BAB 9

Romance Completed 2028

Tiba-tiba Citra rebah dan dadanya tercungap-cungap menyebabkanMelly panik. Dia berteriak memanggil Mokhzani yang berada ditepi padang supaya membantunya. Mokhzani berlari-lari anak dan melihat wajah Citra yang pucat lesi. Tanpa sebarang ayat dia menghulurkan kunci keretanya kepadaMelly dan menyuruhkan memasang enjin kereta manakala dia pula mencempung Citra dan berlari ke kereta. Dia membaringkan Citra di seat belakang danMelly memangkunya. Mokhzani dengan cekap memusingkan strengnya keluar dari kawasan sekolah.

Tiba di hospital, Citra dikejarkan ke wad kecemasan. Mokhzani sudah mundar mandir manakala Melly cuba untuk menghubungi Puan Tasha. Mokhzani menuju ke arah kaunter pendaftaran dan dia menguruskan pendaftaran Citra. Doktor dan jururawat silih berganti memasuki wad dimana Citra di tempatkan. Melly dan Mokhzani mengambil tempat sementara menunggu Puan Tasha tiba.

“Aini, macam mana dengan Citra ? Doktor cakap apa?”

“Aunty, Citra masih dekat dalam tu. Aunty bersabar ya.” Melly memujuk dan memeluk Puan Tasha yang sudah terinjut-injut. Dia memahami perasaan Puan Tasha. Dia mulai rasa bersalah kerana menuruti permintaan Citra. Baginya, dialah punca Citra jadi begini sehingga masuk ke hospital.

“Aunty, saya nak minta maaf. Sebab saya Citra jadi macam ni. Saya yang bagi dia main lumba lari 100 meter tadi aunty. Maafkan saya aunty.”Melly menunduk seperti ingin melutut meminta maaf tetapi dihalangi oleh Puan Tasha. Puan Tasha memelukMelly.

“Aini, tak apa benda dah jadi. Aunty faham. Lagipun aunty tak salahkan awak. Citra memang macam tu. Dia teringin sangat nak bersukan tapi aunty yang tak bagi. Aunty takut sangat dia letih sebab tu aunty tak bagi dia buat apa-apa yang memenatkan. Tak apa aunty tak marah awak.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience