Chapter 5

Romance Completed 14753

*Acara sukan diteruskan mengikut kumpulan. Delisha, Dayana, Rina, Qasha, Nazirul dan Razif. Semua Upper Form 6 kecuali Rina. Mengapa Qasha satu kumpulan dengan Delisah ? Alasannya ialah, setiap kumpulan harus ada bilangan ahli yang seimbang, bermaksud 3 lelaki dan 3 perempuan :).

Mereka semua melibatkan diri pertandingan Futsal.*

"Rin..cakap dengan abang Rin tu..Bagi kerjasama. Kalau macam ni kalahlahh kumpulan kita Rin." kataku mengeluh di tengah gelanggang.

"Ye kak..nanti Rin cakapp dengan abang." Rina terus berjalan menuju ke arah abangnya. "Abang, kak Sha bising sebab abang taknak bagi kerjasama. Asyik bawa bola sorang je. Taknak past langsung kat kami. Jangan ingat kami perempuan, kami tak tahu main. Kak Delisha tu dah lawan sampai peringkat kebangsaan tau." terang Rina.

"Hmmm..." itu saja balasan Qasha. "Nazz kau sepak mulaa..aku defend jelahh..Delisha the geng main atas. Aku cover bawah je dengan Razif." kata Qasha pada Nazirul.

"Okk.. Shaa cepatlahh. Yana, Rin ambik tempat. Satu gol lagi boleh seri ni." Jelas Nazirul.

*Perlawanan futsal diteruskan lagi. Ramai yang menyaksikan perlawanan futsal ini. Tiba-tiba perkara tak diingini berlaku.

'Kedebukkkk...!!'

Delisha tersungkur akibat ditackle oleh pihak lawan. Semua orang dalam gelangang terpena dengan kejadian itu.*

"Shaa..!!" semua dalam gelanggang menjerit namaku.

"Kau ok tak ?" Jerit Hazmirul dari dalam gelangang dan berlari meluru ke arahku yang tersungkur.

*Semua ahli pasukan Delisha meluru ke arahnya.*

"Rin, Yana bawa Sha keluar padang. Bawa terus pergi bilik rawatan." arah Qasha

"Tak apelah biar aku yang uruskan Sha." Kata Hazmirul. "Sha aku mintak maaf dari pihak kami." Kata Hazmirul yang cuba menolong Rina dan Dayana membangun Delisha.

Aku hanya diam membisu kerana kaki sakit dan masih buntu dengan apa yang terjadi sekarang ini. Dunia aku seperti sedang berputar.

"Dah laa Mirul. Lepaskan Sha. Rina dengan Dayana boleh bawa dia pergi bilik rawatan." tegas suara Qasha.

*Qasha hanya memerhati kelibat Delisha, Dayana, Rina hilang dari permandangan matanya dari dalan gelanggang futsal.*

"Kauu sini japp." Qasha memanggil budak lelaki yang menjatuhkan Delisha tadi.

"Maafkan saya bang." kata lelaki itu.

"Kau tahukan dia perempuan ?!" soal Qasha kasar

"Tahu bang. Saya tak sengaja. Maafkan saya."

"Aku boleh maafkan kau. TAPI, kalau terjadi apa-apa dekat Delisha kau siap." balas Qasha terus berlalu meninggalkan gelanggang fusal.

*Tanpa segan silu Razif mengajukkan soalan kepada Qasha yang berjalan seiring dengan Qasha ke bilik rawatan sekolah.*

"Kau marah tu sebab Delisha ?" soal Razif pelik.

"Tak marah. Bagi warning jee. Lepas ni jangan dia buat dekat orang lain pulak." tenang suara Qasha membalasnya.

"Hmm.. Ok.. Kau jangan cakap kau suka dengan dia pulak. Nanti Nazirul tahu habislah kau." balas Razif.

"Aku tak mungkin suka diaa laa.. dia bukan test aku.." kata Qasha.

"Habis test kau tu perempuan macam Syerin ? Serius wey.. tinggi gila test kau.. aku paling tinggi pun orang macam Dayana jeee.. Sha tu pun kira tinggi juga tuu.. sampai cikgu sekolah kita pun ade yang suka dengan dia.."

"Syerin ? Syerin tu kawan baik aku jee wey.. aku tak anggap dia lebih daripada tu.. cikgu sekolah kita nie nakkan harta jee.. kau tahukan parent Sha tu ahli perniagaan yang ternama dekat Malaysia ni.." terang Qasha.

"Mana kau tahu semua ni ?" kata Razif dan terus berhenti melangkah.

*Qasha termasuk perangkap yang diciptanya sendiri.*

"Hmm aa.. a... Dad aku kan Share-partner dengan ayah diaa. So sebab tu aku tahu.." jawab Qasha ketar-ketar.

*Dari sini Razif sudah mengetahui bahawa Qasha suka pada Delisha tapi Qasha menidakkan perasaan itu. Sejauh manakah Qasha menyembunyikan perasaannya terhadap Delisha ? Tapi benarkah Qasha menyukai Delisha dalam diam ?*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience