BAB 2

Romance Completed 2028

“Selamat berkenalan. Awak nak ambil subjek apa nanti?” pelajar yang bernama Melly mula menyapa dan mula menunjukkan keramahannya pada Citra dengan bertanya soal subjek yang bakal mereka ambil nanti.

“Belum pasti lagi. Mungkin Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan dan mungkin Sejarah. Awk pula nak ambil subjek apa?”

“Wah, kita sama lah. Mungkin kita akan sama kelas nanti. Boleh lah kita jadi kawan baik kan nanti. Wah terujanya saya.” Melly seorang yang ramah menunjukkan keterujaanya apabila subjek yang bakal mereka ambil adalah sama.

Citra hanya tersenyum melihat gelagat rakan barunya itu. Dia menoleh ke belakang dan melihat ramai pelajar yang sudah mendaftar mengambil tempat. Di luar dewan kelihatan ramai ibu bapa yang berkumpul di luar. Ada juga ibu bapa yang kelihatan sedang berdiskusi bersama guru-guru tingkatan 6.

“Err,Melly, awak memang familiar dengan sekolah ni ke?” tanya Citra kerana kelihatan riak wajah biasa terpancar di wajah Melly apabila melihat sekolah itu.

“Yup, dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 5 saya bersekolah dekat sini. So memang dah masak sangat dengan sekolah ni. Awak bukan dari sekolah ni kan? Sebab saya tak pernah nampak awak sebelum ni.”

“Aah, bukan. Err, sekolah ni ok ke? Maksud saya keadaan sekolah ni.”

“Maksud awak keadaan sekeliling sekolah ni yang macam mana ya?”

“Yelah maksud saya disiplin, pelajar-pelajar kat sini, semuanya lah.”

“Oh, awak jangan risau. Semuanya ok je. Sekolah ni nampak je macam ni tapi sebenarnya sekolah ni antara yang terbaik dari segi akademiknya. Tiap tahun mesti sekolah ni mesti pegang title sekolah terbaik mengikut ranking sekolah-sekolah dalam daerah ni.” Terang panjang lebar penerangan diberikan olehMelly.

Sedang mereka bersembang tiba-tiba bunyi mikrofon diketuk menarik perhatian mereka. Di atas pentas kelihatan seorang pelajar perempuan sedang memberi alu-aluan kepada pelajar-pelajar yang baru tiba dan mendaftar. Kelihatan barisan guru-guru tingkatan 6 berada diatas pentas bersama-sama dengan pengetua. Pengetua berdiri dan menuju ke arah podium untuk memberikan ucapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience