BAB 12

Romance Completed 2028

“Nope. Tak pernah. Even gambar papa dia pun dia tak pernah tengok. Aunty Tasha cuma bagitahu yang papa dia dah meninggal. Kesian kan?”

“Kesiannya Citra. Aku tak sangka dia sungguh menderita. Tergamak ayah dia buat macam tu. Ada juga manusia yang tak mahu mengaku anak gara-gara anak dia sakit.” Kekesalan terpancar diwajah Mokhzani. Dia betul-betul malu sebagai seorang lelaki.

Di dalam kawasan wad kecemasan,

Puan Tasha tidak henti-henti membaca surah yassin buat puteri tunggalnya yang sememangnya dihafal. Dia mengesat air mata dan cuba bertahan walaupun perutnya berkeroncong. Dia mahu mengetahui keadaan anaknya selamat walaupun dirinya tidak terurus. Masih tiada tanda-tanda doktor akan keluar dari bilik dimana anaknya ditempatkan. Tidak lama kemudian, kelihatan seorang doktor keluar dari bilik dan Puan Tasha dengan tergesa-gesa merapati doktor tersebut.

“Doktor, bagaimanakah keadaan anak saya?”

Dengan keadaan yang sugul dan tidak bermaya, doktor tersebut menepuk bahu Puan Tasha sambil menggeleng kepala. “Jantungnya tidak dapat bertahan lagi dan terus terhenti. Kami dah cuba melakukan pelbagai cara untuk mengembalikan penafasannya tapi maaf puan, kami tidak dapat menyelamatkan anak puan. Kami sudah sedaya upaya untuk menyelamatkan dia tetapi nampaknya Allah lebih menyayanginya.

“Allah! Ya Allah, Citra ! Kenapa Citra tinggalkan mama sayang? Allahu Akhbar!” Puan Tasha terus terjelepuk di atas lantai. Tiba-tiba dia pengsan dan secara kebetulan Mokhzani dan Melly yang baru pulang dari cafeteria mendengar perkhabaran buruk itu terus tergamam. Mokhzani sempat menyambar tubuh Puan Tasha dan memimpinnya untuk duduk di atas kerusi yang terdapat disitu. Melly memeluk dan menyabarkan Puan Tasha. Air matanya juga turut menitis laju tanpa sempat diseka.

Pulang dari tanah perkuburan,

“Aunty, bersabar ya. Aunty kena tabah, jangan macam ni. Nanti aunty pulak yang jatuh sakit. Aunty makan sikit ya.” Melly memujuk Puan Tasha yang masih tidak mahu melepaskan baju terakhir arwah puteri tunggalnya itu. Puan Tasha seperti orang yang tidak waras lagaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience