"Alia.....maafkan pak Ayob...hari ini pak Ayob ada hal di pekan Tawau.Jadi tak dapat teman kan Alia pergi ke pulau Mataking.Tapi pak Ayob dah call Haiqal dan Iskandar suruh teman Alia boleh..?"
"urmm...ok pak Ayob ....Boleh..."..
"maafkan pak Ayob ya....sekejap lagi kita pergi sama-sama di jeti .Nanti Haiqal dan Iskandar akan tunggu Alia di sana"
"ok no problem....Lagipun diorang baik ngn Alia."
Mengambil masa setengah untuk sampai di jeti bumbum.Alia berjalan ke arah jeti dan melihat Haiqal dan Iskandar sudah pun menunggu.
"maaf,lambat lagi.."ucap Alia.
"ehh..kami pun baru sampai ni..Ok jom..bot pun sudah ada."bicara Haiqal.
Iskandar dari tadi hanya jadi pemerhati sahaja .Dia mahu berbual dengan Alia tapi mulut nya seakan terkunci.Dia melihat Alia sungguh cantik mengenakan pakaian renang.kecil molek gadis ini.
"abang Haiqal....Alia tak pandai berenang....nanti abang tarik Alia dengan pelampung ya."
Aktiviti hari ini mereka akan menyelam untuk melihat terumba karang.
"untuk Alia...semua boleh.."ucap Haiqal sambil mengenyit mata .
Iskandar dari tadi hanya memasang telinga sahaja.
Alia pula tidak mahu menegur nya langsung.Mungkin disebabkan dia tertinggi suara dengan Alia semalam, jadi Alia langsung tidak mengendahkan nya.
"abang...jauh ke nak sampai pulau Mataking?"
tanya Alia.
"hampir sejam juga perjalanan.Pulau ni jauh sikit.Kalau macam keadaan laut bergelora,susah juga bot-bot nak kesana disebabkan ombak yang agak kuat."
"tapi sekarang ni pun Alia tengok,ombak agak kuat.Mungkin sebab semalam ujan kan."
"iya..betul.Alia jangan risau ya.. abang Haiqal dengan abang Iskandar kan ada....kami akan jaga Alia.Betul tak is..."
"ya..."ucap Iskandar bersahaja.
Perjalanan menuju ke pulau Mataking agak mencabar dengan angin dan ombak yang agak kuat beberapa kali bot terhentak-hentak dengan kuat .Alia mula berasa cemas .Sudah lah terasa sakit tulang punggung nya dek kerana hentakan bot yang melawan ombak.Alia tidak pernah merasai situasi yang begini .sewaktu dia pergi bercuti di pulau perhentian pun,ombak tidak lah sekuat ini.Kali ini situasi nya agak cemas dan merisaukan.
Wajah Alia yang cemas juga disedari oleh Haiqal dan Iskandar....
"Alia ok tak ni?"tanya Haiqal.Dia risau kalau Alia tidak ok.. Perjalanan masih jauh lagi .
"Alia rasa takut sikit lah abang...tengok keadaan ombak macam ni....risau pun ada..."..
"urmm..is...kau pergi duduk sebelah Alia....Aku risau la..tgk muka Alia macam takut je..lagipun jauh lagi nak sampai ni."Haiqal mengarah Iskandar agar duduk di sebelah Alia.sengaja Haiqal berbuat begitu supaya Iskandar boleh berkawan dengan Alia.
"ishhhh..asal aku..kau lah...Lagipun kau rapat dengan dia.."
"pergi lah Is....aku ni nak jaga pandangan..maklumlah,aku kan dah ada awek...."hahah..ketawa Haiqal...
"pergi lah is"..sambil menolak tubuh Iskandar...
Iskandar pun terus bangun dan duduk di sebelah Alia.Alia agak terkejut pabila Iskandar duduk disebelah nya .Kenapa dengan tiba-tiba?...
"Alia....jangan risau..tu Iskandar ada ... apa-apa ..Alia peluk je dia ."Haiqal sengaja mengusik mereka berdua.
Alia pula Sudah tersipu malu.Alia tahu Haiqal sengaja ingin mengenakan nya..
lagi 20 minit perjalanan baru kita akan sampai di pulau Mataking.Makin hampir..ombak makin bergelora.Tiba-tiba bot terhentak dengan kuat dan menyebabkan Alia dengan spontan memang lengan Iskandar dengan kuat.Sungguh dia berasa sangat takut jika bot ini terbalik.Pegangan tangan nya semakin kemas..Iskandar agak terkejut pabila Alia memeluk kemas lengan nya.Tergamam dia di situ.Haiqal yang melihat situasi tersebut....hanya tersenyum lebar...
"abang is.... Alia takut......"ucap Alia sambil muka nya tersembam di belakang bahu Iskandar .Tangan Alia juga memegang erat lengan Iskandar.Hati Iskandar mula berdegup kencang.Dengan suara Alia yang begitu manja mampu mencairkan ego nya.
"Don't worry Alia...."ucap Iskandar.Alia tersedar yang dia sudah melakukan perkara yang memalukan.Dia segera melepaskan pegangan tangan dari lengan Iskandar.Mata nya sama-sama bertentang dengan Iskandar.
"malu nya aku...apa aku dah buat ni..Alia..Rilex ..jangan takut. ...dah nak sampai ni.."bisik nya di dalam hati .
"oppps...maafkan Alia encik Iskandar......maaf..."
Iskandar yang mendengar hanya melihat Alia sekilas pandangan.sebenarnya ,hati nya sudah cukup berdebar .Sungguh dia tidak pernah merasakan perasaan ini dengan mana-mana wanita sebelum ni.Perasaan ini sungguh aneh bagi nya.Adakah dia mula jatuh cinta pada gadis bernama Alia?
Akhir nya mereka sampai juga di pulau Mataking.Ombak yang kuat membuatkan bot berbolak balik.Sukar untuk mengimbangi badan jika berjalan di atas bot.Mereka bertiga mula terjun ke dalam laut untuk aktiviti scuba.Alia sangat teruja melihat dasar laut yang dipenuhi dengan terumbu karang yang begitu besar dan unik.Alia dapat melihat banyak anak-anak ikan berenang dengan bebas.Sungguh cantik alam ciptaan Allah.
Share this novel