BAB 1

Romance Completed 3159

Keheningan suasana di desa memang susah nak diperoleh di mana-mana sekali pun. Kalau ada, tetap tidak serupa. Segar bau padi yang baru dituai, harum ranum buah rambutan di dusun, dan tenang bunyi air kali yang mengalir, tidak tergambar dengan kata-kata.

Segalanya indah tentang desa nan permai ini. Tidak ada sedikit pun cacat dan celanya.

Lama Irdina bersimpuh di tepi jendela. Matanya tidak lepas memandang anak-anak kecil berlari sambil menerbangkan layang-layang mereka. Ceria.

Ah! Kanak-kanak memang lumrah hidupnya begitu. Tidak pernah ada kesempatan untuk memikirkan soal masalah. Indah. Teringin sahaja dia kembali ke zaman itu semula. Tiada beban. Tiada kedukaan.

'Maafkan Ina, mak. Ina bukan anak yang baik. Ina tak mampu nak tunaikan hajat mak,' Irdina bermonolog sendiri.

Hasrat hati arwah ibunya untuk melihat dia bersatu dengan anak sahabat baiknya tidak kesampaian. Pinangan jejaka itu ditolak mentah-mentah.

Sementelah itu jua ibunya diserang angin ahmar dan meninggal. Itu cerita sebulan yang lalu. Cerita yang membuatkan Irdina sesal tak sudah. Namun, dia tidak rela memperjudikan nasibnya dengan lelaki yang dia tahu tidak akan pernah membahagiakan dirinya.

Dalam pada masa yang sama, dia kesal kerana itu permintaan terakhir arwah ibunya. Ibu satu-satunya insan yang dia ada setelah ayahnya meninggal dalam kemalangan bertahun-tahun lalu.

Adik-beradik? Semuanya tidak peduli akan kewujudannya kerana dia anak angkat. Tambah pula dengan kematian ibu, terus-terusan dia dipersalahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience