"RAYYAN!!"
Shah menolak Rayyan kedepan. Mereka berdua jatuh keatas tanah.
"Kenapa?"tanya Rayyan sambil memegang lengannya.
"Tu ular jatuh."menunjuk ular yang baru jatuh dari dahan pokok.
"Thanks lah."sambil menghulur tangan. Shah menyambut huluran itu lalu bangun berdiri.
Mereka meneruskan perjalanan mencari helikopter.
3 HARI KEMUDIAN
Mereka masih mencari helikopter Nuri.
Matahari sudah terbenam, bulan pula memunculkan dirinya. Rayyan dan Squad nya berehat seketika sudah berjalan jauh di dalam hutan tebal itu.
Sampai di bawah pokok dia membaringkan diri nya.
"Rayy"ujar Shah sambil duduk di sebelah kiri Rayyan yang masih membaringkan diri.
"Apa ?"balas Rayyan sambil memejam matanya.
"Kau dengan Raisha apa cita sebenarnya ?"tanya Shah. Semua mata memandang kearah Rayyan termasuk squad nya, Shah menanti jawapan darinya.
"Dia tunang aku."selamba balas Rayyan.
"APA!!"
RAISHA's
DI MAHKAMAH NEGERI JOHOR.
"Assalamualaikum."tegur Nasuha berjalan menuju ke arah Raisha yang sedang duduk sambil menaip laju keyboard didepannya.
"Waalaikumussalam."balas Raisha mata tetap tertumpu pada komputer.
Raisha membetulkan posisi duduknya menghadap ke arah Nasuha.
"Tadi aku hantar makanan dekat umi kau lepastu aku tanya lah sape tunang kau ... umi kau suruh tanya kau ....jadi sape tunang kau ?"panjang lebar terang Nasuha.
"Kau ni ada-ada je nak tahu sape tunang aku kan."balas Raisha sambil memeluk tubuhnya.
"Alah cepat lah."cebik Nasuha.
"Rayyan."balas Raisha sepatah.
"Serius lah? "tanya Nasuha tak percaya.
"Tengok aku cakap kau bukan nye nak percaya..kau tanya lagi serius lah ? ....aku tampor kang."geram Raisha dia membetulkan posisi menghadap komputer Nya kembali. Nasuha tersenyum sebagai balasan.
"Ceyyy dah dapat abang kapten."usik Nasuha.
"Kau tu Shah ngorat kau jual mahal."
"Biarlah aku nak tengok dia boleh kejar sampai mana."balas Nasuha dengan yakinnya.
"Jangan lama-lama nanti dapat korang."usik Raisha.
"Ish, kau ni ."dia bangun lalu beredar dari bilik Raisha.
"Ha! hentak hentak helok lah tu biar mozek tu pecah...dah lah tumit kasut tinggi macam zirafah."jerit Raisha.
"Diam lah kau!"jerit Nasuha dari cermin luar bilik Raisha. Raisha senyum kemenangan dalam biliknya.
'Dapat jugak kalahkan dia hahaha.'teruja Raisha dalam hati.
Dia bertepuk tangan beberapa kali dengan senang hatinya , dia menyambung semula kerjanya dengan hati yang gembira.
RAYYAN's
"Kau biar betul ?"tanya Shah.
"Apa nye tak betul, betul lah dia tunang aku."balas Rayyan.
"Yes, boleh makan nasi minyak."teruja Rais salah seorang dari squad Rayyan.
"Kau bila nak makan nasi minyak."usik Aqil.
"Ish, mentang mentang dia dah kahwin."balas Rais.
Rayyan berpaling kearah belakang seakan-akan bunyi sesuatu yang menuju kearah mereka.
Ada beberapa orang berdiri tegak melihat Squad Paskal itu sedang berborak rancak.
"Lah korang rupanya ingat ke sape tadi ."tegur Kapten Aydan ketua gerak khas.
"Curi tulang ke ?"tanya Kapten Aydan apabila melihat mereka sedang berborak.
"Bukan curi tulang ... kita orang tengah rehat ni."balas Shah.
"Oooo.. lepas ni gerak sekali mau ?"tanya Kapten Aydan.
"Kita boleh je."balas Shah lagi.
"Apa berita panas yang korang borak ?"tanya anak buah Aydan sambil melabuhkan punggung ditepi Shah.
"Ni kita punya Kapten nanti nak makan nasi minyak."balas Shah sambil menunjuk kearah Rayyan.
"Serius...sape ?"celah Kapten Aydan.
"Raisha."sepatah balas Rayyan.
"Sape Raisha, bertahun aku kawan dengan kau ...aku tak pernah dengar pulak nama tu?"tanya Kapten Aydan lagi.
"Memang lah kau tak kenal sebab Ibu aku yang tunang kan aku dengan dia."balas Rayyan.
"Oooo, macam mana muka dia ?"tanya anak buah Aydan.
"Raisha Adilah yang Hakim tu."balas Aqil.
"Woow kau nikah dengan dia... hebat kau ye."puji Kapten Aydan.
"Kita ini dalam mission ke tak?"celah Aqil.
"Yelah, jom gerak."ujar Kapten Aydan.
Mereka semua bangun lalu meneruskan pencariaan helikopter. Sampai di satu tempat yang luas serpihan helikopter ditemui. Rayyan dan Aydan meneruskan perjalanan kerana mereka merasakan sudah dekat dengan helikopter yang dicari.
"Over, Kapten Aydan disini! ingin melapurkan helikopter Nuri telah dijumpai! over."ujar Kapten Aydan dalam
"Over, Terima kasih atas maklumat Kapten , kami akan jalankan tugas kami Over."balas seorang tentera kepada Kapten Aydan.
Mereka berjalan keluar dan yang lain membantu mengeluarkan helikopter dari dalam hutan. Rayyan pergi kedalam kemah rawatan. Selepas mendapat rawatan dia keluar dari kemah. Tiba-tiba seorang gadis menegurnya dari tepi.
"Encik"panggil gadis itu .
"Ya ,ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya Rayyan.
"Nak no. telefon boleh ?"minta gadis itu dengan suara manja.
"Untuk ?"tanya Rayyan lagi.
"Untuk rapat kan silaturrahim."balas gadis itu.
"Maaf , tak boleh."ujar Rayyan lalu beredar dari situ.
'Ish , orang cakap baik-baik dia tolok macam tu je."gumam gadis itu .
"Rayyan."panggil Shah.
"Apa ?"
Shah mendekatkan mulutnya pada telinga Rayyan.
"Aku nak berak."bisik Shah sambil memegang perutnya.
"Ish, kau ni pergi lah tanya sape-sape."balas Rayyan.
"Yelah."cebik Shah.
Shah menegur gadis yang baru menegur Rayyan.
"Cik adik ...saya nak pinjam tandas boleh ?"tanya Shah lembut.
"Boleh sini ikut saya."balas gadis itu.
Shah mengikuti langkah gadis itu sehingga sampai kerumahnya.
"Emrr, Encik."tegur wartawan itu.
'Haih, hari ni memang banyak yang nak tegur aku ke apa.'gumam Rayyan dalam hati.
"Ye."
"Boleh interview ?"tanya wartawan itu.
"Maaf tak boleh kalau awak nak interview kejap saya panggil orang yang paling tepat."balas Rayyan.
Dia berjalan menuju ke arah Aydan. Tangan Aydan dicapai lalu ditarik supaya mengikuti langkahnya.
"Ha, yang ni boleh interview saya tak boleh maaf ye."ujar Rayyan.
"Baik Encik boleh interview ?"tanya wartawan itu.
"B-boleh."balas Aydan gagap.
Rayyan beredar dari situ dia menghampiri squadnya punggung dilabuhkan di tepi Naif. Dia meneguk air botol yang dihulur Aqil.
"Emmrr Ray."panggil Naif . Kepala berpaling kearah Naif.
"Aku raso perempuan tu tengok mung."ujar Naif perlahan.
Rayyan memalingkan kepala kearah perempuan yang dicakapkan Naif tapi dia berpaling lagi kearah Naif.
"Ramai peminat kau."ujar Aqil didepannya.
"Nak tanya ?"
"Apa"balas Naif dan Aqil seretak.
"Kenapa perempuan ada jugak dekat sini?"tanya Rayyan.
"Entah."balas Aqil sepatah.
"Aku raso sek yo nok cuci mato."balas Naif.
"Emrr,ada kemungkinan."balas Aqil setuju dengan jawapan Naif.
"Dah lah aku nak gi tido."balas Rayyan , Dia bangun lalu mendekati Trak ,kit beg peralatan menjadi bantal nya tangan di silang kain pemberian arwah neneknya diambil lalu di kibas dia menutup muka dengan kain itu , beberapa minit dia hanyut dalam mimpi.
RAISHA's
"Kau dah kenapa ?"tanya Raisha apabila melihat riak wajah Nasuha seperti marah mungkin.
"Ni!!"cebik Nasuha sambil menunjuk gambar yang dihantar Shah.
"Cemburu lah ni."balas Raisha sambil mengusap-usap belakang Nasuha dengan lembut.
"Gila!! tak cemburu..tengok dia tulis apa kat bawah tu."cebik Nasuha lagi.
Raisha berpaling semula kearah status Shah.
'TQ, adik manis pinjam kan saya tandas.'
"What!"
"Kan sape yang tak cemburu."air matanya mula berkolam.
"Sekarang bukan cemburu ke tak cemburu masalah sekarang kenapa perempuan tu pergi pegang tangan Shah...dia tak tahu ke haram."marah Raisha , dia melihat Nasuha yang sudah mengalir kan air matanya. dia melabuhkan punggung ditepi Nasuha lalu magusap lembut belakang Nasuha.
"Apa yang aku kena buat?"tanya Nasuha.
"Kau pernah dengar kisah percintaan Nabi Yusuf dan Zulaikha ?"tanya Raisha. Nasuha mengangguk kepalanya.
"Apa yang kau dapat dari kisah tersebut ?"tanya Raisha lagi.
"Ketika Zulaikha kejar cinta Nabi yusuf, semakin jauh Nabi Yusuf dari Zulaikha...t-tapi ketika Zulaikha mengejar cinta Allah makin dekat Nabi Yusuf dari nya."balas Nasuha teresak-esak.
"Jadi maksudnya kau kejarlah cinta Allah."balas Raisha.
"Kalau dia bukan jodoh aku macam mana ?"tanya Nasuha sayu.
"Listen this...Ali bin Abi Thalib said apapun yang menjadi takdir mu pasti akan mencari jalan nya sendiri untuk menemukan mu."balas Raisha.
"Tapi-"
"Jalaluddin Ar Rumi said kamu adalah tetamu yang mulia. Jangan menangis seperti pengemis hanya kerana secebis dunia....."balas Raisha lagi.
"Aku dah macam ni kau tetap nak tolong aku kan."
"Aku sepupu kau...sapa lagi nak tolong kau time time macam ni...kita seorang hamba kena lah salin menegur kau kan nak masuk syurga sekali dengan aku."balas Raisha sambil memeluk Nasuha dari tepi.
"Thanks."Nasuha membalas pelukan itu.
"Dah jangan nangis tak cantik awek muda kalau menangis."usik Raisha.
"Ish, kau ni."menolak perlahan tubuh Raisha sambil tersenyum.
"Dah pergi mandi solat."ujar Raisha.
"Aku tak leh solat."balas Nasuha.
"Kau tak leh solat biar aku yang mandi."balas Raisha sebelum bangun dari duduknya lalu berlari anak masuk kedalam biliknya.
Selesai membersihkan dir dia menunaikan solat Isyak.
"Assalamualaikum warahmatullah."
"Assalamualaikum warahmatullah."Dia meraup mukanya, tangan di tadah lalu ia membaca doa.
"Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma inni a'uudzu bika minal hammi wal hazani wal 'ajzi wal kasali wal jubni wal bukhli wa dhola'id dani wa gholabatir rijaal... Aamin ya Rabbal Alamin." selesai membaca doa dia bangun dari duduknya lalu keluar dari bilik, sampai di muka pintu bilik Nasuha kedengaran masih tersisa tangisan yang sia sia dia keluarkan.
"Haih, macam nak pujuk eh ?"ujarnya diluar pintu bilik Nasuha.
"Su jom makan."jerit Raisha disebalik pintu bilik itu.
Bunyi lock pintu di buka , laju pintu itu dibuka.
"Jom."ujar Nasuha dengan hidung yang merah.
"Aku masak nasi goreng lah."
"Okey kite tunggu."balas Nasuha.
Mereka berdua menuruni tangga menuju ke dapur. Raisha mengeluarkan sayuran yang ingin dipotongnya nanti. Dia membasuh sayur-sayuran itu lalu memotongnya dengan laju.
"Woow laju kau potong sayur."puji Nasuha ditepinya.
"Of course lah ni Raisha kot."balas Raisha dengan bangganya.
"kau rindu mak kau ke ?"tanya Raisha.
"Mana nye tak rindu...tapi mak aku kata kalau-:"tak sempat dia menghabiskan kata-katanya.
"Tak bawak menantu dia..dia takkan bagi kau peluk dia kan."sambung Raisha mata masih menumpu pada sayurnya. Nasuha hanya mengangguk kepalanya.
"Kau bawak jelah Shah tu."ujar Raisha.
"Eiii aku dah move on dia dah ada orang lah."balas Nasuha sambil mengeluarkan kuali dari kabinet dapur lalu diletakkan di atas dapur gas.
"Lantak kau lah."balas Raisha tiga patah
Raisha masukkan minyak kedalam kuali lalu memasukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk lalu masuk kan ayam , tambah sedikit garam dan secukup rasa lalu masukkan nasi putih kedalam kuali tambah sayur lalu kacau sehingga sebati dan siap.
Macam dalam rancangan masak-masak pulak??
Nasi di cedok kedalam pinggan sudu diambil lalu duduk di kerusi makan. Mereka melahap makanannya dengan penuh selera terutama Nasuha.
"Kenyang."jerit Nasuha
"Wehh...kau dengan Rayyan amacam?"
"Okey jer kau tu."balas Raisha.
"Aku dah move on lah."balas Nasuha sayu.
"Entahlah aku pun tak tahu apa nak jadi dengan korang dua ni."balas Raisha malas. Nasuha di tepi di tenungnya selepas kedengaran keluhan dari Nasuha.
"Dah lah penat aku."ujar Raisha sebelum bangun dari duduknya lalu mengatur langkah menuju ke tingkat atas, pintu dedaun pintu dikuaknya, katil menjadi tempat baringannya lampu bilik ditutup , selimut diangkat sehingga bahagian dada , dia tidur sehingga hanyut dalam mimpi.
RAYYAN's
Sebulan sudah berlalu. Bunyi tembakan memenuhi ruang itu. Sebutir peluru dimasukkan kedalam pistol . Sekali lagi dia menyasarkan papan yang berada didepan.
BANG!
Tepat pada sasaran, pistol diletakkan dia mengambil tempat untuk berehat terasa satu tangan menyentuh bahunya.
"Halo " sapa Shah dari tepinya.
"Duduk ah."ajak Rayyan, Shah melabuhkan punggung ditepi Rayyan.
"Asal."
"Aku asal johor."selamba balas Shah. Rayyan hanya menjeling mata ke atas.
"Alah kau ni guarau sikit pun tak oleh."
"Ni kau tak nak jumpa si Raisha ke?" tanya Shah.
"Salah ke aku tak jumpa dia ?"tanya Rayyan pula.
"Tak salah tapi dah sebulan kot."balas Shah.
"Cakap orang...kau tu..Nasuha apa cita ?"tanya Rayyan .
"Entah dah lama dia tak whatsapp aku."balas Shah.
"Tu lah sape suruh kau update status pasal perempuan yang bagi kau pinjam tandas tu."ujar Rayyan.
"Dia cemburu ke?"tanya Shah.
"Lah tanya aku...kau tanya lah dia."balas Rayyan.
"Dah lah buat serabut otak aku yang dah serabut ni baik aku berlatih tembak tembak kan bang! bang!"ujar Shah sambil membuat tangan seperti pistol. Dia bangun dari duduknya lalu mengambil pistol memasukan pelurau dan
BANG!
BANG!
Tepat pada sasaran. Setiap hari mereka mempunyai misi dan setiap hari mereka dilatih sehingga handal.
RAISHA's
Pintu pejabat Raisha dibuka. Nasuha menyelinap masuk ke dalam pejabat itu. Raisha yang seakan tidur itu ditenung.
"Sha."kejut Nasuha dia mengangkat sedikit muka Raisha. Terkejut dia melihat muka itu pucat dan darah keluar dari hidung.
"Raisha !!"kejutnya lagi.
"Nurul!!"jerit Nasuha.
"Ya."sahut Nurul sambil berlari menuju ke ruang pejabat Raisha.
"Panggil ambulans."ujar Nasuha resah gelisah.
"Baik !!"Nurul mencabut kasuh tumit tinggi nya lalu berlari kearah telefon bimbit. Dia mengambil nafas sebelum menelefon ambulans.
"Kami ada kecemasan cepat sikit."semput Nurul telefon di matikan air dari tangan orang sebelah nya dirampas lalu meneguk laju.
Buruk juga perangai dia ya.
Bunyi ambulans pekerja berlari ke ruang pejabat Raisha. Raisha di angkat di bawa ke hospital. Ambulans laju meluncur ke jalan raya. Di ikuti kereta Marcedes benz gle Coupe hitam iaitu Nasuha dan Nurul.
Sesampai di hospital mereka lekas turun dari kereta yang bermasalah adalah Nurul.
"Asal tak boleh keluar ni ?"tanya Nurul cemas.
"Alahai, kau ni seatbelt kau tak cabut lagi lah."ujar Nasuha.
"Haah lah."dia mencabut seatbelt lalu keluar dari perut kereta. Mereka berlari mengejar katil yang diduduki Raisha.
"Cik kami nak tanya bilik Raisha Adilah nombor berapa?"tanya Nasuha kepada penjaga kaunter.
"Nombor 21 tingkat 1."balas Penjaga wanita itu.
"Terima kasih."balas Nasuha lalu bergegas ke tingkat 1. Pintu bilik 21 dibuka laju.
"Doktor macam mana kawan saya ?"tanya Nasuha risau.
"Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan...biasalah tu dia kena rehat kalau tak nak duduk hospital suruh dia tenang kan diri pergi bercuti ke? tempat yang boleh tenangkan dia lah."balas Doktor itu , sebelum beredar dari situ.
"Su, Raisha dah bangun."ujar Nurul.
"Sha, kau okey ?"tanya Nasuha risau.
Dia bangun dari baringan, kepala yang sakit dipegang nya.
"Bagi aku air ."minta Raisha lemah.
"Kau rehat ya."
Raisha hanya mengangguk kepalanya. Dia sambung semula tidurnya.
"Su nak bagi tahu ke dekat ummi Raisha ?"tanya Nurul.
"Tak payahlah nanti risau ummi dia...tak apa 3 hari dia duduk hospital lepas tu dia kena ambil cuti nanti kau tolong ambil cuti kan aku jugak tau."ujar Nasuha.
"Okey...ni aku gerak dulu lah apa-apa cal okey."ujar Nurul.
"Kau kan naik kereta dengan aku."
"Ye memang aku naik dengan kau tapi sekarang kite punya husband dah tunggu."balas Nurul sebelum beredar sari situ.
'Belagak tahu lah kita single.'gumam Nasuha.
3 HARI BERLALU.
"Esok kerja."teruja Raisha.
"Esok cuti lah."balas Nasuha tiga patah perkataan.
"WHAT!!"
"Doktor kata kau kena pergi bercuti biar otak kau tak stress."ujar Nasuha.
"Okey, kau teman aku boleh ?"tanya Raisha
"Was willst du, ich gebe es dir."(apa yang kau nak semua aku bagi lah).
"Woow speaking now...Wenn das der Fall ist, fahren wir in den Urlaub."(kalau macam tu kita pergi bercuti.) ujar Raisha teruja.
"Wo ?"(dimana).tanya Nasuha.
"Emmr Sibu-Insel."(Emmr Pulau Sibu).balas Raisha.
"Okey."
Pagi menjelma mereka bergerak ke Pulau Sibu. Sesampai di Pulau Sibu Raisha berjalan di jambatan pulau itu.Manakala Nasuha memasuki rumah sewa dan menyimpan baju didalam almari.
"Cantik nya."teruja Raisha.
"Raisha."
Share this novel