Bab 7 Tidur di resort

Romance Series 1724

Disebabkan hujan lebat yang sudah hampir dua jam,mereka masih terkandas di resort tersebut.Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam.Suasana Sudah pun menjadi gelap gelita.Maklumlah di Sabah,maghrib lebih awal dari semenanjung.

Pak Ayob ada juga menghubungi mereka ,jika hujan masih tidak berhenti...balik esok pagi sahaja.Pak Ayob menyuruh Haiqal menempah bilik untuk Alia di resort tersebut.

"Alia ok ke kalau kita menginap disini malam ni?rasanya kita tidak boleh menaiki bot dalam keadaan ombak dan hujan yg lebat ni."

"Alia ok jer abang.Kebetulan Alia pun ada bawa baju lebih."

"ok kalau macam tu, abang pergi urusan bilik untuk menginap,Alia tunggu dengan is dekat sini ya."

"haa...is...jaga Alia, jangan macam-macam."pesan Haiqal sambil berlalu pergi.

Iskandar merenung tajam ke arah Haiqal.Sengaja Haiqal mahu mengenakan diri nya.kini tinggal mereka berdua saat ini.Dua-dua senyap seribu bahasa.
Iskandar dari tadi sibuk melihat telefon bimbit nya.

"encik Iskandar.....terima kasih lagi sekali sebab dah tolong saya hari tu."Alia memulakan bicara nya.

"urmmm..okay.. sama-sama..."..

"tak lama lagi saya akan pulang ke Ipoh semula.tak tahu lah bila saya akan kesini lagi."ujar Alia.

"owhhh...ya....ada rezeki kita akan berjumpa lagi"ucap Iskandar bersahaja.Dia seperti kehilangan kata-kata.Padahal mahu sahaja dia berbual-bual dengan Alia. Kedua -kedua nya terus senyap tanpa sebarang kata.

Tidak lama selepas itu,Haiqal pun datang menghampiri mereka.

"Alia...ni kunci bilik Alia....Nanti malam kita jumpa di cafe ya.Alia jalan je terus nanti belok kiri ya .Nanti jumpa lah bilik Alia tak jauh dari sini."terang Haiqal.

*terima kasih abang.kalau macam tu,Alia masuk bilik dulu..nanti malam kita jumpa ya."Alia terus melangkah kan kaki menuju ke bilik.Rasa penat juga menyelebungi diri.Hujan juga masih turun.Iskandar melihat Alia dari ekor mata nya.

*****

"Lin...ko ingat apa yang aku suruh.Ni peluang yang kau ko harus lakukan dengan berhati-hati.Ingat..aku dah bagi duit banyak dekat ko.Kalau kau sia-siakan peluang ni,siap kau..."bicara aman dengan tegas.

"tapi aku takut...kalau diorang tahu,habis aku kena pecat dari bekerja di resort tu .Kenapa kau marah sangat dengan Iskandar tu?apa dia dah buat dekat kau.."

"kau tak payah banyak tanya.kau buat Aje apa yang aku suruh.Ingat aku tak mahu kau rosak kan rancangan aku.Nah ambil ni.ingat,...buat kerja dengan berhati-hati."

"tapi aman...aku takut....."bicara Lin.
Dia tidak mahu gara-gara ini,dia akan dibuang kerja.Sudah lah dia harus menyara 5 orang adik nya yang masih bersekolah.Ayah nya sudah lama meninggal dunia.Kini dia tinggal bersama emak dan adik beradik nya.Dia sebagai kakak yang sulung harus mengambil tugas dalam mencari rezeki kerana ibu nya juga sudah agak uzur dan tidak mempu bekerja.

"ingat..aku dah bagi kat kau rm500...banyak juga tu....kalau kau berjaya buat apa yang aku suruh,aku bayar lagi rm500 dekat kau.Aku tahu lah Lin,sekarang ni kau terdesak nak pakai duit kan...Jadi ni lah peluang yang patut kau ambil."

Aman mahu membalas dendam apa yang telah Iskandar lakukan kepada nya tempoh hari.Sudah lama dia berdendam dengan Iskandar sejak awal kedatangan Iskandar di pulau ni.kalau Iskandar tidak membantu Alia hari tu,sudah semesti nya dia dapat merasai tubuh badan gadis cantik itu.Sejak hari tu,dia mengikuti perkembangan Alia bersama Iskandar dan Haiqal.Kebetulan mereka menginap di resort malam ni,jadi aman mendapat satu akal untuk membalas dendam terhadap Iskandar dan Alia.

"kau tunggu is.....kau tahu lah nasib kau malam ni..
hahhahaha....keluar kau dari kampung aku..."

****

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.Alia sedang bersiap untuk pergi makan malam di cafe resort tersebut.Laju sahaja kaki nya melangkah menuju ke sana.Perut pula sudah berbunyi dengan rancak menandakan ia sudah lapar.

"kalau dapat makan lobster......alangkah seronoknya.Aku pun tak pernah merasa makan lobster.Urmmmm..maklumlah harga nya pun dah beratus seekor."bisik Alia di dalam hati nya.

Akhir nya Alia sampai di cafe resort tersebut.Alia melihat Haiqal dan Iskandar sudah menunggu nya di suatu sudut meja makan yang menghadap laut.
Alia datang mengambil mereka.

"maaf...Alia terlambat ke.?"ucap Alia.

"ehh..tak lah...kami pun baru sampai ni.."ucap Haiqal sambil menyiku lengan Iskandar yang dari tadi kusyuk melihat telefon bimbit nya.

"aukkkk.....haa....."jawab Iskandar.

"ok jom,kita ambil makanan..perut abg dah berbunyi ni."bicara Haiqal sambil memegang perut nya yang sudah berbunyi lagu keroncong.

Mereka menuju ke tempat buffet makanan.Alia melihat pelbagai hidangan yang telah disediakan.Rambang mata Alia melihat makan seafood yang beraneka jenis.Tidak tahu mana satu mahu diambil.Semua nya kelihatan enak belaka.

"oi is...kau ni diam je..cuba lah bercakap sikit.Dah macam patung cendana aku tengok kau...."ucap Haiqal.Geram dia melihat sikap Iskandar yang seperti dingin tidak menentu.

"dah tak ada benda yang nak dicakap,baik aku diam."ucap Iskandar bersahaja.

" kau sembang-sembang lah dengan Alia tu.kau ni berlagak sangat.Budak tu sikit punya lawa..baik...
Aku yang tengok pun cair tau."

"kalau kau rasa berminat ...kau mengorat la dia."

"oi...kau jangan macam-macam is....awek aku nak letak mana.."

"habis tu....kau yang cakap cair kat budak tu kan..."

"ye..aku mengaku,tapi tidak lah sampai nak mengorat.Dapat jadi adik angkat aku pun jadi lah..
Tapi aku tengok Alia tu sesuai dengan kau..Bagai pinang di belah dua kata orang tua-tua dulu..haha.."

"pandai lah kau nak mengenakan aku..."ucap Iskandar sambil berjalan menuju ke meja makan.Malas dia mahu melayan si Haiqal tu.

Alia juga menuju ke meja makan.Dia melihat hanya Iskandar yang berada di situ. Tetapi Haiqal masih belum kelihatan.Agak nya sedang mengambil makanan lagi.

kini Alia duduk menghadap Iskandar.Dia melihat Iskandar sedang tekun menjamah makanan nya.Alia yang sudah terpacak di hadapan langsung tidak dihiraukan.Sebenar nya Iskandar perasan dengan kehadiran Alia,tetapi sengaja dia buat-buat tak tahu.
kedua nya senyap tanpa suara.Alia menjamah makanan tanpa mempedulikan Iskandar.perut yang lapar harus di isi.

"ermmm.... pukul berapa cik Alia punya penerbangan lusa?"akhir nya Iskandar mengeluarkan kata-kata ..

"ermmm...pagi... dalam pukul 11.30 pagi."

"owhh...ok....Alia belajar di u mana?"

"UiTM Shah alam.."

"owhh...jurusan apa?"

"pelancongan.."

"memang minat ya?"

"Alia suka keindahan laut.....jadi cita-cita nak ada resort sendiri.Tapi Tula,bukan mudah kan nk buka resort.mesti memerlukan modal yang besar."

"jadi mudah kalau kita rajin berusaha."bicara Iskandar.
Mata nya melihat Alia yang sedang kusyuk makan..

"comel....manis.."kata nya di dalam hati...

"sorrr....aku lambat...tadi terjumpa Mr. Chong.."kata Haiqal.

"ha..Alia..sedap tak makan di resort ni?"

"sedap..sedap sangat.....ada makanan laut yang Alia sendiri tak pernah rasa.Makanan seafood di sini semua segar-segar....sedap...'

"lupa...abang ada order lobster...kejap lagi sampai.Alia pernah rasa tak?"ucap Haiqal.

"tak pernah....tapi teringin nak makan.Kalau kat semenanjung ...lobster kan mahal.Student macam Alia ni..mana mampu nak makan yang mahal-mahal."

Iskandar yang mendengar menjadi sedikit simpati.Kehidupan Alia tidak sama seperti nya.Hidup nya dilimpahkan dengan kemewahan.Apa sahaja yang dia mahukan,pasti akan dapat dimiliki .Tapi semua nya tinggal kenangan..Tiba-tiba dia terasa rindu yang amat terhadap mama nya.....sudah bertahun dia tidak melihat wajah wanita yang selalu dirinduinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience