BAB 8

Romance Series 21475

" Hi, Rayyan! " sapa Aira mesra setelah pintu dibuka.

Membulat mata Rayyan melihat Aira di hadapannya kini. Namun Rayyan tetap memberi senyuman kepada Aira.

" Ada apa u datang ni, Aira? " soal Rayyan pelik tiba tiba Aira datang ke rumah.

Aira menayarkan segaris senyuman. Manis!
" I saje je datang sebab nak jumpa u. " balas Aira tanpa segan selu.

Rayyan senyum kelat. Sudah kenapa Aira ini? Rayyan sudah tahuu Aira mempunyai perasaan terhadapnya, semenjak sekolah lagi sudah tahu. Tapi apakan daya, dia memang tidak mempunyai perasaan terhadap Aira. Bukannya dia tidak memberitahu Aira, sudah lama dia beritahu tapi hendak buat bagaimana Aira memang tidak pernah putus asa.

" Anyway mana atuk? I ada bawa makanan ni. " soal Aira mesra sbil menayarkan mangkuk dua tingkat yang dibawanya itu.

Rayyan terdiam. Ha sudah. Pasti Sya akan bertambah merajuk padanya. Sudahlah, Sya memasak mee goreng lagi ditambah dengan makanan yang dibawa Aira siapa yang hendak menghabiskan?

" Err..... "

" Abang, siapa dekat luar tu? " laungku dari dapur. Aku terus pergi ke hadapan ruang tamu untuk melihat tetamu. Sesampai sahaja di hadapan, mataku membulat melihat perempuan sama yang berbual mesra dengan Rayyan semalam. Aku pandang mereka silih berganti.

" U siapa? " soal Aira pelik melihat wanita yang serumah dengan Rayyan dan atuk. Setahunya Rayyan tiada adik perempuan.

Aku tersenyum padanya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman. Wanita itu menyambut dengan riak wajah yang penuh tanda tanya.

" Dia wi....." baru sahaja Rayyan hendak menyebut 'wife' ada orang memotong percakapannya.

" Saya adik angkat Rayyan. And you? " jawab ku tersenyum manis pada Aira. Aku perasan Rayyan memandangku tajam. Aku peduli apa? Pandangannya tidak kuhiraukan.

" Ouh, nice to meet you! I Aira, classmate Rayyan AKA girlfriend Rayyan. " selamba sahaja Aira menambah perkataan 'girlfriend' itu. Dia mengukir senyuman manis.

ZAP!

Hati aku pedih apabila wanita di hadapanku ini girlfriend Rayyan. Betullah, apa yang aku rasa selama ini, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Air mata mula bergenang di tubir mata.

Rayyan sudah menjenggil matanya pada Aira. Sesuka hati sahaja dia mahu perkenalkan dirinya sebagai girlfriend Rayyan. Perasan betul! Rayyan perasan akan perubahan air muka isterinya. Pasti Sya terkejut mendengarnya.

Aku tersenyum kelat.
" Ouh, tak tahu pula saya yang abang Rayyan ada girlfriend. Hm, korang borak dulu lah ye. Saya minta diri dulu. " ujarku lalu berura untuk meninggalkan mereka. Aku menoleh ke belakang apabila suara memanggilku.

" Siapa nama you ye? Senangla kita nak bertukar cerita tentang Rayyan. Dah lama i tak jumpa dia, so why not u share story dengan i. "

Aku tersenyum. " In sya Allah, panggil saya Sya. " ujarku lalu meninggalkan mereka.

Aku terus melangkah ke bilik air. Bukan aku tidak nampak, Aira membawa mangkuk dua tingkat. Penat penat aku memasak, tetapi ada orang sudah membawa makanan. Aku tersenyum kelat. Air mata yang mengalir dibiarkan saja.

________
Rayyan dan Aira berbual di ruang tamu.
" Cantik betul adik angkat you tu. " puji Aira. Sekilas sahaja dia memandang wajah Sya sungguh dia terpegun dengan kecantikan semula jadinya itu. Tipula kalau dia tidak cemburu, Aira perlu mengenakan solek tebal baru kelihatan cantik tetapi kecantikan semulajadi Sya itu membuatkan hatinya berasa iri.

Rayyan hanya mempu tersenyum. Adik angkat? Sejak bila pula di ada adik angkat? Tidak pernah pernah pula dia terfikir untuk ambil adik angkat.

" Anyway umur adik angkat you berapa? Serious i tengok muka dia babyface. "

" 16 tahun. Tahun depan SPM. " jawab Rayyan malas. Matanya meliar di dapur untuk melihat Sya tetapi tiada.

Aira menganggukkan kepalanya. " Err, Rayyyan. "

Rayyan mengalihkan oandangan ke Aira. " Kenapa? "

" Err, you tahu kan yang i suka you. " Aira mengambil nafas sebelum bersambung percakapannya. " Why not kita serious kan relaytionship kita? "

Membulat mata Rayyan. Dia tahu lelaki mempunya kuota lagi 3 tetapi dia tidak pernah terfikir untuk menduakan Sya apatah lagi kahwin 2. Sudahlah dia tidak mempunya perasaan terhadap Aira. Memandai sahaja Aira kata kami dalam relaytionship. Kepala Rayyan sudah kusut sekarang ini.

" You memandai je kan Aira! Bila masa pula kita dalam relay? You yang cakap bukan bukan. " ujar Rayyan tegas. Tidak boleh berlembut kalau bercakap dengan Aira ini lagi lagi Aira memang jenis tidak reti bahasa.

Aira hanya mendiamkan diri. Sudah tahu respon Rayyan. " Alah you ni Rayyan, adik angkat you pun okay dengan i, bagilah i peluang. " Aira tergedik gedik dengan Rayyan. Tangannya sudah gatal merayap di dada Rayyan.

Rayyan mendengus. " You keluar sekarang, Aira. Susah pula orang nampak. " Rayyan menolak tubuh Aira sehingga ke luar dari rumah. Biarlah Aira hendak mengatanya kejam ke apa, dia sudah tidak tahan dengan perangai Aira yang tidak reti bahasa dan miang itu.

Rayyan cepat cepat menutup pintu. Tidak lupa mangkuk 2 tingkat yang dibawa Aira sudah diletak di luar. " Balik, Aira. I tak nak tengok muka you lagi. Balik. " jerkah Rayyan. Dia menghempas pintu rumah.

Terhinjut bahu aku di bilik air. Aku yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut melihat Rayyan menghalau Aira. Sudah kenapa mereka itu? Muka Rayyan juga merah seperti menahan marah.

Nasib baik aku sudah mencuci muka terlebih dahulu supaya tidak kelihatan aku baru lepas nangis. Aku melangkah ke arah Rayyan.

" Kenapa abang halau kak Aira? Dia tetamu kita lah. " walaupun aku tidak tahu kejadian sebenar, sungguh biadap menghalau tetamu. Aku masih tahu lagi adab bersama tetamu.

Rayyan merengus. Dia tersenyum sinis pada isterinya. " Then, Sya nak biarkan lah suami Sya ni dirampas orang lain? " soal Rayyan sinis. Matanya tajam merenung isterinya.

Aku menaikkan kening. Tidak menjangka soalan itu akan ditanya Rayyan. Apa kena mengenanya? " Tak ada kena mengena bang. Dia kan tetamu kita, tak elok buat macam tu. " ujarku bagi mempertahankan diri.

" Kenapa Sya tak mengaku je yang Sya isteri abang? Kenapa perlu menipu? Sejak bila abang ada adik angkat huh? " turun naik dada Rayyan menahan amarah. Sudah lama agaknya dia tidak marah. Sekarang ini, dia sedang memarahi isteri kesayangannya.

Aku menggigit bibir. Salahkah aku memberitahu yang aku adik angkat kepada Rayyan? Bukankah mereka bercinta. Senanglah mereka untuk berkahwin tidak perlu fikirkan soal aku.

" Memang tu yang patut Sya buat kan? Abang kan bercinta dengan kak Aira. Senanglah abang nak kahwin dengan dia dan lepaskan Sya. " sengaja aku ingin menambah kemarahan Rayyan. Aku membalas tatapan Rayyan.

Rayyan mendengus lalu meraup mukanya kasar. " Suka hati Sya lah nak cakap apa! Malas abang nak layan! " jerkah Rayyan terus masuk ke dalam bilik. Sengaja dia menghempaskan pintu dengan kuat.

DUM!

Air mata serta merta mengaiir laju, aku memejam mata rapat membiarkan air mata membasahi pipi.

_________
Atuk pulang ke rumah dengan keletihan. Dia pelik melihat rumah sunyi seperti tiada orang. Atuk terus masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Kelihatan Sya sedang tertidur di ruang tamu. Atuk menggeleng.

" Bertuah punya suami. Ada pula dia biarkan isteri tidur dekat ruang tamu ni! " atuk terus menuju ke bilik Rayyan. Dia mengetuk pintu bertalu talu apabila merasakan pintu berkunci.

Rayyan membuka pintu dengan muka yang sembap. Sudah seperti perempuan lagak Rayyan yang matanya memerah kerana menangis.

" Kamu ni dah kenapa Rayyan? Sorang duduk dalam bilik sorang duduk kat ruang tamu. Tengok Sya tu, sampai tertidur dekat ruang tamu. " ujar atuk sambil menunjukkan sekujur tubuh sedang berbaring di sofa.

Rayyan mengerling ke arah sofa. Hatinya dipagut kasihan dan rasa sebersalah. Dia sudah memarahi Sya! Rayyan mengeluh. Dia sudah tidak dapat menahan air matanya akhirnya jatuh jua.

Atuk menggeleng. Pasti bergaduh lagi!
" Eloklah kamu berbincang masalah dengan Sya. Tak elok Rayyan buat isteri kamu macam tu. Kesian atuk tengok dia. Dia masih muda lagi, tak tahu apa. Rayyan sebagai suami dan orang tua, kenalah faham Sya. " pesan atuk sebelum berlalu ke dapur. Perutnya pun sudah berdendang minta diisi.

Rayyan melangkah perlahan ke isterinya. Pipi Sya diusap perlahan. Matanya galak merenung wajah bersih Sya yang lena tidur.

Sungguh dia rasa bersalah sangat kerana menaikkan suara pada Sya. Bukannya dia sengaja. Amarahnya menguasai diri apabila mengenangkan perbuatan Sya yang tidak mahu mengaku isterinya malah adik angkat nya pula. Tidak tahu kah dia sudah jatuh cinta dan sayang pada isterinya ini? Apakah selama ini tidak cukup hint yang diberikan untuk Sya sedari yang dia mencintai isterinya? Apakah tidak ada sedikit pun perasaan isterinya terhadap Rayyan? Rayyan sudah buntu apakah keputusan yang perlu dia buat sekarang ini. Adakah melepaskan Sya yang terbaik untuknya atau tidak berputus asa menagih kasih pada isterinya?

Aku merasakan sesuatu menjalar di pipiku. Perlahan aku membuka mata melihat Rayyan yang ralit mengusap pipi ku. Rayyan menangis? Apakah aku sudah salah lihat, bahawa Rayyan menangis? Sebab aku kah?

" Abang..."

Rayyan terhenti akan perbuatannya. Tidak sedar pula yang dia sudah menganggu lena isterinya.

" Sorry, saya tak berniat nak kacau awak tidur. Saya minta diri dulu" ujar Rayyan perlahan. Rayyan sengaja menggunakan 'saya,awak' kepada Sya. Mungkin inilah tiba masanya untuk dia lepaskan isterinya. Rayyan sudah berdiri untuk masuk ke bilik. Sungguh sekarang ini Rayyan merasakan dia lelaki paling ego.

Cinta tidak semestinya memiliki. Cinta memerlukan pengorbanan. Dan Rayyan akan bekorban demi kebahagiaan Sya.

Hati aku terluka apabila Rayyan menggunakan panggilan 'saya,awak' .

" A...abang, " aku segera memaut tangan Rayyan. Aku tak sanggup kehilangan Rayyan. Aku tidak akan sesekali lepaskannya, aku sedar aku bukanlah isteri yang baik untuk Rayyan tetapi aku sudah sedar. Aku perlu betulkan keadaan semula. Aku tidak mahu hubungan antara aku dan Rayyan putus.

Rayyan menepis lembut tangan isterinya. Dia tidak mahu mendengar suara Sya takut dia akan berpatah kembali. Biarlah Sya berbahagia dengan orang yang dicintainya dan mencintainya setulus hati.

" Rosyaliana Irdina binti.... "

" Cukup abang, cukup!!! Please bang, jangan ceraikan Sya. Sya minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sya derhaka dengan abang, tak dengar cakap abang, lawan cakap abang. Sya... Sya sayangkan abang. Sya cintakan abang. Sya minta maaf Sya lambat untuk ungkapkan perasaan Sya terhadap abang. Kita perbaiki semula hubungan kita bang. Please jangan tinggalkan Sya. " aku memegang kaki Rayyan. Air mata memang sudah membasahi mimpi. Aku tidak mahu kehilangan Rayyan.

Rayyan memejam matanya rapat. Dia tidak mahu percaya luahan Sya. Mungkin Sya sengaja berkata begitu supaya tidak menceraikannya. Tipulah kalau Rayyan tidak tersentuh akan luahan Sya, cuma dia mahu Sya bahagia dengan pilihannya. Lagipun perkahwinan antara dia dan Sya bukan lah kerana saling mencintai. Dia sahaja yang mencintai Sya.

" Awak jangan paksa diri awak untuk mencintai saya. Lagipun betullah saya bercinta dengan Aira tu. Dan saya rasa awak akan bahagia di samping lelaki yabg awak cintai dan lelaki itu bukan saya. Saya minta diri dulu. " Rayyan menepis tangan Sya yang memeluk kakinya lalu dia keluar dari rumah. Kunci kereta diambil. Rayyan memerlukan ketenangan sekarang ini.

Aku terkaku. Rayyan sudah meninggalkan aku? Baru aku hendak mengejar Rayyan, kereta dipandu Rayyan sudah meninggalkan perkarangan rumah. Aku terduduk.

" Abang.... please jangan tinggalkan Sya. Sumpah Sya cintakan abang. Abang....!! " raungku tidak berhenti henti.

________
Rayyan memandu laju di kawasan yang dia tidak tahu dimana. Dia hanya membawa sahaja tanpa hala tuju. Sedang dalam selekoh, Rayyan mahu menekan brake, tetapi tidak boleh.

" Ya Allah...."

KEDEBUM!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience