Chapter 11

Romance Completed 14753

Tiba di Hotel Amtez, Qasha menurunkanku didepan pintu utama.

"Wait for me kay.." kataku sebelum keluar dari kereta.

*Qasha hanya membalas dengan senyuman. Selepas saja kelibat Dslisha hilang dari pandangan Qasha, Qasha terus memandu keluar dari perkarangan Hotel Amtez.

Sepanjang perjalanan Qasha rasa tak sedap hati meninggal Delisha bersama Nazirul berdua. Dia keluarkan telefonenya dan terus mendail satu nombor.*

"Assalamualaikumm abang Mir.. Tolong Chif.."
"Abang suruh sesiapa tengokkan Ana Delisha anak Dato Sri Daud dengan anak Tan Sri Ilias dalam hotel abang Mir sekarang.."
"Anythings abang update Chif.."

*Qasha mamatikan panggilan itu. Qasha menelefone kawan baiknya Amir Hakimi merangkap juga abang angkatnya, pengusaha Hotel Amtez dan tunang kepada Dayana Fird.

Qasha bawa diri ke satu kawasan yang agak sunyi untuk membuang perasaannya yang gundah itu. *
_________

QASHA QASHIF

"Kenape aku nak cemburu dengan semua ni ? Aku dengan dia bertunang atas permintaan keluarga. Dia gadis Nike yang paling aku bencikan sewaktu dahulu, kini sudah jadi tunangku dan tak lama lagi bakal jadi isteriku. Aku akan hidup bersamanya.." luah Qasha sendiri.

"Takkan aku dah sayang dia ? Cintakan dia ? Kalau semua itu berlaku apa salahnya. Dia bakal jadi sebahagian dari hidup aku.." katanya lagi.

"Delisha terlalu sukar untuk aku dekati. Bukan saja Nazirul yang cuba mengambil hatinya, bahkan cikgu sekolah sendiri ada yang cuba memikatnya.." mengeluh Qasha.

#FLASHBACK

Perkhemahan Perdana Tahun 4, 5 dan 6. Delisha, Dayana, Qasha, Razif dan Nazirul tahun 6. Rina tahun 4. Perkhemahan yang diadakan di Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. Mereka hanya dibenarkan menaikki bas yang disediakan pihak sekolah, supaya tiada yang lari dari tapak perkhemahan.

Walaupun bas ada disediakan, ada juga yang berdegil mahu membawa kereta sendiri, alasannya, tak suka bercampur. Walaupun begitu tidak ramai yang membawa kereta sendiri.

Malam harinya, semua khemah sudah didirikan oleh semua pelajar. Kini tiba masanya untuk memperkenalkan diri. Unggun api yang buat menceriakan lagi suasana yang tenang itu.

"Nama saya Ana Delisha.. Saya merupakan pelajar tahun akhir.." kataku memperkenalkan diri.

"Dah berpunya ke belum ?" sampuk seseorang.

"Masih belum berpunyaa, kalau ada yang sudi, pergilah jumpa papa dan mama sayaa.." balasku soalan gurauan itu dengan senyuman.

"Betul kee ni ?" kata Nazirul.

"Kamu semua, jangan lari dari topik. Delisha awak boleh duduk sekarang." potong Cikgu Saufi. Cikgu Saufi merupakan cikgu termuda dalam sekolah. "Sekarang awak semua dah kenal dengan penolong saya iaitu Ana Delisha."

"Baik cikgu..." jawab semua pelajar.

"Baiklah malam ni kita akan buat satu pertandingan iaitu 'Romeo and Juliet' , anda semua perlu berpasangan lelaki dan perempuan. Bergerak sekarang.." arah Ckgu Saufi. " Fared tu Cikgu punya.." katanya pada Fared yang berpasangan dengan Delisha.

"Kenape cikgu pilih saya, sedangkan ramai lagi pelajar lain cikgu.." kataku.

"Awak penolong saya, jadi tak salahkan. Kita akan mula dulu untuk jadi contoh kepada pelajar lain.." kata Ckgu Saufi.

Pertandingan dimulakan dengan adengan Cikgu Saufi dan Delisha.

"Will you marry me Deli ?" kata Cikgu Saufi yang mengeluarkan sebentuk cincin dari dalam poket seluarnya.

Tiba-tiba ada yang menyampuk dari belakang.

"Cikgu biar saya tunjukkan Romeo and Juliet yang sebenar." kata Qasha yang menyampuk dari belakang. Sempat Qasha berbisik di telingar Delisha " Sini bukan tempat nak ambil kesempatan, kalau kau terima lamaran dia, mungkin dia akan masuk minang kau." kata Qasha berbisik.

-- The End ----

*Sekian lama Qasha termenung sendiri memikirkan kisah sebelum ini, akhirnya dia tersedar apabila telefone berbunyi, panggilan daripada Amir Hakimi.*

"Hello abang Mirr kenape ?" soalnya cemas.
"Okey abang Mir, Chif pergi sekarang.. 5 minit lagi Chif sampai.." kata Qasha terus mematikan panggilan.

*Qasha masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke arah Hotel Amtez. Dalam perjalanan Qasha cuba menghubungi Delisha tapi sayangnya, tak dapat. Apa yang berlaku pada Delisha ?*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience