Chapter 4

Romance Completed 14753

"Abang !" Sergah Rina dari belakang.

"Apee kau !" Balas Qasha

"Amacam dengan kak Sha ? O.K tak ?"

"Ape yang ok nya ? Dia tu perosak gambar jee. Ade ke pakai kasut nike diaa tu." Kata Qasha.

"Cantik what. She looks so hot today." Balas Rina. "Lepas ni kena ganti baju sukan, sebab tadi Pn.Suhana cakap ada acara sukan lepas ni." Kata Rina.

"Hmm..ok.. Baju ade ke tak ni ?" Soal Qasha pada Rina.

"Tak ada. Hmmm.. Nanti Rin pinjam kak Sha punya laa. Dia kan banyak baju kat loker tu..hehee." balas Rina dengan senyumannya.

*Lepas sesi bergambar dan makan akan ada pula acara sukan. Tiap-tiap tahun pasti ada acara sukan jika ada sambutan hari Raya.

Delisha seperti biasa dengan pakaian sukannya. Rambutnya tetap jua lepas sebab getah rambut tak bawa dan getah rambutnya alam loker juga hilang.*

"Babe, tak panas ke ?" Soal Dayana

"Terpaksa babe."

"Akak nah ambik ni." Hulur Rina satu getah rambut.

"Thanks adik. Ni kenape tak tukar baju lagi ni ?" Soalku pada Rina.

"Hah Rin. Kenape tak tukar lagi ni." Kata Dayana.

"Hehehe.."

"Baju tak ade ?" Duga Delisha.

Rina hanya mengangguk sajaa sebagai jawapannya.

"Kenape tak cakap dari tadi. Patutlah dari tak pergi-pergi. Orang lain sibuk tukar baju, dia sibuk tengok orang tukar baju." Kataku. "Nahh ambik ni. Kasut ada tak ni ?"

"Kasut adaa dalam kereta. Hehe.. Akak thanks." Sambut Rina huluran baju dan seluar dari Delisha.

"Cepat Rin. Kau lambat, kau pergi sendiri nanti. Akak dengan kak Sha nak gerak dah ni."

"Tunggulahh kejap." Balas Rina terus berlari ke dressroom.

"Kau ni Yana, kesian kat budak tu." Kata Delisah lepas Rina hilang dari pandangannya.

*Lepas saja Rina siap berbaju sukan tapi masih ber 'high heel'. Delisha dan Dayana terpaksa menemani Rina mengambil kasutnya dikereta Qasha.

Siap saja mereka berpakaian sukan lengkap, mereka dipanggil ke tengah pentas untuk melakukan reganggan sebelum meneruskan acara sukan.*
_______________________

Di tengah dataran sekolah.

"Tak ada orang lain ke yang boleh dipanggil untuk lead warmming-up ni." kata Qasha.

"Macam tak biasa pulak kau. Sha, Yana dengan adik kau kan memang selalu jadi lead setiap aktiviti." balas Razif, kawan baik Qasha.

"Aku tak sukaa tengok minah Nike tu. Yang lain tu okey lagi. Minah bajet Hot tuu aku benci betul dengan diaa.." terang Qasha.

"Siapa minah nike kau tu ? Delisha kee yang kau maksudkan tu ?" soal Razif.

"Siapa lagi kalau bukan diaa. Tengoklah tu, dari atas sampai bawah semua Nike." balas Qasha.

"Hahahaa..kau stalker dia ke broo..?"

"Hoii..." Qasha pukul Razif. "Gila kau aku nak stalker diaa."

"Mengaku jelahh.."

*Benci-benci pun, orang tu jugak yang Qasha stalker dalam diam. Cuma dirinya tak mengaku. Kalau dia bukan stalker Delisha mana mungkin dia tahu pakaian yang Delisha pakai.*

(Nak bayangkan Delisha bagaimana berpakaian, bayangkan Scha Al-yahya berpakaian sukan pergi gym. )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience