Chapter 21

Romance Completed 14753

Kami sampai dirumah mama pukul 12.30 malam. Aku terkejut bila aku masuk ke dalam rumah, mama masih belum tidur lagi.

"Lambat balik korang berdua ni.." tegur Datin Khalisha bila Qasha dan Delisha menjejak kaki masuk ke dalam rumah.

"Dari rumah mummy tadi maa.. Maa Sha naik atas dulu.. nak tido esok sekolah.." kataku.

"Kenape duk pegang mulut tu Sha..?" soal mama.

"Tak ada apa maa.. Maa, Sha naik atas dulu. Qash jom.." kataku menarik tangan Qasha.

Didalam bilik.

"Shaa.. I'm sorry.." kata Qasha.

"Sokay Qash.. Qash nak tidur dekat mana ni ?" soalku untuk tutup rasa bersalah Qasha tu.

"Mana-mana jee Sha.." sayu saja suara Qasha.

"Qash..jangan laa rasa bersalah. Sha okey laa.." kataku memujuk Qash sambil memegang tangan Qasha.

"Qash tahu salah Qash.."

"Dahh laa Qash.. Kita tidur kay.. Esok nak bangun awal." pujukku. Aku bawa Qasha ke katil.

"Boleh ke Qasha tidur atas ni ?"

"Boleh jee.. Qash kan suami Sha.."

Aku tahu Qasha pasti takkan boleh buat apa-apa dekat aku. Memandangkan aku tengah cuti. Jadi aku selamat dari malam pertama. Hehe.

*Malam mereka berakhir dengan tidur sekatil, bersama.*

************

Pagi Harinya .

*Qasha bangun pagi ini dengan senyuman dibibir bila dia tersedar Delisha memeluknya. Ingin saja Qasha tak mahu bangun dari katil. Hehee.

Qasha yang akan bangun dulu sebelum Delisha. Qasha akan bangun solat sunat, mengaji dan baru solat subuh. Begitulah rutin hariannya.

Selesai saja Qasha solat, dia mengejut Delisha bangun.

"Shaa..bangun.. dah pagi ni.." kejut Qasha sambil mengusap pipi Delisha.

"Hrmmmm.."

"Sayang.. bangun cepat.. nanti mama marah kalau lambat nanti.." kejut Qasha lagi.

"Qash mandi dulu.. bagi Sha 5 minit lagi.. Sha mengantok lagi nie.." kataku dengan mata masih terpejam.

"Okey.. Qash mandi dulu.. nanti bangun tau.." kata Qasha dan terus berlalu ke bilik air untuk mandi.

*Tak lama kemudian Qasha keluar dari bilik mandi, Qasha memandang ke atas katil, sudah tiada orang. Qasha kepelikkan.*

"Qash.. niee baju.. tapi panas lagi ni.." kataku dari bilik persalinan baju.

"Dah laa.. Sha pergi mandi.. Biar Qash yang siapkan semua ni.." kata Qasha.

"Betul ni.. Sha tinggalkan Qash ni.."

"Betul pergi laa.. Cepat.." halau Qasha.

Orang nak siapkan pakaian kita apa salahnya. Biasa kita ambik je pakai terus. Memandangkan ada suami yang sebilik dengan kita, kenalah buat sendiri nanti apa katanya. Hehe.

Siap saja aku mandi. Kali ini aku tak keluar dengan bertuala tapi sudah berpakaian dalam sebelum sarung baju sekolah. Aku masuk ke bilik persalinan baju, aku tengok Qasha masih lagi tak siap lagi.

"Qash..kenapa tak siap lagi ni ?" soalku.

"Qash nak Sha yang siapkan.. hehe.." kata Qasha manja.

"Mengadalah Qash nie.." kataku sambil mataku dan matanya bertemu. "Cepatlah siap.. Cepat Sha pakaikan baju yee baby besarr.." kataku sambil menghlurkan baju kemeja putihnya ke arahnya.

"Yayy.. Baby cute kita pakaikan kita baju." kata Qasha menyarungkan baju kemejanya.

"Baby besar saya ni mengadalah.." kataku mencuit hidung Qasha.

"Macam sedap jee nama panggilan tu.. You call me B..I call you baby.." cadang Qasha.

"Ingat sweet baby baby nie.. Sha lagi suka kalau Qash panggil Sha, Sha jee."

"Okey juga tu.. I call you Sha.. you call me Bee.. Or you want be honey.. Bee and Honey ; ' )"

"Nanti orang ingat B panggi Hani lain pulak.."

"ok..I will call you Sha..Sha is mine forever and ever." kata Qasha sambil mencium ubun-ubunku.

Seronok sebenarnya hidup berteman ni. Tapi itulah tanggungjawab tu bertambah. Apatah lagi kita ni perempuan. Aku bahagia bersama Qash buat masa ini.

*Mereka bersiap bersama-sama seperti biasa. Makan sarapan bersama-sama. Hinggalah tiba disekolah mereka bersama hingga di tempat perking saja. Lepas itu mereka buat haluan masing-masing.*

******************

Rumah Datu Daud.

"Assalamualaikumm.." ucap Qasha.

"Waalaikumsalam.. Tuan, Cik Puan ada didapur." kata pembantu rumah.

"Terima kasih. Saya naik atas dulu. Nanti saya turun." kata Qasha.

*Qasha bersihkan diri dan menunaikan solat zuhur sebelum turun semula ke bawah.*

"B.." panggilku sebaik saja Qasha beri salam terakhir. Aku duduk disebelah Qasha.

"Hmmm.." itu saja Qasha balas.

"Sorry.." kataku.

"Sorry for what Ana Delisha ?" serius suara Qasha.

"Sorry sebab Sha balik awal tak tunggu Qash.."

"You balik dengan siapa ? Abang Amzar ? Abang Amzar pergi JB dengan papa. Balik dengan Pak Majib ? Pak Majib bawa mama pergi office. Soo with who you came back home ?" soap Qasha tanpa memandang wajahku disebelahnya.

"I back with Fa.. Fai..ruz." terketar-ketar aku beritahu.

"Still love him ?" soal Qasha lagi, kali ini dia pandang wajahku dengan renungan tajam.

"No.." jawab sambil gelengkan kepala.

"So why you came home with him ?"

"Because he says, he want to explainned why his left me.." terangku jujur.

"If you still want with him, go a head. I will never care about you after this." kata Qasha terus melipat kain sejadah, lalu keluar dari bilik.

"B..!! I promise .." jeritku panggil Qasha.

*Laju saja Qasha turuni tangga. Delisha yang memanggil namanya langsung dia tak dengari. Qasha mengambil kunci keretanya. Belum sempat Qasha melangkah keluar dari rumah Delisha menghalang dirinya keluar.*

"Qash nak pergi mana ? Sha tahu, Sha salah. Sha mintak maaf." kataku didepannya.

"Tepilah.." kata Qasha ingin jalan melepasiku.

"Saya Ana Delisha isteri kepada Tengku Qasha Qashif, ingin meminta maaf kepada suaminya Tengku Qasha Qashif Tengku Syahid. Adakah suami kepada Ana Delisha sudi memaafkannya ?" kataku bila Qasha berjalan melepasiku.

*Qasha teruskan saja jalannya ke arah kereta. Qasha keluar dari perkarangan rumah tanpa menoleh sedikit pun pada Delisha.*

Salah aku juga yang balik dengan Fairuz tu buat apa. Tapi tak sangka pulak, mamat ni boleh jealous. Kuatnya jealous. Nanti malam balik laa tu.
___________________

Jam pukul 10.45 malam.

"Mana dia ni. Takkan marahkan aku sampai taknak balik rumah.. Hmm.. Nak tanya Rina ke, tanya ada ke Qasha dekat sana." bebelku sendiri dalam bilik.

'Rinn..akak nak tanya ni. Abang ada dekat sana tak ?' - Deli

'Abang dari petang tadi dekat sini. Kenapa kak ? Akak gaduh dengan abang ke ?' - soal Rina.

'Biasa laa abang tu kuat jealous..' - Deli

'Hahaa.. Tak tahu pulak abang Rin ni kuat jealous..' - Rina

'Cuba Rinn tanya abang dia balik sini tak malam ni ?' - Deli

5 minit kemudian.

'Abang kata dia tak balik.. Nak Rina pujuk ke suruh dia balik sana juga ?' - Rina

'Tak apelah Rinn. Kalau macam tu akak tidur dulu la.. Night. Sampaikan salam akak dekat abang, mummy, daddy tau..' Deli.

Hampehhnya Qasha, pergi rumah mummy tak ngajak. Apelah nanti pagi nak jawab dengan mama, papa kalau tanya mane Qasha. Takkan nak baritahu perakara sebenar. Arggg... Biarkan situ.. Baik aku tidur. - bebelku dalam hati.

*Sedang Delisha lena tertidur, tiba-tiba ada seseorang memasuki bilik Delisha. Seseorang itu berbaring disebelah Delisha, dan memeluk Delisha dari belakang.*

"Lain kali jangan buat B marah.. B tak suka Sha keluar dengan lelaki lain selaian dari B. B jealous. Sha tu milik B sorang je.." bisik Qasha ditepi telinga Delisha.

"Maafkan B sebab buat Sha macam ni. Buang laa bantal peluk tu.. Baik Sha peluk B ni.." kata Qasha sambil tangannya mengalih badan Delisha supaya menghadapnya.

"Hah.. kan comel tuu.. B rindu Sha tau.." kata Qasha dan mencium ubun-ubun Delisha.

*Akhirnya Qasha tertidur juga dalam pelukkan Delisha. Delisha pula masih tak sedarkan diri bila dirinya dipeluk. Nampaknya pasangan ini harus tidur berpelukkan baru lena tidur.* hahaha

bersambung... :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience