Bab 6 sudah 7 hari di Sabah:pulau bum bum

Romance Series 1724

Kini genap seminggu Alia di rumah pak Ayob.Lagi 3 hari ,Alia akan pulang ke semenanjung semula.Peristiwa hitam yang menimpa diri nya, kadang-kadang datang ke dalam mimpi Alia.Dia mengambil pengajaran apa yang sudah terjadi.Kejadian itu tidak diceritakan Alia kepada ibunya.Dia tidak mahu ibu khuatir tentang diri nya.Alia meminta pak Ayob supaya tidak memberi tahu pada ibunya.Pak Ayob agak terkejut melihat Iskandar menghantar Alia ke rumah .Pabila Iskandar menceritakan semuanya,Pak Ayob mengucap panjang.Dia memang sangat risau mengenai Alia..

"Alia,hari ini jadi ke nak pergi ke resort tempat Haiqal bekerja?"tanya pak Ayob

"jadi...sekejap lagi abang Haiqal datang ambil."

"Iskandar ikut sekali ke?"

"urmmm...tak tahu Pak Ayob....abang Haiqal cakap Iskandar ada hal di pekan ."

"owhh..begitu....jaga diri ya di sana."pesan Pak Ayob.

"ok..Alia kan jaga diri."

Sejak kejadian itu juga, Alia tidak pernah berjumpa dengan Iskandar.Hanya Haiqal yang membantu Alia dalam urusan assignment nya.Sebenarnya,Alia ingin bertemu dengan Iskandar,tapi mungkin Iskandar sibuk menguruskan hal kerja agak nya.

sewaktu dia dalam kereta,Alia berbual dengan Haiqal.Alia ingin bertanya soal Iskandar kepada Haiqal.

"abang Haiqal...Alia nak tanya sikit boleh.?"

"iya..tanya la..banyak pun tak apa."

"encik Iskandar tu ...Alia tengok macam tak suka dengan Alia je..."

"ishhhh....kenapa Alia cakap macam tu...tak ada lah.Memang perangai dia macam tu.Jenis tak banyak cakap...kurang bersosial.Tapi sebenarnya dia sangat baik."terang Haiqal kepada Alia.

"owhh....tapi dia macam tak mahu berbual dengan Alia.Bila Alia tanya dia jawab sepatah je..tak pun dia hanya berdiam."

"mungkin sebab dia belum kenal Alia sepenuh nya.Dulu pun masa Awal-awal abang kenal dengan is...dia memang jenis tak banyak cakap.Sampaikan abang fikir dia sombong padahal tidak.Dia banyak membantu abang.Memang dia jenis kawan yang sejati..kenapa Alia tanya.?Alia suka kat is ya...."

",ishhhh...abang ni...kesitu pula...Alia saja nak tanya.."

"kalau suka apa salah nya, Iskandar tu pun single..."

"abang ni selalu usik Alia la....."Alia cuba menahan malu atas Usikan Haiqal kepada nya.

"nanti kita akan naik bot ..dalam masa 30 minit lebih kita kan sampai tempat abg bekerja.

"ok baik...mesti cantik akn resort tu..."

"cantik..cuma abang tak pernah jumpa bos resort tu.Kata nya bos resort tu duduk luar negara.lagipun kami berurusan dengan dia hanya melalui telefon sahaja."

"owhh...begitu ya.agak ny low profile kot abang."

"ya... mungkin juga."

********

hampir 30 minit lebih perjalanan,akhir nya mereka sampai di resort tempat Haiqal berkerja.Alia terpegun melihat keindahan resort Kapalai ni.

Mereka berjalan sampai meninjau kawasan resort tersebut.Terdapat banyak chalet yang berdekorasi seperti di bali.Chalet kayu yang mempunyai design tersendiri.Resort yang seperti di luar negara membuat kan hati sesiapa saja yang teruja untuk ke sini.

"besar ya resort ni abang..macam mana abang uruskan?"

"alhamdulillah...bos milik resort ini sangat baik.Jadi mudah untuk abang berurusan dengan nya.Lagipun pekerja di sini agak ramai juga bagi melancarkan setiap pengurusan."terang Haiqal kepada Alia.

"nanti kalau Alia nak praktikal,boleh la Alia buat disini ."

"boleh..no problem..abang akan bagi Alia markah paling tinggi.."

"Yes ......"aku menepuk tangan nya tanda gembira.Dia berasa seronok kerana dapat mengenali Haiqal.Layanan baik Haiqal membuatkan Alia berasa tidak kekok.

"Alia..jom kita pergi makan .Staf sini dah sediakan untuk tetamu yang special hari ni.".

"ehh...tak apalah abang...segan lah Alia.Alia ni cuma datang nak melawat resort ni je."

"Alia juga tetamu kami.Lagipun bos resort ni mahu setiap tetamu dilayan dengan baik dan mesra.Semalam bos resort ni ada hubungi abang dan Abang bagi tahu ada pelajar dari semenanjung datang untuk melihat pengurusan disini.Jadi dia minta kami memberi jamuan makan pada Alia."

"wahh....baik nya bos abang Haiqal..kira rezeki Alia la ni."

"yup...jom ...ikut abang ya."

Alia berjalan mengikuti Haiqal.Alia sempat mengambil beberapa keping gambar di sekitar resort tersebut..
Tiba-tiba sedang kusyuk dia mengambil gambar,Alia telah melanggar seseorang yang berada di situ..

"ouchhhhhh...maaf..maaf ...encik saya tak sengaja.Maaf lagi sekali."bicara Alia.Dia berasa serba salah.Alia seperti kenal lelaki tu walaupun dia memakai cermin mata hitam.

"cik Alia...laki kali jalan pakai mata ya..bukan kepala lutut."ucap lelaki itu sambil membuka kaca mata hitam nya.

"oppps....encik is......"Alia agak terkejut rupa nya lelaki tersebut adalah is....Patut lah dia seakan mengenali lelaki tersebut.

"ya...i'm ..."

"wei....is....bila masa kau sampai sini.Ingatkan kau tak mahu datang.."bicara Haiqal yang agak terkejut juga dengan kehadiran Iskandar.

"aku dah lama dekat sini....ada urusan sikit.."

"yeke...ke kau nak jumpa Alia."usik Haiqal terhadap Iskandar.Pipi Iskandar sudah seperti memerah.

"mana ada lah...jangan buat andaian yang bukan-bukan."jawab Iskandar sampai mata nya melirik kepada Alia yang sedang leka memandang lautan di depan nya.

"ok2...jom kita pergi cafe.. Jamuan makan sudah tersedia...is..jom sekali.Jangan bagi alasan ya.Aku tak mahu terima sebarang alasan.

Mereka bertiga menuju ke cafe.Iskandar berjalan belakang Alia dan mata nya tidak lekang memandang susuk tubuh Itu.Dia dapat tahu yang tidak lama lagi Alia kan pulang ke semenanjung itupun daripada Pak Ayob.

selesai menjamu selera,Haiqal mengajak Alia melihat dekorasi bilik chalet di sini.Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, peti ais kecil,almari dan pelbagai kemudahan lain.Ada juga jakuzi di sediakan.

"semua cantik-cantik bilik dekat sini.Nampak mewah dan elegant."

"iya betul.Kalau Alia nak bermalam di sini pon boleh.. abang belanja."pelawa Haiqal.Iskandar yang mendengar hanya berdiam kan diri.

"ishh..tak apa abang....lain kali sahaja ya.Dapat melawat resort ni pun Alia dah seronok dah."

"tapi tula..cuaca pun dah gelap ni.nampak macam hujan nak turun lebat ni.kalau dah selesai,kita kena gerak naik bot semula.Abang risau kalau hujan,ombak akan jadi kuat."

"ok..kalau macam tu,jom lah abang..Alia pun dah selesai ambil gambar ni.Catatan pun dah lengkap."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience