BAB 5

Romance Completed 3159

“Ina, kau sihat? Maaflah dah lama aku tak tanya khabar. Kau faham-faham lah aku kat sini banyak yang nak kena buat. Assignment, coursework bertimbun. Kau lain lah, jual kuih tak sibuk mana pun,kan? Patutnya kau yang telefon aku tanya khabar tau?" lewat pagi itu Aiman menghubunginya.

Mengharap agar dapat mendengar gelak tawa dan suara Irdina yang sekian lama dirinduinya. Tetapi, Aiman sekadar mampu membisu tatkala Irdina memutuskan talian tanpa sebarang respons. Aiman terkedu.

Di hujung talian yang dimatikan, Irdina tersedu-sedan. Serendah itu dia di mata Aiman, kini. Adakah kerana dia tidak belajar di luar negara seperti mana Aiman?

Ataupun disebabkan dia tidak mampu berbahasa Inggeris sepetah Aiman?

Mungkinkah kerana perbezaan itu, Aiman mencemuh dirinya? Saat itu, Irdina nekad. Benar kata-kata kakak dan abang angkatnya selama ini, Aiman akan melupakannya jua kelak.

Tidak kira cepat atau lambat. Cuma matanya yang buta dan hatinya yang keras gara-gara terlalu sayangkan Aiman. Dan terlalu menaruh harapan terhadap janji yang ditaburkannya.

Sepatutnya, sejak dahulu lagi dia cuba melupakan Aiman dan sedar diri. Bahawa mereka itu berbeza. Tidak setaraf, lantas mana mungkin Aiman mahu memiliki kekasih hati yang tidak berpendidikan tinggi sepertinya?

“Ina terima lamaran abang Farhan, kak. Ina dah fikir masak-masak. Buat masa sekarang, Ina pilih dia. Ina nak tunaikan permintaan arwah mak…” permintaan itu dia suakan kepada Kak Long.

Kakak pertamaku yang makan gaji sebagai peguam di ibu kota. Sebab itulah barangkali, bicaranya memang sering sahaja menimbulkan kekecohan. Sampai di rumah pun nak berbahas.

Anggukan dan senyumannya tidak membawa apa-apa makna buatku.

“Baguslah Ina, kalau dari dulu kau terima dia, sekarang ni hidup kau dah mewah. Tapi, apa-apa pun, nanti Kak Long sampaikan pada dia. Besok atau lusa, dia datang bawa rombongan merisik dan bertunang terus.”

Irdina telan liur. Kenapa secepat itu? Tidak perlulah tergesa-gesa, kerana dia tetap di sini. Tidak ke mana pun Irdina Ahmad ini.

“Kak Long, kenapa cepat sangat?” Irdina menyoal kembali. Takut-takut. Soalannya dibalas tengkingan kakak sulungnya itu.

“Ina, kau ni nak ke tidak? Cepat apanya? Ini pun dah kira lambat tau? Dah bertahun si Farhan tu menunggu.” Kain batik yang dilipatnya sedari tadi dilemparkan ke wajah Irdina.

Berkira-kira mahu dia meneruskan kerja melipat kain yang terhenti di situ. Irdina yang baru selesai mencuci pinggan mangkuk, mengelap tangannya yang masih basah pada baju t-shirt yang dipakainya. Baju lusuh miliknya itu sudah pudar warnanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience