BAB 4

Romance Completed 2028

“Aini, saya rasa saya akan ambil perniagaan dengan subjek ekonomi. Sebab saya memang nak melanjutkan pengajian saya dalam bidang perniagaan. Sejarah tu nak buat macam mana dah tak ada rezeki. Awak ambil subjek apa?”

“Kalau awak dah cakap macam tu saya ikut awak lah. Saya pun nak sangat belajar subjek perniagaan. Mana tahu nanti boleh buka business ke. kalau macam tu jom lah kita daftar nama kita dekat kelas. Nanti penuh pulak.”

“Jom.” Mereka berdua beriringan beratur untuk mendaftar nama dalam kelas. Kelihatan agak ramai juga yang mendaftar subjek yang sama dengan mereka berdua. Tiba giliran mereka mendaftar, pengawas lelaki yang menjaga kaunter memberikan mereka buku nota dan sehelai kertas senarai peralatan yang mereka diperlukan di dalam kelas.

“Ini senarai awak dan boleh ke kelas sekarang untuk penerangan dengan cikgu. Nama kelas awak ada tercatat dalam kertas tu.”

“Terima kasih abang.” Serentak ucapan terluah dari mulut mereka berdua.

“He is so cute awak tau.” Melly menoleh lau melemparkan senyuman kepada abang senior yang menjaga kaunter tadi.

Citra hanya mencebik lalu dia memanjangkan langkahnya mencari blok F iaitu blok bangunan untuk tingkatan 6. Melly terkocoh-kocoh menyaingi langkah Citra yang sudah agak jauh ke depan. “Citra, tunggulah kejap. Penat saya nak kejar awak ni.”

“Cepat lah sikit karang cikgu mula penerangan habis kita terlepas nanti.” Gesa Citra.

“Ye ye saya datang ni tapi awak jalan lah perlahan sikit. Semput saya kejar awak tau.” Melly cuba mengejar Citra tetapi dek kerana tubuhnya yang agak gempal menyebabkan dia sering kali ketinggalan di belakang.

“Citra, awak ni biar betul. Awak dah salah jalan ni. Aras ni untuk tingkatan 6 atas. Kelas kita dekat tingkat bawah. Jom turun balik.”Melly yang sudah berada di tangga menggamit Citra untuk turun ke tingkat bawah. Melly sudah menuruni tingkat bawah dan melihat kelihatan Citra yang agak pucat lesi mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience