Chapter 22

Romance Completed 14753

Seminggu Selepas Itu...

Mereka sudah seperti belangkas tidak mahu lagi berpisah beejauh-jauhan. Tapi apakan daya, kehendak Datin Khalisha harus juga ditunaikan. Qasha dan Delisha tidak boleh lagi tidur sekali sehinggalah majlis mereka berlangsung.

"Bye sayang.. Jaga diri k. Jangan rindu B tau.." kata Qasha padaku.

"Hmm..mama ni jahat laa.." kataku sedikit merajuk.

"Jangan laa salahkan mama.. 2 bulan je lagi.. kita still boleh jumpa lagi kan" kata Qasha sambil mengusap pipiku.

"Hmm..promise mee k." kataku sedih.

"Yaa..i'm promise you.." berjanji Qasha. "B balik dulu. Dah lewat malam ni.. Assalamualaikumm.." kata Qasha dan mencium ubun-ubunku dan sempat dia mencium dahi, pipi kiri kananku, dan special sekali dekat bibir aku pun dia sempat buat. Nasib baik mama papa tak nampak.

"Take care.." kataku menahan malu.

Aku melihat saja kereta Qasha keluar dari perkarangan rumah. Sungguh sedihku rasakan. Kena tidur sorang-sorang malam ni.

"Dah laa tu Sha.. esok.pagi jumpa lagi.." kata mama.

"Dah Shaa pergi tidur.." kata papa pula.

"Okey paa.." kataku dan bersalam tangan dengan mama papa.
****************

Dua minggu kemudian sebelum final exam. OSH mengadakan perkhemahan jati diri untuk tingkat umur 17, 18 & 19. 3 hari 2 malam di Jungle High Cool. Seramai 45 orang guru dan 175 orang pelajar, kehadiran adalah wajib. Kos perbelanjaan 100% ditaja oleh Hotel & Resort Honey Bear, iaitu milik Dato' Khalisha Ahmad, mama Delisha.

"Baiklah semua pelajar dan guru-guru. Kita akan bahagikan kawasan masing-masing mengikut senarai nama ditangan saya. Kumpulan pertama berada di zon A, dihujung saja. Kumpulan kedua di zon C. Kumpulan ketiga di zon B dan kumpulan terakhir di zon D .." ucap ckgu Mahathir membahagikan kumpulan.

Aku bernasib baik. Aku, Rina, Qasha satu kumpulan. Dayana dan Razif kumpulan lain. Maka terpisahlah aku dengan Dayana, Qasha dengan Razif, Rina dengan Suraya. Maka terpisahlah kami.

Kami semua bebas diberi pilihan untuk mencari teman sekhemah dan dirikan khemah dalam zon kami sahaja. Aku hanyalah dengan Rina sebagai peneman, begiu juga Rina. Qasha ? Qasha biarkan dia cari sendiri teman sekhemahnya.

Khemah aku dan Qasha hanya bersebelahan. Apatah Qasha ni, macan tak ada tempat lain jee nak dirikan khemah. Setiap zon disediakan tempat persalinan dan tempat mandi. Jadi tiada masalah untuk itu. Aktiviti seterusnya selepas mendirikan khemah ialah sesi suai kenal dengan ahli kumpulan.

"Saya ckgu Aziz selaku guru pengiring dalam kumpulan ini. Pembantu saya ialah barisan guru-guru handsome dan cantik disebelah saya ni. Sekarang kita akan lantik ketua dan pembantunya. Sebarang cadangan boleh dikemukan." kata Ckgu Aziz.

"Saya.." kata seseorang angkat tangan. "Saya cadangkan Prince and Princess kita cikgu." sambungnya lagi.

"Lagi.. Saya perlukan cadangan lain.. Prince and Princess kita sila berdiri dihadapan sebagai calon."

"Sayaa.. Romeo and Juliet kita ckgu.. Tengku dan Syerin.. " cadangan lagi.

"Sayaa bangkang cikgu. Tengku dan Princess tak boleh jadi keluar dalam aktiviti ni. Cuba kita bagi dekat Junior kita yang kena lead kumpulan suatu hari nanti.." bantahan dikata.

"Sayaa setuju ckgu.. Tak ada senior yang control kita. Bagi Junior cari pengalaman.." dikatakan lagi.

"Baiklahh kalau macam tu. Biar saya yang pilih." kata Ckgu Aziz. " Shafiq dan Qamarina awak jadi ketua dan pembantu untuk kali ini.." ucap Ckgu Aziz.

"Hayoit Rinn.. Rin kena.." kataku menakutkan Rina disebelah dengan riak terkejutnya. "Rin.. bangunlah pergi depan." kataku sedarkan Rina.

"Apa..apaa.." gelabah Rina. Aku ketawa melihat reaksi Rina. Hahahaha..

"Qamarina depan sekarang.." panggil ckgu Aziz.

Sesi pelantikkan ketua dan pembantu selesai. Solat Zuhur dan Asar sebagai masa rehat untuk semua pelajar. Solat secara berjemaah di kawasan hutan untuk umat Islam. Imam untuk solat ini ialah Tengku Qasha Qashif, suami aku sendiri. Terharu juga sebenarnya. Hehe.
_______________

Selesai saja solat Isyak dan makan malam, semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam khemah untuk berehat. Khemah aku dan Rina paling awal tertutup dan gelap.

"Haii orang sebelah, awal tidur.." tegur Qasha dari luar.

"Shhhh.. kak Sha dah tido.. abang tidolah.." marah Rina.

"Ok..ok.. tak kacau dah.. Rinn..pelukkan Kak Sha tuk abang.." kata Qasha.

"Tak malu ke cakap macam tu ? Orang dengar nanti tahu laa.."

"Fahmi tak ada dalam ni.. dah pergi tido.. abang kena jaga khemah ni.."

*Qasha dan beberape orang guru dan pelajar lelaki bergilir-gilir menjaga kawasan perkhemahan daripada binatang buas atau berlakunya benda yang tidak diingini.*

Zriiipppppp....!!! Zip khemah terbuka secara terburu-buru mengejutkan Qasha yang sedang berjaga.

"Shaa kenape ni ?!" soal Qasha terkejut.

"Sha sakit perutlah.. Teman Sha jom.." kataku dan terus menarik tangan Qasha mengekoriku.

"Shaa tandas perempuan tu.. Takkan B nak masuk.."

"Tunggulah dekat luar sapa suruh masuk.." kataku dan terus masuk ke dalam tandas bila.

5 minit kemudian ...

Aku berjalan keluar dari tandas sambil menekan-nekan perutku yang sakit mengulas.

"Shaa okey tak ni..?? Nak B ambikkan ubat ke ?" kata Qasha menyambut kedatanganku.

"Takk.." balasku dengan menggelengkan kepala.

"Kita pergi khemah kecemasan ye.. Kita cari ubat.. Doktor Ruby ada tu.."

Qasha memimpin aku sehinggalah ke khemah kecemasan.

"Doktor tengokkan Sha. Masuk angin ke, salah makan ke..cuba doktor tengokkan.." kata Qasha.

"Shaa baring sini.." tak lama kemudian "Sha ni gastrik angin, lambat makan ke tadi malam ?" soal Dr.Ruby.

"Tak ada pun Dr." jawabku.

"Tak apalah, awk makan ubat ni dan rehat.." kata Dr.Ruby. Selepas saja aku makam ubat, Qasha bawaku ke khemah semula.

"Shaa tidolahh sini selesa sikit. Fahmi tidur tempat lain, dia takut tidur sorang." kata Qasha padaku.

"okeyy.." sepatah saja kataku dan masuk ke dalan khemah dan berehat.

"Shaa tidolah.. Nanti B datang.. 10 minit lagi k.." kata Qasha dan aku balas dengan anggukan kepala saja. Qasha zip kan aku dari luar.

"Cikgu saya masuk khemah dulu laa mengantok dah.." kata Qasha pada ckgu Badrul.

"Baiklah Tengku. Selamat Malam." balasnya.

Aku masih belum boleh lena, aku tunggu Qasha datang semula ke khemah.

"Shaa kenapa tak tidur lagi ni..?" tegurnya yang sedang buka zip khemah.

"Sakit lagi perut ni.." kataku manja.

"Kalau macam tu B sapukan minyak angin tau.." kata Qasha dan mengeluarkan minyak angin dari porch beg nya.

Qasha menyapukan minyak angin diperutku. Wahh..sungguh menenangkan. Dek leka dilayan dan berbual kami berdua tertidur. Qasha memelukku erat. Hmm sungguhku rindu dengannya :).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience