BAB 6

Romance Completed 3159

Kelakuan itu diperhatikan kakak iparnya, Suzana.

“Ina, tak ada kain lap ke sampai lap tangan kat baju tu? Tak manis la nanti kalau Farhan tengok Ina dengan baju yang comot macam ni.” Irdina sekadar tersenyum sumbing.

Entah mengapa semenjak dia menerima lamaran Farhan tempoh hari, semua orang seolah-olah berubah sikap terhadapnya. Tiada lagi cacian dan herdikan seperti dahulu. Entah apa istimewanya Farhan di mata mereka.

“Ina, buatkanlah teh untuk Farhan ni. Tunang dia datang jauh-jauh, boleh pulak tak diendahkan,” bebel Kak Long dari ruang tamu rumah. Irdina sekadar mendengar. Sedikit pun dia tidak ambil kisah. Air teh dihidangkan bersama cucur udang. Farhan tersenyum mesra. Irdina tidak memandang.

“Teh? Ina tahu kan, abang tak suka teh? Buatkan abang kopi, sayang?” Irdina hampir termuntah tatkala perkataan sayang disebut Farhan. Memang dia sengaja mahu mengenakan Irdina.

‘Banyak songeh pulak dia ni. Bagi teh, nak kopi.Nanti bagi kopi, mintak milo pulak. Dasar tak tahu diuntung!’gumam hati Irdina sendirian. Dia geram. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia luku dan hempuk-hempuk teko kopi itu di atas kepala si Farhan keparat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience