Bab 9 Pulang

Romance Series 1724

Peristiwa hitam yang berlaku membuatkan Alia berasa kehidupan nya hampir musnah.Hanya dengan satu malam, maruah diri nya diragut begitu sahaja.Dia langsung tidak mengingati apa yang terjadi malam tu.kepala nya jadi sakit bila memikirkan kejadian yang menimpa diri .Kejadian ini tidak boleh diketahui oleh sesiapa pun.Dia harus merahsiakan nya..

Alia kelihatan sudah memasuki ke dalam pesawat.Sebentar lagi pesawat akan berlepas ke lapangan terbang KLIA.Pagi tadi dia dihantar oleh Pak Ayob dan abang Haiqal.kelibat Iskandar tidak lagi kelihatan selepas peristiwa yang berlaku malam semalam.Alia juga tidak mahu melihat muka lelaki yang telah menganjurkan hargai diri nya.

Air mata yang mengalir dilap dari pipi nya yang mulus .Ini bukan pengakhiran dari hidup nya .Bagi Alia ini mungkin satu ujian untuk menguji sejauh mana keimanan nya pada yang Maha Esa.

****************

Tepat pukul 12.30 tengahari , Alia sampai di lapangan terbang KLIA.Rindu pada ibu nya kian terasa.Ibu nya pasti sudah menunggu kepulangan Alia iaitu satu-satunya anak kesayangan Puan ros.

"Assalamualaikum ibu......Alia dah sampai."Alia memberi salam sambil mengetuk pintu rumah nya.

"waalaikumussalam.....anak ibu dah pulang...alahai..rindu nya......"Puan ros sambil memeluk anak kesayangan nya itu.

"Alia pun rindu ibu..ohh....Pak Ayob dan Ummi Kiram salam pada ibu.Ada ole-ole yang mereka kirim kan untuk ibu."

"waalaikumussalam....ingat juga mereka pada ibu ya.Nanti ada kesempatan,ibu juga ingin ke Sabah untuk berjumpa dengan mereka."

"ok baik ibu... ibu ..boleh Alia masuk ke dalam bilik...Alia nak rehat sekejap..nak mandi..."..

"ok anak ibu. berehat ya..nanti kita makan sama-sama.Ibu ada masak lauk kegemaran Alia.."

"wahh ......mesti sedap...."ucap Alia sambil berlalu pergi masuk ke dalam bilik.Jauh di sudut hati, sedih telah menyelebungi diri nya .Menatap wajah ibu nya, membuat kn hati Alia begitu sebak.Dia gagal menjadi seorang anak yang baik.Dia gagal menjaga kehormatan diri nya..

*******************

Kini Iskandar telah sampai di lapangan KLIA.Pagi tadi dia dihantar oleh Haiqal.Haiqal berasa pelik kerana tiba-tiba sahaja Iskandar mahu pulang ke Kuala Lumpur.Iskandar juga memberitahu kepadanya bahawa dia akan lama di Kuala Lumpur kerana mempunyai urusan penting yang harus diuruskan.Setahu Haiqal, Iskandar tidak mempunyai keluarga di sana dan semenjak dia tinggal di Sabah,tidak pernah sekali pun Iskandar pergi ke Kuala Lumpur.Dia merasa Iskandar ini seorang yang agak misteri.

Iskandar teringat kembali peristiwa yang berlaku pada malam tersebut . Dia melihat seorang gadis berasa sangat marah di hadapan nya.Bukan hanya marah tapi menangis tanda kecewa dalam apa yang terjadi pada dirinya .Sungguh dia terkesan pada waktu.Tapi diri nya tidak harus dipersalahkan.....

Alia....gadis yang begitu naif ....cantik ..Dia sebagai seorang lelaki pasti tergoda dengan kecantikan gadis itu.Tapi dia bukan lelaki dayus .Dia akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada Alia..Tapi bagaimana?Gadis tu tidak mahu lagi berjumpa dengan nya?Tapi Tengku Iskandar tahu cara bagaimana mahu mengikat gadis itu menjadi milik nya.......

***************

Rumah agam yang tersergam indah lagi mewah langsung tiada perubahan.Sudah sekian lama bertahun nya Iskandar tidak melihat rumah agam ini.
Kini dia betul-betul berada di hadapan rumah agam tersebut.Ikutkan hati dia tidak mahu kembali lagi ke rumah agam ini,namun kerana dia mendapat perkhabaran yang mama nya terkena serangan jantung dan kini berada di hospital untuk mendapatkan pemantauan yang rapi.Dia juga tidak tahu bagaimana pak Samad berjaya menghubungi nya.Hal ini kerana dia sudah pun menukar nombor telefon sejak dia dihalau dari rumah agam tersebut.

"Ting...tong...ting....tong...."

Iskandar menekan butang lonceng.
Tidak lama selepas itu,pintu pagar terbuka menandakan menyambut kepulangan Iskandar.
Pak Samad memeluk Iskandar dengan erat.Rindu dia pada Iskandar sudah terubat.Dia menganggap Iskandar seperti anak nya sendiri.Dia sudah bekerja dengan keluarga Tengku Kamal selama 30 tahun...

"is....apa khabar nak?rindu nya pak Samad pada kamu..."

"alhamdulillah....is sihat.pak Samad sihat?Rumah kelihatan sunyi je?"

"Alhamdulillah..pak Samad siht.Papa is ada di hospital . Sebenarnya,mama tahu is berada di Sabah.Mama tahu apa yang is sedang lakukan di sana.."

"Ini mesti mama upah penyiasat kan?"tanya is kepada pak Samad...

"mama is buat begitu kerana dia sangat risau dengan keadaan is....Ibu mana yang tidak risau anak yang dikandung tidak berada di depan mata."

"macam mana mama boleh terkena serangan jantung?"

"sewaktu mama ingin pergi ke cawangan butik nya di Selangor...mama is mengadu dia terasa nyeri di dada.Tiba-tiba mama is jatuh pengsan.Pak Samad dengan papa is segera menghantar ke hospital.Mujur mama is sempat diselamatkan.Tapi keadaan mama is masih lemah dan memerlukan pemantauan yang rapi ."

"kalau macam tu,kita segera pergi ke hospital.Is rindu sangat dekat mama.....Is nak minta maaf dekat mama sebab hilang bertahun tanpa khabar berita..mesti mama kecewa dengan is kan pak Samad?"

"mama is tak pernah salahkan is.Dia tahu is tak bersalah dan terpaksa berbuat begitu.Mari...kita pergi sekarang." ajak pak Samad.....

*******
Mereka sampai di sebuah hospital swasta yang terkemuka.Laju sahaja langkah kaki Iskandar menuju ke ruangan ward mama ny di rawat.Sungguh pada waktu ini,perasaan ny bercampur baur.Rasa rindu,sedih, takut dan risau menyelebungi diri nya.

Pintu ward 3A VVIP ditolak dengan perlahan.Kaki nya mengorak langkah menghampiri mamanya yang sedang lena.Ditatap nya wajah seorang ibu yang sangat dirindui.setalah sekian bertahun tidak berjumpa.Airmata lelaki nya mengalir tanpa sengaja.

"mama...maafkan Iskandar....."ucap nya sambil mengucup dahi Tengku Maria.

Tengku Maria yang terlena terjaga dengan tindakan Iskandar mencium dahi nya.kelopak mata nya dibuka perlahan -lahan.Dia melihat satu sosok tubuh yang amat dikenali nya.

"Is...anak mama......Is anak mama dah pulang.Mama rindu sangat dengan Is....
ucap Puan Ros kepada anak nya.

Dia memeluk erat anak kesayangan nya.Sudah bertahun dia merindui untuk bertemu dengan Iskandar.Dia sangat bersyukur kerana doa nya dimakbulkan oleh Allah.

"is...minta maaf mama....maafkan Iskandar...."airmata Iskandar mengalir tanpa dia sedari.

"is tak ada salah apa-apa pun.Bagi mama is seorang anak ny baik.cuma keadaan yang memaksa is berbuat begitu.Mama tidak pernah menyalahkan is."

"tapi papa....pasti tidak akan menerima is dalam keluarga ini."ucap Iskandar kepada puan Ros.

"is.....jangan cakap begitu...papa hanya marah sekejap sahaja .Mama yakin dia juga merindui is.Percayalah cakap mama.."

"urmmm..... harap nya papa tidak marah is lagi.."harapan Iskandar agar papa nya melupakan kejadian yang berlaku bertahun lama nya itu.

"is....balik rumah kita ya...rumah tu terasa sunyi bila is tak ada.Gurau senda is...nakal is....semua nya mama rindu...is...balik ya...."

"mama......nanti is balik ya.....mama rehat lah..keadaan mama masih belum stabil lagi.."pinta Iskandar.

"malam ni is teman mama di hospital ya...mama nak berbual lama dengan anak teruna mama sorang ni..."

"baik...is akan teman mama.is akan jaga mama sampai mama sihat ."ucapan Iskandar sambil memegang erat tangan insan yang telah melahirkan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience