BAB 2

Romance Completed 3159

“Ina, kau memang anak tak kenang budi!"

"Dasar anak pungut tak sedar diri.."

"Ina, kau tak kesiankan mak? Kau memang tak sayang mak, kan?"

Pelbagai tohmahan dan cacian yang dilemparkan oleh abang-abang dan kakaknya. Yang memahami isi hatinya cuma seorang. Sahabat yang dia kenali sejak kecil, malangnya sahabat itu tidak lama di sisi.

Setelah SPM berakhir, dia ke luar negara. Untuk menghalang, Irdina sedar bahawa dia bukanlah sesiapa yang utama, apatah lagi perkara yang membabitkan masa depan seorang anak muda.

"Kalau kau halang, aku tak akan pergi Ina. Sebutlah sekali yang kau tak nak aku pergi." Irdina ketawa kecil. Menyeka air matanya yang mula bergenang.

"Tak ada maknanya aku nak kau duduk sini. Lagi lama kau kat sini, boleh naik muak aku tengok muka kau tau tak?" Irdina cuba bercanda namun rasa hatinya yang menanggung perit dan pedih tak mampu disembunyikan.

"Lagi bagus kalau kau cepat pergi, cepat aku boleh lupakan kau,"perlahan butir bicaranya sekadar sedikit sahaja yang tertangkap di pendengaran Aiman.

Ingin ditanyakan, namun dia memilih untuk memendam. Irdina mengorak langkah perlahan. Dia tidak mahu berlama-lama di situ. Kelak, air matanya bisa tumpah dek tidak tahan menghadapi kenyataan satu-satunya sahabat yang dia ada akan meninggalkannya.

Padang bola sepak yang selalunya riuh dek teriakan Aiman berjaya menjaringkan gol akan kembali sunyi. Tulisan tangan milik Aiman tak akan tercoret dalam buku latihan Matematik Irdina lagi. Segalanya akan berubah.

Hari-hari berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar, Irdina sudah punyai kehidupan sendiri. Ingin menyambung pelajaran, dia tidak mampu. Dari mana hendak dicari wang puluhan ribu?

Cuma yang dia tahu, selain belajar, berniaga. Itupun menggunakan duit tabungan semenjak kecil. Arwah ibu dan ayahnya bukan orang senang. Kerana itu, tiada satu pun harta peninggalan mereka yang diwasiatkan. Apatah lagi, dia sekadar anak angkat. Tiada hak. Dan dia sedar hakikat itu. Mewarisi kasih sayang ibu dan ayah pun sudah cukup bermakna baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience