BAB 5

Romance Series 4209

RAISHA's
Sempat Raisha masuk kedalam office Nya. Dia meletakkan beg tangannya di tepi meja punggung di labuhkan di atas kerusi. Dia menarik nafas panjang penat mengejar masa yang berjalan.

Pintu di ketuk dari luar.
"Masuk."laung Raisha dari dalam pintu dibuka oleh Nurul iaitu pembantu dan rakannya ,datang menghampiri dengan fail yang dibimbingnya. Raisha membalas dengan senyuman.

"Ni kes yang Cik Raisha kena selesaikan."ujar Nurul meletakkan fail di atas mejanya.

"Thanks."balas Raisha sambil membuka komputer Nya.

"Kes ni akan berlangsung pada pukul 2.00 petang ini so cepat-cepat lah proses otak."pesan Nurul.

"Baik lah Cik."senyuman di tayangkan selepas kelibat Nurul hilang dari pintu office Nya.

Raisha membuat kerjanya dengan pantas dan membuka satu persatu helaian fail tersebut. Berkerut dahi Raisha membaca maklumat kes yang perlu dia hadapi pada petang ini.

PETANG
Jam ditangan ditilik menandakan sudah pukul 1.58 minit. Dia bergegas mengambil fail dan memakai baju Hakim yang sudah tergantung di tiang penyakut baju. Dia keluar dan diikuti pembantunya Nurul dan Jurubahasa iaitu Amirul dan Ariz. Ariz dan Amirul masuk ke dalam bilik Mahkamah terlebih dahulu sebelum Riasha. Di dalam bilik Mahkamah terlihat ramai orang awam  duduk di tempat belakang diawasi polis. Semua berdiri dan tunduk hormat setelah melihat Raisha berada di kerusi khas untuk Hakim .

Raisha memberi isyarat tangan diminta semua duduk. Raisha melabuhkan punggung di kerusi lalu pembicaraan mereka pun bermula.

"Assalamualaikum, kepada semua yang berada di sini selamat petang...Yang Arif boleh kita mulakan ?"tanya Amirul. Raisha hanya membalas menganggukkann kepalanya.

"Baik saya akan mula kan."meminta izin dari Peguam Ambia.

"Baik dipersilakan."balas Raisha.

"Baik disini Muhammad Amir telah dituduh sebagai seorang pembunuh dia telah membunuh isterinya kerana curang...dan-:"tidak sempat Peguam Ambia menghabiskan ayatnya telah ada yang menyampuk pembicaraannya iaitu Peguam Alif.

"Tapi Yang Arif saya ada saksi."jampuk Peguam Alif.

"Baik bawa dia masuk."ujar Raisha.

Saksi seorang wanita tua mula melangkah masuk ke dalam bilik Mahkamah tersebut. Dia duduk di ruang saksi.

"Dia adalah pembantu kepada dua pasang suami isteri ini saksi sila terangkan."terang Peguam Alif.

Saksi mula membuka mulut.
"B-baik...Saya Nur Shamsiah pembantu rumah Encik Amir dengan Puan Diana.
Saya sepatutnya habis kerja pukul 4.00 petang tapi masa saya nak pulang memang mereka dah mula bergaduh saya ingatkan benda ini takkan terjadi di-di depan mata saya sendiri Puan mati...Puan baik sangat dengan saya."ujar saksi Shamsiah sambil teresak-esak

"S-saya dah balik ta-tapi saya datang balik se-sebab ter-tertinggal telefon saya masuk d-dari pintu belakang sebab dah terbiasa...saya tak se-sengaja mengintip pergaduhan antara suami isteri Encik Amir mengambil gunting dan menusuk ke arah perut P-puan di-dia memasang seterika lalu menekan disetiap tubuh Puan s-saya n-nak tolong ta-tapi saya takut sa-saya wanita yang le-lemah saya mengambil keputusan berlari keluar lalu menelefon polis dengan segera itu je saya boleh katakan."panjang lebar terang Makcik Shamsiah.

"Baik Shamsiah tindakan anda sangat cepat arwah Puan Diana sempat bernafas lagi ketika di hantar ke hospital...dia ada pesan kepada doktor agar memesan kepada orang yang menelefon polis dia nak ucapkan ribuan terima kasih dengan hati yang ikhlas saya harap awak sihat sejahtera dan terima kasih atas terangan anda."balas Raisha.

"Tapi saya rasa serba salah."ujar Mak cik Shamsiah.

"Jangan rasa diri itu salah sebab bukan salah Cik , arwah mesti suka kalau Cik bantu kami menyelesaikan kes pembunuhan arwah."balas Raisha.

"Perbuatan yang diterangkan adalah tepat sekali saya telah memeriksa CCTV  dikawasan tersebut benar saksi telah pulang pada 4.00 petang dan kembali pada pukul 4.48 petang jika Yang Arif mahukan bukti saya ada rakaman CCTV."ujar Peguam Alif.

Televisyen disisi dihidupkan satu video rakaman CCTV dipertontonkan oleh semua yang berada di situ. Selesai menonton Raisha dengan yakin kes ini bukan begitu susah baginya tapi dia melihat penampakan yang pelik.

"Yang Arif."ujar Peguam Ambia.

"Sekejap saya mahu bertanya kepada saksi."balas Raisha , Peguam Ambia mengangguk kepala lalu duduk semula.

"Boleh saya tanya adakah Cik nampak muka lelaki itu ?"tanya Raisha.

"Tak tapi saya yakin itu Encik Amir sebab dia balik sebelum saya hendak pulang ke rumah antara penyamaran atau benar itu Encik Amir."balas Mak Cik Shamsiah.

"Yang Arif saya rasa itu bukan tindakan Encik Amir melainkan orang lain yang sudah bermusuh di antara mereka suami isteri."balas Peguam Ambia dia perlu berbicara bagi menyelamatkan Encik Amir.

"Maksud kamu ?"keliru Raisha mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Peguam Ambia.

"Maksud saya  sebelum mereka berkahwin  ada seorang lelaki sudah tergila-gilakan arwah dan mungkin dia bertindak sebegitu supaya tiada sesiapa pun yang mendapatkan arwah melainkan dia."panjang lebar Peguam Ambia bertutur kata.

"Maksud kamu psycho."

"Ya psycho"

"Baik sekarang Peguam Alif boleh menyoal Encik Amir."arahan dari jurubahasa Amirul dijalankan.

"Baik."balas Peguam Alif sambil berjalan kearah Amir.

"Peguam Ambia kata mungkin orang lain yang melakukan pembunuhan ini tapi kenapa kereta kamu yang berada di situ ?"tanya Peguam Alif.

"Ya itu memang kereta saya tapi tolonglah percaya itu bukan saya...Dan memang saya perlu pulang pada masa itu tapi masa saya nak masuk kereta tiba-tiba ada orang rompak saya ...dia pukul belakang saya dan saya pula tak sedarkan diri ,saya bangun dari pensan selepas seorang lelaki tua mengejut saya."balas Encik Amir.

"Kalu Encik tak percaya ni...ni buktinya."menunjuk kesan yang dipukul kelihatan sangat lebam.

"Kalau macam itu kamu ada nampak muka dia macam mana ?"tanya Peguam Alif.

"Ada dan saya tak akan lepaskan dia!! ...kalau betullah dia saya takkan lepaskan dia hidup senang lenang diluar sana."muka Amir berkerut geram melepaskan amarahnya.

"Baik hal itu biar kami uruskan Encik jangan pernah mengambil mana-mana tindakan."amaran telah diberi oleh Amir supaya dia tidak masuk penjara bagi kali kedua.

"Saya harap pihak berkuasa cepat menangkap dia."ujar Encik Amir sayu kehilangan isteri tercinta terngiang-ngiang suara gelak tawa isterinya kedengaran di telinga.

"Siapa dia ?"tanya Peguam Alif.

"Dia bekas kekasih isteri saya...saya kahwin dengan dia untuk lindungi dia dari mamat tak betul tu... dia pernah pukul isteri saya dia buat macam-macam , tapi saya gagal jaga dia."Amir menunduk kepalanya kebawah.

"Dia ialah Muhammad Aziman ."balas Amir

"Baik pihak berkuasa akan cari dia sampai jumpa tapi Encik perlu ditahan untuk beberapa waktu."ujar Peguam Alif menenangkan Amir. Amir hanya mengangguk kepalanya.

"Baik kes ini akan ditanggungkan pada hari berikutnya kita akan sambung lagi perbicaraan ini setelah pihak polis menahan Aziman."balas Raisha. Dia berdiri dan berlalu pergi. Semua berdiri dan tunduk hormat ketika Raisha ingin keluar dari bilik Mahkamah.

Pintu bilik officenya dikuak dari luar dia melabuhkan punggung di kerusi. Dia termenung sangat lama dia termenung tangan tidak berhenti memicit pen.

"Jauh termenung."ujar Nasuha.

"Tak adalah."balas Raisha membetulkan posisi yang betul.

"Kau fikir kes tadi ke ?" tanya Nasuha.
Raisha mengangguk kepalanya.

"Ya pun kau fikir kes tadi aku nak pesanlah jaga kesihatan dan jangan terlalu stress okey."pesan Nasuha , dah berapa kali Raisha masuk wad kerana tak cukup rehat.

"Baik adik manis."sambil menekan laju keyboard didepannya.

"Assalamualaikum judge sekalian."ujar Ainul.

"Walaikumusalam."balas Raisha dan Nasuha serentak.

"Bukan kau honeymoon ke ?"tanya Nasuha.

"Haah tapi Muiz kena masuk awal kerja so aku lawatlah korang."balas Ainul

"Ooo"

"Weh kita nak pergi cuti kat mana ? esok dah bulan dua."tanya Ainul.

"Kelantan."teruja Raisha membalas.

"Emm okey jugak."balas Nasuha.

"So setuju lah kan pergi Kelantan."ujar Ainul.

"Yep."balas Raisha mata tetap tertumpu pada skrin komputer Nya.

Mereka berborak sudah lama tak berjumpa satu sama lain. Kisah lama diukit semula gelak tawa mereka dipenuhi satu bilik office Raisha.

"Ni aku balik dulu lah ya babai."melambai tangan kepada Raisha dan Nasuha.

"Aku ada kes aku gerak dulu lah ."ujar Nasuha. Raisha hanya mengangguk kepalanya.

Biliknya mula sepi hanya berbunyi keyboard yang ditekannya.

RAYYAN's
DI KEM PANGKALAN TENTERA UDARA, KUANTAN.

"Tuan!" 4 orang Laskar Udara Kanan yang sedang duduk di meja segera bangun berdiri untuk memberi hormat kepada orang atasan mereka.

Rayyan hanya menganggukkan kepalanya apabila ditegur oleh laskar-laskar udara kanan itu. Sebelum dia kembali mengatur langkahnya menuju kearah Shah dan Naif yang sedang berborak ditepi laluan.

"Assalamualaikum."tegur Rayyan.

"Walaikumusalam Tuan!"balas Shah dan Naif serentak sambil mengangkat tabik.

Rayyan sekali lagi menganggukkan kepalanya.

"Dah lah kita santai je."ujar Rayyan.

"Baik abe sado."sinis Naif.

Mereka bertiga berjalan menuju kearah pejabat untuk melapor diri.

"Noh bakpo ni banyok nyo bidadari ?"tanya Naif.

"Ni mesti nak mintak doktor angkatan tentera udara ni."balas Shah.

"Ooo"

Semua para gadis tertuju pada mereka bertiga. Ada yang tersenyum macam kerang busuk ada yang acah-acah hot atau gedik. Macam-macam gaya ditunjuk mereka salah seorang gadis itu mendekati mereka bertiga.

"Hai...awak dah ada girlfriend ?"tanya wanita itu kepada Rayyan dengan suara manja.

"Dah"sepatah kata dari Rayyan. Dia berlalu pergi masuk ke dalam pejabat untuk siapkan laporannya.

"Kau rasa siapa girlfriend Rayyan ?"tanya Shah.

"Sapo lagi kalu bukan Raisha."balas Naif sambil berjalan diikuti Shah.

"Serius lah diorang ada something?"tanya Shah lagi.

"Manolah ambo tahu."balas Naif.

Naif dan Shah masuk kedalam pejabat untuk siapkan laporan mereka. Mereka duduk di tempat kerja.

Shah memberi amaran mata kepada Naif. Mata Shah menjuling memandang Naif dan Rayyan .

"Weh sapo girlfriend mung ?"tanya Naif. Shah didepan mengangkat tangan dan mengeluarkan ibu jarinya.

"Emrr entah."balas Rayyan.

"Risau aku , tadi kau kata dah ada girlfriend."sambil menekan keyboard.

"Aku saja je malas layan perempuan macam tu."balas Rayyan.

"Ooo"

"Perempuan jenis mana yang kau nak ?"tanya Shah.

"Yang bertudung,pandai masak , baik ,bijak kalau cantik alhamdulillah."balas Rayyan.

"Kalu tak cantik ?"soal Shah.

"Aku terima dia dengan hati yang tulus buat apa nak tolak."balas Rayyan.

"Emrr okey." ujar Shah sebelum melepaskan ketawanya.

Mereka menyiapkan laporan diri sambil berbual .

DI LUAR PEJABAT.
"Weh hensem laki yang kau tegur tadi."ujar salah satu gadis disitu.

"Btw nama aku melisa boleh panggil lisa."Dia memperkenalkan dirinya kepada Rose gadis yang menegur Rayyyan dan Amanda kawan rapat rose .

"Nama saya Amanda."menghulur tangan untuk bersalam.

"Aku Rose."Dia pula menghulur tangan untuk bersalam.

"Kenapa muka kau macam takut je?"tanya Amanda melihat muka melisa seperti takut dan gelisah.

"Aku cuma gementar je."balas Melisa.

"Eh kau tengok berita semalam." ujar Amanda dah mula dah gosipnya.

"Kenapa ?"tanya Rose.

"Yang Mahkamah itu, cantik Hakim perempuan tu comel aku tengok... tapi bila dia marah habis dia sapu."balas Amanda.

"Ooo yang kes bunuh isteri tu ke ?"tanya Rose.

"Haah."

"Kalau boleh aku nak jumpa dia lah cantik wehh."teruja Melisa dengan kecantikan Hakim kita iaitu Raisha.

Kesemua gadis itu dipanggil untuk membuat latihan percubaan supaya dapat bekerja disitu.

RAISHA's
DI RUMAH AGAMNYA.Dia menghentikan keretanya di depan muka pintu rumah itu. Dedaun pintu ditolaknya perlahan. Telefon didalam beg tangannya dicapai. Dia mendail nombor telefon Nasuha.

"Assalamualaikum."salam diberi Raisha.

"Walaikumusalam."balas Nasuha.

"Kau dekat mana ?"tanya Raisha sambil menuju ke arah tangga untuk naik ke atas.

"Weh aku balik lewat kau kunci lah rumah tu aku ada kunci spare."balas Nasuha.

"Okey"pintu bilik dikuaknya dari luar

"Off call macam tu je."dia membuka tudung dan perhiasannya ditangannya lalu bergegas masuk kedalam bilik mandi.

Pintu bilik mandi dibuka dia mencapai baju didalam almari lalu disarung ketubuh geniknya.

TING!!

TING!!

Telefon dicapainya lalu membuka aplikasi WhatsApp.

SEPUPU BIJAK????

AINUL ;
Weh!!!

RAISHA;
Agama apa ni tak bagi salam.

AINUL;
Hihihi sorry ni aku nak cakap aku tak jadi nak pergi bercuti dengan korang aku pergi dengan suami aku..tapi kitaorang pergi Kelantan jugak dan aku tidur rumah kawan suami aku kita orang lawat mak kawan suami aku faham tak.

NASUHA;
Aku faham so kita pergi dua lah ni Sha.

RAISHA;
Ye lah....naik flight ke ?

NASUHA;
Tengok dululah.

RAISHA;
OKEY.

AINUL;
Okey byee my husband dah balik.

RAISHA;
Babai??

Dia menutup telefonya lalu diletakkan di atas meja soleknya. Dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu Televisyen dihidupkannya dia membaringkan tubuh diatas sofa. Beberapa minit dengkuran halus kedengaran di ruang tamu yang luas itu.

RAYYAN's
RUMAH TENTERA UDARA.
BLOG 5.
Dia melangkah satu persatu tangga sehingga ke biliknya pintu dibuka kaki kanan jadi pembuka langkah.

"Assalamualaikum."Dia duduk di sofa ruang tamu lalu menyandarkan tubuhnya.

"Kau ni asal aku tengok kau ni selalu je termenung."tegur Shah. Terhinjut bahu Rayyan mendengar suara Shah.

"Tak ada lah."balas Rayyan

"Cerita lah "sambil duduk di bawah lantai sambil bersila.

"Aku terfikir dekat sorang perempuan ni dia selalu datang dalam mimpi aku..adalah aku tanya nama dia tapi dia tak jawab."terang Rayyan.

"Woow kalau mimpi perempuan dalam mimpi tu maksudnya jodoh kau lah tu pastu apa jadi."balas Shah.

"Jadi apa kau ni aku baru nak bercerita."ujar Rayyan.

"Kau ni cepat lah aku nak dengar."

"Macam ni aku selalu mimpi dia...bentuk tubuh dia macam perempuan lepastu baju putih muka dia tak nampak sangat sebab ada kain yang menutup muka dia. Lepastu kau nak tahu dia kata apa , dia kata 'Jauh ataupun dekat, lama atau singkat , jika tadir mu dan tadir ku terikat, suatu waktu pasti kita akan duduk di akad'."terang Rayyan dia tersenyum melihat wajah Shah yang khusyuk itu.

"Pastu pastu." dengan muka yang serius.

"Pastu entah  dari mana datangnya kertas hempap atas muka aku , aku pun ambil kertas tu dari muka tup tup perempuan tadi hilang lepas tu kat kertas tu ada tulis kejap nak  ingatkan balik aku punya otak." sambil membuat riak wajah berfikir like this '??'

"Cepat lah sikit."

"Ha kat kertas tu dia tulis 'pasti akan ada seorang wanita mengucapkannya' macam perempuan tu akan cakap jauh ataupun dekat, lama atau singkat bla bla bla bla bla."terang Rayyan.

"Uish hebat kau punya mimpi tu tandanya senanglah kau nak cari jodoh kau."balas Shah membuat muka bangga.

Rayyan senang hati berlalu pergi meninggalkan Shah seorang diri di ruang tamu dia masuk bilik dan bergegas mandi.

"Kurang ajar tinggal aku sorang dekat sini."geram Shah

Shah juga masuk biliknya dan menunaikan solat maghrib.

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak, Rayyan terlelap di atas katilnya.

"Weh jo -:"kata-katanya terhenti apabila melihat Rayyan yang sedang tidur. Dia menutup balik pintu bilik itu.

MIMPI
Seorang gadis mendekatinya mukanya tidak kelihatan kerana ia memakai purdah gadis itu mengenakan pakaian serba putih.

"Awak"

menarik lengan baju Rayyan supaya Rayyan  mengikuti langkah gadis itu. Tiba disuatu tempat yang mempunyai anak air terjun dan hutan yang menghijau sudah dapat membuatkan dirinya tenang.

Mereka duduk di atas batu yang berada di tepi anak air terjun itu.

"Kenapa awak bawak saya dekat sini ?"tanya Rayyan mata gadis itu Rayyan dapat rasa yang dia sedang menayangkan senyum untuk Rayyan.

"Saja saya boleh rasa keletihan awak mesti penatkan jadi saya bawak lah awak ke sini biar tenang dulu nanti awak boleh sambung kerja."ujar gadis itu  sambil menghayun kakinya.

Rayyan tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis itu.

"Boleh saya tanya?"soal Rayyan memandang alam sekitar.

"Tanya lah"ujar gadis itu sambil memandang Rayyan di sebelahnya.

"Nama awak siapa ?"tanya Rayyan hairan.

"Awak baru jumpa saya beberapa minggu lalu...saya wanita yang pertama kali dapat cairkan hati awak...suatu hari nanti awak akan tahu nama saya... eh bukan akan tahu awak dah tahu nama saya cuma cuba awak proses lagi awak punya minda ingat gadis yang beberapa minggu lalu."balas gadis itu panjang lebar.

"Kenapa awak nampak macam nak hilang ?"tanya Rayyan risau badan gadis itu semakin pudar kelihatan.

"Maksudnya tuan punya badan dah nak bangun dari tidur."balas gadis itu dan ia menghilang.

Rayyan perlahan-lahan membuka matanya. Dia menggosok mukanya dengan lembut banyak pertanyaan yang berada dimindanya.

"Wanita ?"

Dia menilik jam di telefonnya sudah menandakan pukul 6.12 minit pagi dia bergegas mengambil wudhuk lalu menunaikan solat fardhu subuh.

Rayyan keluar dari biliknya dengan mengenakan baju latihan PASKAU.

"Hari ni kita ada latihan ke kapten ?"tanya Shah.

"Yalah tak nya aku nak pakai baju ni saja-saja wahai anak buah."selambe Rayyan membalasnya.
Shah hanya membalas dengan senyuman.

Pintu rumah itu dikuak secara mengejut.
"Woi cepatlah Kapten orang tunggu kau nak buat latihan ni."ujar Aqil lalu ditutup balik pintu rumah itu.

"Jom"ajak Shah.

"Jom."balas Rayyan.

Rayyan membuka pintu lalu menutupkannya semula. Mereka berjalan menuruni tangga semasa berjalan menuju ke tempat latihan.

"Weh kau ingat tak perempuan yang minggu lepas aku jumpa ?"tanya Rayyan.

"Perempuan Raisha ke ?"soal Shah.

"Aku lupa takkan lah perempuan dalam mimpi aku tu Raisha. ???"gumam Rayyan dalam hati. Kening bertaut banyak persoalan.

"Kau okey tak ?" tanya Shah.

"Okey je."balas Rayyan.

Setelah sampai ke tempat latihan disitu kelihatan Lelaki-lelaki yang bertubuh besar dan tegap agak terbentuklah tubuh badan mereka boleh membuatkan wanita cair meleleh. Latihan pun dimulakan. Rayyan disitu perhatikan pelatih-pelatih itu dilatih dengan latihan yang lasak memerlukan ujian kecerdasaan dan kecekapan demi memasuki Paskau.

"SAYA DISINI AKAN MELATIH KAMU SEMUA UNTUK LATIHAN ASAS KOMANDO PASKAU.!!"jerit jurulatih Faiz.

"LATIHAN PERTAMA KITA DIPANGGIL TEKNIK PERTEMPURAN!!! FAHAM SEMUA!!"jerit Jurulatih Faiz.

"FAHAM TUAN!!"balas pelatih-pelatih itu sehingga bergemar di telinga.

"TEKNIK  PERTAMA KITA AKAN BELAJAR PENANDA LASER ... LASER INI DIGGUNAKAN GLTD || (Ground Laser Target Designator II) UNTUK MENANDA MUSUH , BAGI TUGAS PENGEBOMAN DARIPADA UDARA BERPANDUKAN PANDUAN SASARAN LASER SEPERTI PAVEWAY II LGB (Laser-guided bomb)."terang Jurulatih Faiz.

"DAN SEMUA BOLEH TENGOK DISANA TERDAPAT BEBERAPA ORANG YANG HANDAL TEKNIK INI DISITU JUGA ADA KITA PUNYA KAPTEN DIA PANDAI MENGGUNAKAN TEKNIK PERTEMPURAN, TEKNIK PERISIKAN DAN KEPAKARAN ASAS , DAN DISITU KITA PERLU SEMANGAT UNTUK KALAHKAN MEREKA."sinis Jurulatih Faiz sambil menunjuk ke arah Rayyan, Shah , Aqil dan Naif.
Semua berpalaing kearah mereka. Rayyan pandang kearah lain sambil menggaru leher yang tidak terasa gatal

"Terasa pulak hati aku."perli Shah.

"Ni nak tanya kita punya latihan bila nak start?"tanya Aqil mengosok bahu Rayyan.

"Jom lah buat barisan."balas Rayyan.

"Ni latihan Squad kita je yang lain lantak dia...si Muiz dia tak datang biasalah baru lepas honeymoon kan."ujar Rayyan.

Tiga barisan dihadapan Rayyan mempunyai 15 orang dalam lima barisan.

"KITA AKAN MULAKAN DENGAN MELAKUKAN SENAMAN BADAN SEBELUM MELAKUKAN LATIHAN LASAK."jerit Rayyan. Renggan badan dilakukan dengan satu persatu.

"KITA AKAN MULAKAN JALAN LASAK SEJAUH 160 KILOMETER."Rayyan memusingkan badannya dan mulakan latihan dan diikuti Squadnya.

"BABAI SQUAD RAYYAN."jerit Jurulatih Faiz sambil melambai tangannya.

SQUAD yang diketuai Rayyan menjalani banyak lagi latihan ,selesai latihan jalan lasak 160 kilometer dan diikuti banyak lagi latihan.

RAISHA's
Kedengaran kaki melangkah ke bawah dengan laju menuruni tangga.

"Weh Raisha bangunlah dah lewat ni."jerkah Nasuha.

Raisha lekas bangun dari tidur, matanya membulat melihat jam dinding sudah menandakan pukul 6.35 minit pagi. Dia lari anak menuju ke arah bilik lalu bergegas mandi.

Dia mencapai kunci kereta kesayangannya iaitu Mercedes-Benz Maybach Exelero . Dia masuk kedalam kereta menghidupkan enjin kereta lalu laju kereta itu meluncur ke jalan raya.

2 Jam Kemudian dia sampai di mahkamah kereta diparkir di tempat khas. Dia bergegas masuk ke dalam pejabatnya.

Raisha menyandar kepalanya dikerusi kepalanya berdenyut-denyut. Pintu office Nya ditolak Nasuha, Nasuha masuk apabila melihat Raisha yang memegang kepalanya.

"Kau dah kenapa ?"tanya Nasuha , sambil berjalan menuju ke arah Raisha lalu kerusi di tariknya untuk melabuh punggung.

"Pening lah."balas Raisha malas tak malas pening nya semakin berdenyut.

"Kau ambiklah MC ."ujar Nasuha.

"Aku rasa bersalah lah aku kemarin baru masuk kerja."mukanya semakin  pucat.

"Muka kau pucat lah." tegur Nasuha melihat wajah Rahsia yang pucat itu.

"Tak pa aku kuat."balas Raisha.

"Ya lah." Nasuha menjeling mata ke atas.

"Kau dah kenapa ?"tanya Raisha melihat wajah Nasuha seakan ingin mengalirkan air mata tapi ditahannya

"Aku."

"AKU APA !!"jerkah Raisha sambil menayangkan senyumnya. Terhinjut bahu Nasuha.

"Tak ada orang tahu tentang hati aku , keadaan hati aku."ujar Nasuha sayu.

"Siapa kata kalau tak ada orang nak ambik tahu pasal hati kau tu tetapi sang pencipta lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kau tu."panjang lebar Raisha bertutur kata.

"Untung aku dapat sepupu macam kau."senyuman Raisha dibalasnya semula.

"Ni kau ada kes tau si Nurul tadi pesan dekat aku suruh sampaikan dekat kau."terang Nasuha.

"Ye lah."bibir Raisha semakin merah setelah minum air.

"Dah pergi nuh."

"Sekarang ke?"tanya Raisha hairan .

"Yelah takkan minggu depan."balas Nasuha.

Raisha bergegas keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik mahkamah baju hakim disarung ke tubuh genitnya.

Semua berdiri dan tunduk hormat setelah melihat Raisha berada di kerusi khas untuk Hakim .

Raisha memberi isyarat tangan diminta semua duduk. Raisha melabuhkan punggung di kerusi lalu pembicaraan mereka pun bermula.

"Assalamualaikum, kepada semua yang berada di sini selamat pagi...Yang Arif boleh kita mulakan ?"tanya Amirul. Raisha hanya membalas menganggukkann kepalanya.

"Baik saya akan mula kan."meminta izin dari Peguam Alif.

"Di persilakan."membenarkan Peguam Alif bertutur kata.

"Ini Aziman dan kawannya Aidil."sambil menunjuk kearah 2 pemuda itu.

"Kita sangka pelakunya adalah Aziman tapi salah pelakunya adalah Aidil."terang Peguam Alif.

"Saya membantah Yang Arif." berdiri sambil menggenggam tangan.

"Bantahan kamu tak diterima...Alif sambung."ujar Raisha

"Baik Yang Arif."

"Ini kes bukan satu tapi melibatkan 2 kes kerana dua orang pelakunya tetapi hukuman yang berbeza... saya akan terangkan dulu kes tentang Aziman , ya betul dia curi kereta mangsa tetapi setelah sampai ke rumah mangsa dia masuk supaya kelihatan seperti Encik Amir dan keluar dari pintu belakang."terang Peguam Alif.

"Saya membantah Yang Arif."ujar Peguam Ambia.

"Baik bantahan diterima."

"takkan lah suspek masuk dan keluar ?"hairan Peguam Ambia.

"Sebab saya tak habis cakap lagi awak sebok nak membantah."geram Peguam Alif.

"Saya akan terangkan dulu kes yang berlaku dan cerita apa yang berlaku di rumah tersebut...Kes Aidil ialah membunuh bentuk badan Aidil kita boleh tahu bentuk badan suspek dan suami kepada mangsa kelihatan sama tapi bila saya lihat tubuh badan Aziman yang baru keluar kereta sudah jelas itu bukan suami kepada mangsa. Jadi Adil membunuh mangsa kerana ingin membalas dendam kerana meninggalkan Aziman yang sudah tidak waras atas kematian ibunya."terang Peguam Alif lagi. Peguam Ambia disebelah menjelang mata keatas.

"Setelah Aziman sampai saksi ada memberi tahu ada tangisan lelaki dan tangisan itu adalah Aziman . Selepas kejadian itu mereka keluar dari belakang dengan berhati-hati kerana saksi berada disitu sedang menelefon polis. Mereka memanjat pagar belakang rumah tersebut lalu melarikan diri."terang Peguam Alif.

"Jadi kalau Aziman menangis maksudnya tu bukan plan yang di mahukan bukan ?"tanya Raisha.

"Ya saya sedang siasat Aziman dia kata ' ingat kan ada satu plan rupanya ditikam belakang '."ujar Peguam Alif.

"Baik Aziz bawa kerusi letak dihadapan saya sekarang, Alif kamu boleh duduk dulu."arah Raisha.

Azizi segera mengambil kerusi dan diletak di tengah-tengah ruang pembicaraan itu dan berhadapan Raisha.

"Aziman duduk kat situ."Arah Raisha. Aziman segera mengikut arahan lalu duduk di kerusi tersebut.

"Baik jelaskan apa yang sebenarnya berlaku."ujar Raisha tepat kemata Aziman.

"Mata itu seram macam mana aku nak terangkan ni."gumam Aziman dalam hati.

"Kita orang mula-mula nak culik je tapi Aidil cakap tak okey jadi saya ikut lah plan dia di suruh saya curi kereta Amir lepas tu hantar dekat rumah Amir saya ikutkan je tapi bila saya sampai Diana dah kena tikam."terang Aziman.

"Jadi terima kasih atas penjelasan kamu kamu sanggup dengan hukuman yang saya akan bagi ?"soal Raisha.

"Saya sanggup atas kematian Diana."ujar Aziman.

"Baik saya akan umumkan keputusan. Peguam Alif Tahniah atas kemenangan dan terima kasih atas banyak maklumat yang diperolehi."ujar Raisha mesra.

"Muhammad Amir mulai hari ini anda dibebaskan  dari penjara, Dan Muhammad Aziman Bin Rosdi anda di jatuhkan hukuman penjara 7 tahun dalam AKTA 379 A KANUN KESEKSAAN kerana mencuri dan mencederakan manakala Muhammad Aidil Karim Bin Adam malik anda dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun dalam AKTA 324 KANUN KESEKSAAN kerana mencederakan menggunakan senjata."tukul rata mahkamah yang berada ditepi meja di ketuknya 3 kali.  Raisha bangun dari duduknya semua berdiri dan memberi tunduk hormat kepada Raisha.

Raisha berlalu pergi ke ruang pejabatnya. Dedaun pintu dibuka lalu dia melabuhkan punggung di kerusi. Kepala disandar kekerusi lalu mata ditutupkan mencari ketenangan untuk otak yang sedang berpusing dan sekali lagi dia tidur atas kerusi.

Pintu dibuka perlahan."Rai:-" tak sempat ayat Nasuha habiskan apabila melihat Raisha yang sedang tidur atas kerusi itu mendatangkan idea tidak bagus dia itu senyuman nakal Nasuha di ukir dibibirnya lalu perlahan-lahan dia berjalan mendekati Raisha

Dia sudah berada di tepi Raisha dan "WOII." jerkah Nasuha.

"Eh mak kau bodoh.. Astaghfirullah."melatah Raisha.

"Mak aku tak bodoh eh."ujar Nasuha seronok dia dapat menyakat Raisha.

"Kau nak apa ?" tanya Raisha.

"Tak aku nak cakap yang tiket flight dah habis."ujar Nasuha

"WHAT!!!"

"So aku cadang nak gerak dengan kereta pagi esok."ujar Nasuha.

"Boleh pagi kau bawak sampai Kelantan aku bawak."tanya Raisha.

"Okey boleh."balas Nasuha lalu keluar dari pejabat Raisha.

"Tu je yang dia nak cakap."ujar Raisha sendirian.

Deringan telefo diangkatnya telefon ditekap ke telinga.

"Assalamualaikum " Raisha memberi salam.

"Walaikumusalam."balas Puan Wahidah.

"Umi rindunya."teruja Raisha.

"Samalah ....ni Umi nak cakap Umi terima pinangan kawan Umi untuk kamu....jadi kamu terima ajalah ye."ujar Puan Wahidah.

"Tapi.."

"No...tak ada tapi-tapi Umi dah terima."

"Yelah" bibir Raisha muncung macam mulut itik.

"okey dada Assalamualaikum."ujar Puan Wahidah dengan gembira.

"Walaikumusalam."balas Raisha malas. Telefon dimatikan apabila panggilan diletak oleh Puan Wahidah.

"Ni satu lagi telefon lepas tu cakap tu je apa masalah semua orang hari ni ke aku yang ada masalah ?"ujar Raisha sendirian. Dia menilik jam baru pukul 3.00 petang.

"Nurul saya ada tugas tak hari ni ?"tanya Raisha menggunakan telefon pejabat.

"Cik ada yang dokumen itu jelah kenapa ?" balas Nurul.

"Ooo dokumen tu saya boleh siapkan dekat rumah sekarang saya nak balik."balas Raisha.

"Ooo okey Cik boleh balik kalau ada apa-apa saya call."ujar Nurul.

"okey thanks."ujar Raisha sambil meletakkan telefon itu semula dia bergegas mengemas meja lalu keluar dari Mahkamah . Dia masuk kedalam keretanya lalu meluncur ke jalan raya.

RAYYAN's
DI KEM PANGKALAN TENTERA UDARA,
KUANTAN.

Naik turun dada Rayyan menarik nafas selepas bersukan air botol di tangannya diteguk sampai habis lalu membuang botol plastik ke dalam tong sampah tiba-tiba ada satu tangan memegang bahunya Rayyan berpaling lalu menepuk tempat kosong ditepinya.

"Rayyan aku nak ajak kau pergi mission esok kau nak ikut ?"tanya Muiz sambil melabuhkan punggung di tepi Rayyan.

"Mission apa ? aku tak tahu pun ?"tanay Rayyan.

"Yang kau tak tahulah aku nak bagi tahu ni ."balas Muiz.

"Ha cakap lah."

"Mission kita kali ni memberi bantuan dekat Ibu Naif tu dekat Kelantan."

"Jauh now tapi tak pe lah aku ikut."

"bagus aku pergi dulu my wife dah tunggu."sinis Muiz apabila melihat Ainul letih menunggu . Rayyan hanya menganggukkan kepala.

Deringan telefon bimbit bergetar dia meyelut poketnya lalu mengangkat pangilan tersebut telefon itu ditekap ditelinga.

"Assalamualaikum Ibu."

"Walaikumusalam ni Ibu dah pinangkan kamu dengan anak kawan Ibu."

"WHAT!!"

"Apa what what terima eh."

"Tapi orang tak sedia lagi."

"Sedia tak sedia siapa suruh lambat...terima ye nak sebarkan berita ni."

"Ye lah ye lah."

"Bagus Assalamualaikum."

"Wa-:" tak sempat membalas salam Puan Iffah terlebih dahulu meletak panggilan tersebut.

"Amboi bila dah dapat menantu terus letak telefon."ujarnya sendirian.

"Aku dah tak bujang aku dah jadi tunang orang dah."

Dia bangun lalu berjalan ke arah bangunan tempat tinggal nya.

RAHSIA??
DI RUMAH AGAM TUAN SHARIF.
Kereta Ferrari f40  dan kereta BMW i8  berhenti dihadapan pintu rumah agam itu.

"ASSALAMUALAIKUM!!"jerit Tuan Hilmi.

"Ehh abang ni rumah orang lah."bisik Puan Iffah apabila melihat saudara mereka hairan. Tuan hilmi menayangkan senyumnya.

Pintu dibuka kelihatan Rabbiyah yang sedang menggosok gigi dengan rambut yang kusut masai itu memeberi isyarat tangan memberi mereka masuk. Tuan Sharif yang didapur keluar dengan senyuman lalu menyalam Hilmi dan beberapa saudara Tuan Hilmi.

"Duduk lah buat apa berdiri."ujar Tuan Sharif. Mereka semua duduk diatas sofa  sambil meletak dulang-dulang yang berisi kain pasang, al quran dan sebagainya.

Puan Wahidah yang membawa dulang yang berisi air diletakkan lalu bersalam dengan Puan Iffah dan saudara perempuan Tuan Hilmi.

"Ni ramai-ramai ni ada hajat apa ye ?"tanya Tuan Sharif hairan melihat dulang-dulang yang banyak itu.

"Pucuk pauh ditepi permatang,
Buah berangan rasanya lazat;
Daripada jauh kami datang,
Datang dengan seribu hajat."ujar Tuan Hilmi. Tuan Sharif kelihatan keliru dengan kata-kata Hilmi beberapa minit baru sedar hajatnya datang untuk meminang.

"Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang ditepi peti;
Kalau sudah bagai dikata,
Silakan terang hajat di hati."balas Tuan Sharif.

"Kebaya moden kebaya nyonya,
Untuk dipakai majlis keramaian;
Kami datang besar hajatnya,
Untuk memetik bunga di taman."

"Kacang hijau dibuat inti,
Pisang salai didalam perahu;
Bunga ditaman masih sunti,
Mengaji pandai ke dapur serba tahu."

"Tepak sirih dikirim pengganti diri,
Ingin meminang kekasih hati;
Datang ku harap tak langkah kiri,
Berilah jawapan kami menanti."

"Pak Atan Pak Abu,
Pergi kedai membeli keju;
Buat apa menanti labu,
Sudah tentu kami setuju."

gelak tawa mereka didengari di seluruh ruang rumah itu. Selesai membalas pantun mereka menjamu selera dan berbual.

"Kenapa dari tadi asyik dengar pantun je kat bawah tu kalau kita turun kena marah tak? turun ke tak? turun lah."Rabbiyah dari atas laju menuruni tangga, melihat Tuan Hilmi di pintu ingin pulang selepas selesai menjamu.

Dia mendapati Tuan Sharif yang sedang melihat kereta Ferrari f40 dan kereta BMW i8  meluncur laju ke jalan raya.

"Diorang buat apa kat sini ?"tanya Rabbiyah mendongak melihat Tuan Sharif. Manakala Tuan Sharif menunduk kepala melihat Rabbiyah ditepinya. "Diorang meminang kakak kamu."balas Tuan Sharif sambil berjalan menuju ke dapur.

"Maksud Abi,Biyah dapat abang ipar lah."teruja Rabbiyah. "Ya"sepatah balas  Tuan Sharif sambil menolong isterinya mengemas meja makan dan cawan-cawan yang dijamu tadi.

"Tak sabarnya nak tengok kakak kahwin."teruja Rabbiyah. Puan Wahidah hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

...

saya nak share satu doa.

ALLAHUMMA INNII AS HUB BAKA.
WA HUB BA MAY YUHIB BUKA.
WAL'AMALAL LADZII YUBALLIGHUNII HUB BAKA.
ALLAHUMMAJ' AL HUB BAKA.
AHAB BA ILYA YA MIN NAFAII.
WA AHLII WA MINAL MAAIL BAARID.

ni doa mencintai Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience