BAB 7

Romance Series 21475

Sudah pukul 12.00 tengah malam, Sya masih lagi berkurung di bilik. Sya hanya keluar untuk mengambil air wudhu lepastu terus mengurung diri dalam bilik. Rayyan cuba memujuk, tetapi Sya hanya mendiamkan diri sahaja. Rayyan ada juga memujuk isterinya untuk keluar makan, tetapi Sya tetap tidak menyahut. Atuk juga ada memujuk Sya tetapi tetap sama responnya cuma Sya memberi senyuman pada atuk dan tidak padanya.

Rayyan mengeluh. Dia tidak tahu apa kesalahannya sampaikan Sya merajuk sebegini dengannya. Marah betul, Sya padanya.

Sungguh dia tidak tahu apa kesalahannya. Tidak akan lah kejadian tengah hari tadi, baginya itu sekadar gurauan. Tidak akanlah Sya merajuk sebegini? Tidak tahu apa perlu buat lagi untuk memujuk isterinya. Atuk sudah masuk tidur, jadi dia tidak mahu lah membuat bising takut menganggu lena atuknya. Rayyan meraup mukanya kasar. Matanya sudah berair kerana ashik menguap. Rayyan mengambil keputusan untuk tidur saja di hadapan biliknya. Senang untuk tahu jika Sya keluar dari bilik. Dia tidak mahulah hubungan antara dia dengan Sya dingin berlarutan. Sungguh dia merindui gelak tawa Sya, senyumannya dan celotehnya. Tidak mampu dia bayangkan Sya pergi dari hidupnya. Akhirnya, mata Rayyan terpejam.

_______
Aku menilik jam sudah pukul 1.00 pagi. Aku memegang perut. Terasa lapar pula. Mana tidaknya dari tengah hari aku tidak menjamah sebarang makanan. Takut pula perut akan masuk angin. Akhirnya aku ambil keputusan untuk keluar dari bilik. Pasti Rayyan dan atuk sudah tidur.

Ketika aku mahu keluar, aku perasan sekujur tubuh baring di hadapan bilik dengan lenanya beralaskan lengan. Hatiku dipagut rasa bersalah. Aku memandang sayu melihat wajah tenang Rayyan. Sungguh aku sudah mencintai Rayyan tetapi aku takut akan kehilangan Rayyan satu hari nanti di saat hati ini sudah membuka untuknya. Aku tak kuat di saat Rayyan akan meninggalkan aku.

Air mata sudah mengalir laju membasahi pipi. Aku tidak mahu tangisku menganggu lena Rayyan. Ketika aku hendak melepasi Rayyan, aku merasakan tangan memaut kakiku.

" Ibu!!! " aku terjerit terkejut tetapi pantas ada tangan menutup mulutku. Aku meronta untuk dilepaskan tetapi kekuatan orang itu lebih dari kemampuanku.

" Sya nanti atuk terjaga. " Rayyan terus melepaskan tangannya dari menutup mulut isterinya. Dia sudah terjaga kerana mendengar esak tangis seseorang. Tidak sangka pula, itu Sya.

Membuntang mata aku rupanya Rayyan. Aku fikir hantu mana yang culik aku. Aku memalingkan muka dari menjadi tatapan Rayyan. Sungguh hati aku berdebar sekali.

" Pandang abang please. " Rayyan memegang dagu isterinya supaya isterinya menatapnya tetapi Sya berdegil tidak mahu memandangnya.
" Sya, sayang... look at me please. " rayu Rayyan.

Aku menjadi lemah kerana rayuan Rayyan. Perlahan aku memaling muka untuk menatap Rayyan. Kami berbalas pandangan seketika.

Satu saat, dua saat, tiga saat,

Senyap!

Aku menunduk ke bawah. Malu!

" Sya marah abang? " soal Rayyan lembut. Sikit pun dia tidak menganjakkan diri dari Sya. Matanya ralit merenyng isterinya yang tertunduk menekur lantai.

Aku menggigit bibir. Tidak tahu hendak membalas apa. Hati aku meronta ronta untuk tahu siapakah perempuan yang berbual dengan Rayyan tengah hari tadi. Tetapi aku tidak mempunyai kudrat untuk bertanya pada Rayyan.

" Sayang... please. Pandang abang, ada apa dekat lantai tu sampaikan tak nak pandang abang? " soal Rayyan.

Perlahan aku mendongak menatap Rayyan. " Tepi abang. " aku tidak mahu jawab soalan Rayyan. Aku tidak bersedia untuk tahu hubungan Rayyan dengan perempuan itu.

Rayyan berdegil dan masih menghalang laluan isterinya. " Abang tak akan berganjak selagi Sya tak bagitahu kenapa dengan Sya. Berkurung dalam bilik sampaikan tak nak makan. " ujar Rayyan tegas. Dia risau jikalau Sya sakit tidak makan.

Aku memandang tajam Rayyan. Sengaja betul. " Sya nak makan lah ni. Lapar! " ujarku lalu menolak Rayyan ke tepi. Aku terus melangkah ke dapur.

Rayyan tercengang. Boleh tahan kuat isterinya itu. Tahu pula lapar, orang pujuk suruh makan, tidak mahu pula keluar. Rayyan membontoti langkah Sya dari belakang.

Aku membuka tudung saji. Ada telur dada dan ikan keli sambal. Aku mengambil tempat duduk lalu mencedok nasi ke pinggan. Aku menyuap nasi perlahan ke dalam mulut. Pandangan Rayyan tidak kuhiraukan. Walaupun berasa tidak selesa, tetapi hendak buat bagaimana? Tak akanlah aku nak seletip matanya biar jangan pandang aku?

Aku membasuh pinggan setelah selesai makan.
Ketika hendak membasuh pinggan, Rayyan menghampiri isterinya. Kedua tangannya memegang sinki untuk menyekat pergerakan isterinya. Sengaja dia berbuat demikian kerana perasan Sya sengaja mengelak dengannya.

Aku sudah selesai membasuh pinggan dan mahu ke bilik semula tapi aku terhalang kerana Rayyan sudah menyekat pergerakan aku. Aku memegang dada yang sudah laju berdegup.

" Sya sengaja kan nak mengelak dari abang, huh! " bisik Rayyan di telinga Sya. Sungguh rapat jaraknya dengan Sya. Dia pun tidak tahu kenapa dia berani buat sedemikian.

Aku menggigit bibir. Ha sudah! Dia perasan aku mahu mengelak darinya. Jadi, aku hendak buat bagaimana? Apakah aku akan bertanya padanya atau diam sahaja?

" Please jangan merajuk lama sangat. Abang rindukan Sya, gelak tawa Sya. " bisik Rayyan sungguh romantis sekali.

Air mata sudah bertakung di tubir mata. Aku tidak pasti kenapa aku mahu menangis. Adakah aku terharu kerana Rayyan merindui aku ataupun aku rasa Rayyan permainkan aku? Rayyan sengaja berkata dia merindui aku untuk buat aku percaya padanya and last, dia tinggalkan aku. Bermacam macam aku fikir di kepala aku sekarang. Tanpa sedar air mata sudah mengalir membasahi pipi. Dada sudah sesak menahan tangis agar Rayyan tidak dengar.

" Sya... Sya menangis? " soal Rayyan. Dia memusingkan bahu Sya agar Sya berhadapan dengannya.

Aku mengeraskan tubuh sengaja tidak mahu Rayyan tahu aku menangis kerananya. Tetapi apakan daya, kudratnya lebih kuat. Akhirnya aku sudah berhadapan dengannya. Aku menunduk menyorokkan muka yang merah. Bahu sudah terenjut enjut menahan tangis.

Sungguh Rayyan tidak tahu apa yang membuatkan Sya menangis. Dia sudah salah cakapkah?

" Sya... please jangan menangis. Abang minta maaf kalau abang ada buat Sya ke apa. Please, janganlah nangis. Abang tak sanggup tengok air mata Sya. " Rayyan mengesat air mata Sya dengan jarinya. Sya sudah mendarat dalam pelukannya. Bahu Sya digosok lembut bagi menenangkannya.

" Shsh, abang minta maaf ye kalau abang ada buat salah. Jangan menangis ye, sayang. " pujuk Rayyan lembut lalu merenggangkan pelukannya. Bajunya sudah basah kerana air mata Sya. Tetapi dia tidak peduli, dia rela asalkan Sya tetap di sisinya.

" Tsk...tsk...tsk " aku cuba menahan tangis. Aku mendongak memandang Rayyan. Matanya ku tatap lama untuk mencari keikhlasan apa yang dikatanya.

" Jangan menangis lagi ye, sayang. " Rayyan tersenyum manis sambil mengesat air mata di pipi Sya.

" Sya nak tidur ke atau tak? Abang dan mengantuk sebenarnya ni... " Rayyan tersengih memandang isterinya.

" Pergilah tidur. Sya tak nak tidur lagi, tak ngantuk. " ujarku perlahan sambil menguis jari. Pandangan mata Rayyan sungguh mencairkan hatinya. Dia tidak mampu untuk menatap mata itu lama.

Rayyan tersenyum lalu mengusap kepala Sya. Dia mencium ubun ubun isterinya itu.

Aku terkaku namun aku membiarkan perilaku Rayyan. Sayangkah Rayyan pada aku? Tapi kalau sayang, sebagai apa? Isteri atau adik?

" Goodnight sayang. Nanti kalau ngantuk tidur okay. Abang masuk tidur dulu. " sempat Rayyan mencubit pipi isterinya itu, geram!

Aku menghantar pandangan sehinggalah Rayyan hilang dari mataku. Aku tersenyum kelat.

_______
Aku terjaga dari lena apabila merasakan pipi aku disentuh seseorang. Perlahan aku membuka mata.

Rayyan!

Rayyan menghadiahkan senyuman pada isterinya. Melihat isterinya masih mamai itu membuatkan dia geram lalu mencium pipi Sya. Wudhu yang sudah diambil sebentar tadi sudah batal tetapi dia tidak kisah.

" Solat subuh, Sya. Kita solat sama sama, ye. " aku mengangguk lalu bangun menuju ke bilik air.

Setelah mengambil wudhu, gikiran Rayyan pula. Tadi aku lihat, mukanya basah. Mungkin sudah terbatal kerana mengejutkan aku tadi. Aku tersenyum.
Aku menyarung telekung pada tubuh. Sejadah dibentangkan menghadap kiblat.

Tidak lama kemudian, Rayyan muncul. Kami bersedia untuk mengerjakan solat.

Allahuakbar

________
Selesai berdoa, aku membawa tangan Rayyan di bibir untuk dicium. Rayyan tersentum lalu mengusap kepala Sya yang dibaluti telekung.

Aku terus melipat sejadah dan telekung lalu menggantung ke tempat yang disediakan. Baru sahaja aku hendak keluar dari bilik, Rayyan sudah memanggil namaku membuatkan aku terhenti lalu menoleh ke arahnya.

Rayyan mengatur langkah mendekati isterinya.

" Abang tak tahu apa punca Sya merajuk dengan abang tapi abang nak Sya tahu yang abang sayangkan Sya sangat sangat. " luah Rayyan sambil membetulkan rambut isterinya itu.

Aku terkaku lidahku kelu tidak tahu hendak membalas apa. Tidak pasti luahan sayang itu menandakan sebagai adik atau isteri.

" Sya sayang abang? " soal Rayyan. Dia merenung mata Sya sedalam dalamnya.

Aku malu apabila Rayyan mencuba menatap mataku lalu aku menekur lantai mengelak dari pandangan Rayyan.

Rayyan mengeluh. Dia cuba bersabar satu hari nanti, pasti Sya akan mengaku cinta padanya. Dia pasti Sya mencintakannya tetapi dia tidak mahu juga berharap tinggi takut dia akan kecewa.

" it's okay Sya tak bagitahu abang. Abang pasti Sya pun sayangkan abang kan. Abang pun sayangkan Sya. " Rayyan membawa aku ke dalam pelukannya. Terasa hangat apabila aku berada dalam pelukannya.

" Amboi.... lupa pulak atuk, ada pasangan dekat rumah ni. " tegur seseorang.

Aku merenggangkan pelukan. Melihat atuk tersengih sengih pandang pada kami. Aku hanya tersenyum.

" Harini breakfast Sya masak ye atuk. Maaf sebab tak tolong atuk semalam. " aku meninggalkan Rayyan menuju ke arah atuk.

Atuk tersenyum. " Tak ada apalah. Atuk tak kesah masak untuk cucu atuk. "

Aku membalas senyuman atuk. " Harini, Sya nak masak apa? "

" Terpulanglah, atuk tak kesah. Atuk tolak kayu dengan batu je. "

Aku tergelak kecil dengan lawak atuk. Tidak sangka atuk pandai membuat lawak.

" Kalau macam tu, Sya masak mee goreng ye. Atuk tak kesah kan? " soalku lagi sekali pada atuk. Takut pula jikalau atuk mahu makan benda lain.

Atuk menggeleng. " Tak apa. Sya masaklah. Atuk nak ke luar sekejap. Ha kamu Rayyan, tolong Sya masak. Jangan duduk senang lenang je. "

Rayyan ternganga apabila dia juga terkena. Dia duduk diam sahaja di bilik. Rayyan mengangguk lalu tersenyum.
" Baik, tuk. Tahulah atuk dah ada cucu baru. " balas Rayyan rajuk. Mengharap untuk atuknya memujuknya bagai menunggu pisang berbuah dua kali. Atuk terus meninggalkannya.

Rayyan terus melangkah ke arah isteri tercinta yang sedang sibuk memotong sayur. Dia duduk di kerusi makan. Matanya leka melihat isterinya tekun memotong bahan bahan untuk memasak mee goreng.

" Sya... Sya tak terfikir ke, nak ada baby? " membulat mata aku memandang Rayyan yang sudah tersengih tanpa sedar pisau sudah terkena tanganku.

" Auch! " aku mengibas perlahan ibu jari yang terluka itu. Darah keluar banyak.

Rayyan cuak apabila Sya sudah mengaduh kesakitan. Melihat darah sudah menitik di lantai sudah pasti Sya terpotong tangannya. Rayyan membawa ibu jari Sya ke sinki air.

Aku mengaduh sakit apabila air terkena luka itu. Pedih!

" Adu, maaf Sya. Abang tak sangka pula soalan abang tadi, buat tangan Sya terluka. Abang gurau je. " sebersalah Rayyan apabila melihat darah tidak berhenti keluar dari luka itu.

Aku memandang wajah Rayyan yang sudah sebersalah itu. " Tak apa, sikit je. Abang pergilah duduk sana. "

" No, apa kata biar abang masak Sya duduk je. " cadang Rayyan. Dia sudah menaikkan keningnya untuk melihat respon isterinya itu.

Pantas aku menggeleng. Aku tahu Rayyan tidak pandai masak. Malah telur mata kerbau pun, tidak pandai apatah lagi, nak masak mee goreng?

" Tak apalah, abang duduk je. Sya okay! " aku mengukir senyuman pada Rayyan agar Rayyan tidak bimbang. Akhirnya Rayyan mengalah. Rayyan membiarkan isterinya memasak. Bukan boleh dilawan, nanti merajuk pula.

TOK TOK TOK,

Kedengaran pintu diketuk. Baru aku hendak pergi membuka pintu, Rayyan menghalang.

" Tak apa, biar abang bukak. Sya duduk sini eh. " setelah isterinya memberi kebenaran, Rayyan terus membuka pintu.

" Hi, Rayyan! " sapa seorang perempuan di hadapan pintu.

Aira!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience