BAB 12

Romance Series 4209

Pagi menjelma , dia membuka matanya perlahan-lahan. Dia melilau mencari kelibat Rayyan.Dia bangun dari katil lalu keluar dari bilik Dan menuju kearah dapur.

"Awak masak apa ?"tanya Raisha.

"Masak mee goreng je."balas Rayyan.

"Ummi mana?"tanya Raisha lagi.

"Dating dengan Abi."balas Rayyan. Dia mendekati Rayyan dan...

ADUH!!

Rayyan bergegas mendekati sinki. Dia menghisap darahnya dan membuang semula. Raisha yang mendekati itu dipanggang sekilas.

"Tak nak tolong hisap ke ?"tanya Rayyan sambil tangan dihulur kepada Raisha.

"Tak nak lah.....darah awak masuk dalam badan saya."balas Raisha sebelum dia menuju ke almari, mencari peti kecemasan.

"Apa salahnya saya kan suami awak."balas Rayyan. Tangan Rayyan ditarik lembut. Dan menyapu minyak lalu membalut tangan itu menggunakan plaster. Kali ini Raisha pula yang memasak dan menghilangkan mee goreng di atas meja.

"Suap."Rayyan membuka mulutnya yang luas.

"Eiii ngada-ngada lah."

"Cepat lah."dengan nada manja kaki dihentak berkali-kali.

"Nah."Raisha menghulur garpu yang dililit mee goreng. Raisha menyuap Rayyan sehingga habis mee goreng di pinggannya.

"Saya kerja esok."ujar Raisha sambil tangan membasuh pinggan.

"Ala... baru je nak sweet sweet dengan Sweetheart."balas Rayyan sebelum memeluk pinggang milik Raisha.

"Nanti balik lah ye."Raisha memusingkan badannya menghadap Rayyan.

"Okey....tapi saya nak pastikan yang darah saya akan masuk dengan darah awak."ujar Rayyan dengan yakinnya.

"Cuba lah."ujar Raisha sebelum dia berlari anak menaiki tangga rumah itu.

"Ish budak ni."Rayyan turut berlari menuju ke arah bilik.Beberapa jam kemudian kereta Tuan Sharif tiba di rumah itu.

"Assalamualaikum."

"Walaikumusalam."balas Rayyan yang baru muncul dari tangga.

"Dah makan ?"tanya Puan Wahidah.

"Dah dengan Raisha."balas Rayyan mesra. Puan Wahidah mengangguk kepalanya tanda balasannya.

"Abi tak nak basuh kereta ke ?"tanya Rayyan selepas mengintai setiap sudut kereta itu.

"Kalau rajin basuh ler."balas Tuan Sharif.

"Baik Tuan." Rayyan mula membasuh kereta itu lalu mengosoknya dengan sabun.

"Ibu Rayyan mana ?"tanya Raisha yang baru muncul dari tangga.

"Tu ha dekat luar tengah basuh kereta."balas Puan Wahidah dari dapur.

Raisha melangkah menuju keluar rumah. Tubuh badan tegap lelaki itu dipandang sebelum dia mendekatinya.Raisha berdiri di belakang Rayyan sekilas memluk lelaki itu.

"Kenapa ni ?"tanya Rayyan.

"Tak ada apa."balas Raisha.

"Baju saya basah lah jangan lah peluk awak baru je mandi."ujar Rayyan lembut.

"Biarlah."balas Raisha sebelum Rayyan memusingkan badannya menghadap Raisha. Senyum dihadiahkan kepada Rayyan.

Tangan Rayyan yang dipenuhi sabun di angkat lalu menyentuh pipi Raisha."Ish, Ayyan."cebik Raisha. Senyuman dihadiahkan pula kepada Raisha. Mereka meleraikan pelukan.

"Oooo seronok dia kenakan kita ye...haaa ambik nii."ujar Raisha teruja sambil menyembur air ke arah Rayyan.

"Oiiii basah leerr."jerit Rayyan.

"Hahhahahahahah."Raisha gelak kemenangan.

"Apa tu bising-bising ?"tanya Puan Wahidah.

"Entah lah."balas Tuan Sharif sebelum keluar rumah.

"Apa korang buat tu."jerit Tuan Sharif di hadapan pintu. Akibat terkejut dengan jeritan Tuan Sharif mereka berhenti bermain sabun dan air lalu berdiri tegak dihadapan Tuan Sharif.

"Dah kenapa berdiri macam nak kawad kaki ni ?"tanya Tuan Sharif.

"T-t-tada apa."balas Raisha gagap .

"Dah pergi mandi nuh."arah Tuan Sharif, mereka berlari anak menuju ke tingkat atas.

Mereka turun ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sofa.

"Kamu bila nak balik rumah ?"tanya Puan Wahidah.

"Umi halau anak umi ke ?"tanya Raisha.

"Tak, umi nak bagi lah ruang untuk korang...umi nak cucu."balas Puan Wahidah. Mendengar kata-kata itu terbuntang luas mata Raisha, Rayyan yang duduk di tepi Raisha tersedak air yang baru sahaja ingin meminumnya.

"Ish, awak ni tersedak Rayyan tu."ujar Tuan Sharif disebelah Puan Wahidah.

"Petang ni umi."balas Rayyan sambil mengelap mulutnya.

"Dah kemas ke ?"tanya Puan Wahidah lagi.

"Dah."balas Rayyan sepatah.

"Bila nak pergi ?"tanya Puan Wahidah.

"Nak pergi lah ni ."balas Raisha.

"Byee."selamba balas Puan Wahidah sambil tangan melambai kearah Raisha.

"Serius mi."

"Alah guaru jerr."sengih Puan Wahidah.

"Bila nak balik rumah kamu ?"tanya Puan Wahidah ni dah masuk kali ke tiga.

"Ya Allah, petang lepas makan petang."balas Raisha sambil menampar dahinya.

Akibat menahan suka akhirnya ketawa Puan Wahidah pecah memenuhi ruang tamu. Raisha melihat Uminya dengan pelik.

'Macam-macam perangai umi aku ni.'gumam Raisha dalam hati.

"Jom makan."ajak Rabbiyah yang baru muncul dari dapur.

Mereka akur lalu menuju kearah dapur dan menjamu dengan berselera.

Beberapa jam kemudian.

"Sha balik dulu dada."pinta Raisha sebelum menyalam tangan Puan Wahidah dan Tuan Sharif diturut Rayyan. Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta.

"Balik dulu."jerit Rayyan dari tingkap kereta. Hon ditekan dua kali. Tuan Sharif dan Puan Wahidah membalas lambaian itu. Kereta itu laju meluncur ke jalan raya.

Sesampai di rumah Raisha menaiki satu persatu tangga di dalam rumah.

"Besar jugak rumah Sweetheart."teruja Rayyan yang baru dipukau oleh kecantikan dan keluasan rumah Raisha.

"Kenapa lari ?"tanya Rayyan apabila melihat Raisha lari menuju ke ruang biliknya.

"Sakit perut."balas Raisha sebelum menutup pintu bilik itu.

Rayyan berjalan menuju ke dalam bilik bersebelahan bilik tidur mereka. Pintu itu dikuaknya.

"Bilik apa ni ?"soalnya yang baru melihat satu sudut yang mempunyai meja kerja dan rak buku.

Dia masuk kedalam bilik itu menilik setia sudut bilik itu.

Beberapa minit Raisha masuk ke dalam bilik itu. Rayyan yang leka itu dipeluk dari belakang. Rayyan memusingkan badannya menghadap Raisha.

"Bilik kerja ye ?" Raisha mengangguk kepalanya tanda balasannya.

Dia membalas pelukkan itu dan mengosok belakang Raisha.

"Jum, main catur."ajak Rayyan mereka meleraikan pelukannya.

"Okey."balas Raisha menerima cadangan Rayyan.

Ruang itu dipenuhi gelak tawa mereka berdua. Setelah selesai pertarungan pertama, kemenangan jatuh kepada Raisha dan sekarang pertarungan kedua.

Mata Rayyan membulat tajam memandang buah catur dihadapannya. Raisha, gadis bertubuh kecil kelihatan comel apabila tersenyum melihat Rayyan memegang salah satu catur putihnya.

'Makan...makan...makan.'bentak hati Raisha.

Rayyan memegang buah catur putih dan meletakkan di tepi menandakan caturnya memakan buah catur lawan milik Raisha.

"BAGUS!."laung Raisha.

Rayyan terkejut.

Raisha semakin tersenyum. Pantas, Raisha menggerakkan salah satu caturnya dan menangkap permainan.

"Checkmate!"laung Raisha lagi.

"Alamak !"Rayyan menepuk dahinya.

"Ada lawan kah." ujar Raisha sinis.

"Abang saja je tak nak tujuk hebat."ujar Rayyan untuk menutup kekalahannya.

"Alah, nak tutup malu lah tu."balas Raisha apabila melihat telinga Rayyan kemerahan.

"M-mana ada."balas Rayyan gagap.

"Tu telinga tu."sambil menunjuk telinga Rayyan yang kemerahan.

"Ni panas lah."

"Panas apa dah buka aircond dah tu."selamba balas Raisha. Rayyan menunduk kepalanya.

"Alah sian dia...sini meh."ujar Raisha sambil mendepakan tangannya. Rayyan mendekati dan memeluk tubuh Raisha."Sian dia malu ye."usik Raisha sambil mengusap lembut belakang suaminya.

Lama mereka dalam posisi itu sehingga tidak sedar yang hari sudah bertukar malam.

"Assalamualaikum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah."dia meraup wajahnya dan memusingkan badannya menghadap Raisha.

Tangan Rayyan di tarik lembut sekilas mencium tangan itu. Manakala, Rayyan menarik kepala Raisha dan satu kucupan singgah di dahi Raisha.

"Jom hafal Al-Quran."ajak Rayyan. Raisha mengangguk kepalanya.

Ayat dilantunkan oleh Raisha dengan merdu. Dan tanpa dia sedar dia tertinggal satu ayat.

"Lupa satu ayat, ciuman melayang."pesan Rayyan.

Dia tidak tahu kalu isterinya lebih bijak darinya."Kalau bacaan saya lancar...awak tak boleh sentuh saya tiga hari."balas Raisha tenang. Dengan wajah resah dia mendengar hafalan Raisha. Dia juga tidak boleh berharap Raisha tidak menghafal Al-Quran takut dosa. Sedangkan Raisha sangat menikmati hafalannya sekilas memandang wajah gelisah si suami.

Akibat kesian kepada Rayyan , Raisha berpura-pura lupa ayat terakhirnya membuatkan Rayyan tertawa penuh kemenangan.

Selesai menghafal Al-Quran. Mereka membaringkan tubuh diatas katil yang empuk.

"Peluk... kite sejuk."adu Raisha.

"Selimutkan ada...abang ngantuk lah"balas Rayyan lembut.

Dia kembali menutup mata. Selang dua minit dia dengar bunyi esakan.

Terus Rayyan pusing memandang isterinya. "Kenapa sweetheart nangis ni ?"tanya Rayyan lembut.

Macam-macam ragam pula dah isterinya.

"Abang abaikan sweetheart, abang tak sayang Sweetheart ."ujar Raisha perlahan dengan esakan kecil.

"Mana ada abang sayang Sweetheart sorang je."kalut Rayyan merapatkan tubuhnya dengan Raisha. Pinggang isterinya dipeluk erat.

"Habis tu family awak nak letak kat mana...haaa report dekat ibuu."usik Raisha.

"Tu cite lain."balas Rayyan agak resah.

"Dah tidur awak tu kerja esok." Mata Rayyan dikatup rapat sama juga Raisha.

•••

Fajar yang keluar mencerahkan hari yang ceria. Raisha menyiapkan dirinya untuk menjalankan tugas sebagai seorang hakim. Rayyan yang masih tidur didekati sekilas satu kucupan singgah di dahi Rayyan.

Kereta dihidupkan lalu meluncur ke jalan raya. Sesampai di Mahkamah dia bergegas masuk ke dalam officenya.

"Raisha Adilah."panggil seseorang.

"Aa bende kau ni."kerut Raisha.

"Nah kau punya kes."hulur Nasuha. Raisha menyambut fail ditangan Nasuha.

Berjam-jam lamanya dia melihat kes itu sudah membuatkan kepalanya pening. Maklumlah dah lama tak baca maklumat tentang kes gaduh gempar.

"PENING!!."jerit Raisha.

"Pergi lah balik dulu."balas Nasuha yang baru muncul disebalik pintu.

"Boleh ke?"tanya Raisha.

"Dah pukul 5.50 masa kerja kau dah habis."balas Nasuha.

Raisha bangun, kepala yang pening dipegangnya. Nasuha memandang pelik.

"Nak aku hantar ?"tanya Nasuha.

"Eh, tak apa lah aku balik sendiri."balas Raisha. Raisha keluar dari Mahkamah dan berjalan menuju ke arah keretanya lalu masuk kedalam perut kereta. Laju kereta itu meluncur

Sesampai sahaja di lampu isyarat. Baru sahaja lampu merah dan kini bertukar menjadi lampu hijau.

Kereta yang dipandu Raisha bergerak dan...

DUM!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience