BAB 8

Romance Completed 2028

Melly dan Citra tekun menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru mereka. Mokhzani yang sudah menyiapkan tugasan tersebut hanya memberi bantuan pengajaran sahaja. Tiba-tiba Melly bangun dan menuju ke rak buku untuk mencari bahan rujukan. Mokhzani yang tinggal berdua bersama Citra merasa agak gemuruh kerana Mokhzani yang mula mempunyai perasaan kepada Citra. Dia mengumpulkan keberaniannya dan mula bercakap pada Citra.

“Citra, awak dah ada boyfriend tak? Kalau belum boleh saya jadi boyfriend awak tak? Sebab saya suka dekat awak lah.”

Citra segera membulatkan matanya mendengar “confession” daripada Mokhzani. Dia tidak sangka bahawa Mokhzani seberani itu untuk meluahkan rasa sayang kepadanya. Citra hanya mengabaikan pertanyaan tersebut lalu menyambung kerjanya. Melly yang terdengar akan “lamaran” dari Mokhzani kepada Citra mula mengusik Citra dan Mokhzani. Mokhzani sudah kemerahan manakala Citra hanya beriak selamba.

Setahun kemudian,

“Citra, awak ok tak ni? Kalau awak tak larat tak apalah. Awak rehat je dekat tepi padang. Nanti awak pengsan pula.” TegurMelly.

“Yeah, saya ok. Awak jangan risau ya.Melly, saya rasa saya nak try lari 100 meter tulah. Jom lumba dengan saya nak?”

“Eh, awak ni biar betul? Janganlah. Kan mama awak dah larang awak penat. Nanti awak jatuh sakit karang susah.”

“Alah, jomlah. Saya teringin sangat tau ni.”

“Tak nak saya. Kalau awak degil saya mengadu dengan Mokhzani. Awak tahu kan Mokhzani tu suka dekat awak. Kalau awak tak nak terima dia, awak dengar cakap saya. Kalau tak saya cakap dengan dia yang awak terima dia sebagi boyfriend dia. Awak nak?” ugutMelly.

“Ish awak ni. Tak baik lah. Sampai hati awak. Saya tahu lah saya ni sakit tapi jangan buat saya macam ni. Bolehlah ya, sekali ni je. Saya merayu sangat dengan awak ni.” Citra menarik tangan Melly untuk berlumba dengannya tetapi Melly hanya menggelengkan kepalanya. Citra membuat muka kesian menyebabkan Melly mengalah. Dia memberitahu Mokhzani yang berada tidak jauh dari mereka sebagai tanda berjaga-jaga. Kemudian dia dan Citra memulakan perlumbaan mereka. Melly hanya memperlahankan lariannya supaya dia dapat mengawasi Citra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience