Chapter 13

Romance Completed 14753

Perancangan Qasha untuk menikahi Delisha pada malamnya tidak menjadi akibat penentangan daripada keluarga Delisha.

"Mama taknak perkara ni terjadi terburu-buru. Awak berdua pun masih belajar. Apa janji kita sebelum ini ialah menikah selepas tamat belajar." serius suara Datin Khalisha.

"Tapi maa.. Shaa hampir kena ..." ucap Qasha tapi dipotong

"Tapi Khalish, tak salah kalau kita khawinkan mereka. Percepatkan ape yang patut." kata Tengku Maria.

"Betul mama.. Tak apaa, kita khawinkan aja mereka berdua. Bersanding lepas habis belajar." kata Dato Daud.

"Kalau abang dah kata macam tu tak apelah. Mama bagi Qasha dan Sha buat preparation ala kadar saja dalam tempoh 2 minggu mama bagi. Mama tahu, sijil khursus khawin, test HIV semua lengkap. Faham ?" suara Datin Khalis serius lagi.

"Baik maa.. Qasha akan uruskan semuanyaa.." kata Qasha dan minta persetujuan daripadaku anggukkan kepala.

*Perbincangan selesai pada malam harinya. Keluarga Delisha menginap di kediaman Tengku Farida untuk satu malam.*

************

2 HARI kemudian ...

*Qasha dan Sha pergi ke Khursus khawin. Delisha yang cantik bertudung bawal satin, dapat memukau pandangan Qasha.*

"Shaa.. Shaa cantik bertudung macam ni. Qash suka tengok Sha macam ni.." Kata Qasha padaku.

"Biasa jee Shaa tengok. Qash doa-doakan laa, terbuka pintu hati Sha ni nak bertudung." balasku.

"InshaAllah Sha.. Qash akan doakan yang terbaik untuk Sha. Sha kan tak lama lagi akan jadi tanggungjawab Qash.." lembut Qasha bersuara.

"Dah laa Qash, jalan laa lagi. Nanti bila nak sampai. Ni baru hari pertama. Kita ada dua hari lagi nak pergi khursus ni.."

"Yeee Sha.. Qash tahu tu.." balas Qasha dan memulakan pemanduannya.

_____________________

2 PETANG ..

"Shaa nak pergi makan dekat mana ni ? Nanti boleh terus cari barang hantaran untuk Sha." soal Qasha bila sudah berada didalam kereta.

"Mana-mana jee Qash.. Sha ikot jee.." balasku tak banyak memilih.

"Okey.." balas Qasha.

*Qasha dan Delisha makan tengah hari bersama-sama di restoran biasa saja. Bila Delisha baru buka pintu kereta nak masuk, ada tangan yang menghalangnya dari buka pintu itu.*

"Sha.. maafkan Rul. Bagi Rul satu lagi peluang.." kata Nazirul

"Shaa dah maafkan Rul. Tolong Rul, jangan ganggu hidup Sha lagi. Selama ni kita tak pernah ada apa-apa hubungan pun. Kita hanya kawan. Tak lebih dari tu.." kataku dan mataku menangkap mata Qasha yang berdiri dihadapanku.

"Shaa please bagi Rul peluang untuk Cintakan Sha. Mamat depan tu yang selalu Sha benci, Sha menyumpah sebelum ni, dengan dia sekarang Sha nak khawin." kata Nazirul dengan menunding jari ke arah Qasha.

"Sekurang-kurangnya dia tak ambil kesempatan Rul. Selama ni Sha percaya Rul, tapi apa Rul dah buat ?!"

"Shaa masuk dalam. Nazz aku nak kau jauhkan diri kau dari Sha. Aku taknak lagi tengok muka kau. Assalamualaikum.." kata Qasha bernada serius dan beramaran kepada Nazirul.

Sewaktu didalam kereta. Qasha dan Delisha hanya diam dan sendiri. Bermain dengan perasaan sendiri. Qasha yang memandu kereta, terus menuju ke tempat membeli barang Delisha.

Selama 15 minit mendiamkan diri, Qasha berhentikan mereta didepan butik Nike.

"Nak buat apa dekat sini ?" soalku pelik.

"Cuci mata. Jom turun.." balas Qasha.

Qasha dan Delisha memasuki butik besar Nike itu. Delisha yang minat dengan jenama Nike ni terus jadi rambang mata.

"Shaa pilihlah.." kata Qasha pada Delisha yang sedang lekar memilih barang kesukaannya.

"Qash nak bayar ke ?" dugaku

"Tak.. Sha punya barang, Sha bayar laa.. Haha.." kata Qasha dengan sedikit ketawa dihujung cakapnya.

"Shaa tahu, saja jerr tanya, kalau nak bayarkan Sha nak pilih banyak lagi." serius aku berkata.

"Eleleleee... merajuk ke ?" Qasha cuit pinggang Delisha.

"Apa ni main pegang-pegang orang hah !"

"Siapa pegang.. Tak pegang pun kay, kita cuit guna kasut nie jee.." balas Qasha dan terus berlalu tinggalkan Delisha.

Bila Qasha baru saja 3 langkah ingin tinggalkan aku, cepat-cepat aku menarik tangannya supaya berpaling memandangku semula.

"Qash marah dengan Sha ke..?" soalku pada Qasha yang masih membelakangiku. "Qash, pandang laa Sha ni.." aku cuba memusingkan badan Qasha, tapi Qasha tetap keras seperti patung. "Tengku Qasha Qashif Tengku Syahid, look at me please.." ucapku.

Qasha memusingkan badannya menghadapku selepas aku memanggil nama penuhnya.

"Ye Tuan Puteri Ana Delisha Dato Sri Daud.." balas Qasha dengan senyuman dimukanya.

"Hmmm.. I'm not Tuan Puteri kay.. I'm your.." kataku yang sedikit gembira melihat Qasha yang menyakatku kembali.

"I'm your konon.. Kalau macam jerit sekali kata Ana Delisha milik Qasha Qashif seorang saja.." cabar Qasha.

"Okk.. I'm your right.." kataku. "Qasha Qasif hanya ada Ana Delisha dalam hat...." cepat tangan Qasha menutup mulut Delisha daripada terus menjerit.

"Shhhh.... malu laa.. ramai orang tengok.. Ok sekarang habiskan ayat tu, biar Qash sorang jee dengar.." bisik Qasha ditelingar Delisha.

"Qasha Qasif hanya ada seorang wanita dalam hidupnya iaitu Ana Delisha.." bisikku.

"Ya Allah perasan jee.. Qash ade 3 wanita dalam hidup Qash.." kara Qasha.

"Wahh ramainya.. Siapa orangnya tu.." teruja Delisha ingin menegetahuinya.

"Rahsiaaa..."

"Qash banyak rahsia dengan Sha kan.. Tak aci.." rajukku terus bawa barang pilihannya ke kaunter bayaran. Aku keluarkan kad kredit yang diberi papa.

"Shaa, Qash bayarkan. Nahh cik.." laju tangan Qasha menghulurkan kad kreditnya.

*Harini saja mereka hanya gaduh baik, gaduh baik. Seorang mengusik, seorang merajuk. Bila merajuk ada yang pujuk. Beginilah hari-hari berikutnya sehingga majlis pernikahan mereka berlangsung.*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience