BAB 9

Romance Completed 3159

Tangisan Irdina tumpah lagi. Tidak mampu untuk dia menggambarkan sesalan yang bermukim di hati.

“Aku ingat kau dah berubah hati. Aku tak belajar tinggi-tinggi macam kau, dan aku sedar diri, Aiman. Siapalah aku ni kalau nak dibandingkan dengan kau. Jauh bezanya!” luah Irdina dalam esakan.

Yang nyata, dia meluahkan apa yang selama ini dipendamkan. Aiman tergelak kecil. Sekali lagi Irdina membuatkan dia jatuh cinta. Ya, cintanya pada Irdina bukanlah kerana paras rupa.

Dan, yang pasti kejujuran dan ketulusannya sering kali menambat hati. Matanya yang penuh dengan kejujuran itu terlalu sukar untuk dimengertikan.

“Ina, kita sama. Bezanya cuma kau tidak diberi peluang. Sedikitpun, aku tak pernah menganggap kau berbeza daripada aku. Sebab aku tahu, kasih dan sayang itu tak kenal erti perbezaan, Ina.”

Irdina tertunduk. Baru sekarang dia mengerti, kisah cinta itu sesekali perlukan kesukaran, barulah hadir kemanisan.

Kerana bahagia itu tidak selamanya ada di sepanjang perjalanan. Sebagaimana mentari tak selalu ada di sepanjang hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience