Chapter 12

Romance Completed 14753

Hotel Amtez.

*Tibanya di hotel, Qasha berlari meluru ke tempat yang diberitahu abang Amir. Qasha menggunakan lift Abang Amir. Jadi sempat untuk Qasha mengejar Nazirul dan Delisha.

Tiba di tingkat 7 hotel. Qasha mencari pula pintu bilik. Sedang Qasha mencari, dua orang pekerja hotel berlari meluru ke arah Qasha dan memberikan Qasha kad pendua. Pekerja itu pun menunjukkan Qasha biliknya.

Tanpa berlengah lagi, Qasha terus membuka pintu bilik itu. Qasha terkejot melihat tubuh Delisha yang terbaring diatas katil. Qasha kalih pandangannya pada Nazirul yang terleka melihat Delisha didepan matanya.*

"Tak guna kau Setannn..!!" Jerit Qasha dan terus menumbuk muka Nazirul. "Kau laa setan segala setan, kau tahu diaa milik aku, kau nak juga dia." kata Qasha dalam amarahnya.

"Sebab milik kau, aku nak diaa. Biar aku yang pertama jadi milik dia." Nazirul.

"Kurang ajarr kauu.." Qasha menumbuk lagi muka Nazirul.

"Chiff dah tu..karang mati budak tu kau buat." kata Amir yang baru sampai ke tempat kejadian. "Boys angkat laki nii.." arah Amir pada pekerjanya untuk mengangkat Nazirul.

"Aku akan pastikan diaa jadi milik aku juga." Kata Nazirul lagi.

"Kauu ... !!" Amir menahan Qasha daripada terus memukul Nazirul

"Dahh tuu Chif..tengok Delisha kau ni. Sekejap lagi doktor sampai." kata Amir memujuk Qasha.

"Abang semua ni salah Chif.. kalau Chif tak hantar Sha ke sini pasti semua takkan berlaku." adu Qasha.

"Kalau tak sampai sekarang kita tak tahu niat Nazirul tu macam mane. Soo, sekarang kita tahu dia siapa jadi kita boleh lebih berhati-hati.." balas Amir.

"Abang Mir, jangan baritahu sesiapa tentang hal ni. Chif taknak jadi lebih rumit nanti."

"Ok Chif.."

*Datangnya seorang doktor perempuan.*

"Zanny, tengokkan dia."

"Adik ke ?" soal Dr.Zanny pada Amir.

"Ha'ah adik aku punya future wife." terang Amir.

"Dia okey, cuma kesan daripada ubat pil khayal dalam badan dia membuatkan dia separa sedar sekarang. Sekejap ya." Dr.Zanny keluarkan walkie-talkie "Minn, bawa air dan tiub sekali." katanya.

*Tak lama kemudian. Delisha dimasukkan air untuk menghilangkan kesan ubat dalam badannya. Selepas itu Qasha ambil keputusan untuk bawa Delisha keluar dari Hotel Amtez itu.

Delisha dibaring didalam kereta ditempat sebelah pemandu.Jam menunjukkan 11:45 malam, Qasha bawa Delisha balik ke kampungnya. Malam itu juga Qasha telefone mummy dan daddy beritahu dia bawa Delisha balik ke kampung.

Perjalanan ke kampung malam itu Qasha rasa geli hati melihat Delisha yang masih khayal itu. Jika dilayan mahu hilang Iman didada Qasha. Banyak kali juga Qasha berhenti ditepi jalan kerana tak tahan melihat Delisha yang cuba menggodanya ketika memandu.*

"Sha..Dahh laa tuu.. Geli hati Qash tengok Shaa macam ni.. " kata Qasha pada Delisha yang khayal tu.

*************

Keesokkan Paginya ...

"Qasha bila sampai ?" soal nenda

"Subuh tadi nenda .."

"Qasha balik sorang ?"

"Tak nenda, Qasha bawa Sha sekali."

"Mana Sha. Dah pukul berapa takkan tak bangun lagi ni.." kata Nenda a.k.a Tengku Farida

"Shaa sakit nenda. Tu Qasha bawa Sha datang sini. Nenda boleh tak kalau Qasha nikah dengan Sha malam ni juga." kata Qasha.

"Kenape cepat sangat ni.." kata Nenda

"Qasha taknak benda lain pula yang terjadi pada Sha nenda. Sha sakit sekarang pun sebab dia hampir diperkosa dengan kawan kami sendiri nenda." terang Qasha lagi.

"Kalau macam nanti nenda bagi tahu ketua kampung dekat sini yee.. Mummy daddy dah tahu ? Mama papa Sha ?"

"Sekejap lagi Qasha telefone beritahu. Qasha nak cepat nenda Qasha takut." Kata Qasha.

Delisha yang masih tidak sedarkan diri dari tidurnya, masih tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience