BAB 4

Romance Completed 3159

“Ina, kalau abang lamar Ina lagi sekali, Ina sudi? Percayakan abang, abang dah berubah. Dah tinggalkan semua perbuatan jahat abang dulu." perlahan dan mendatar suara itu menuturkan.

Deru bayu petang di tepi pantai sesekali memecah keheningan. Irdina serba salah. Nanti dia dikatakan tak ubah bagai menjilat kembali ludah sendiri.

"Ina minta maaf, bang. Kalau perubahan abang ni kerana Ina, sikit pun Ina tak terkesan.

Ina cuma harap abang betulkan niat abang untuk berubah kerana Allah." pantas Irdina melangkah pergi. Sama seperti tujuh tahun yang lalu, dia tinggalkan Aiman di situ.

"Ina, kenapa tak pernah nak hargai apa yang abang buat untuk Ina selama ni? Abang tak cukup baik lagi ke berbanding Aiman?" dari kejauhan, Farhan melontarkan kata-kata.

'Tak perlu dibandingkan kau dengan Aiman.' hati Irdina berperang lagi.

Dia keliru. Janjinya pada Aiman sudah sekian lama terpatri, namun dia juga punyai perasaan. Dia bimbang andai bermukim kesal di hati kiranya Aiman pulang dengan kekasih hati.

Sedangkan dia cuma gadis kampung yang tak punya pelajaran setinggi Aiman. Layakkah dia?

Aiman belum pasti pilih kau! Jangan nak mengharap sangat, Ina. Entah-entah dia dah ada calon isteri kat sana.

Mindanya kusut. Fikirannya buntu. Dia dalam dilema.

Sudahnya, Irdina kembali bersujud di atas sejadah. Hanya di situ tempatnya meminta, mengadu sejak Aiman pergi.

Istikharahnya sudah berkali-kali. Semenjak kali pertama Farhan melamarnya dulu. Namun. entah mengapa kelirunya tidak berkesudahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience