Bab 2 sampai di Semporna

Romance Series 1724

"oi Iskandar,jom lah pergi ke jeti .Aku tengok kau lama dah tak lepak di sana?"ajak Haiqal yang merupakan kenalan Iskandar sewaktu dia mula-mula tiba di Sabah.Haiqal berasal dari Selangor, tetapi berhijrah ke sini atas tuntutan kerja.Mereka berjumpa sewaktu Iskandar sedang mencari rumah untuk disewa.Kebetulan Haiqal kenal dengan penduduk kampung disini.Jadi Haiqal lah yang membantu Iskandar.

"urmmm..malas lah..aku rasa nak duduk di rumah Aje."jawab Is bersahaja.

"jom lah...kau ni suka sangat menyendiri la.Jom lah ambil angin luar."

"malas lah....lagipun esok aku awal-awal pagi nak ke pekan Tawau..Ada sedikit urusan di sana."

" ok baik lah begitu .ehh,macam mana bisnes homestay kau?ok ke?"

"setakat ni alhamdulillah ok.Ramai juga orang yang menginap.Lagipun bisnes kecil-kecilan je .lain lah kau bisnes resort."

"aku pun handle resort orang....hahahha.... .."

"tak lama lagi jadi bos la..."

"Aamiin...."ucap Haiqal...

Sepanjang dia mengenali Iskandar,dia cukup selesa berkawan dengan nya.Walaupun kadang-kadang sikap si Iskandar ni agak pelik bagi nya.Tapi dia tahu Iskandar seorang yang baik hati

selama 4 tahun di sini,Iskandar memulakan bisnes Homestay dan resort di atas laut.Dari latar belakang seorang ahli perniagaan sudah semestinya dia bijak dalam memulakan perniagaan.Hasil kekayaan disembunyikan dari pengetahuan orang lain.Bagi orang di sana,dia adalah insan biasa yang tidak punya apa-apa.Jika mereka tahu dia berketurunan Tengku, pasti mereka akan terkejut terutamanya Haiqal.Haiqal tidak tahu bahawa resort yang di uruskan oleh nya adalah milik Iskandar..

**********

"Alhamdulillah...sampai juga aku di lapangan terbang Tawau."ucap Alia dia dalam hati.Teruja rasa hati nya.

Alia melangkah kaki menuju ke pintu hadapan lapangan.Mungkin pak Ayob sudah menunggu nya.
Dia melihat pak Ayob sedang melambai - lambai ke arah nya...Dia segera datang menghampiri.

"assalamualaikum pak Ayob...lama ke tunggu Alia?"

"waalaikumussalam...baru sahaja.Sudah besar panjang kamu ya.Ibu mu sihat?"

"alhamdulillah...sihat...ibu kirim salam.."

"waalaikumussalam...ok..jom kita naik kereta."

Perjalanan dari airport Tawau ke Semporna mengambil masa selama satu jam setengah.Alia teruja melihat keadaan sekeliling...suasana yang nyaman, persekitaran yang unik.Dia berasa tidak sabar untuk sampai di rumah Pak Ayob.

setelah perjalanan yang ditempuh selama satu jam setengah,mereka sampai di jeti Semporna.Mereka harus menaiki bot untuk ke pulau bum bum.Menaiki bot hanya lah dalam 5 minit sahaja.Alia melihat suasana di jeti di sini tidak sama seperti di semenanjung.Di jeti Semporna,penduduk di sini menjual pelbagai hasil laut dan sayuran.Alia tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil beberapa keping gambar.

Dalam 5 minit menaiki bot,mereka sampai di jeti pulau bum bum.Alia melihat ramai penduduk yang menaiki bot.mungkin mereka ingin pergi ke pekan Semporna atau membeli barang keperluan.

"ok,kita sudah sampai.jom Alia."ajak pak Ayob.

"ok jom.,wah seronok nya....air laut sangat jernih sampai boleh nampak ikan."Alia begitu teruja sekali.Air laut di sini memang sangat jernih .Tidak hairan lah Semporna menjadi tempat tumpuan pelancong dari dalam Malaysia mahupun luar negara.

"Di sini memang air nya jenuh.nanti Pak Ayob akan bawa Alia pusing-pusing pulau di sini ya."

"Alia dah tak sabar...terima kasih pak Ayob."

"sama-sama..ok jom,kita naik kereta lagi sekali.Rumah pak Ayob agak jauh dari sini.Lebih kurang dalam setengah perjalanan lagi baru kita sampai."

Selepas mereka sampai di jeti pulau bum bum,mereka akan menaiki kereta lagi sekali untuk menuju ke rumah Pak Ayob.Perjalanan juga mengambil masa dalam setengah jam .semasa dalam perjalanan,Alia teruja melihat suasana kampung di sini.Rumah di sini nampak agak sedikit daif.Ada yang rumah berasaskan kayu dan ada juga yang diperbuat dari batu bata .Alia juga melihat ada sebuah sekolah disini,ada juga kemudahan klinik desa dan beberapa buah kedai runcit yang menjual pelbagai barangan dapur.Alia juga melihat penduduk di sini ramai yang menternak kambing.

"Alia suka suasana di kampung ni sangat unik."

"macam tu,Alia kena tinggal lama di sini lah."

"hahah.alamak....tiket balik dah beli lah Pak Ayob."

"itu biasa di atur..."pak Ayob berjenaka dengan Alia.
kemudian,mereka sama -sama ketawa.

Seronok rasa hati dengan layanan pak Ayob kepada nya.Terasa kasih sayang seorang ayah.setelah setengah jam perjalanan,akhir nya mereka sampai di rumah Ayob.Rumah pak Ayob berdekatan dengan laut.Alia terpegun melihat keindahan laut yang terbentang luas.Ada jambatan kayu dalam 100 meter yang dibina oleh Pak Ayob di atas laut.

"wahh,cantik nya rumah pak Ayob.....dekat dengan laut....indah nya .."ucap Alia.

"Alia suka.....nanti petang boleh bersantai di hujung jambatan itu sambil menikmati matahari terbenam."

"hari-hari alia mahu menikmati nya.Nanti dah balik semenanjung dah tak dapat suasana sebegini."

"ok2 jom kita masuk.Umi sudah lama tunggu Alia.Umi ada masak kan makanan yang special.Alia kena habiskan semua nya."

"alamak....gemok lah Alia macam ni..."

keduanya ketawa riang.pak Ayob sangat senang dengan kehadiran Alia di sini.Lagipun anak-anak pak Ayob semua nya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur.Tinggal lah Pak Ayob bersama isterinya.

"Alia....sudah besar kamu...mari sini..."puan Kalsom memeluk Alia dengan erat.Seingat nya,dia berjumpa Alia sewaktu Alia masih berumur 5 tahun.Selepas itu,mereka hanya berhubung di dalam telefon kerana Pak Ayob berhijrah ke Sabah.

"jom Alia kita makan.Alia kena habiskan semua.."ucap puan Kalsom.

"wah umi,banyak nya makanan.semua nampak sedap-sedap.terima kasih umi.."

Mereka menikmati hidangan yang dimasak oleh puan Kalsom bersama -sama.Berselera Alia sampai kan menambah dua kali.Hasil laut disini semua nya segar-segar .Isi ketam nya pula sangat manis dan padat.Pak Ayob memberitahu bahawa disini,ketam tidak bermusim.Sepanjang tahun ketam sentiasa ada.Pak Ayob juga memberitahu kepada Alia bahawa nanti dia akan membawa Alia pergi menangkap ketam .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience