Alia meminta kebenaran Pak Ayob untuk berjalan mengambil angin petang dan pusing- pusing kampung dengan menaiki basikal.Niat nya ingin menikmati suasana kampung di Sabah ini.kalau sudah pulang ke kampung halaman..sudah tentu suasana juga jadi berbeza.Maklumlah duduk kawasan perumahan suasananya tak sama seperti di kampung.
Pak Ayob mengizinkan Alia,tapi berpesan jangan pergi jauh-jauh hanya di sekitar sini sahaja.
Alia mengayuh basikal dengan perlahan sambil melihat pemandangan kampung di sini.sesekali dia berhenti di tepi jalan untuk mengambil beberapa keping gambar.Alia meneruskan perjalanan nya menyelusuri jalan-jalan kampung.Dia mahu pergi ke kawasan persisiran pantai.Untuk ke situ,dia kena melalui lorong yang agak sempit dan bersemak.
"adoi...sunyi pula jalan ni...tak ada pon orang kampung yang lalu di sini..cepat Alia ....laju sikit kayuh basikal tu......"
Alia ternampak ada 3 orang lelaki yang tengah melepak di sebuah rumah yang agak usang.Alia hanya buat tak tahu dan meneruskan perjalanan nya tanpa menoleh ke arah mereka.kerisauan juga mula menyelubungi diri nya kerana lelaki -lelaki itu sudah memandang nya dengan pandangan yang lain macam.Alia memperlajukan kayuhan tetapi dia sudah dihalang oleh salah seorang lelaki tersebut.
"hai..cik adik manis mau kemana kamu?mau saya teman tak?"bicara lelaki tersebut sambil menyentuh tangan Alia.Alia bertindak pantas menepis tangan lelaki tersebut .
"pergi dari sini,jangan ganggu aku...pergi..."ujar Alia dengan kasar..
"amboi sombong nya...entah datang dari mana nak berlagak datang kampung orang ya."hahaha..lelaki itu ketawa besar.Kini ketiga lelaki tersebut sudah berjaya mengelilingi Alia.Alia seakan tidak boleh melepaskan diri.
"pergi lah..jangan kacau aku...pergi.."Alia suba menolak lelaki tersebut.
"amboi...main kasar ya...siap kau.."kata salah seorang lelaki tersebut dan terus menolak Alia sampai terjatuh dia ke tanah..
"tolong..jangan ganggu aku..."Alia sudah menitiskan airmata nya.
"aku tak ganggu...aku cuma nak main-main je dengan kau...sungguh cantik..kulit putih ..."kata lelaki tersebut dan mula menarik lengan baju Alia dengan kasar .Terkoyak lengan baju nya akibat tarikan yang kasar.
"oi korang apa lagi..,pegang dia.....cepat.."
kedua tangan Alia susah dipegang kuat oleh dua orang lelaki tersebut.Sorang lagi cuba untuk membuka baju Alia,tetap Alia bertindak menendang lelaki tersebut.Alia cuba untuk berlawan..Pegangan lelaki-lelaki tersebut akhir nya terlepas dan dia berlari dengan laju untuk menyelamatkan diri nya..
"tolong...tolong....."bicara Alia mengharapkan ada orang yang akan membantu diri nya.
kelihatan lelaki -lelaki tersebut sedang mengejar Alia..
"oi perempuan..jangan nak lari..kami dapat,siap kau..."
Tanpa diduga kaki Alia tersepak satu tunggul kayu.Dia jatuh terterap.
"aduh....sakit nya...."
"haa...padan muka...mari sini kau....kan kami dah berjaya dapat tangkap kau....habis lah kau hari ni...bertuah kami dapat menikmati lauk yang cukup cantik dan seksi...."hahaha....lelaki tersebut ketawa besar.Mereka tidak akan melepaskan peluang yang sudah terhidang di depan mata...barang cantik lah katakan....percuma pula tu...
Mereka memegang tangan Alia dengan kuat...ditampar nya pipi Alia..habis Merah pipi gebu Alia ...sungguh mereka sangat kejam.
Tiba-tiba....
"dushh....dushhh.."bunyi tumbukan mengenai lelaki-lelaki bernafsu syaitan tadi.
"rasakan....berani korang buat perempuan macam ni.rasakan...dushh...dushhhh....siapa lagi berani..mari sini."kata lelaki yang membantu Alia.
Alia cukup kenal dengan susuk tubuh dan suara lelaki itu.Dia ialah Iskandar.
"oi...kau tunggu Iskandar..ingat..kau itu hanya orang luar sahaja..kau tunggu..."kata salah sorang lelaki jahat itu.Mereka kemudian terus lari meninggalkan Alia dan Iskandar di situ..
Iskandar memandang Alia dengan perasaan simpati.Dia melihat baju Alia koyak di sebelah lengan kiri.Pipi nya juga nampak kesan lebam...
"mari sini...aku tolong kau.."Iskandar menghulurkan tangan nya.Alia menyambut huluran tangan tersebut .
"terima kasih encik Iskandar..tolong saya..saya takut...."Alia terus memeluk iskandar dengan erat.ketakutan yang dia alami menyebabkan dia berbuat begitu.Iskandar terkejut dengan perlakuan Alia memeluk nya dengan erat sekali.Terasa basah di dada bidang nya.. kedengaran suara Alia menangis teresak-esak.Iskandar seakan beku,tidak tahu untuk berbuat apa-apa.
"Alia...jangan nangis..mari sini,aku pakaikan kau sweater aku ni.Baju kau ni koyak."Iskandar membuka baju sweater yang dipakai lalu menyarungkan ke badan Alia .Hati nya sangat berasa simpati dengan gadis di depan nya.Habis lebam-lebam pipi dan badan nya.
"Alia....mari aku hantar kau ke klinik,selepas tu kita balik ke rumah Pak Ayob.Lagi satu kau kena buat polis report pasal kejadian tadi."
"saya tak nak buat report."
"tapi kenapa?kau nak biarkan si penagih dadah tu lepas begitu sahaja?"
"encik...tolong faham saya....."Alia menangis lagi.
sungguh Iskandar tidak tahan bila melihat Alia menangis begini.Ego lelaki nya mulai tewas dengan airmata seorang gadis bernama Alia.
"ok baik...tapi kita pergi klinik dulu,lepas tu aku hantar kau balik rumah pak Ayob.Lagipun hari nak hujan ni."
"terima kasih encik Iskandar...."ucap Alia lemah.
Iskandar memimpin Alia berjalan.Alia tidak boleh bergerak laju kerana kaki nya bengkak tersepak bendul kayu.Ada kesan darah sedikit .
********
"kenapa perasaan aku ni tak berapa nak sedap ya...Hati mula berfikir kan Alia.. Baik-baik ke dia disana?"bisik puan Ros di dalam hati nya.Dia berasa tidak sedap hati.Fikiran nya hanya memikirkan Alia anak gadis nya itu.Puan Maria cuba menghubungi Alia tapi tidak berjawab.Hati nya mula risau.Sudah 3 kali dia cuba menghubungi anak nya itu namun tidak berjawab.Puan ros cuba pula menghubungi Pak Ayob...
"assalamualaikum Ayob...ni ros..."..
"waalaikumussalam..ya ros....ada apa?rindu sama Alia ke."
"Tula rindu....ros cuba call Alia tapi tak berjawab.Alia ada dengan Ayob ke.?"
"owhh..Alia..dia pergi pusing-pusing kampung.Rasa sikit lagi dia sampai.Lagipun hari macam mak hujan."
"owhh...tak apa lah kalau begitu.Nanti kalau Alia dah sampai,suruh dia call saya ya."
"ok baik ros...nanti saya sampaikan."
"terima kasih Ayob.."
****
"Terima kasih encik Iskandar sudah membantu saya.Kalau encik tak ada di situ tadi..tak tahu lah apa nak jadi dengan saya."ucap Alia kelihatan sangat sebak.
"kebetulan aku lalu di situ.Lain kali jangan berani pergi ke tempat yang sunyi,tambah lagi kalau sorang diri.Mari aku hantar pulang.kau tunggu jap.Aku nak ambil payung dalam kereta.Hujan lebat ni."
Iskandar berlari menuju ke kereta untuk mengambil payung.Dia tidak mahu Alia terkena hujan.Sudah Alia dalam keadaan yang tidak sihat,kalau terkena hujan lagi bertambah tak sihat la dia.
"jom,dekat sikit."Iskandar memayungi Alia menuju ke
kereta.
Mereka berjalan bergandingan menuju ke kereta.Hujan semakin lebat membasahi bumi seakan tidak menunjukkan mahu berhenti lagi .
kereta Proton Saga milik Iskandar meluncur laju membelah jalan raya kampung.perjalanan mengambil masa 30 minit juga hendak ke rumah pak ayob.kampung di pulau bum bum bukan lah satu kawasan yang kecil.Di pulau ini mempunyai banyak kampung-kampung.kampung yang pak Ayob tinggal terletak jauh paling hujung dan berdekatan dengan kawasan laut.
Suasana sunyi sepi menyelubungi di dalam kereta.Alia dan Iskandar tidak langsung berbual.Alia pula terasa badan nya sungguh sakit sekali.kaki nya juga terasa sakit.Lama kelamaan akhir nya Alia terlena di dalam kereta.
"ehh...tidur pula budak ni.urmmm....rasa kesian pun ada..Habis lebam pipi nya.Dah lah berkulit putih ....tapi....comel juga masa dia tidur ni...tenang rasa bila melihat .."bisik Iskandar di dalam hati.Pemanduan nya agak terganggu kerana mata ingin sahaja melihat Alia.Perasaan apakah ini?ia suatu yang sukar di gambarkan..
Share this novel