Bab 1 berangkat ke sabah

Romance Series 1751

Empat Tahun sudah pun berlalu dari peristiwa yang berlaku dalam hidup Tengku Rizal Iskandar.Dia kini sudah memulakan kehidupan yang baru di tempat yang baru.Jauh dia membawa diri ke semenanjung Sabah di sebuah kepulauan yang agak jauh dari penempatan pekan Tawau.Di sana,dia menjadi seperti orang biasa.Tiada sorang pun orang kampung yang tahu identiti sebenar Tengku Iskandar.Gaya dan keterampilan nya berubah sama sekali.Tiada lagi pakaian serba mewah,kereta berjenama dan rumah yang besar.Semua itu telah bertahun ia tinggalkan.Mujur dia pandai dalam perniagaan,hasil menubuhkan beberapa resort milik dia sendiri dan dia mampu mencari kekayaan sendiri tanpa bantuan papa nya.
sejak peristiwa itu juga,sikap Tengku Iskandar agak ketara perubahan nya.Dulu dia seorang yang tegas,tapi sekarang lagi bertambah tegas.Sikap dingin dan agak baran kadang-kadang mula menguasai diri nya.Dia juga agak menyendiri dan tidak mudah bergaul dengan orang yang dia tidak kenali atau cuba mengenali nya.Wajah nya kini ditumbuhi jambang halus .Dulu,dia memang cukup jaga penampilan diri ...Kini semua nya sudah berubah.Dia bagaikan putera buangan yang hidup sebatang kara tanpa keluarga.Kini hidup nya hanya bersama orang kampung yang jauh terpencil ini.Hidup dalam keadaan yang sederhana tanpa sebarang kemewahan walaupun dia pewaris tunggal harta kekayaan Tengku Kamal yang tujuh keturunan tidak habis di makan.
Iskandar langsung tidak mempedulikan lagi darah kerabat yang mengalir dalam tubuh nya.Dia kini mahu meneruskan kehidupan seperti orang biasa tanpa ada sebarang media yang mengejar nya.

*****
"Alia....beg semua dah masuk dalam kereta ke?jangan ada yang tertinggal."pesan puan Ros terhadap anak nya itu.

"iya ibu,semua Alia dah masuk kan dalam kereta.ibu jangan lah risau."

"mesti lah ibu risau,tambah pula anak ibu nak berjalan jauh."

"aloo....ibu jangan risau ya..Alia pandai jaga diri.Lagipun Alia pergi Sabah je ibu...bukan pi luar negara.Alia pergi sana pun seminggu lebih je.Alia janji akan jaga diri baik-baik dekat sana."

"nanti dah sampai KLIA,bagitahu ibu ya..jaga diri.."
pesan puan Ros lagi kepada anak nya.Sudah mesti nya dia risau kerana Alia seorang perempuan yang ingin pergi ke tempat orang .Mujur ada sepupu puan Ros iaitu Pak Ayob yang tinggal di Sabah tempat Alia ingin pergi.Kalau tidak,mungkin dia tidak membenarkan Alia pergi ke sana.Maklumlah tempat orang,kita tak tahu keadaan situasi di situ macam mana.

"Alia pergi dulu ya...."Alia mencium tangan ibu nya sekali lagi.

"jaga diri nak....ibu sayang kamu..."

Sejak kematian suami nya,puan Ros yang membesarkan kedua anak nya.Nur Alia Qaseh merupakan anak bongsu puan Ros.Anak sulung pun ros iaitu abang Alia kini bekerja di Australia dan baru dua tahun bergelar doktor perubatan di sana .Alia pula sedang belajar jurusan pelancongan.Jadi Alia ke Sabah untuk menyiapkan beberapa tugasan yang melibatkan pengajian nya itu.

Nur Alia Qaseh secantik nama dan secantik orang nya.Alis mata yang bundar,bulu mata yang melentik, kulit wajah yang putih bersih dan senyuman yang amat menarik.Sesiapa yang terpandang pasti akan tergoda .Orang nya juga lembut dan berbudi bahasa.
Di universiti,ramai sahaja lelaki yang ingin berkenalan dengan Alia.Tapi Alia sahaja yang tidak mahu.Bagi Alia..dia mahu menamatkan pengajian dan ingin membantu ibu yang sudah bersusah payah dalam membesar kan diri nya....

Alia sudah pun sampai di KLIA.Dia terus menguruskan bagasi nya dan hal-hal untuk penerbangan.Dalam masa sejam lagi,dia akan berlepas ke Sabah.Dari airport Tawau,dia akan menaiki kereta bapa saudara nya iaitu Pak Ayob yang akan menunggu dia di sana.

Hati agak teruja untuk pertama kali nya Alia akan menjejak kan kaki ke Sabah.Dia mahu melihat suasana di sana dan membuat beberapa sikit kajian.Alia berharap tahun akhir pengajian ..dia akan mendapat anugerah dekan lagi seperti tahun sebelumnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience