BAB 8

Romance Completed 3159

Seminggu setelah kisah Irdina lari dari rumah suaminya menjadi buah mulut orang kampung, Aiman mencari jejaknya.

Wanita itu memang pandai bersembunyi. Aiman sudah rata mencari, keliling daerah dan kampung dia jelajahi. Namun, Irdina masih juga tidak kelihatan.

Lewat petang itu, Aiman duduk melepaskan lelah di dada pantai. Sudah jenuh dia mencari. Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang memerhati gerak gerinya sedari tadi. Saat dia berpaling, cepat-cepat sekujur tubuh itu berlalu pergi. Kelibat itu!

Aiman pasti itu Irdina. Pantas dia mengejar dari jauh. Gema nama Irdina dipanggil tidak jua bersahut. Sempat jua tangan Irdina dipegang, meskipun dalam keterpaksaan. Dia sedar, Irdina bukan miliknya.

“Ina, kenapa mesti Ina lari dari Man?” Bahasanya mulai berubah. Tiada lagi kau dan aku seperti dulu.

Irdina mendiamkan diri. Sebolehnya dia ingin memeluk tubuh itu sekarang juga, namun dia masih punya iman dan akalnya masih waras. Selebihnya, dia diamkan sahaja diri.

“Kenapa Ina tak kotakan janji Ina untuk tunggu Man? Kenapa mesti Ina pilih Farhan sedangkan Man dah janji pada Ina yang tak akan ada orang lain yang mampu ganti Ina dalam hati Man?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience