BAB 7

Romance Completed 3159

Setahun berlalu. Dan hari itu, hari pertama bulan Jun. Genap empat bulan tempoh perkahwinan Farhan dan Irdina. Irdina sedar, perkahwinan mereka hanya berlandaskan kontrak.

Farhan sedikitpun tidak sukakan dia, sebaliknya dia lebih fokus terhadap harta yang diwasiatkan arwah ibunya. Harta itu akan jatuh ke tangan isterinya, sebagaimana diwasiatkan.

Maka, mengikut wasiat, harta itu akan menjadi milik Farhan sekiranya mereka mempunyai zuriat. Irdina terkesima dengan syarat itu.

Dia tidak sedia. Dia rela Farhan memiliki semua harta itu, sedikitpun dia tida kisah apatah lagi peduli. Tapi, untuk memiliki keturunan daripada Farhan? Tidak sama sekali!

Empat bulan dinikahi, belum pernah sekalipun dia mengizinkan lelaki itu menyentuh dirinya.

“Ina, kenapa dengan Ina ni? Ina cuma berikan abang seorang anak dan lepas tu, serahkan semua harta tu pada abang. Abang akan lepaskan Ina selepas tu. Simple, kan?” mudahnya dia berkata-kata.

Ah! Lelaki memang sekadar tahu bermadah pujangga. Kelak, yang menanggung derita, dia. Sendirian dan keseorangan.

Malam yang kelam tanpa bintang itu mengingatkan Irdina pada Aiman. Sudah hampir setahun Aiman pulang ke tanah air. Pulangnya jua gara-gara berita pernikahan Irdina. Selepas itu, dia langsung tidak mendengar khabar Aiman lagi.

“Maafkan Ina, Man. Ina tak pernah berniat nak lukakan hati Man...” lena Irdina malam itu ditemani air mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience