" Aku terima nikahnya Rosyaliana Irdina binti Imran dengan mas kahwinnya sebanyak dua ribu ringgit beserta senaskah al quran tunai."
Dengan sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri kepada abang sepupuku iaitu Rayyan Irsyad.
Bukan sepupu betul tapi sepupu tiri.
Ibu dan ummi berpelukan dan mengucap rasa syukur sebab majlis berjalan dengan lancar.
Aku hanya tersenyum kelat sahaja. Bukan aku yang inginkan perkahwinan ni pun. Terpaksa!
" Eii, Sya. Mengelamun! Orang dah habis baca doalah." jerkah Ainul yang merupakan kawan baikku. Dia seorang sahaja yang tahu aku kahwin hari ni. Mana tidaknya, belum cukup umur sudah berkahwin.
Aku baru sahaja 16 tahun belum SPM lagi dah kahwin. Dahlah Rayyan tua. Tua 10 tahun. Maknanya dia berumur 26 tahun.
Aku tersentak. Aku baru perasan semua mata memandang ku termasuk Rayyan iaitu suamiku. Aku terus mengaminkan doa. Aku hanya membuat tidak endah tetapi dalam hati sudah menjerit malu.
Aku tak tahulah kenapa aku boleh terlibat dalam perkahwinan ni. Kenapa aku tak lari je. Kenapa tak nak bantah. Tapi aku tak mahu lah kecewakan ibu ayah. Aku buat untuk dia orang. Aku tak nak mereka menanggung malu. Sama jugak dengan ummi dan walid. Mak dan ayah kepada Rayyan Irsyad.
Sekali lagi aku tersentak apabila aku merasai satu tangan kasar menyentuhi tanganku. Aku menganggkat muka. Sejurus itu mata coklat aku bertembung dengan mata hitam Rayyan. Rayyan memberi senyuman manis padaku. Aku terus tunduk dari memandang muka tenang Rayyan.
Malu. Itu sahaja yang aku rasa.
" Sya, cium tangan suami kamu tu." arah ibuku, Puan Zarina. Aku hanya akur. Aku mencium tangan suamiku.
Sejurus itu, bibir Rayyan melekap di dahiku. Lama.
Aku terasa dada aku berdebar kencang. Adakah ini cinta.
No, tak mungkin. Aku pantas menidakkan. Aku hanya cinta Shahrul. Shahrul Danish. Dia sahaja yang aku suka dan cinta. Bukan Rayyan. Rayyan Irsyad.
Setelah itu, Rayyan melepaskan bibir nya dari melekap di dahiku. Aku menarik nafas lega.
Jantung yang tadi berdegup laju kembali reda.
" We, Sya. Lama betul suami kau cium dahi kau. Romantiknya. Dah lah hensem." bisik Ainul.
" Ee, kau ni geli aku dengar perkataan hensem tu. Nak termuntah. Manalah aku tahu, pergila tanya dia. Dahlah jantung aku ni berdegup laju masa dia cium dahi aku. Rasa macam lari marathon pulak." balasku dalam nada berbisik juga.
Ainul ketawa.
____
Setelah tamat sahaja majlis akad nikah yang berlangsung di masjid, terus kami pulang.
Mujur ibu dan ayah buat kecil kecilan. Hanya jemput jiran terdekat dan saudara terdekat sahaja. Yang lain, mungkin akan datang majlis persandingan belah lelaki yang diadakan pada hujung tahun depan. Maknannya selepas aku tamat dari SPM.
Aku terus cabut ke bilik apabila sudah sampai di rumah. Aku terus membaringkan diri di atas katil.
" Ah, bestnya." aku terus menggulingkan badanku ke kiri dan ke kanan.
TOK...TOK...TOK,
Pintu bilik ku dikuak dari luar tanpa aku sedari. Kelihatan Rayyan yang masih memakai baju melayu.
" Sya" panggil Rayyan.
Aku tersentak. Aku mencari kelibat seseorang yang memanggil namaku. Aku terus membangunkan diriku dari katil. Aku yang tidak perasan Rayyan di hadapanku, terus aku berdiri.
Aku bagaikan terpaku apabila jarak aku antara Rayyan hanya seinci sahaja. Hidung mancung Rayyan sudah terkena dengan hidungku.
Aku bagaikan tersedar terus menolak dada Rayyan dengan kuat.
" Awak nak apa? Tak reti ketuk pintu ke? Nasib baik, saya masih berpakaian." jawabku dingin. Aku mengerutkan dahiku apabila Rayyan ketawa. Rayyan yang tersedar aku bukan melawak terus menghentikan tawanya.
Aku masih berpakaian lengkap pakaian pengantin. Terasa malas sahaja mahu mandi. kalau boleh, mahu terus baring dan tidur.
" Dah solat ishak ke belum ni? Kalau belum abang nak ajak solat sekali." soal Rayyan.
Aku sekadar menggeleng bagi menjawab pertanyaan Rayyan.
" Awak dah ambik wudhu ke belum?" soalku.
" Belum. Sya pergilah mandi dulu. Abang tunggu. Jangan lupa ambik wudhu sekali." pesan Rayyan. Aku sekadar menganggukkan kepala.
Aku terus mencapai tuala dan baju lalu berlalu ke bilik air. Nasib baik bilik ku ada bilik air.
" Tanggalkanlah tudung tu. Macam mana nak mandi? Nak mandi dengan tudung sekali ke?" soal Rayyan.
" Tak perlu pun." jawabku tanpa memandang muka Rayyan.
' Punya panjang aku cakap, dia boleh jawab tiga perkataan je.' gumam Rayyan dalam hati.
Baru hendak tutup pintu bilik air, tangan seseorang menghalang. Aku mendengus. ' Ee, dia ni nak apa? Kacau mood betullah.'
" Awak nak apa ni?" soalku malas.
" Hmm, Sya nak tambah pahala tak?" soal Rayyan.
" Apa ni? STTP please." jawabku.
" Apa benda STTP tu?" soal Rayyan.
Aku mendengus. " Straight to the point."
" Oo.. hmm kita mandi sama sama." jawab Rayyan beserta sengihan nakalnya.
" Ee, gatal." jeritku.
Aku terus menutup pintu. Aku merasakan dada aku berdegup kencang. Ah, malunya!
Kedengaran suara di luar ketawa. Aku mendengus. " Eee, kurang asam. Dia main main pulak. Siap kau." aku mengentak hentak kakiku.
____
Selesai sahaja solat dan doa, aku terus salam tangan Rayyan.
" Cium tangan abang." arah Rayyan.
" Dah ciumlah." jawabku. Mukaku sengaja dimasamkan.
" Salam dan bawa tangan abang ni dekat mulut Sya. Bukan dekat dahi." arah Rayyan.
Aku mendengus geram. Sama je bukan lain pun, menyampah betul!
" Ha, apa yang Sya cakap dalam hati tu." soal Rayyan.
" Cakap apa?" soalku malas. Tangan Rayyan aku bawa ke bibir untuk dicium. Setelah itu aku melepaskan tangannya.
" Sama je, menyampah betu." ujar Rayyan tersengih.
" What ever." aku menghadiahkan satu jelingan.
" Tak baik jeling suami. Dosa."
" Ya Allah, awak ni kenapa? Tak habis habis cari kesalahan saya?" ujar ku geram.
" Bila masa." jawab Rayyan pura pura tidak tahu.
" Ish." aku mendengus kuat lalu duduk di atas katil. Aku mengambil handphone ku lalu mengaktifkan wifi.
Rayyan mengambil tempat di sebelahku.
" Sorry. Abang saje je nak sakat Sya. Dah lama tak bergurau macam selalu." ujar Rayyan lalu mencuit hidungku.
" Hmm." jawabku tanpa memandang muka Rayyan.
Sunyi! Kedengaran Rayyan menghela nafas perlahan.
" Sya. Abang ada benda nak discuss ni." ujar Rayyan setelah berapa minit sunyi antara kami.
Aku terus menoleh memandang muka tenang Rayyan.
Aku menutup handphone ku lalu meletakkan handphone ku di laci meje.
" Yes, apa yang awak nak bincang?" soalku lalu menaikkan sebelah kening ku.
" Okay, first sekali abang tahu kita kahwin ni sebab terpaksa. Abang minta maaf sangat pada Sya. " ujarnya sayu. Dia rindu kenangan antaranya dan Sya sebelum berkahwin. Sya amat dingin sekali dari sebelumnya.
" Lepastu." ujarku endah tak endah. Malas mahu ambil tahu.
" Hm, abang rindu kenangan kita dulu. Perangai Sya berubah. Yes, i know Sya tak suka perkahwinan ni sebab Sya masih muda tapi kita boleh mulakan hidup baru kan. "
" What? Are you kidding me? Awak ingat, awak paksa saya kahwin dengan awak, lepastu buat macam tak ada apa apa. Lepastu, awak nak saya layan awak macam isteri lain layan suami dia orang macam tu?" suara aku mula meninggi. Apa dia ingat aku mahu layan dia sebagai suami? Aku tak cintakan dia. Dia pun pasti tak cintakan aku.
" Abang nak hubungan kita macam dulu. Sya anggap je abang ni abang sepupu bukan suami. Kita jadi macam dulu. Kita bergurau macam dulu. Abang tahu, Sya memang tak nak kahwin dengan abang. Tapi, please kita buat macam tak ada apa yang berlaku. Okay?" ujar Rayyan dalam nada lembut memujuk isterinya. Dia tidak berputus asa memujuk Sya untuk melayannya seperti dahulu. Dia merindui Sya yang suka bergurau dengannya bukan dingin seperti sekarang.
" Lagipun, abang tahu Sya masih sekolah dan Sya ada boyfriend. Tak akanlah abang nak jadi penghalang. Asalkan Sya tahu batas agama dan jaga pergaulan." sambung Rayyan sayu. Siapa sahaja tidak cemburu apabila isteri sendiri anggapnya bukan suami dan bercinta dengan orang lain. Kalau boleh, dia mahu Sya mencintainya seperti dia mencintai Sya.
" So, macam mana?" soal Rayyan apabila dari tadi aku tidak bersuara.
Dalam hati Rayyan berdoa agar isterinya setuju rancangannya.
" Hmm tengoklah dulu. Saya nak tidur.. ngantuk. Goodningt, Assalamualaikum." aku terus menarik comfoter membaluti tubuhku. Sengaja aku berpaling membelakangi Rayyan.
Aku memejam mataku.
Rayyan mengeluh. Dia bangun untuk menuju ke almari. Dia mengambil toto lalu menghamparkan di atas lantai. Dia mencapai bantal dan selimut. Dia menutup matanya dan berharap agar esok isterinya akan memberi jawapan. Bukan jawapan negatif tapi jawapan positif.
_____
KEESOKAN HARINYA,
Jam sudah menginjak pukul 6.00 pagi. Rayyan terus bangun. Memang sudah rutinnya bangun pukul 6.00 pagi. Dia memandang katil kelihatan Sya masih nyenyak tidur. Dia tersenyum sendirian. Comel sahaja! Dia terus masuk ke bilik untuk mengambil wudhu.
Rayyan melangkah ke katil lalu menggerakkan bahu Sya perlahan untuk mengejutnya bangun solat subuh. Tiada respon! Tidur mati agaknya. Rayyan tidaj berputus asa untuk mengejut Diya. Barulah ada respon. Dia tersenyum senang melihat Sya terkebil kebil itu. Mamai agaknya!
" Solat. Dah nak masuk subuh. Sya mandi dulu. Abang dah ambik wudhu dah." ujar Rayyan lembut apabila melihat Sya masih terkebil kebil itu.
" Hmm." aku memisat misatkan mata aku. Aku masih lagi separuh sedar. Aku terus bangun mencapai tuala dan baju lalu masuk ke bilik air.
Rayyan hanya memerhati sahaja kelakuan isterinya itu. Comel sahaja. Patutlah dia jatuh cinta dengan Sya. Tanpa sedar Rayyan tersengih sendirian.
____
Aku terus melipat telekungku apabila sudah selesai solat. Baru hendak keluar, nama ku telah dipanggil. Siapa lagi kalau bukan dia yang panggil mesti lah suami aku. Eh, ngaku pulak suami. Ingat tak ngaku.
Aku menoleh memandang Rayyan. Aku hanya mengangkat kening padanya.
" Macam mana perbincangan kita semalam. Sya okay ke?" soal Rayyan berharap.
Aku terdiam. Hm, aku masih belum berfikir lagi tentang itu. Tapi tidak salah untuk aku mengikut rancangannya. Lagipun apa yang aku dapat, kalau aku dingin dengan Rayyan? Rayyan sudah sah jadi suami aku. Tidak lah banyak dosa yang akan aku tanggung jika aku mengikut rancangannya. Tidak salah bukan?
" Tengoklah dulu. " sengaja aku berkata begitu untuk melihat reaksi Rayyan. Kelihatan Rayyan mengeluh perlahan.
" Takpelah, abang tunggu Sya. Tapi haraplah Sya terima. Sya tahukan syurga letak di bawah kaki siapa? " ujar Rayyan perlahan. Sengaja dia menggunakan kuasa veto nya itu.
Aku mengetap bibir. Tajam sahaja mata aku menikam Rayyan. Sengaja je! Aku malas untuk membalas. Aku terus keluar dari bilik meninggalkan Rayyan.
Rayyan mengeluh melihat bayangan Sya sudah tiada di hadapannya. Tidak tahu bagaimana hendak pulihkan hubungannya dengan Sya.
_____
Aku terus pergi ke dapur. " Ibu!" sengaja aku mengejutkan ibu dari belakang.
Ibu tersentak. Dia menoleh ke arah anaknya yang tersengih itu.
" Hei, Sya. Ya Allah, nasib baik ibu takda serangan jantung. Kalau tak, memang ibu tak sempat lah nak tengok cucu." ibu mengurut dadanya perlahan.
" Ish, apa ibu nii... kenapa cakap macam tu? Sya tak suka lah! " tidak suka apabila ibu membicarakan tentang kematian. Dia amat menyanyangi keluarganya.
" Mana Rayyan. Ajak dia makan. Ibu dah siap masak ni." soal ibu. Ibu tidak mengendahkan Sya yang sudah memuncung itu.
Ish ni ibu ni. Sudahla ibu bangkitkan tentang kematian. Lepastu tanya pasal Rayyan pula. Anaknya di hadapan ini tidak mahu pula dia soal.
" Alah ibu. Biarlah dia, dia dah besarlah. " jawabku malas.
Aku nampak ibu sedang menjeling tajam padaku. Aku mengeluh. " Yalah, Sya panggilkan dia." jawabku mengalah. Aku menghentak hentak kakiku tanda protes.
" Hentak lagi. Biar pecah rumah ni." laung ibu. Tidak suka melihat perangai anaknya itu seperti budak budak. Tidak tahulah bagaimana kalau sudah ada anak nanti.
Aku hanya membuat tidak endah. Kaki laju sahaja melangkah ke tangga untuk pergi ke bilik.
____
TOK TOK TOK,
Aku terus membuka pintu bilikku setelah mengetuk pintu apabila tiada sahutan. Mungkin Rayyan di bilik air. Kedengaran pintu bilik air terbuka. Aku terus menoleh ke bilik air. Kelihatan Rayyan yang baru habis mandi. Mukaku sudah kemerahan. Malu apabila Rayyan hanya mengenakan tuala sahaja membalutu badannya yang mempunya six pack. Rambutnya yang basah itu membuatkan Rayyan kelihatan lebih seksi. Rayyan baru tersedar Sya ada di bilik ini. Dia melangkah ke arah isterinya.
Aku menelan air liur apabila melihat Rayyan melangkah ke arahku. Dada sudah berdetak seperti marathon. Aku cepat berpaling mukaku ke sisi untuk menyorok mukaku yang memang ternyata merah ini.
Rayyan tersenyum melihat kelakuan isterinya itu. Comel!
" Kenapa Sya? " soal Rayyan lembut.
Sunyi! Rayyan tersenyum. Pasti isterinya malu kerana memandangnya yang tidak berbaju itu. Dia terus melangkah ke almari lalu menyarung baju dan seluarnya ke badan.
" Dah, abang dah pakai baju. Pandang abang. " ujar Rayyan lembut lalu memegang sahu isterinya untuk memandang wajahnya.
" Sya cari abang ke?" soal Rayyan lembut. Dia mengalihkan tangannya. Takut pula jika Sya melenting tidak suka akan perbuatannya.
Aku merenung mata coklat Rayyan. Gulp! Air liur ditelan. Aku terus mengalihkan pandanggan apabila terasa lama pula aku merenung Rayyan.
" Ha, ye. Sya ca..cari a..abang. Nak ajak makan." jawabku kalut tanpa sedar menggunakan panggilan yang memang aku panggil Rayyan.
Aku terus keluar dari bilik. Malu!
Aku meletakkan tangan di dada. Kenapa dada aku laju sahaja apabila bertatapan dengan Rayyan?
" Eh, kejap! Kenapa aku boleh panggil dia abang? Yang tu bukan ke panggilan sebelum kita orang kahwin masa kami masih rapat? Ah, biarlah lagipun tak salah pun. Aku pun setuju sahaja dengan rancangan Rayyan, apa salahnya! "
" Dia panggil aku abang? Maknanya dia setuju lah dengan rancangan aku. Alhamdulillah, Ya Allah. Akhirnya kau tunai juga permintaan mu ini." ucap Rayyan dengan rasa bersyukur. Gembira tidak terkata. Rayyan terus turun ke bawah.
" Good morning ibu, ayah." sapa Rayyan gembira.
" Good morning, Rayyan." ucap ibu dan ayah serentak.
" Kenapa Rayyan happy je pagi ni. Tapi Sya muram. Apa yang berlaku malam tadi. Sya penat sangat ke?" soal ibu.
Aku tersentak. Penat? Apa maksud yang ibu cakap. Kenapa penat pulak. Mungkin ibu tanya penat sebab semalam kemas kut.
" Tak ada apalah ibu. Ha, memang penat pun." jawabku selamba. Aku terus sambung menyuap nasi goreng ke dalam mulutku.
Rayyan mengambil tempat sebelahku.
" Oh jadi boleh lah bagi ibu dan ayah cucu?" soal ibu dengan teruja.
UHUK..UHUK,
Aku tersedak.
Rayyan terus mencapai air putih lalu memberi pada isterinya itu. Sya terus meminum air yang diberinya. Dia menggosok lembut belakang badan isterinya.
" Apa ni, sayang. Tengok anak kita dah tersedak." bela Ayahku iaitu Encik Imran.
Aku terus mengerutkan dahiku memandang ibu dan ayahku. " Cucu? Ibu, ayah Sya baru 16 tahun tau. Tak akanlah nak bagi ibu ayah cucu." ujarku muncung. Tekakku masih perit.
" Lah, tadi kata penat. Ibu ingat penat sebab nak bagi ibu dan ayah cucu." ujar ibu pelik.
" Lah, Sya ingat penat sebab mengemas. Kalau mengemas betul tapi kalau buat benda 'tu' salah okay." jawabku untuk pertahankan diri. Lambat lagi hendak fikir tentang anak. Tidak terfikir untuk menjadi seorang ibu pada umur muda ini.
" Erm maknanya lambat lagi lah kan kita nak dapat cucu kan, bang." ujar ibu kecewa.
" Alah, apa susahnya, suruh lah akak kahwin. Kan senang. Akak pun boleh bagi ibu cucu. " ujar ku selamba.
" Akak kamu tu, belajar. Dia duduk negara orang. Sya lah yang bagi ibu cucu, Sya kan dah kahwin." ibu masih tidak mahu mengalah.
Aku sekadar menganggukkan sahaja kepala. Malas untuk mengecewakan ibu. Tapi, aku memang tak fikir sejauh itu lagi. Aku masih muda lagi, aku tidak mahu menambahkan kekusutan dalam kepala. Aku kembali menyuap nasi goreng ke dalam mulutku.
Share this novel
Bila nak sambung ye
sedih