BAB 6

Romance Series 4209

RAISHA's
2 Bulan 2

5.58 PAGI.
Barang-barang untuk bercuti diletakkan diluar rumah. Beg tarik dan bermacam lagi barang di letakkan didalam kereta Nasuha iaitu Mercedes-Benz GLE Coupe. Manakala Raisha sedang bersiap untuk mulakan perjalanan ke Kelantan.

"Raisha cepatlah lambat lah kau ni."laung Nasuha dari luar rumah.

"Kejap!!"laung Raisha dari atas.
Kaki laju menuruni tangga lalu pintu rumah dikuncinya dan bergerak masuk kedalam kereta. Laju kereta itu meluncur ke jalan raya.

"Nak makan dekat mana ?"tanya Nasuha mata tertumpu pada jalan raya.

"Dekat RNR Melaka lah kalau kau lapar makan lah dulu buah ni."sambil menunjuk bekas yang berisi buah mangga dan tembikai susu yang sudah siap dipotong.

"Baik boss"mereka meneruskan perjalanan menuju ke Melaka. Sampai di  simpang dua kiri menuju ke Melaka kanan menuju ke pahang.

"Weh Raisha kau nak gi melaka ke pahang ?"tanya Nasuha.

"Pahang lah dekat sikit sampai pun cepat."balas Raisha mata tertumpu pada skrin telefon.

"Okey."perjalanan mereka diteruskan sehingga RNR pahang.

"Jom makan." teruja Nasuha perutnya sudah berbunyi banyak kali didalam kereta. Mereka keluar dari kereta lalu
membeli makanan lalu duduk ditempat kosong.

"Lepasni kita berhenti makan kat RNR Gua Musang boleh? Kau bawak kereta eh"tanya Nasuha sambil melahap makanannya.

"Okey boleh je"balas Raisha.

Selesai makan mereka bergerak laju ke Gua Musang, Kelantan. Kali ni Raisha pula membawa kereta sehingga ke Kelantan. Masa berjalan dengan cepat Mereka telah sampai di Gua Musang. Raisha berpaling kearah Nasuha yang sedang tidur. Nasuha tersedar dari tidurnya melihat Raisha seperti mamai tak mamai.

"Kau mamai ke Su ?"tanya Raisha.

"Tak."
Kereta itu berhenti Di RNR Gua Musang. Mereka turun dari kereta lalu membeli makanan ringan lalu mengambil tempat kosong.

"Weh bukan Ainul ke tu ?"tanya Nasuha mahu pastikan antara itu Ainul atau bukan.

"Betullah dia tu ramai bodyguard dia."ujar Raisha melihat ramai tentera melingkungi Ainul.

"Mentang-mentang suami askar...tapi dia buat apa dekat sini ?"tanya Nasuha menolak pinggang nasi didepannya.

"Dia kan dah cakap nak datang dengan dia punya husband...tu mesti buat rombongan melawat tu."balas Raisha menghabiskan air didalam gelasnya.

"Lantak dialah ni kita nak tido mana malam ni ?"tanya Nasuha.

"Nanti aku bawak okey."Raisha tersenyum lebar.

"Cakaplah"

"Tak nak...nanti kau tahu lah."

"Alah kau ni " bibirnya muncung kedepan.

"Alah mulut itik dah keluar."sinis Raisha sebelum melepaskan ketawa kecil.

"Dah kau tak payah nak buat mulut macam tu...jom gerak"balas Raisha sambil bangun dari duduknya lalu langkahnya menuju ke kereta diikuti Nasuha. Kereta itu laju meluncur ke jalan raya.

RAYYAN's
6.34 PAGI.

Trak Tentera laju dibawa oleh Shah membawa beberapa orang tentera untuk membantu Ibu kepada Naif dan penduduk disitu.

"Weh Muiz dia pergi dengan kereta kan ?"tanya Shah untuk memastikan kawannya tidak tertinggal.

"Haah dia pergi dengan isteri dia."balas Rayyan sebelum meneguk air mineral didalam botol itu.

"Weh aku nak tidur kalau sampai dekat RNR nanti kau gerak tau."ujar Rayyan sebelum menutuk kedua belah matanya.

"Okey."sepatah kata dari Shah sambil memerhati jalan raya di depannya.

Trak itu masuk kedalam RNR Gua Musang lalu diparkir Trak ditempat yang kosong.

"WEHHH BANGUN!!!"jerit Shah didalam Trak.

"Kau ni jangan lah jerit sakit telinga aku."ujar Rayyan sambil mengusap lembut telinganya.

"Sorry lah."sambil membuka pintu lalu menuju kearah  Muiz dan Ainul di ikuti Squad Rayyan.

"Pergi lah beli makanan."ujar Muiz.

"Kau tak nak belanja ke ?"tanya Rayyan sambil menggosok batang lehernya.

"Kau nak makan ke kau nak pelempang aku."sinis Muiz.

"Alah gurau pun tak oleh."balas Rayyan berjalan kearah kedai yang menjual nasi lalu dia memesan nasi berlauk  lalu membayarnya.Dia menuju ke arah meja Muiz lalu mengambil tempat di tepi Muiz tanpa membuang masa dia melahap makanannya sampai habis.

"Tengok apa ?"tanya Muiz melihat isterinya melihat seseorang dengan begitu khusyuk.

"Tu bukan Raisha dengan Nasuha ke ?"tanya Ainul sambil menunjuk ke arah dua orang gadis itu.

Rayyan berpaling kebelakang melihat gadis yang ditunjuk Ainul.

"Betullah tu."balas Muiz.

"Cepat nya diorang makan nak gerak dah kita bila nak gerak."ujar Aqil berdiri di tepi Rayyan setelah melihat dua gadis itu menuju kearah kereta mereka.

"Jom"ajak Rayyan. Aqil yang disitu masih bingung.

"Bila masa dia dekat situ bukan tadi dia tengah makan ke ?"ujarnya sendirian tanpa membuang masa dia bergegas memanjat Trak itu lalu duduk dibelakang nanti kalau lambat dia pulak yang  kena tinggal.

Trak itu laju meluncur ke jalan raya sehingga sampai ke Kampung Naif iaitu Kubang Golok, Bachok.

RAISHA's
DI PANTAI TAPANG BACHOK, KELANTAN.
Kereta Mercedes itu berhenti di parkir  homestay Nur Sufia. Homestay itu tak jauh dan tak dekat dengan Pantai.

"Rumah siapa ni ?"tanya Nasuha.

"Kau baca kat situ dia tulis homestay kan."balas Raisha.

Mereka turun dari kereta lalu bertemu tuan homestay untuk menunjuk disetiap ruang. Mereka keluar dari Rumah itu lalu berjalan menuju kearah Pantai Tapang.

Sampai di Pantai mereka berjalan ditepi pantai mengambil ketenangan dalam diri.

"Weh bukan diorang tu ke ?"tanya Nasuha apabila melihat sekumpulan askar udara yang sedang berkumpul di meja batu.

"Bukan tadi dia duduk dekat RNR ke ?"

"Lantak dialah nak gi mana."balas Raisha. Dia memusingkan badannya lalu berjalan.

"Kenapa jalan dekat sini pulak ?"tanya Nasuha mengikuti langkah Raisha.

"Kau nak serempat dengan diorang ke ?"tanya Raisha sambil berjalan.

"Tak nak."

"lepas tu ikut aku lah."

"Weh jom beli makanan jam dah pukul 6.48 dah."ujar Nasuha setelah melihat jam tangannya.

"Beli dekat situlah."balas Raisha setelah melihat kedai makan yang berdekatan.

"Kak nak order."Ujar Raisha kepada pelayan tersebut.

"Ye cik nok oder gapo ?"tanya pelayan tersebut.

"Kau try lah cakap Kelantan."bisik Nasuha sambil menayangkan senyum kepada pelayan itu.

"Nok Meggi belut duo nga air bandung cincau duo bukuh deh."ujar Raisha kepada pelayan tersebut.

"Bereh tunggu meta deh."balas pelayan itu. Raisha hanya mengangguk kepalanya. Pelayan itu berlalu pergi menyiapkan pesanan yang telah diambil tadi.

"Woow hebat ah... mana kau belajar ?"tanya Nasuha.

"Atuk aku kan orang Kelantan."balas Raisha.

"Ooo ye tak ye jugak aku lupa."

Mereka berjalan kaki menuju ke homestay tersebut. Dedaun pintu rumah itu dibuka sambil menjawab salam sebelum masuk pintu ditutup lalu azan berkumandang.

Mereka duduk di meja makan lalu membuka bungkusan yang dibeli tadi sambil menjamu selera tanpa bercakap.

RAYYAN's
DI KAMPUNG KUBANG GOLOK.
Trak berhenti di rumah Naif . Squad Rayyan keluar dari Trak lalu mengeluarkan barang-barang keperluan dari Trak. Misi memberi bantuan pun berjalan.

Selesai memberi bantuan mereka berehat di Pantai Tapang sambil makan, minum dan mengambil udara yang nyaman itu.

"Puan duduklah dekat sini."ujar Leftenan Muda itu. Dia berdiri lalu memberi tempat duduknya kepada Ainul.

"Terima kasih."balas Ainul kepada Leftenan muda itu. Dia duduk dikerusi batu dan melihat gadis yang sedang berjalan itu.

"Awak ."ujar Ainul.

"Ya"balas Muiz sepatah.

"Saya teringat dekat sepupu saya ke ?"tanya Ainul

"Kenapa ?"

"Tu bukan diorang ke."sambil menunjuk ke arah gadis yang sedang berjalan itu, yang lain berpaling kearah yang ditujuk itu.

"Betullah sepupu awak tu diorang bercuti dekat sini ke ?"tanya Muiz.

"Entah diorang tak cakap pulak."balas Ainul sambil melihat dua gadis itu berjalan.

"Jom dah nak malam ni."ajak Aqil melihat awan sudah gelap.

Mereka bergerak untuk merehatkan diri squad Rayyan tidur di rumah kosong milik Naif manakala Muiz dan Ainul tidur dirumah Naif. Selesai solat  kepenatan melanda dalam diri Mereka lalu tidur nyenyak di rumah masing-masing.

RAHSIA ??
DI RUMAH AGAM TUAN HILMI.
Toyota Yaris putih berhenti di halaman rumah itu.

"Assalamualaikum ada orang tak."ujar Rabbiyah.

"Walaikumusalam."balas Tuan Hilmi sambil membuka pintu dengan luas.

"Masuk lah."ujar Tuan Hilmi.

Mereka sekeluarga masuk lalu duduk di sofa ruang tamu. Puan Iffah keluar membawa dulang yang berisi air lalu bersalam dengan Puan Wahidah.

"Jemput lah minum."ujar Puan Iffah.

"Ni datang ada hajat apa ?"tanya Tuan Hilmi.

"Kami ada buat plan kita kasi diorang bertemu dekat satu tempat nak ?"ujar Tuan Sharif.

"Okey jugak tu."kata Tuan Hilmi.

"Nak buat dekat mana?"tanya Puan Iffah.

"Dekat Pantai **** boleh ?"tanya Puan Wahidah.

"Boleh lagi pun tempat tu bagus."balas Puan Iffah sambil menuang air ke dalam gelas.

Rumah itu dipenuhi gelak tawa mereka tentang perancangan mahu mempertemukan Rayyan dan Raisha.

RAISHA's
DI KUBANG GOLOK, KELANTAN.
9.58 PAGI.

"WEHHH!!"jerit Nasuha.

"Kau dah kenapa pagi-pagi buta dah menjerit."tegur Raisha tak tahan dengan sikap sepupunya.

"Kau tak cakap pun yang kau dah tunang."marah Nasuha.

"Ehh aku lupa Ainul dah tahu kan ?"tanya Raisha.

"Dah"bibirnya keluar macam mulut itik.

"Sorry lah aku lupa."pujuk Raisha sambil mengusap lembut bahu kawannya.

"Okeyy.. tunang kau hensem tak ?"tanya Nasuha teruja.

"Entah Umi aku call lepas tu dia kata yang dia terima pinangan kawan dia."balas Raisha.

"Ooo jadi kahwin paksa lah ni."

"Ye kut."

Mereka memakai kasut lalu keluar dari rumah.

"Kita nak breakfast dekat mana ?"tanya Nasuha.

"Entah cari jelah kedai yang bukak."balas Raisha.

Mereka bergerak menuju kekedai yang berdekatan lalu duduk di meja makan seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.

"Ye nok make gapo."tanya Pelayan.

"Nok...Nasi lemak duo nga air barli panah so pahtu air milo suam so."balas Raisha kepada pelayan.

"Baik meta deh."ujar pelayan itu lalu beredar. 

"Haih kau dah tunang aku masih bujang."ujar Nasuha memandang Raisha sedih.

"Apa kau ni aku bukan nak kahwin lagi kau tu cepat-cepat lah cari jodoh."balas Raisha.

"Mamat tu lah."sambil menutup mukanya.

"Shah ke ?"tanya Raisha sambil berpaling melihat Shah dan Rayyan yang tengah memesan makanan.

"Mamat mana lagi kalau bukan dia." sambil menunduk kepalanya.

"Pastu aku nak tunduk jugak ke ni?"tanya Raisha.

"Lantak hang lah."

"Aaaaaa Hakim Raisha nga Nasuha ke tu!!!"jerit seorang gadis di kedai makan itu beberapa orang memandang mereka berdua beberapa kanak-kanak dan remaja berlari kearah dua gadis itu. Raisha dan Nasuha bangun dari duduk melihat gadis-gadis itu hampiri ke arah mereka.

Tapi cepat-cepat diawasi Shah dan Rayyan ketika itu.

"Masuk dalam kereta tu." ujar Shah memberi kunci keretanya.

Nasuha mengambil lalu menghidupkan enjin kereta. Rayyan menolak lembut Raisha kedalam kereta di bahagian belakang pintu cepat-cepat ditutup Rayyan. Shah masuk di dalam kereta bahagian depan pemandu. Kereta itu laju meluncur ke jalan raya.

"Kita nak pergi mana ?"tanya Nasuha cuba menenangkan dirinya.

"Kau bawak dulu nanti kalau tak de orang aku pulak bawak kereta."ujar Shah menarik tali pinggang keselamatan.

Sampai di hujung jalan Nasuha dan Shah menukar tempat.

"Awak okey ?"tanya Rayyan lembut apabila melihat tangan Raisha tergetar-getar. Raisha hanya mengangguk kepala.

Kereta mula bergerak dipandu oleh Shah.

"Raisha nah."ujar Nasuha sambil menghulur ubat tenang untuk anxiety.

"Ubat apa tu ?"tanya Rayyan sambil melihat Raisha menelan ubat itu.

"Tu ubat anxiety."balas Nasuha.

"Awak ada anxiety?"tanya Rayyan memandang Raisha. Raisha hanya mengangguk kepalanya lagi.

Rayyan tersenyum manis melihat sisi muka Raisha kelihatan sama dengan sisi muka gadis dalam mimpinya. Rayyan memandang kehadapan bila melihat Raisha tidak selesa dengannya.

Perjalanan mereka diteruskan sehingga sampai di rumah Naif.

"Kenapa datang sini ?"tanya Nasuha.

"Kenapa kau ni."balas Shah hairan.

"Dia dengan Ainul bergaduh sebab Ainul tak nak pergi bercuti sekali."terang Raisha. Sebelum menahan malunya dengan Rayyan yang dari tadi tak lepas melihatnya.

"Ooo"

"Dah turun cepat."arah Shah.

"Tak nak."tangan di silang pada tubuhnya. Mereka berdua bergaduh didepan tetapi Raisha sudah panas hatinya seakan tidak nyaman dibelakang. Di kesempatan itu Rayyan mengambil peluang untuk menyakat Raisha.

Dia mendekatkan tubuhnya lalu membisik kan ditelinga Raisha. Hatinya seakan ingin keluar dengan tindakan Rayyan.

"Jom turun sayang."bisik Rayyan dengan suara serak.

Raisha terus membuka pintu lalu turun dari kereta itu debaran dihati seakan ingin meletop.

Rayyan keluar dari kereta dengan senyuman mengusikkan. Shah dan Nasuha pun keluar dari kereta.

"Aku nak lari boleh tak ?"bisik Nasuha.

"Aku nak ikut "balas Raisha.

"Eh bakpo duk tengoh panah tu mari lah masuknyo minum dulu meh."ajak Ibu Naif menarik tangan Nasuha dan Raisha lembut. Mereka masuk kerumah lalu duduk dikerusi kayu.

"Minum lah."ujar Ainul meletakkan dulang yang berisi air dimeja ,muka marah ditunjukkan satu sama lain. Raisha disitu seperti orang tengah dalam pergaduhan ini. Raisha mengambil air lalu meneguk perlahan-lahan.

"Raisha tahniah kau dah tunang kan."ujar Ainul mesra.

"Ya, terima kasih."menayangkan senyuman kepada Ainul.

"Untunglah sorang kahwin sorang lagi tunang."ujar Nasuha menjeling kearah Ainul.

"Orang suruh cari jodoh tak nak."ujar Ainul. Raisha memandang Nasuha dan Ainul silih berganti.

"Suka hati lah."

"Semoga ada jodoh ya"

"Kau kenapa sebenarnya kau ada masalah dengan aku ke ?"tanya Nasuha memandang Ainul dengan tajam. Raisha disitu semakin resah jika pergaduhan ini akan menjadi makin besar.

"So what kalau aku ada masalah dengan kau."ujar Ainul kasar lalu meninggalkan Nasuha dan Raisha di ruang tamu.

Raisha memandang Nasuha. "Apa ?"sepatah balas Nasuha. Raisha menggeleng kepalanya letih dengan perangai kanak-kanak sepupunya.

"Mak cik kami balik dulu lah."minta izin Raisha.

"Ya lah hati-hati ya."sambil bersalam dengan Mak Naif.

"Shah hantar diorang ni balik."arah Mak Naif.

"Jum teman."ajak Shah. Rayyan hanya mengangguk kepala.  Mereka masuk kedalam kereta.

Keadaan didalam kereta agak sunyi hanya mendengar suara radio.

"Ni hantar kat mana ?"tanya Shah.

"Dekat Homestay Nur Sufia."balas Raisha memandang Nasuha disebelahnya.

"Ooo duduk dekat situ lah."ujar Rayyan.

"Ya."sepatah kata dari Raisha.

Kereta itu sunyi sekali lagi sehingga sampai ke Homestay. Raisha dan Nasuha keluar dari kereta.

"Terima kasih ya."ujar Raisha lalu melihat Nasuha masuk kedalam rumah. Kereta itu laju meluncur ke jalan raya. Raisha masuk kedalam rumah lalu mengunci pintu.

"Nah makan lah dulu."menghulur roti yang berisi telur dan sos. Raisha menyambut pemberiannya lalu memakan roti itu dengan berselera.

"Kau marah aku ke ?"tanya Raisha dengan mulut yang penuh.

"tak."

"Ainul ?"

"Aku tak marah dia tapi aku terasa hati je kau faham tak."

"Aku faham."sebelum minum air milo suam yang dibuat Nasuha.

"Baru pukul 1.09 petang kita nak buat apa? keluar nanti kena serang ."ujar Nasuha.

"Esok lah kita keluar tapi jauh dari bandar lah, jalan-jalan dekat pantai ke?."balas Raisha.

"Errr aku nak gi toilet jap."sambil memegang perutnya. Raisha disitu melihatnya hairan.

"Nak berak ke tu ?"ucapnya sendirian lalu menyambung menikmati air milo itu.

Pintu tandas dibuka keluarlah Nasuha dari tandas.

"Lega ?"tanya Raisha setelah melihat Nasuha keluar dari tandas.

"Lega ringan rasa perut."balas Nasuha sambil mengusap lembut perutnya. Raisha menggeleng kepalanya.

"Diorang tengok ke Mahkamah yang dalam berita tu? sampai nak serbu takut aku dah lah kau ada anxiety."ujar Nasuha lalu melabuhkan punggung ditepi Raisha.

"Entahlah aku."balas Raisha yang khusyuk menonton televisyen.

"Ngantuknya."ujar Nasuha kepala dilabuhkan diatas bahu Raisha. Raisha mengusap lembut kepalanya mata tetap tertumpu pada televisyen.

RAYYAN's

"Ni ha aku nak tanya kau..kau dah tunang eh aku baru tengok FB mak kau."ujar Shah sambil memandu kereta.

"Haah."balas Rayyan.

"Kau tak cakap pun kat aku."

"Aku pun terkejut tiba-tiba mak aku telefon 'Mak dah masuk meminang kawan mak kamu kena setuju.' "balas Rayyan.

"Ooo."

Kereta dihentikan mereka keluar dari kereta lalu mendekati anak buah Rayyan.

"Rayyan mung tunang tok oyak na."ujar Naif baru sampai di rumah itu.

"Sorry ahh."sambil menepuk bahu Naif.

"Ehh abang Rayyan."ujar Damia dengan suara manjanya.

"Kau kalau panggil aku abang aku tumbuk muka kau."geram Rayyan.

"Abang jahat."

"Aku lah."Rayyan menuju kearah Damia dengan geram tapi dihalang oleh Shah.

"Sabo."ujar Naif menenangkan Rayyan.

"Okey fine tak panggil abang."pasrah Damia.

"Ray tunang tak cakap pun dekat Mia."ujarnya.

"Suka hati akulah nak cakap dekat sapa pon sebok je."ujar Rayyan menuju ke Leftenan Muda itu.

"Bantuan akan diteruskan jom."ajak Aqil sambil mengeluarkan barang-barang keperluan untuk membantu penduduk yang susah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience