Prolog

Romance Series 1724

"mulai hari ini,papa tidak mahu tengok muka kau lagi.Anak yang tidak mengenang budi.Selagi kau tak mahu tunai kan apa yang papa mahu ..jangan kau jejak kan lagi kaki di rumah ni .Ingat Tengku Rizal Iskandar Tengku Kamal,selagi kau tidak mahu tunaikan permintaan papa,jangan kau balik ke sini."
Amarah Tengku Kamal sudah tidak dapat dikawal lagi . Satu-satu anak tunggal Tengku Kamal sudah mengecewakan hati nya.

"abang ....jangan lah buat anak kita macam ni .Bagi lah dia peluang.Abang tak kesian ke dekat Is..."
rayu Tengku Maria.Ibu mana yang tidak mempertahan kan anak dari darah daging nya sendiri.

"ini adalah keputusan saya.Tiada siapa yang boleh membantah."

"kalau itu yang papa mahukan,Is akan keluar dari rumah ini dan tak akan kembali lagi .Terima kasih sebab dah buang Is dari family ni."
kaki nya laju melangkah keluar membawa bagasi besar.Hati nya begitu sakit saat ini.Atas permintaan yang tidak masuk akal,dia harus terima akibat nya.

"is...anak mama...jangan pergi...kesian lah pada mama ni.Mama sayang sangat dengan Is....."rayu Tengku Maria sambil memegang tangan anak nya itu.Dia tidak mahu Tengku Iskandar meninggalkam rumah agam ini.

"mama....maafkan is....Is terpaksa....Jika diberikan kesempatan,kita pasti akan berjumpa lagi.Mama..maafkan Is....Halalkan makan minum dan segala yang mama berikan pada Is....Is sayang mama."
Tengku Maria memeluk erat anak nya itu.Tangisan mula kedengaran kuat.Dia tidak mahu berpisah dengan anak yang dikandung sembilan bulan dan ditatang bagai minyak yang penuh.saat ini hati nya sangat kecewa Pabila mengenangkan nasib Tengku Iskandar.

"mama.....izinkan Is pergi."
Tanpa menoleh lagi,Iskandar terus melangkah keluar dari rumah agam itu.Selama 26 tahun dia tinggal di rumah itu dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.kini,papa nya sendiri sudah menghalau dia keluar dari rumah agam tersebut kerana dengan satu permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh nya.Kini dia nekad.Apa pun terjadi,dia harus hidup berdikari.Tidak mungkin dia akan ikut permintaan papa nya...
Memang Tengku Iskandar nekad dengan keputusan nya.Dia harus meneruskan kehidupan tanpa keluarga disisi nya..

semoga pembaca semua menyukai karya penulisan Sy yang ke tiga ini. mohon sokongan anda semua ya.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience