Di pagi hari yang cerah matahari menerangi seluruh bumi. Gelak tawa manusia boleh didengari dibawah tanah. Pantai yang cantik membuatkan dua gadis itu ceria.
"Kau nak ABC."tawar Raisha apabila melihat gerai Ais Kacang.
"Nak."teruja Nasuha sambil menepuk tangannya beberapa kali.
"Kau tunggu sini aku pergi beli...kejap tau."ujar Raisha meninggalkan Nasuha bersendirian disitu.
"Pak cik nak Ais Kacang dua."balas Raisha kepada si penjual. Beberapa minit Ais Kacang nya selesai dibuat , Raisha berjalan gembira menuju ke arah Nasuha.
"Nah."hulur Raisha tak lepas senyum nya dibibir.
"Thanks."huluran itu diterima Nasuha. Mereka berjalan dan duduk diatas pasir.
"Hai sedari."ujar Shah dan Rayyan serentak sambil melabuhkan punggung Rayyan ditepi Raisha manakala Shah ditepi Nasuha.
"Korang nak apa memang selalu kacau orang ke macam mana ?"tanya Nasuha geram. Manakala Raisha disitu menahan malu. Biasalah perempuan kalau dengan lelaki yang baru kenal memang malu lagi-lagi teringat masa Rayyan mengusiknya. Rayyan melihat Raisha dan menahan ketawanya apabila melihat pipi Raisha merona merah.
"Suka hati kita orang lah."balas Shah. Shah melihat Rayyan dari belakang Nasuha.
"Amboi kau dah tunang pun nak menyakat awek lagi deh."ujar Shah.
"Habis tu si Raisha ni bukan milik orang ke dia pun dah tunang okey."balas Nasuha sedikit menjerit.
"Siapa tunang kau Raisha ?"tanya Shah.
"Tak tahu..."balas Raisha perlahan.
"Aik pelik takkan tak tahu ?"tanya Shah lagi.
"Mak dia call cakap yang mak dia dah terima pinangan kawan mak dia."balas Nasuha.
"Oooo....sama dengan kau punya kes lah Rayyan."ujar Shah.
"Hang pun tak tau ke tunang hang ?"tanya Nasuha pelik. Rayyan hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat Raisha di sebelahnya.
"Ke pasangan tu korang dua ye lah Ayah Raisha kawan dengan Ayah Rayyan."ujar Nasuha dengan senyuman nakal. Raisha melihatnya pelik.
"Kau jangan-:"tak habis Raisha bersuara Nasuha menarik lengan baju Shah dan berlari di tepi pantai.
Dia main lari-lari pulak.
Tinggallah mereka berdua , Raisha bangun dari duduknya dikuti Rayyan.
"Kau nak pergi mana?"tanya Rayyan melihat Raisha yang menggaru lehernya.
"Kita duduk situlah teduh sikit." sambil menunjuk pondok yang berdekatan itu.
"Jom"
Mereka berjalan bersama-sama sehingga sampai ke pondok itu. Mereka duduk di pondok itu.
"A-Aku."ujar Rayyan perlahan.
"Awak okey ?"tanya Raisha.
"Aku dah lama sukakan kau."ujar Rayyan sambil menutup matanya. Raisha disebelahnya melihat Rayyan pelik.
"Tapi saya dah tunang."ujarnya.
"Aku tahu tapi-:"
"Tak apa saya faham...tapi boleh kita kawan je ?"tanya Raisha
"Boleh."Rayyan mengangguk laju kepalanya walaupun hatinya seperti ingin retak.
"Asalkan kita boleh jumpa."balas Rayyan sambil memandang ke bawah.
"Macam mana nak jumpa awakkan penyelamat Malaysia."ujar Raisha menunduk pandangannya.
"Kalau aku free aku bawak lah kau jalan-jalan ke boleh ?" Raisha hanya mengangguk kepalanya. Rayyan membalasnya dengan senyuman.
"Boleh kau bagi satu kata-kata untuk takdir."
"Boleh"balas Raisha sambil menghayun kakinya.
"Jauh ataupun dekat, lama atau singkat , jika tadir mu dan tadir ku terikat, suatu waktu pasti kita akan duduk di akad."ujarnya dengan senyuman. Rayyan kaku dengan kata-kata Raisha.
"Rayyan."ujar Raisha sambil melambai tangan kepada Rayyan , Rayyan ketika itu seperti baru sedar dari mimpinya.
"Okey ?"tanya Raisha. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba gelak tawa kanak-kanak kedengaran.
"Akak nak gambo."ujar gadis kecil itu.
Rayyan cepat-cepat menghalang mereka.
"Kejap."memberi amaran kepada kanak-kanak itu.
"Alah abang tahu lah dia girlfriend abang tapi kami nak bergambo je."cebik gadis kurang berusia 13 atau 14 tahun itu.
"Tahu ada satu syarat boleh ikut ?"ujar Rayyan.
"BOLEH!!!"serentak mereka menjawab.
"Jangan takutkan dia nanti dia pensan abang jugak susah..so slow slow okey."
"OKEY."
Rayyan memberi kanak-kanak itu menemui Raisha. Manakala Raisha duduk mencapai paras gadis-gadis itu. Mereka mengambil gambar, mengambil autograf dan bercerita. Rayyan disitu dipalau tetapi dia suka melihat Raisha melayan gadis-gadis itu dengan baik boleh buat dia jatuh cinta sekali lagi.
'Kenapa lah kau ni selalu buat hari aku indah macam lain pulak rasa dengan hari yang lain."gumam Rayyan dalam hati.
Raisha mendongak dari tepi Rayyan yang sedang melihat pantai.
"Dah nanti kita borak lagi ye nanti mak korang cari akak pulak yang kena."ujar Raisha lembut.
"Baik akak kita orang pergi dulu."sambil melambai tangan ke arah Raisha.
"Aduh."adu nya sambil memegang pinggang yang lenguh dia duduk di sebelah Rayyan.
"Kau ni cantik lah."usik Rayyan sambil menahan tawanya.
"Rayyan !!"sedikit menjerit.
"Ya."balas Rayyan dengan suara yang lembut.
"Dah lah tu awak banyak kali dah usik saya macam tu."sambil menekup kedua belah pipinya.
"Comellah tak yah lah tutup... aku suka tengok pipi kau merah macam tu."usiknya lagi.
"Ish Rayyan."cebik Raisha.
Tak semena-mena dia melepaskan tawanya. Manakala tawanya membuat Raisha lebih malu dengan Rayyan.
"Okey sorry sorry."sambil meredakan ketawanya. Raisha menjeling tajam ke arah Rayyan.
"Woi jangan jeling macam tu lah." bulu roma Rayyan naik melihat mata tajam Raisha , dia menelan air liur. Raisha disitu menahan tawa melihat reaksi lelaki itu akhirnya tawanya dilepaskan.
"Hahaha lawak lah muka awak haa...tahu takut."dia ketawa tak henti-henti sambil air matanya mengalir keluar sedikit demi sedikit.
"Sikit-sikit dah lah."cebik Rayyan tangan disilangkan pada dada bidangnya.
"Hihi sorry."
NASUHA's
"Kenapa kau lari ?"tanya Shah dengan lelah.
"Aku...nak ...Raisha dengan....Rayyan ... berborak."balas Nasuha tersekat-sekat kerana lelahnya belum hilang selepas berlari jauh.
"Okey...jadi kita macam mana ?"tanya Shah sambil menerbitkan senyuman usikan.
"Ish jangan nak ngada-ngada."balas Nasuha sebelum meneruskan perjalanannya ke arah pondok kecil yang berdekatan diikuti Shah dibelakangnya.
"Awak kenapa awak selalu je marah saya ?"tanya Shah dengan manjanya.
"Se-:"
"Sebab dia marah tanda sayang kan."celah Ainul tiba-tiba dia berada disitu.
"Betul ke?"sebelah keningnya diangkat.
"Ya."membulat mata Nasuha dia terlepas cakap pulak.
'Mampus aku.'gumamnya dalam hati sambil berjalan menuju kearah Raisha diikuti Ainul.
"I LOVE YOU NASUHA!!"jerit Shah Nasuha disitu menahan malunya apabila orang disekeliling memandang kearah mereka. Dia laju berlari mendapatkan Raisha dari Rayyan dia menarik tangan Raisha.
"Aku nak ikut."jerit Ainul perlahan.
"Cepatlah."Nasuha menarik tangan Ainul lalu menuju ke homestay tempat tinggalnya.
Lelah mendalami dalam diri mereka.
"Penat woi."balas Raisha, dia menarik nafas yang panjang lalu menghembusnya. Nasuha membuka pintu rumah lalu dia berlari anak mendapatkan air.
"Nah."menghulur air milo kotak kepada Raisha dan Ainul yang duduk disofa.
"Kau kenapa nak ikut kita orang ?"tanya Nasuha.
"Aku nak minta maaf."balas Ainul sebelum menyedut air kotak itu.
"Okey aku maafkan."sambil mendepakan tangannya, Ainul menyambut pelukan Nasuha , Raisha disitu melihat mereka.
"Aku nak tinggal mana ?"tanya Raisha apabila melihat dua gadis itu berpelukan.
"Dengan Rayyan."usik Nasuha.
'Ish dia ni memang tak lama dengan aku.'gumamnya dalam hati.
Raisha membalas dengan jelingan.
"Olo oloh anak sape ni comel ni ha anak sapa ni."ujar Ainul mendekati Raisha lalu dicubit geram pipi Raisha. Nasuha pula mendekatinya lalu memeluk Raisha.Selepas pipinya dicubit ia mengusap lembut pipi yang sakit itu.
"Sakit ke? sorry."ujar Ainul sebelum memeluk Raisha.
"Tak sakit pun."
RAYYAN's
"Amboi kau main jerit-jerit pulak."sambil mengosok bahu Shah.
"Malu lah aku."sebelum menutup kedua belah tangannya. Rayyan ditepi melihatnya dengan riak wajah menjengkelkan.
"Halo."sapa Damia.
"Hai."ujar Rayyan.
"Tengok ni.."sambil menunjuk tangan yang tersarungnya cincin.
"Bila kau kahwin ?"tanya Rayyan hairan.
"Ni cincin tunang lah."
"Kau tunang nga sape ?"tanya Shah teruja.
"Dengan CEO Syarikat terbesar di Malaysia." ujar Damia dengan bangganya.
"Sape ?"
"Kau tak kenal ke Ray ?"tanya Shah tak percaya. Rayyan menggeleng kepalanya.
"Si Adam Malik tu."
"Ooo yang main bola lepas tu kaki dia terseliuh hari tu ke ?"tanya Rayyan.
"Ha yang tu lah."balas Shah.
"Ooo ....lepas ni kau tak boleh lah panggil aku abang."ujar Rayyan.
"Errmmm...nak panggil apa eh.. brother? ke bro? ke berok ?"selambe balas Damia.
"Kurang hajar kau eh."geram Rayyan. Damia berjalan kearah pantai menghiraukan kata-kata Rayyan.
Mereka berjalan menuju pulang ke rumah Naif.
"Weh kita balik bila ?"tanya Rayyan apabila melihat Muiz yang resah gelisah.
"4 hari lagi kita balik lah."balas Muiz , Rayyan memandang Muiz kehulu kehilir .
"Kau asal ?"tanya Shah.
"Bini aku dekat mana ?"tanya Muiz risau.
"Nuh dia pergi homestay Nur Sufia."balas Shah melabuhkan punggung di kerusi rotan yang berada di luar rumah itu.
"Dia buat apa dekat situ ?"tanya Muiz.
"Kan ada sepupu dia."balas Shah , Rayyan disitu duduk bersila mendengar perbualan dua sahabatnya itu.
"Tahu dia buat apa ? kenapa dia tak bagi tahu aku yang dia nak keluar ?"tanya Muiz ,bertubi-tubi soalan yang dilantunkan.
"Banyak kau punya soalan...kau dah telefon ke dia ?"tanya Shah , Muka dia terasa bengang dengan Muiz apabila melihat Muiz menggelenkan kepalanya.
"Bodoh lah kau risau tapi tak call , adoii."menepuk dahinya. Telefon dikeluarkan lalu menekan nombor isterinya dengan cepat.
"Assalamualaikum."
"Walaikumusalam."
"Wahai anak dara kenapa tak bagi tahu nak keluar ?"
"Sorry lupa."
"Siap kau, Kau balik aku makan kau."
"Hahaha jangan buat lawak."
"Aku serius wahai isteri."
"Jangan laa."
"Tak de."
"A-Awak -:"
Tak sempat isterinya mahu bercakap si suami telah memutuskan panggilannya.
"Ha macam mana okey ?"tanya Shah
"Okey."dia masuk ke dalam rumah dengan senyuman lebar.
"Kenapa dengan mamat tu ?"tanya Shah apabila melihat Muiz tersenyum sendirian.
"Entah "
Share this novel