BAB 11

Romance Completed 2028

“Terima kasih aunty. Kami pergi sekejap ya.” Melly memeluk Puan Tasha tanda terima kasih dan dia amat terharu akan kebaikan hati Puan Tasha. Dia dan Mokhzani lalu menuju ke cafeteria.

“Baik hati mama Citra tu ya. Aku tak sangka pula orang kaya, golongan elit macam tu ada juga yang baik hati. Aku ingatkan semua orang kaya ni semuanya sombong-sombnong belaka.” Komen Mokhzani sebaik sahaja mereka melangkah ke cafeteria.

“Ya, aunty Tasha memang baik. Aku pun kadang-kadang ke rumahnya dan dia memang baik. Dia layan aku sama macam dia layan Citra. Dia memang tabah walaupun sering terkejar-kejar masa sebab Citra sering sakit.”

“Ayah Citra mana?” tanya Mokhzani.

“Gone.”

“Maksud kau “gone” tu apa? Ayah dia dah meninggal ke?” berkerut wajah Mokhzani mendengar sepatah perkataan dari mulut mungilMelly.

“Papa dia tinggalkan dia masa dia masih kecil. Aunty Tasha cakap papa Citra tinggalkan dia orang dalam keadaan yang terkontang kanting, tak ada harta sebab Citra sakit jantung dari kecil. Papa dia tak boleh accept hal ni. Dia cakap Citra cacat sebab hidup bergantung pada bateri untuk hidup. Selama ni tiap kali Citra ke hospital dia kena tukar bateri yang ada dalam jantung dia. Tapi aunty Tasha gigh untuk teruskan hidup. Macam-macam dia buat sebab nak pastikan hidup Citra terurus.”

Mokhzani kaget sepeti terkena kejutan elektrik. Dia seperti tidak percaya akan cerita yang baru sahaja dia dengar. Dia sungguh tidak sangka bahawa hidup Citra begitu menderita walaupun dilimpahi dengan kemewahan yang berganda. Dia amat bersimpati pada Citra dan Puan Tasha. Rasa sayangnya terhadap Citra cukup menebal setelah mengetahui akan hal ini. Bukan rasa kasihan tetapi rasa sayang dan cintanya membuatkan dia ingin menjaga Citra tetapi dia tidak pernah mendapat peluang itu. Citra tidak pernah membuka hatinya untuk bercinta.

“Citra tahu ke hal ni? Dia tak pernah jumpa ayah dia ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience