sampai bawa cucu atuk yang hilang tu. "
Atuk tersenyum lalu menyambung menyiang belut. Aku melangkah keluar.
" Mana pergilah suami aku ni? Aku yang merajuk ke atau dia? " ngomel ku sendirian.
Aku terhenti apabila melihat Rayyan dengan seorang perempuan. Kelihatan Rayyan rancak berbual dengan perempuan itu. Aku rasa perempuan itu seperti suka pada Rayyan kerana cara pandangangannya memandang Rayyan.
Hati aku berasa sakit. Aku cemburu kah? Tapi tak salah untuk aku cemburu, Rayyan suami aku. Entah kenapa aku merasakan sesuatu mengalir di pipi. Aku mengesat. Aku menangis?
Aku terus berlari. Aku tidak mahu tengok adegen itu. Hati aku sakit.
Entah kenapa aku rasa aku bagai perempuan yang lemah kerana tidak mampu pertahankan milik aku. Rayyan dah sah jadi suami aku, kenapa aku tak boleh pergi pada mereka dan memperkenalkan diri sebagai isteri Rayyan? Argh, aku benci dengan diri aku sendiri.
_______
" Assalamualaikum. " Rayyan terus masuk ke dalam rumah. Rayyan terus mengatur langkah di dapur mencari kelibat isterinya tapi tiada.
Rayyan melangkah ke bilik atuknya. Kelihatan atuknya sedang solat zuhor. Kemudian dia mengatur langkah di biliknya. Pasti Sya dalam bilik. Rayyan memulas tombol pintu. Berkunci.
TOK TOK TOK,
Rayyan mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. " Sya, bukak pintu ni. Abang nak masuk bilik ni nak mandi. " Rayyan memulas kembali tombol pintu namun gagal juga.
Aku hanya membiarkan ketukan di pintu. Nasib aku sudah solat zuhor terlebih dahulu.
Aku rasa bersalah pada atuk kerana tidak dapat menolongnya. Lepas ternampak Rayyan dan perempuan lain, aku terus balik ke rumah dan mengunci pintu bilik. Aku keluar setelah azan zuhor berkumandang. Dan Rayyan masih tidak pulang. Atuk ada juga bertanya pada aku kenapa denganku, tetapi aku hanya jawab pening.
" Sya minta maaf atuk. Sya tak dapat masak. Hati Sya sakit tengok abang Rayyan dengan perempuan lain. " ujarku perlahan pada diri sendiri. Air mata masih membasahi pipi.
" Sya, bukak pintu ni. Jangan lah buat abang macam ni. Kita bincang ye. Abang saje gurau dengan Sya, tapi tak sangka pula Sya merajuk macam ni. Abang minta maaf ye, bukak pintu ni. " pinta Rayyan. Dia tidak berhenti memujuk sang isteri. Tanpa mengetahui si isteri nampak dia dengan perempuan lain.
Atuk pergi ke arah Rayyan. Pelik juga melihat suami isteri ini. " Tadi kamu pergi mana Rayyan, balik lambat? Sya cari kamu tadi tapi masa dia balik, atuk nampak dia sorang je. "
Membulat mata Rayyan. Sya mencarinya? Tidak nampak pula isterinya.
" Sya cari Rayyan? Rayyan tak tahu pulak atuk. Rayyan tak nampak pun. Ni, Rayyan nak masuk bilik tapi Sya kunci pintu pulak. "
Atuk menggeleng. Dia bukan tahu apa masalah cucu dan cucu menantunya itu.
Tetapi dia tak mahula cucu cucunya bergaduh.
" Kenapa lambat balik? " soal atuk.
Rayyan mengeluh. " Tadi dalam perjalanan balik, Rayyan terserempak dengan kawan masa sekolah. Kita orang borak lah sekejap. " cerita Rayyan tentang pertemuannya dengan Aira kawannya masa sekolah.
Dari kecil, Rayyan dan keluarga tinggal di kampung sehinggalah berumur 16 tahun baru berpindah di bandar.
" Habistu, kenapa dia balik dengan mata merah macam baru nangis? Kamu ni jangan macam macam Rayyan. Elok dah ada isteri jangan pula curang. " pesan atuk tegas. Tidak mahulah Sya salah faham dan akhirnya akan bergaduh.
Tercengang Rayyan. Curang? Dia tidak terfikir pun mahu curangi Sya. Apatah lagi, dia memang sudah jatuh cinta pada isterinya itu. Tidak mungkin dia akan curang.
" No, atuk. Rayyan sayangkan Sya tak mungkinlah Rayyan akan curang. " tegas Rayyan pertahan kan diri.
Atuk terdiam. " Tak apalah, Rayyan mandi dulu lepastu solat. Biarlah Sya dalam bilik tu. Guna je baju atuk. "
Rayyan mengeluh. Sudah kenapa isterinya berkelakuan sebegitu? Jangan jangan Sya nampak dia dengan Aira tadi? Argh, tak akanlah.
Share this novel