Chapter 35

Romance Completed 14753

Tanpa aku sedar hari sudah mulai gelap. Aku terlupa akan Zack yang berada diluar menungguku. Aku rasa keberatan mahu meninggalkan mereka.

"Mummy, daddy and Rinn. Sha mintak diri dulu. Dah malam ni, lagipun Sha tak berapa sihat sangat ni."

"Cepatnya kamu nak balik Sha. Bermalam sajalah disini. Bukan siapapun, keluarga kamu juga. Pakaian kamu pun ada lagi dalam almari Qasha tu. Tapi kalau nak baju besar ada dalam almari mummy. Mummy dah prepare kan baju untuk Sha." Kata mummy memujukku supaya bermalam disini.

"Mummy.. Sebenarnya.. Ada orang tunggu Sha dekat luar sana tu.." kataku takut-takut.

"Kenapa kamu tinggalkan dia dekat luar Sha. Panggilah dia masuk Sha." kata daddy.

"Tak apa ke ?" soalku.

"Tak apa la Sha.. Bawa dia masuk Sha. Bermalam saja disini." kata daddy lagi.

"Hello abang.. Abang masuklah, mummy daddy ajak abang masuk." aku buat panggilan telefon pada Zack dan aku sengaja membuat panggilan didepan mereka.

Tidak lama kemudian Zack masuk ke dalam rumah, dan kesemua mereka seperti terjekut melihat Zack.

"Mummy daddy, kenalkan Zack. Zack this is Tengku Syahid and Tengku Farida.. The cute girl this is Qamarina." aku perkenalkan Zack kepada mereka.

Daddy bersalaman dengan Zack. Pada mula semua seperti kebisuan dan tidak kenal siapa Zack dalam hidup aku kini.

"Sha can we talk." panggil mummy ingin bercakap denganku secara tertutup.

Aku mencapai tangan mummy untuk mengikutinya. Tiba-tiba ...

"Honey.." aku toleh pandang ke arah Zack. "Take care." sambungnya sambil mengerdipkan matanya padaku. Aku pula yang tersenyum malu.

Sampai di gazabou kediaman mereka. Riak wajah Tengku Farida seperti ingin mengetahui sesuatu daripadaku. Tanpa menunggu lama Tengku Farida bersuara.

"Zack tu siapa Sha ?" soal mummy. Dalam jangkkan aku sudah mengerti yang mummy pasti akan tanyakan hal ini.

"Dia bakal jadi suami Sha mi.. Lepas je baby dalam ni lahir, kami akan menikah mi." kataku pada mummy.

"Takkan secepat itu Sha. Qasha tak lepaskan kamu lagi mana mungkin kamu boleh berkahwin Sha." kata mummy serius.

"Sha akan mintak Qasha lepaskan Sha sebelum baby ni lahir. Sha tak mungkin boleh berkongsi kasih mi. Lagipun Zack cukup menyayangi Sha." kataku lagi.

"Tak mungkin Sha. Mummy takkan izinkan Qasha lepaskan kamu. Walau apa pun terjadi kamu tetap menantu mummy." kata mummy dan terus masuk ke dalam.

Aku berdiam diri disitu sampai aku tidak sedar yang hari sudah makin gelap dan sejuk. Zack dan Rina tiba-tiba menyapaku.

"What mummy talk with you ?" soal Zack.

"Nothing.." jawabku.

"Akak mssih marahkan abang ke ?" soal Rina

"Benda dah lepas Rin. Nak buat apa dikenangankan lagi.." jawabku.

"So akak and abang makam ni bermalam disini sajalah.." kata Rina.

"Rinn.. Boleh akak tanya tak ?" soalku pada Rina.

"Boleh jee.." jawabnya.

"Abang boleh pergi berehat yee.. Mesti abang penatkan tunggu honey tadi.. Nanti Mak Yan tunjukkan bilik abang." kataku pada Zack.

"Okey honey.." kata Zack dan menggosok kepalaku yang berlapik dengan tudung tu. "Jangan lewat sangat. Nanti u demam." sambungnya lagi dan berlalu.

"Okey abang.." jawabku dan memandang Zack berlalu.

"Sayang abang Zack dekat akak kan.. Beruntunglah abang Zack kalau dapat akak kan.." kata Rina dan menyedarkan aku dari leka meihat Zack berlalu.

"Hmm.. Akak nak tanya ni.. Betul ke abang nak kahwin lagi ?" soalku tanpa menunggu lagi.

"Betul lah.. Dengan perempuan tu.. Apetah yang abang termakan dengan perempuan tu.." terang Rina.

"Ooo.. nampaknya Rina tak lama lagi dapatlah kakak ipar lagi.." kataku mengusiknya.

"Ohh noo.. Rina taknak.. Rina hanya terima akak sahaja jadi kakak ipar Rinn.. Dan Rin tak sabar nak tunggu baby dalam ni keluar.." katanya dan mengusap perutku.

"Hahaa.. ada-adalaa Rinn ni.. Dah berapa lama abang keluar outstation ?" soalku lagi.

"Dah 3 hari masuk harini.. Semua tak tahu mane dia pergi."

"Macam tu pulakk.."

"Shaa masuk.. Jangan nak berembum malam-malam ni. Tak elok.. Ni mummy ada buatkan susu untuk Sha.." panggil mummy dari dalam.

"Okey mii.. Rin jomlah masuk.. Nanti kena bebel pulak.." kataku pada Rina. "Terima kasih mi.. susah-susah jee.. Sha boleh mintak abang buatkan.." kataku terharu bila dilayani sebegini.

Selepas sahaja aku habis minum air susu itu, aku ditemani mummy masuk ke bilik. Mummy sempat berpesan padaku supaya beri Qasha peluang kedua. Aku hanya mendiamkan diri dan aku pun tutup pintu selepas mummy keluar.

Aku melihat keadaan bilik itu yang aku rindu. Aku pergi ke almari baju. Aku buka dan aku tercium bau minyak wangi Qasha, membuatkan aku bertambah rindu padanya. Aku berjalan lagi ke meja solek, barang aku masih lagi ada disitu.

Tak lama kemudian aku capai tuala dan aku bersihkn diriku. Siap saja aku berpakaian baju tidoku yang besar tu, sengaja aku sembur minyak wangi Qasha pada pakaianku.

Aku melihat jam dinding sudah pukul 12:30 malam. Aku cuba membaringkam diriku diatas katil Qasha tapi aku tak boleh untuk tidur lalu aku bangun semula dan beridir di koridor bilik. Angin yang terkena dimukaku membuatkan aku ingin terus berdiri disitu. Lama juga aku berdiri koridor.

Tiba-tiba aku dapat rasakan seperti ada orang memeluk daei belakangku. Jantungku juga berdegup dengan laju 'dup dap dup dap'.

"Sayang.. I miss you.." bisiknya ditelingarku. Aku hanya mampu mendiamkan diri sah aja. Aku cuba untuk lepaskan pelukkannya, tapi aku tak mampu.Tiba-tiba saja aku sudah berhadapan dengannya.

"Lepaskanlahh.. Saya tak suka diperlaku begini." kataku untuk melepaskan tangan dari di gengamnya.

"Sha masih marahkan Qash ke ? Qash mintak maaf sangat-sangat. Tolong Sha jangan tinggalkan Qash lagi." katanya.

"Benda dah lepas.. Sha yang pilih jalan Sha sendiri.." kataku dan menundukkan kepalaku.

"Kenapa Sha datang sini ? Shaa rindu Qash ke ? Atau Sha hanya nak beritahu Qash yang Sha dan berkahwin ?" bertubi-tubi Qasha tujukan soalan. Aku diam tak terkata.

Qasha mengangkat wajahku memandangnya, anak mata kami bertaut. Air mataku mula mengalir bila aku seperti tidak peecaya suamiku, Qasha yang aku rindu selalu kini berada didepanku.

"Kenapa menangis ni..?" soalnya dan membuatkan air mataku makin laju membasahi pipiku. "Sayang.. Dahh.. B ada dengan sayang sekarang ni.." Qasha mengusap air mataku.

"B.." aku memeluk Qasha. "I miss you so much.." kataku dan memeluk Qasha erat, Qasha membalas pelukkanku.

"I also miss you Sayang.. Please, jangan pergi lagi.. B tak kuat sayang.." katanya.

Lama kami berpelukkan dan meluahkan rasa terpendam dalam hati. Ada masa bibir kami bertaut, tapi kali ini bibirku darahnya tak keluar. Tak tahu kenapa.

=Adakah Qasha dan Delisha akan berbaik semula ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience