Chapter 7

Romance Completed 14753

*Tibanya dirumah keluarga Rina dan Qasha. Qasha memberhentikan keretanya dihadapan pintu utama rumahnya.

Kesemuanya keluar dari kereta. Delisha dibantu Rina untuk keluar dari kereta. Qasha hanya memerhati perbuatan itu. *

"Assalamualaikumm ..." ucap Qasha.

*Tak lama kemudian pintu besar coklat itu terbuka dari dalam. Terlihatlah seorang wanita persis seperti 'Linda Jureen'.*

"Assalamualaikumm aunt.." kataku dan menghulurkan tangan padanya.

"Waalaikumussalam.." sambut wanita itu dengan huluran tanganku.

"Mummy ni lahh kakak kesayangan Rin. Ana Delisha. Sebaya dengan abang Qasha but not same course.." Terang Rina.

"Ooo.. Ana Delisha. Inilah orangnyaa yang selalu Rinn ceritakan.." kata Tengku Maria. "Kenape dengan kaki tu ?" Soalnyaa.

"Maa..akak Deli kaki dia terseliuh then doktor cakap kalau mengurut mungkin cepat sembuh. So, boleh tak kalau mummy urut kakak Rin ni..?" Soal Rina.

"Boleh jee.. Jomlah masuk.. Kita makan duluu.." Kata mummy Rina menjemput aku masuk.

Semua yang dipintu utama masuk ke dalam rumah agam itu. Aku berjalan dibantu oleh Rina dan mummynya. Qasha hanya mengikuti dari belakang.

*************

Selepas makan tengah hari bersama-sama, Mummy Rina mengurut kakiku yang terseliuh. Pada mulanya aku menolak tapi tetap juga mahu mengurut. Kesian gamaknya melihat keadaannya aku sebegini.

"Tahan sikit yee Shaa.. aunt urut tak kuat pun.." katanya.

"Tak apa ke aunt.. Susahkan aunt jee.." lembutku bersuara.

"Tak pun Sha.. Aunt dah biasa urut Qasha tu. Qasha tu pun selalu juga terseliuh kakinya." Terang Tengku Maria "Lepas ni Sha nak sambung studies di mana ?" Soal Tengku Maria

"Tak tahu lagi aunt. Nanti tunggu papa arrange kan semuanyaa.." jawabku.

*Diruang tamu utama Delisha dan mummy Rina, Tengku Maria berbual-bual tentang latar belakang Delisha hinggalah ke soal peribadi. 'Alang-alang celup pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan' inilahh yang terjadi antara Tengku Maria dan Delisha.

"Shaa dah berpunya ?" Soal Tengku Maria.

"Belumm aunt. Shaa masih belajar, awal lagi nak fikirkan hal sebegitu.." maluku dibuatnya bila ditanya soal peribadi ni.

Soalan demi soalan ditujukan kepadaku. Aku yang mulanya malu berbual kini sudah jadi mesra. Walaupun Tengku Syahid suami kepada Tengku Maria, yang baru pulang dari juga dilayan mesra. Seperti sudah kenal lama.

*Jam sudah menunjukkan 5 petang, Delisha masih lagi dikediaman milik Tengku Syahid.*

"Rinn, ada nampak abang tak ?" Soal Tengku Maria pada Rina yang sedang menuruni tangga.

"Takk mi..rasanya abang dekat belakang kot. Sebab tadi Rin nampak abang bawa topi." Terang Rina. "Akak nak balik dah ke ? Kan esok cuti, why not you stay here for a night ?" Soal Rina.

"Tak apelahh Rinn.. Malam ni mama akak balik. So nak lepas rindu.." lembut aku menolak permintaannya.

"Rinn pergi panggil abang sana, cakap dekat diaa mummy panggil masuk. By hook or by crook !" Tegas suara Tengku Maria beri arahan pada Rina.

"Okk mummy.." balas Rina dan terus berlalu belakang rumah.

*Tak lama kemudian Qasha dan Rina datang ke ruang tamu. Qasha masih bertopi keselamatan dikepalanya. *

"Mummy..why call me ?" Soal Qasha pada Tengku Maria

"Qasha, hantarkan Shaa balik." Arah Tengku Maria.

"But mummy.. My Genash ..."

"Rinn uruskan Genash !" Potong Rina terus berlari ke belakang sambil tersenyum.

"Hahh tu Rinn adaa." "Shaa, aunt mintak Qasha yang hantar Sha balik yee.."

"Tak susahkan Qasha ke ?" Soalku takut-takut.

"Susahlahh. Kau curi masa aku dengan girlfriend aku." Qasha bersuara.

"Qasha behave !" Tegas suara Tengku Maria.

*'By hook or by crook' Qasha tetap juga kena hantar Delisha balik ke rumahnya. Walaupun tanpa disuruh memang Qasha sedia maklum akan menghantar Delisha balik kerana driver mereka tiada, bawa Tengku Syahid keluar.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience