BAB 3

Romance Completed 2028

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati barisan guru, ibu bapa yang hadir dan tidak lupa pelajar-pelajar yang saya kasihi. Selamat datang pelajar baru ke sekolah ini. Saya mengharapkan supaya anda semua mendapat manfaat dari sekolah ini. Saya tak mahu bercakap panjang kerana akan ada banyak lagi acara yang akan berlangsung selepas ini. Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah saya mengharapkan anda semua dapat memberi sepenuh tumpuan dan memperbetulkan niat anda untuk menimba ilmu kerana tingkatan 6 akan menentukan arah tuju kehidupan anda selepas ini. Selamat datang saya ucapkan kepada semua dan have fun!” panjang lebar ucapan diberikan oleh pengetua sekolah.

Acara seterusnya adalah penerangan berkaitan subjek dan pemilihan subjek. Sewaktu ini keadaan agak hingar bingar kerana masing-masing sibuk untuk menentukan subjek pilihan masing-masing. Citra dan Melly mula mengatur langkah ke arah pengawas yang bertugas di kaunter.

“Kak, nak tanya. Kalau ambil subjek perniagaan boleh tak kalau tak ambil subjek ekonomi? Sebab kami ingat nak ambil subjek sejarah. Boleh ke kak?” tanyaMelly.

“Dik, boleh tapi susah sikit lah sebab jadual awak akan bertembung nanti. Akak cadangkan supaya awak ambil subjek perniagaan dengan ekonomi. Kalau sejarah dengan geografi. Lagi pula nampak tersusun sikit kalau susun subjek macam ni. Bukan tak boleh ambil tapi macam tak kena. Nah, ni jadual kelas. Adik boleh rujuk disini ya.” Senyuman manis dilemparkan oleh pengawas yang bertugas itu kepada mereka berdua.

“Oh ok terima kasih ya kak.” Ungkap Citra lalu dia dan Melly kembali ke tempat duduk mereka. mereka meneliti akan jadual yang berada di tangan masing-masing. Dahi Citra berkerut apabila memandang jadual itu. Hatinya mengeluh mengenangkan subjek yang ingin diambilnya itu.

“Citra, macam mana ni ya. Kita kena pilih sama ada nak ambil subjek sejarah ke ekonomi. Kenapalah kita tak boleh ambil subjek sejarah dengan perniagaan ye.” Rasa hampa diluahkan oleh Melly terhadap Citra. Citra hanya diam berkutik dan dia menimbangkan baik buruk akan keputusan yang akan dibuatnya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience