BAB 5

Romance Completed 2028

“Citra, awak ok tak ni? Larat tak? Nak saya tolong papahkan awak tak?” bertalu-talu soalan yang keluar dari mulutMelly.

“Ok, awak jangan risau. Terima kasih. Jauh lagi ke ni?”

“Dah, kita dah sampai. Jom masuk. Kelihatan tempat duduk masih belum penuh dan mereka mengambil tempat dan Citra seperti mengurut dadanya yang semput. Melly yang agak cemas menawarkan air mineral kepada Citra. Citra mencapai air mineral tersebut dan mengeluarkan paket ubat dari dalam begnya. Kelihatan Citra sudah reda dan dia sudah tenang sambil menyandarkan badannya ke kerusi.

“Thanks.”

“Sama-sama.”

“Hai, saya Mokhzani. Awak pun ambil kelas ni ke? Nama awak siapa?” tiba-tiba mereka disapa oleh seorang budak lelaki yang menarik kerusi disebelah Citra.

Citra hanya mengabaikan pertanyaan budak lelaki yang bernama Mokhzani itu tetapi tidak bagiMelly. Dia yang sememangnya peramah dengan segera membalas pertanyaan Mokhzani. “Hai, sayaMelly, ini Citra. Selamat berkenalan.”

Mokhzani hanya tersenyum tetapi matanya tetap tidak lepas memandang Citra. Dia ingin mengenali gadis yang diam membisu disebelahnya tetapi ternyata tiada respon positif yang diterimanya. Mokhzani hanya bersembang bersama Melly sementara menunggu Cikgu masuk ke dalam kelas.

Kelihatan seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas dan bersedia untuk memberikan penerangan. “Assalamuaikum semua, saya cikgu Farizal. Guru kelas 6BC ini. Ok mula-mula sekali sila tulis nama di kertas ini. Sementara kamu menulis nama sila beri perhatian pada apa yang akan saya perkatakan. Semua harus membawa peralatan yang telah disenaraikan setiap hari.sebarang perubahan atau apa-apa saya akan maklumkan dari masa ke semasa. Peralatan ini semua kamu akan gunakan setiap hari dalam semua mata pelajaran. Senarai buku teks juga terdapat dalam senarai. Pastikan kamu membeli dalam minggu ini juga kerana esok kamu akan memulakan pengajian. Faham semua?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience