BAB 13

Romance Completed 2028

“Aunty, makan sikit. Mari saya suapkan aunty. Aunty makan sikit ya. Kalau arwah Citra tengok aunty macam ni mesti dia sedih. Aunty kena kuat. Kalau aunty sakit siapa nak jaga aunty. mari saya suapkan aunty.” pujuk Mokhzani sambil memimpin Puan Tasha. Melly menghulurkan bubur nasi kepada Mokhzani.

Puan Tasha hanya mampu menelan tiga suap sahaja setelah itu dia menggelengkan kepalanya. Dia memegang handphone arwah Citra dan mendapat alat telekomunikasi tersebut ke dadanya. Dia membuka recording dan menekan butang play.

“Assalamualaikum mama, Citra nak minta maaf dengan mama sekiranya Citra ada buat salah dengan mama, buat mama susah hati. Citra banyak menyusahkan mama sebab terpaksa menjaga Citra yang sakit ni. Mama, seandainya Citra pergi, Citra harap mama jaga diri ya. Jangan tangisi pemergian Citra sebab Citra tak mahu menyusahkan mama lagi. Terima kasih mama sebab banyak berkorban untuk Citra selama ini. Halalkan makan minum Citra ya mama. Maafkan Citra mama. Citra sayang mama selamanya.”

Habis sahaja rakaman suara arwah Citra, Puan Tasha, Melly dan Mokhzani masing-masing menitiskan air mata. Masing-masing sayu apabila mendengar suara arwah Citra. Arwah seperti boleh mengjangkakan bahawa dia akan “pergi” dalam waktu terdekat. Melly dan Puan Tasha memeluk sesama sendiri. Puan Tasha bangun dan menuju ke bilik arwah Citra. Sekembalinya dia ke ruang tamu, dia menghulurkan sepucuk surat buat Mokhzani.

“Mokhzani, ini ada surat untuk Mokhzani dari Citra. Aunty jumpa surat ini atas meja belajar dia.” Sayu suara Puan Tasha tatkala menghulurkan surat tersebut kepadanya. Mokhzani mengambil dengan terketar-ketar lalu membukanya.

Assalamuaikum awak,

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf diatas ketelanjuran sikap saya terhadap awak selama ini. Saya tahu awak berniat baik dan ikhlas untuk berkawan dengan saya. Saya tidak mahu orang mengetahui keadaan saya yang serba kekurangan. Saya juga tidak mahu menagih simpati dari orang ramai. Saya juga tahu bahawa awak juga menyayangi saya tapi maaf! Saya tidak mampu membalas perasaan awak terhadap saya. Awak belajar lah rajin-rajin sehingga ke menara gading dan awak mampu mendampingi wanita yang lebih baik, lebih hebat daripada saya. Saya hanya perempuan yang tiada apa-apa. Awak belajarlah rajin-rajin sebab STPM sudah dekat. Moga awak dapat keputusan yang baik kelak. Saya minta maaf seandainya selama perkenalan kita membuatkan awak terguris hati, terkasar bahasa, terlepas laku, saya mohon maaf. Halalkan segala ilmu yang awak curahkan kepada saya. Sampaikan salam sayang saya buatMelly. Maafkan saya.

Salam sayang,

Citra.

Genangan air mata Mokhzani tidak mampu lagi ditahan lalu merembes keluar seperti air terjun lagaknya. Dia redha dengan segala ketentuan Ilahi. “Terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Saya akan ingat pesan awak untuk belajar rajin-rajin. Moga awak tenang disana sahabatku.” Mokhzani menutup surat tersebut lalu menyedekahkan Al-Fatihah dan serangkai doa buat arwah Citra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience