kelihatan Haiqal dan Iskandar sedang menunggu di jeti pulau bum bum.Semalam Pak Ayob ada menelefon Haiqal supaya menemani Pak Ayob dan anak saudara untuk pusing pulau .Pak Ayob juga berpesan untuk mengajak Iskandar sekali.Pada awal nya,Iskandar menolak tetapi atas desakan Haiqal...dia bersetuju.
"ermmm..mana ni..tak sampai lagi...Aku balik dulu la."
bicara Iskandar yang sebenarnya tidak ada hati mahu mengikut Haiqal dan Pak Ayob..
"ishh...kamu ni Is ...tak baik tau..Tunggu la sekejap lagi mesti diorang akan sampai.Lagipun kita baru tunggu 10 minit.Jenis tak menyabar la kau ni is..."
"kau tahu kan aku macam mana.menepati masa prinsip aku."
"iya aku tahu...tapi jangan lah tegas sangat.lagipun kita nak santai-santai je ni kan sambil ambil angin."
"okay2...fine...."
Haiqal hanya ketawa melihat muka Iskandar yang sudah macam mencuka.Jarang sungguh untuk melihat Iskandar tersenyum ataupun ketawa.Agak nya ada emas dalam mulut nya ..hahahaha...
Tidak sampai 15 minit menunggu,kelihatan pak Ayob dan Alia datang menghampiri mereka di jeti.kelihatan Iskandar sedang duduk termenung menghadap laut.
"Asalamualaikum...maafkan pak Ayob ya nak Haiqal.Terlambat sikit sebab kereta buat hal.Maklumlah kereta sudah tua "..terang Pak Ayob kepada Haiqal.
"ehh..... tak apa pak Ayob..kami pun baru sampai ni dalam 10 minit.Ni ke anak saudara Pak Ayob tu?"tanya Haiqal.Dia agak terpegun melihat kecantikan Alia.sedap mata memandang...mempunyai kecantikan yang tersendiri."
'haa...iya...Nama nya Alia .Alia mahu menyiapkan tugasan belajar nya.. jadi dia kesini untuk melihat kawasan pelancongan di sini."
"owhh. begitu....boleh...kami sedia membantu."sambil tangan Haiqal menyiku lengan si Iskandar yang dari tadi khusyuk melayan perasaan sendiri sehinggakan kehadiran Pak Ayob dan Alia tidak disedari nya.
"urmmm..ehemm....owhh..Pak Ayob dah sampai..maaf...saya tak sedar."ucap Iskandar sampai mata nya tertumpu pada sebatang tubuh gadis dihadapannya.Cukup indah....menarik.....cantik...Tidak pernah dia lihat gadis secantik ini dan yang paling penting membuatkan jantung nya berdebar.
Alia yang menyedari Iskandar melihat nya,mula rasa tidak selesa...
"assalamualaikum..saya Alia....seronok bertemu dengan encik berdua."bicara Alia supaya dapat mengalihkan renungan Iskandar dari melihat nya sebegitu tetapi,renungan Iskandar semakin mendalam.
Haiqal juga perasaan yang Iskandar melihat Alia serupa hendak makan.Lantas Haiqal berbisik pada Iskandar.
"is...aku tengok kau ni macam nak telan anak dara orang je.Takut budak tu karang."
"mana ada aku tengok."Iskandar seperti menidakkan.Dia segera mengalihkan pandangan dan memandang laut yang sedang terbentang luas.
"Ok jom kita....Nampak nya bot sudah sampai "ajak Pak Ayob.
Mereka lantas menaiki bot serta memakai jaket keselamatan.Alia berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat pulau-pulau di Semporna ini.Kelengkapan seperti kamera dan buku nota dibawa untuk mengumpul maklumat.
Perjalanan untuk ke pulau Mabul mengambil masa selama 40 minit.Ini adalah pulau pertama yang mereka akan pergi dulu.
"encik Haiqal dah lama ke tinggal disini?"tanya Alia.
"sudah 9 tahun....ehh...Alia tak payah lah panggil encik..panggil Aje abang Haiqal..umur Alia berapa?"
"23 tahun."
"muda lagi..abang dah 30 tahun..Alia kalau nak tanya apa-apa mengenai pulau disini..silakan...apa yang abang boleh bantu...abang akan bantu.. betul tak Is?"sambil menyiku lengan Iskandar yang dari tadi senyap seribu bahasa .
"urmm..ya..."agak tegas suara nya.Tapi hati Iskandar seakan sudah terpesona dengan gadis di hadapan nya.
Alia berasa pelik melihat sikap Iskandar.nampak tegas dan tidak mesra.Tidak seperti Haiqal,mudah mesra dan nampak baik .
"urmmm...pelik lah mamat ni...dah lah muka ketat..lepas tu dok tengok aku macam nak makan je....macam aku ada buat salah je..huhu...."bicara Alia di dalam hati...
Alia mengambil beberapa keping gambar.Tingkah laku Alia hanya diperhati oleh Iskandar.Pandangan mata nya susah beralih pada gadis tu.
"urmmm..cantik....sopan....tapi nampak nya dia lebih selesa dengan Haiqal."bisik Iskandar di dalam hati.Dia memang melihat Alia banyak berbual dengan Haiqal..
"ok..kita dah nak sampai di pulau Mabul.Alia...dah sedia ke.?"ujar Pak Ayob.
"dah ....cantik nya......air jernih betul.....memang indah..."kata Alia.Sungguh hati nya tertawan dengan keindahan pulau Mabul.
"Disini memang cantik ....Alia tengok budak-budak Bajau laut tu,diorang sekecil ini sudah pandai berdikari dan berenang.Alia nampak kan diorg jual apa....bukan hanya kelapa laut,lobster pun ada."Terang Haiqal kepada Alia.
Alia hanya mengangguk tanda setuju dan dia berasa kagum melihat kesungguhan anak-anak ni dalam mencari rezeki sesuap nasi.
"ok jom..kita naik ke atas resort.kat sana nanti kita akan bergambar dan melihat bagaimana mereka melakukan pengurusan resort di sini."terang Pak Ayob.
Iskandar mengekori Alia dari belakang.Anak mata nya tidak lekang memandang susuk tubuh Alia.Dia mahu mendekati dan berbual -bual dengan Alia tapi dia sendiri tidak tahu dari mana mahu mulakan.Tidak seperti Haiqal,pandai mengambil peluang.
"Alia,mari sini abang ambilkan gambar.",pelawa Haiqal.
"thanks abang...."ucap Alia sambil tersenyum.Alia mengalih kan pandangan nya terhadap Iskandar yang dari tadi sibuk berbual dengan pak Ayob.
"ok cun...cantik..."
"pandai abang tangkap gambar.terbaik."
"jom kita selfi Alia...."
"ishh..Malu la abang...."
"jom lah.... cantik kat sini..."ajak Haiqal lagi.lalu Alia pun mengiyakan.Jauh di suatu sudut lain,ada mata yang memandang mereka.
"agak nya dia ni sama je macam perempuan lain..."bisik Iskandar di dalam hati.Entah kenapa hati nya rasa sedikit cemburu pabila Alia berselfie dengan Haiqal.
"is....jom la Kita bergambar sekali."ajak Haiqal..
"malas lah..."itu sahaja yang keluar dari mulut Iskandar.
Mereka berpusing di sekeliling resort.Terdapat banyak bilik-bilik mewah yang tersedia.Pembinaan bangunan yang begitu unik bagi Alia.Dekorasi bentuk dan susunan yang sangat sistematik.Air laut yang jernih membiru mengindahkan lagi setiap pemandangan.
"macam mana Alia...best kan di sini..?tanya pak Ayob.
"sangat best..superb.."
"ok kalau macam tu...kita berehat di sini sekejap.Haqal..jom teman pak Ayob,kita pergi ambil makanan.Alia tunggu di sini bersama Iskandar ya."bicara pak Ayob sambil berlalu pergi meninggalkan Alia dan Iskandar.
sebenarnya Alia agak kekok bila bersama dengan Iskandar.Tidak seperti Haiqal,dia berasa seperti sudah kenal lama padahal baru bertemu hari ini.
"urmmm...kenapa lama sangat Pak Ayob ni pergi?Dah la mamat sorang ni muka nya ketat je.Senyum pun tak..Apatah lagi nak sembang dengan aku...urmmm..ke aku yang kena mulakan dulu.?"bisik Alia di dalam hati nya.
Dia sedar.. Iskandar langsung tidak mahu berbual dengan nya .
"ehemmm....encik Iskandar...dah lama ke menetap di sini ataupun memang orang sini?" Alia memberanikan diri bertanya kepada Iskandar.
"urmmm...bukan orang sini .saya merantau ."itu sahaja yang keluar dari mulut Iskandar.
"owhh.....encik Iskandar sama umur dengan abang Haiqal ke?"tanya Alia lagi.
"yup sama ."
"kalau macam tu,saya panggil abang Is la..Boleh ."
"Aku bukan abang kau..."agak tegas suara Iskandar yang membuatkan Alia berasa tersentap.
"urmmm...tak apa lah macam tu...maafkan saya."
Alia berasa Iskandar memang tidak suka pada nya.Pada awal pertemuan tadi, Iskandar kelihatan merenung nya dengan pandangan yang tajam.Bila Alia memandang sambil tersenyum ke arah nya, Iskandar hanya buat tak endah.Hai lah iskandar dengan gadis secantik Alia pun tak kan kau beku juga ...
"Hai si cantik manis, makanan dah sampai."ucap Haiqal.
"ehh . abang....Pak Ayob mana?"Alia sedari yang Pak Ayob tidak kelihatan.
"Pak Ayob tadi terjumpa dengan kawan nya.Dia suruh kita makan dulu."
"ok baik."bicara Alia.Sekilas dia memandang susuk tubuh Iskandar.Ada jambang halus yang tumbuh di wajah kacak nya.
"Is...kau ada buat apa-apa dekat Alia tak?Aku tengok Alia muka nya lain je."bisik Haiqal.
"mana ada lah... pandai-pandai je kau ni .dah.. makan lah."
"Alia.... Iskandar ada buat apa-apa ke ?"
"ha....buat apa?"sambil mata Alia memandang Iskandar yang sedang menjamu makanan nya.
"abang tengok muka Alia monyok je.Tu lah yang abang tanya .Iskandar ni garang sikit orang nya "perli Haiqal sambal ketawa kecil.
"ehh..tak ada lah abang......"
Iskandar melihat Alia dengan pandangan yang tajam.Dia sedar,dia agak ego dan angkuh bila Alia ajak berbual dengan nya.Bukan menjadi satu kesalahan,tapi Iskandar berasa diri nya sudah tidak pandai bersosial tambahan lagi dengan wanita.
Hati nya juga agak tertarik dengan Alia ..tetapi ego lebih menguasai diri nya ....
*******
"ok selesai untuk hari ni.esok kita pergi ke pulau Mataking pula.Terima kasih Haiqal dan Iskandar teman pak Ayob dan Alia.Esok kita jumpa lagi ya."ucap Pak Ayob tanda terima kasih.
"terima kasih pada abang Haiqal dan encik Iskandar."ucap Alia juga.
"sama-sama...esok kita jumpa lagi ya."ucap Haiqal.
Iskandar yang berada di situ hanya berdiam tanpa suara.
Alia memandang Iskandar tetapi Iskandar buat-buat pandang ke arah lain.Hai lah is...kau ni jual mahal la..ego tinggi....
Alia berjalan bersama pak Ayob untuk pulang semula ke rumah.Iskandar melihat Alia yang sudah jauh dari nya ..
"oi is....kau ni sombong la.Kesian budak tu macam cakap dengan tunggul je."
"arghhh..jom balik...esok aku tak join..bye."
"oi is.......jangan la....."
Haiqal tahu benar perangai si Iskandar ni,kalau dia tak mahu...dia tetap tidak mahu....
Payah betul orang yang bernama Iskandar ni....
Tapi dia tetap akan memujuk Iskandar agar mengikuti dia besok.
Share this novel